Ahad, 19 September 2010

KELANTAN ‘GILA HARTA’ SEBAB SAMAN PETRONAS?

Pertama;

Tindakan kerajaaan kelantan menyaman petronas tidak boleh diistilahkan sebagai ‘gila harta’, seperti yang didakwa oleh puak-puak UMNO. Ini kerana, mempertahankan harta sehingga dibunuh juga dikira sebagai syahid. Inikan pula, menjaga itu adalah harta rakyat secara menyeluruh.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ

Maksudnya;
“Barangsiapa dibunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia adalah syahid” [Al-Bukhari : 2300]

Dalam islam, syahid ini mempunyai nilai yang besar. Sehingga dalam hadis ada menyatakan bahawa dosa orang mati syahid itu terampun pada titisan darah yang pertama. Mengikut kebiasaan rata-rata manusia, orang yang syahid itu difahami sebagai orang yang mati ekoran berjihad [qital], walhal Nabi SAW tidak membataskan perkara itu kepada mati disebabkan berjihad [qital] sahaja.

Kedua;

Dato’ Awang Adek menyatakan, bahawa kerajaan pusat tetap akan membayar wang ehsan, walau kerajaan Kelantan telah memfailkan saman kepada petronas.

Dalam menjawab perkara ini, Ustaz Husam Musa menyatakan bahawa, kerajaan negeri tidak boleh menahan kerajaan pusat untuk memberi wang ehsan, tetapi kerajaan negeri boleh menahan petronas dari memberi wang kepada kerajaan pusat yang mahu salurkan wang ehsan kepada kelantan. Ini Kerana, petronas ini adalah seperti syarikat yang lain. Ia berdaftar dibawah pendaftaran syarikat 1965. Jadi, kerajaan Kelantan boleh menahan petronas dari bayar wang ehsan, kerana telaga minyak yang Kerajaan Kelantan pohon royalti [yang Kerajaan negeri saman petronas] itu adalah telaga yang sama untuk diambil untuk diberi wang ehsan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. Mahkamah pula, belum ada keputusan lagi dalam menentukan status saman yang kerajaan negeri lakukan terhadap petronas.

Nyata dari kenyataan ustaz Husam Musa itu, kenyataan Awang Adek itu tidak mempunyai asas, sebaliknya lebih kepada provoke politik terhadap tindakan kerajaan negeri yang mahu saman petronas sahaja.

Sekian

Wallahu ‘alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
20 september 2010 * 1:31 pagi

Tiada ulasan: