[1]
Semasa Malaysia ditimpa fenomena Mawi, aku masih ingat bagaimana seorang pengkomen dari salah seorang artis perempuan Melayu yang beragama islam memberi komen terhadap nyanyian Mawi dalam Akademi fantasia.
"kalau nak komen mawi, saya kena pakai tudung" lebih kurang begitu ungkap pengkomen yang merupakan seorang artis perempuan yang beragama islam.
Sekali dengar, ia seperti gurauan. Tetapi, apabila difikir, kita akan rasa ada sesuatu yang tidak kena disebalik ucapan itu.
"Apakah Allah SWT itu wujud hanya ketika mawi sedang menyanyi?" Mungkin itu soalan yang terpancul dalam pemikiran kita ketika mendengar ungkapan artis terbabit tersebut.
Maka, keadaan yang agak sama juga sedang dikecohkan dua dan tiga hari ini. seorang YB perempuan dari parti DAP yang tidak beragama Islam, telah melawat salah sebuah surau untuk menyampaikan bantuan kepada umat islam dalam surau. Kehadiran YB yang tidak beragama Islam itu, dalam keadaan tidak menutup aurat. Rambutnya terbuka, dan bajunya dilihat agak sendat. Maka itu menjadi isu.
Isu ini, perlu difikirkan dalam beberapa factor. Antaranya adalah, YB terbabit tidak beragama islam, yang sudah pasti tidak boleh dipaksa [suruhan syariah] terhadap YB itu memakai tudung. Berbeda kalau YB itu beragama islam.
[2]
Kewajipan menutup aurat adalah kewajipan syariah. Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman;
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya;
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung"
(Surah An-Nur : 31)
Dalam firman Allah SWT ini, Allah SWY menurunkan kewajipan dengan menyebut "katakanlah kepada perempuan yang beriman". Dengan maksud, kewajipan ini tidak boleh dipaksa terhadap perempuan yang tidak beriman dengan Allah SWT.
Firman Allah;
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
Maksudnya;
"Tiada paksaan dalam agama"
(Surah Al-Baqarah : 256)
Maqasid disebalik kewajipan menutup aurat ini, dinyatakan oleh Allah SWT adalah untuk menundukkan pandangan lelaki terhadap perempuan, pandangan perempuan terhadap lelaki. Ekoran itu, terjagalah antara satu sama lain daripada melakukan kerosakan dari sudut keturunan, iaitu berzina.
Ekoran itu, apabila kita melihat pada firman Allah SWT pada ayat 30, dari surah An-nur, Allah SWT menyatakan;
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ
Maksudnya;
"katakanlah kepada orang mukminin, hendaklah mereka menundukkan daripada pandangan mereka, dan menjaga kemalian mereka"
(Surah An-Nur : 30)
Dalam ayat ini, Allah SWT mengarahkan agar kaum lelaki [mukmin] agar menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka.
Kemudian pula, pada ayat 30 Allah SWT menyatakan;
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنّ
Maksudnya;
"Katakanlah kepada perempuan yang beriman, bahawa hendaklah mereka menundukkan daripada pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka"
(surah An-Nur : 30)
Dalam ayat ini pula, Allah SWT menyatakan maqasid yang sama, iaitu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan.
Namun, kemungkinan manusia itu tidak tahu bagaimana hendak menundukkan pandangan mereka, dan seterusnya menyelamatkan mereka daripada melakukan penzinaan [tidak menjaga kemaluan mereka], maka Allah SWT memperincikan soal aurat perempuan, menerusi sambungan ayat ini.
Kewajipan dalam ayat ini, menunjukkan kepada kita bahawa aurat wajib ditutup, bagi menyelamatkan masyarakat dari terjebak kepada zina. Tidak kira ia di dalam masjid, ataupun di luar masjid.
[3]
Menutup aurat adalah kewajipan yang Allah SWT wajibkan kepada orang islam. adapun orang bukan islam, ia tidak ditaklifkan perkara ini [ini mengikut pendapat syafie. Adapun mengikut pendapat hanafi, orang kafir ditimpa dua dosa, iaitu dosa kafir dan dosa tidak melakukan kewajipan syarak. Walau mereka melakukan juga kewajipan syarak, kewajipan itu tetap tidak sah]
Kewajipan menutup aurat ini, bukan sekadar di dalam masjid, malahan diwajibkan juga di luar masjid. Orang perempuan islam yang membuka aurat di luar masjid, maka hukumnya adalah tetap berdosa.
Adapun dalam masjid, larangan membuka aurat disebabkan masjid adalah tempat awam. Sesiapa sahaja dibenarkan masuk ke dalam masjid, tanpa boleh dilarang.
Ekoran itu, larangan membuka aurat dalam masjid adalah memberi maksud, bimbang aurat terlihat oleh sesiapa sahaja yang masuk ke dalam masjid. Lebih-lebih lagi, masjid adalah tempat ibadat, untuk manusia menghampirkan diri mereka kepada Allah.
[4]
Peliknya, UMNO terlalu bising tentang perempuan bukan islam yang membuka aurat ketika masuk ke dalam masjid. Tetapi, mereka tidak pernah bising pun tentang isteri-isteri pemimpin parti mereka yang membuka aurat.
Apakah UMNO beranggapan, menutup aurat itu wajib kepada perempuan yang tidak beragama islam?
Apakah UMNO beranggapan, tidak wajib menutup aurat ketika berada di luar masjid?
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg Buloh
28 ogos 2010 * 4:14 petang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan