Sabtu, 7 Ogos 2010

UMAR AL-KHATTAB PERNAH ZIARAH GEREJA !!

Erdogan, tokoh politik islam yang dihormati kerana keberaniannya 'sound' Israel di khalayak ramai


Lawatan kerja oleh Khalid Samad ke kilang arak yang berada dibawah parlimen beliau, Shah Alam menjadi perbualan. Ada yang mengeluh, tidak ketinggalan juga yang berbangga.

Mengeluh kerana menilai ia dengan pandangan negatif. Melihat, kononnya tindakan itu seperti mengiktiraf arak, walaupun kehadiran khalid samad itu sebenarnya dalam usaha mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah pekerja di kilang itu dari kalangan orang Islam, disamping mencadangkan agar kilang itu dipindah ke tempat lain, kerana kewujudan kilang arak itu mempamerkan persepsi agak buruk terhadap ibu negeri Selangor itu.

Dari pihak yang melihatnya sebagai positif pula, mengingatkan kepada usaha dakwah yang pernah dilakukan oleh Imam Hasan Al Banna yang amat serius dalam dakwah, sehingga masuk ke dalam bar [kelab malam yang menyediakan arak], untuk berdakwah warga muslim yang meneguk air haram itu.

Secara peribadi, meniru imam Hasan Al-Banna ini telah cuba aku lakukan. Hasilnya baik atau tidak, susah untuk menilai. Yang pastinya, aku berjaya berkawan sebilangan mereka, dan agak mengerti tentang luahan dan rintihan hati mereka, menyebabkan mereka boleh terjebak dengan maksiat.

Itu pertama. Adapun kedua, ramai mempersoalkan tindakan itu baik atau tidak. Dari sudut persepsi, mungkin ia dinilai baik, tetapi tidak dinafikan bahawa pihak musuh, iaitu UMNO akan berusaha seserius mungkin, bagi memperlihatkan keburukan disebalik tindakan itu. Biarkan manusia yang mahu berkata. ini kerana, lidah tidak bertulang.

Cuma, yang paling penting difikirkan. Apakah dengan sesuatu tindakan itu dapat memberi keuntungan kepada PAS [khususnya Islam], atau tidak. Itulah persoalan yang wajar dilontarkan dalam pemikiran setiap muslim.

Jika merenung jauh ke zaman khalifah yang empat, didapati bahawa Umar bin Al-Khattab dahulu, bukan kilang arak yang dilawati, tetapi yang dilawati itu lebih besar dari itu, iaitu gereja. Ia berlaku, ketika Umar bin Al Khattab ke Baitul Muqaddis dalam satu sessi lawatan khalifah.

Mungkin jika kewujudan UMNO di zaman itu, sudah pasti ia akan dipersepsikan sebagai sesuatu yang negatif, waima kedatangan Umar ke gereja itu memberi banyak kesan positif dari kalangan non muslim apabila melihat Islam. Dengan erti yang lain, Umar dilihat berjaya mengemukakan konsep keadilan islam berbentuk sejagat di mata-mata non Muslim.

Tindakan umar itu, apakah wajar dipuji atau dikeji, terpulang kepada penilaian masing-masing. Tetapi, jika dilihat dari realiti malaysia, jika ada orang yang masuk ke kilang arak, pasti secara umumnnya ia akan dinilai sebagai sesuatu yang negatif. itu kata orang.

Namun begitu, mereka mungkin lupa bahawa, apakah alternatif yang terbaik yang seharusnya dilakukan oleh seseorang pemimpin politik islam, dalam usaha menyelamatkan orang Islam dari terjebak dengan dosa, disamping tidak menafikan hak non Muslim dalam sesebuah negara.

Juga, mereka seharusnya tidak lupa bahawa penentuan kewujudan kilang arak atau tidak, disebabkan keputusan yang diputuskan oleh parlimen. Justeru, tidak pelik apabila seorang kawan ada berkata, "sebenarnya, masuk parlimen lagi teruk dari masuk kilang arak. Kerana, kilang arak itu wujud pun disebabkan parlimen".

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- 13, shah alam
7 Ogos 2010 * 12:30 pagi

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Ustaz dan pembaca sekalian.

Tujuan YB Khalid pergi ke Kilang Carlsberg tu ialah kerana hendak mencari tapak yg sesuai utk stesen bas shah alam.

Kalau kilang itu setuju utk pindah, bolehlah digunakan utk buat stesen bas. Tapak tu memang strategik. Dekat highway, ada rel ketapi dsbnya.


Malangnya pencaci dan pencacai buat cerita dan tuduh macam2 kat YB tu.

Semoga Allah membersihkan hati mereka.

Wassalam,

Warga Shah Alam.

Uwais Qarny berkata...

slm..tgh tggu pendapt wan ji berkenaan kenyataan Husam yg menyatakan xmustahil PAS akan bersatu ngn UMNO

AntiHipokrit berkata...

TGNA pun ada lawat gereja ...

cuba tengok ni ..

http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1980632

cuba baca komen2 minaqjinggo ... punyalah kelam kabut nak pi melawat tanpa kaji dulu .. kesian2

Tanpa Nama berkata...

Petikan dari:

http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1980632


Tak tau la siapa punya kerja menguruskan lawatan Nik Aziz ke gereja St Francis Xavier petang tadi. Takkan lah mereka tak buat homework untuk mengetahui waktu yang paling sesuai untuk melawat ziarah.

Kami dapat tahu mengenai lawatan Nik Aziz ketika melakukan liputan lawatan dan dialog Anwar Ibrahim di Pusat Lutheran pada jam 3.00 ptg.

Saya difahamkan Hussam Musa yang membuat panggilan ke pengendali portal berita untuk memberitahu mengenai lawatan Nik Aziz. Malang sekali ketika Nik Aziz sampai upacara "mass" telah pun bermula.

Jadi beliau tidak dibenarkan masuk atau berjumpa dengan Paderi gereja tersebut. Terpinga pinga lah beliau cuba memahami keadaan ketika itu.

Wakil gereja tersebut mencadangkan Nik Aziz segera pergi ke gereja The Assumption bersebelahan Hospital Assunta kerana waktu "mass" mereka lambat sedikit dari St Franxis Xavier.

Maka bergegas lah rombongan Nik Aziz bersama outriders Unit Amal menuju ke gereja The Assumption dalam keadaan hujan yang mulai lebat.

Tapi malang sekali lagi "mass" digereja tersebut telah pun bermula. Maka tercegat lah sekali lagi Nik Aziz didepan pintu masuk gereja dengan para jemaah mereka sendiri pun terkejut dan hairan dengan kehadiran yang tidak diundang.

Saya sungguh kecewa dan malu dengan cara lawatan Nik Aziz diuruskan. Nampak sangat petugas yang diamanahkan mengendali urusan tidak memahami adat resam, budaya dan urus selia agama lain. Kesudahan Tok Guru sendiri nampak kebingungan dan bercelaru didepan orang ramai.

Gunakanlah keadaan yang berlaku sebagai suatu iktibar ....

Tanpa Nama berkata...

hahahaha...dah agak dah.apa semua kelakuan babi pas buat,semuanya nak dikaitkan dengan Nabi,para sahabat dan sebagainya.....

seolah-olah umat terdahulu semua buat apa yg pas buat sekarang ni...

umat dulu roboh berhala di sekeliling kaabah.
yg pas kat kelantan tu bila nak roboh berhala buddha.serambi buddha la senang....