Khamis, 21 Oktober 2010

ISU ISLAMIC FASHION FESTIVAL : JANGAN BURUKKAN IMEJ ISLAM


[1]

Dalam maqasid syariah, ada lima perkara yang perlu dijaga. Iaitu, menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga keturunan, menjaga akal dan menjaga harta. Kelima-lima asas yang perlu dijaga ini, berada dalam naungan menjaga imej Islam.

Dalil asas maqasid ini adalah, tindakan Nabi SAW dalam perjanjian Al-Hudaibiyyah. Ini kerana, terdapat dua kejadian, iaitu seperti berikut;

Pertama;

Sejurus selesai perjanjian Hudaibiyyah dimetraikan, anak kepada Suhail bin Amr yang merupakan wakil Quraish yang bernama Abu Jandal telah datang berjumpa dengan Rasulullah SAW. Dia nyatakan bahawa dia telah memeluk Islam, dan berharap agar dia dibenarkan berada di bawah naungan kerajaan islam Madinah.

Melihat keadaan itu, menyebabkan Nabi SAW telah meminta dari Suhail, agar anaknya itu berada di bawah jagaan kerajaan Madinah, tetapi ia tidak dibenarkan oleh Suhail. Bukan sekadar itu sahaja, malahan Abu Jandal telah dipukul dengan begitu sadis sekali dihadapan nabi dan beberapa orang sahabat, termasuk Omar bin Al-Khattab.

Keadaan itu, melahirkan perasaan sedih dan kesian dalam hati Rasulullah SAW dan para sahabat yang lain, sehingga ada sebilangan sahabat meminta agar Nabi SAW mendesak juga supaya Abu jandal berada dibawah kerajaan madinah. Pujukan demi pujukan dilakukan terhadap Nabi SAW, sehingga ada yang mendakwa kemungkinan besar Abu Jandal akan dimurtadkan.

Nabi SAW tetap akur dengan perjanjian, iaitu membiarkan Abu jandal berada dibawah penjagaan bapanya, walau ada yang mendakwa bahawa Abu jandal bakal dimurtadkan. Tindakan Nabi SAW itu, tidak lain dan tidak bukan, kerana mahu menjaga imej islam [iaitu berpegang dengan perjanjian], walaupun Abu jandal dibimbangi murtad.

Difikirkan balik, sekiranya atas nama menjaga agama, sudah pasti Nabi SAW akan merampas Abu jandal, atau mengarahkan sebilangan sahabat yang berani agar membebaskan Abu Jandal dari gengaman bapanya yang bakal memurtadkannya. Tetapi, Nabi SAW tidak melakukan demikian, kerana menjaga agama dalam maqasid, hendaklah berada dibawah naungan menjaga imej Islam, iaitu islam perlu dilihat sebagai agama yang baik [berpegang dengan perjanjian].

Kedua;

Dalam perjanjian, terdapat kesepakatan bahawa jika ada orang Makkah yang memeluk islam telah berlindung dibawah kerajaan madinah setelah perjanjian dimetrai, maka hendaklah orang Makkah itu dihantar balik. Didapati bahawa ada seorang sahabat bernama Abu Basir yang merupakan orang makkah yang memeluk islam setelah perjanjian dimetraikan telah berlindung dibawah kerajaan islam madinah tanpa pengetahuan Nabi SAW.

Kemudian, datang dua orang wakil dari Quraish, iaitu Al-Azhar dan Al-Akhnas As-Syuraiq As-Saqafi kepada Nabi SAW memaklumkan perkara itu. Makluman itu, menyebabkan nabi SAW bertindak segera dengan memanggil Abu Basir, agar berjumpa dengan baginda SAW.

Apabila hadir di hadapan Nabi SAW, baginda mengarahkan agar Abu basir kembali ke Makkah. Tindkan nabi SAW itu, mendapat tentangan dari sebilangan besar dari sahabat, sehingga Abu basir sendiri menyatakan kepada nabi bahawa kemungkinan dia akan dimurtadkan.

Memandangkan Nabi SAW mahu menjaga imej Islam, iaitu supaya Islam tidak dilihat sebagai agama yang pecah amanah dan mengkhianati perjanjian, walaupun dibimbangi Abu basir dimurtadkan, nabi SAW tetap membiarkan Abu Basir dibawa oleh dua orang wakil Quraish untuk membawa balik Abu basir ke Makkah.

[2]

Atas konsep maqasid inilah, menyebabkan PAS mengambil sikap bersama dengan dengan Kerajaan Pakatan rakyat berbanding terlibat dengan mainan politik UMNO yang mengajak PAS bergabung dengan mereka.

Jika PAS bergabung dengan UMNO, ia akan melahirkan persepsi buruk pada imej Islam itu sendiri. Ini kerana, rata-rata non Muslim di Malaysia melihat keputusan PAS itu seperti keputusan islam. lantaran, jika PAS mengikut rentak UMNO, sudah pasti islam akan dilihat sebagai agama yang mengiktiraf kezaliman, penyelewengan, perkauman dan banyak lagi perkara negatif.

Namun, keberadaan PAS dalam pakatan rakyat, memperlihatkan kepada non Muslim bahawa Islam adalah agama yang memperjuangkan hak keadilan sejagat; tidak menafikan hak antara muslim dan non Muslim; Islam bukan agama perkauman dan sebagainya. Keadaan ini, memberikan imej islam yang baik di mata-mata non Muslim.

Lantaran, tindakan PAS bersama dengan Pakatan Rakyat amat sejajar dengan kehendak maqasid syariah, yang amat bersesuaian dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah.

[3]

Atas alasan itu juga, tidak hairan PAS bertindak membantah tindakan Rosmah yang terlibat dalam memberikan imej yang buruk kepada Islam, iaitu dengan mengadakan majlis ‘Islamic Fashion Festival’, yang mempamerkan pakaian-pakaian yang menjolok mata, walhal pakaian islam tidak sebegitu.

Islam bukanlah agama yang melarang meragakan fashion, tetapi fashion itu hendaklah berada dalam batasan dan panduan ilahi, iaitu menutup aurat dan memakai pakaian yang tidak menampakkan susuk tubuh yang mengghairahkan, serta hendaklah ia dilibatkan sesama perempuan dan sebagainya.

Fashion yang dikehendaki oleh Islam, bukannya dengan mempamerkan pakaian yang mempunyai corak-corak baju yang tertera bentuk-bentuk tulisan ke’arab’an atau termaktub tulisan kalimah ‘Allah”, atau kalimah “Muhammad SAW”, tetapi pakaian yang dikehendaki oleh islam adalah, pakaian yang menutup aurat, sesuai dengan panduan ilahi.

Dari ini, kelihatan UMNO tidak sensitif dalam perkara yang boleh melahirkan imej buruk kepada Islam, tetapi ia amat sensitif oleh PAS, menyebabkan PAS melahirkan bantahan terhadap tindakan tersebut.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
22 oktober 2010 * 5:34 pagi

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kesian.... UMNO
Mereka kena fitnah.

Fitnah sudah menjadi mainan perjuangan kita.

Adakah neraka tempat yang sesuai bagi juara fitnah?

Tanpa Nama berkata...

makin tua makin menjadi rosmah nih!!!!

Tanpa Nama berkata...

makin tua makin menjadi rosmah nih!