Dalam mazhab hanafi, tidak boleh makan sembelihan yang tidak dibacakan nama Allah, waima ia disembelih oleh orang Islam sekalipun.
Dalil mereka adalah, firman Allah;
وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ
Maksudnya;
"jangan kamu makan daripada binatang yang tidak dibacakan nama Allah padanya".
[Surah Al-An'Am : 121]
Pendapat hanafiyyah ini tidak sealiran dengan jumhur ulama yang mengatakan boleh makan sembelihan yang tidak dibacakan nama Allah, sekiranya penyembelih itu adalah seorang muslim.
Mereka berpegang dengan hadis riwayat abu daud [kitab bughyah al-haris], bahawa Rasulullah SAW bersabda;
ذبيحة المسلم حلال وان لم يسم ما لم يتعمد
Maksudnya;
"sembelihan orang islam adalah halal walau tidak disebut nama [Allah], selama mana ia tidak sengaja" [bughyah al-haris : 408]
Pada jumhur, hadis ini mentakhsiskan keumuman pada firman Allah di atas. Adapun hanafiyyah pula menyebut, hadis ini adalah hadis ahad. Pada hanafiyyah, hadis ahad tidak boleh mentakhsiskan keumuman nas yang mutawattir [al-quran atau hadis mutawatir]. Adapun disisi jumhur [syafie, hanbali dan Maliki], Kaedah nas ahad mentakhsiskan keumuman nas mutawattir adalah dibenarkan.
Sekian
Wallahu 'Alam.
Al- Bakistani.
- tropikana.
25 ogos 2010 * 4:30 petang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan