Sabtu, 18 September 2010

KAFIR HARBI?

Pertama:

Seseorang yang tidak beragama Islam. Dia tidak pernah dimaklumkan tentang islam. Yang wujudnya, dia selalu dinaikkan semangat oleh sebilangan manusia tertentu, kononnya islam adalah agama buruk sehingga islam dilebelkan kepadanya sebagai agama ganas, zalim, menindas dan sebagainya. Lalu dia mengeluarkan kenyataan, “saya benci islam”. Apakah dia ini adalah kafir harbi?

Kedua:

Seseorang yang tidak beragama islam. Dia pernah mendengar Islam dari orang islam sendiri, tetapi orang islam yang memberitahu Islam kepadanya adalah orang yang boleh diistilahkan sebagai munafiq. Lantaran, dia memburukkan islam dihadapan non Muslim itu dengan beberapa faktor, seperti faktor kepentingan politik dan sebagainya.

Ekoran itu, si non Muslim ini membenci Islam. Apakah dia boleh dilebel sebagai kafir harbi?

Ketiga:

Seseorang yang tidak beragama islam. Dia telah diberitahu Islam dalam bentuk yang sebenar, malahan disampaikan dalam seribu satu kebijaksanaan. Tetapi, memandangkan hatinya terlalu membenci Islam, sehingga sentimennya menenggelamkan rasional dia berfikir tentang islam, menyebabkan dia bertindak ganas sehingga berusaha melawan islam. Apakah dia ini adalah kafir harbi?

BAGAIMANA PULA

Seorang yang beragama islam. Yang tahu Islam, dan melihat kebenaran islam. Lalu, apabila berjumpa dengan non Muslim, sengaja memburukkan Islam dalam bentuk yang tidak sebenar. Jika dia berbangsa melayu, apakah dia ini layak digelar melayu harbi?

Atau;

Seseorang yang beragama Islam. Yang tahu kebenaran islam dan keadilannya. Tetapi, menolak Islam yang dia tahu, malahan melawan sehingga sanggup membunuh orang-orang islam yang mahu melaksanakan keadilan Islam. Dan marah kepada orang kafir yang berjinak-jinak dengan islam. Jika dia berbangsa melayu, apakah dia ini layak digelar melayu harbi?

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
19 september 2010 * 2:41 petang

3 ulasan:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

pinjam kata kata nabil... lu pikir la sendiri ...nice

Tanpa Nama berkata...

1.Tak payahlah hang bandingkan puak kapiaq harbi dengan sesama umat islam!!nampak sangat kebodohan hang ni!!bukan saja bodoh tapi jahil benar!!
2.Nasib baiklah hang ngaji dalam bidang agama!bidang yang tak bersaing dengan kapiaq harbi!!kalau hang ngaji dalam bidang kompetatif!bidang yang ada persaingan dengan budak islam yang otak cream dan kapiaq harbi!!hanglani dok motong getah atau kutip sampah jeee!!!itulah taraf hang!!
3.Oleh itu hang bersyukurlah!!tak payah dok banding puak kapiaq harbi dengan puak islam yang tak sehaluan politik dengan hang!!
4.Lagipun tak tentu lagi doa!alim!warak hang!diterima oleh Allah!!Entah-entah orang islam yang tak sehaluan dengan hang tu lebih diterima oleh Allah amalan mereka!!
5.Tak payahlah ego!riak!wujud!bangga diri dengan "sijil" agama hang tu!!ramai puak yahudi ada Phd dalam bidang agama dan dapat hafal Al-Quran untuk menjahanamkan Islam!!setakat ngaji dan lulus dalam bahasa arab tu!!ramai puak kristian dan yahudi dimesir yang fasih bahasa arab!!!lebih fasih dari hang!!siap dengan Phd lagi!!!

LubangHighway berkata...

Wan ji ni, makin lama makin lalut ... lu kena banyak belajar lagi cara nak berdakwah .. dalam dakwah mesti banyak bersabar ...