Jumaat, 12 November 2010

TEORI “FATH AZ-ZARAI’” DAN ALIRAN SEKULAR [2]

[1]

Teori Fath Az-Zarai, terlalu kurang dibincangkan di malaysia. Malahan, ilmuan-ilmuan islam di Malaysia seakan-akan tidak ada seorang pun yang memperkatakan teori fiqh yang bernilai ini. Namun begitu, di dunia arab, ia hangat dibicarakan. Antara tokoh yang sudah berbicara teori ini adalah, Dr Ahmad Raisuni, Dr Jasir Audah dan sebagainya.

Pun begitu, sebenarnya, Teori fath Az-Zarai ini, jika dilihat dalam kitab-kitab maqasid, boleh dikatakan semua diperbincangan oleh ulama-ulama muktabar dalam bidang ilmu maqasid dan usul fiqh. Tetapi, perbincangan itu tidak dibincangkan atas nama “Fath Az-Zarai”, tetapi digunakan dengan istilah-istilah yang lain.

Contohnya, dalam kitab Qawaid Al-Ahkam, Imam Izzuddin Abdus Salam menamakan teori Fath Az-Zarai’ dengan nama “Al-Maqasid Al-Masalih Al-Majaziyyah”. Kerana, menurut beliau setiap maslahah dan mafsadah itu terbahagi kepada dua; hakiki dan majazi. [sila rujuk kitab Qawaid Al-Ahkam : 1/12]

[2]

Menurut sebilangan ulama maqasid moden, seperti Dr Ahmad Abdul Karim, Dr Khalifah Abu Bakar, Dr Jasir Audah dan sebagainya, mereka menyatakan bahawa teori Fath Az-Zarai ini adalah satu perbincangan dibawah maksud Fiqh Muwazanah, Irtikab Akhaf Ad-Daraian dan kaedah fiqh yang berbunyi;

إذَا ضَاقَ الْأَمْرُ اتَّسَعَ

Maksudnya;
“Apabila sempit sesuatu, maka ia menjadi luas” [Menurut kitab Al-Mansur Fi Al-Qawaid, ibarat kaedah ini adalah datang dari Imam As-Syafie. : rujuk kitab, m.s 58]

Dengan maksud, teori fath Az-Zarai ini adalah digunakan ketika bertembung antara dua kemudharatan [atau : antara dua perkara yang haram], maka hendaklah dilakukan mudharat yang kecil, demi mengelak dari berlaku mudharat yang lebih besar. Atau dalam perkataan lain, melakukan satu perkara yang haram, demi mengelak berlaku perkara haram yang lebih besar [haram yang mempunyai maalat al-af’al, atau kesan perbuatan yang mempunyai kemudharatan yang lebih besar dan berpanjangan]

Untuk mengetahui timbangan antara perkara mudharat tersebut, hendaklah memerlukan imbangan neraca syariah, yang dibincangkan dalam ilmu Fiqh Muwazanat.

Kemudian, apabila nyata mudharat kecil dan besar, ketika itu perkara yang mengandungi mudharat [atau: haram] yang kecil, terpaksa dilakukan demi mengelak dari berlaku mudharat yang lebih besar [atau : perkara haram yang mempunyai maalat al-af’al yang lebih besar atau berpanjangan].

[3]

Perlu dijelaskan, terpaksa melakukan perkara yang haram itu, bukan bermakna perkara yang haram itu sudah menjadi halal. Tetapi, dilakukan itu dibawah maksud ‘Muaqqat’, iaitu sementara waktu sahaja. Dalam perkataan lain, selama mana wujud penghalang, maka selagi itu perkara haram itu dibenarkan untuk dilakukan. Adapun jika penghalang sudah hilang, maka hukum melakukannya menjadi haram semula, atau kembali kepada hukum muabbad.

Ia seperti, dibenarkan makan babi untuk menjaga nyawa dikala tiada makanan kecuali babi sahaja. Adapun setelah makan, kegawatan nyawa sudah tidak berlaku, maka menambah lagi makan babi adalah haram.

Bersambung…..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perlu dijelaskan, terpaksa melakukan perkara yang haram itu, bukan bermakna perkara yang haram itu sudah menjadi halal. Tetapi, dilakukan itu dibawah maksud ‘Muaqqat’, iaitu sementara waktu sahaja....
1.Dalam konteks malaysia:
1.1.Masalah permakanan seperti babi-kalau seseorang islam itu makan babi,bermakna dia sengaja makan makanan yang haram.Sebab terdapat pelbagai makanan disini!
1.2.Masalah perniagaan seperti MLM-sememangnya jika diteliti semua mlm adalah harus MALAH HARAM.kalau diteliti ciri-ciri mlm yang HARAM oleh ust zaharuddin!semua syarikat mlm dimalaysia adalah HARAM walaupun cuba dilindungi dengan panel syariah syarikat!!lagipun mengapa dipilih perniagaan secara mlm!sedangkan Nabi Muhammad sudah menggariskan secara jelas bagaiamana untuk berniaga!!mengapa memilih jenis perniagaan yang HARUS sedangkan kaedah perniagaan yang HALAL boleh dipraktikkan!
2.Paling memalukan umat islam sdimalaysia!konsaltan motivasi!mufti wilayah!kata HARAM!!panel syariah syarikat bermatian kata HALAL!
3.RUMUSAN:Islam dipergunakan oleh puak-puak macam hangla!!

Tanpa Nama berkata...

sambung..
1.Kisah 1-dulu pernah bincang dengan seorang ustaz!!tentang pinjaman perumahan!boleh atau tidak!apa hukumnya!sebab ada unsur-unsur riba!!
2.ust. itu kata boleh!kita anggap sebagai dharurat!!atau kalau ikut yang ditulis diatas!!tiada pilihan!
3.Last sejali!!ust. tewrsebut beli dua rumah!!tersenyum jee!!dharurat!!beli sampai dua rumah pulak!!
4.Kisah 2-seorang pensyarah agamadiUTM!pernah jadi majlis fatwa !bersungguh benar mengatakan bahawa merokok adalah tidak Haram!!SEBAB DIA PEROKOK YANG TEGAR!!sedangkan jika diteliti sudah sah-sah merokok itu adalah HARAM!dan beberapa negeri telah MENGHARAMkan rokok!!
5.MLM!!ust yang terlibat dengan MLM!akan kata harus!malah HALAL!sedangkan jika diteliti aktiviti SEMUA syarikat MLM dari A-Z!ia adalah HARAM!
6.Rumusan:semua ustaz-ustaz akan mencari dalil dan nas-nas Al-Quran untuk menghalal atau mengharamkan sesuatu perkara!!kesannya!!!lihatlah sekarang!!remaja islam !!!makan makanan yang tidak HALaL agaknya nooo!!!MLM!!!!!!!!!