dua:
dari Facebook Abe Tah, Veteran PAS dalam kepimpinan PAS kelantan
[1]
Handphoneku berbunyi. Dilihat pada screen, termaktub nama Azlan. Aku sambut panggilan itu. Setelah diberi salam dan aku membalas salamnya, aku diajak berjumpa. Aku bersedia dengan pelawaan itu.
Azlan adalah seorang pemuda PAS yang mempunyai kamera. Semasa Nasir Zakaria menyatakan persediaan untuk bertanding di DUN Paya Jaras, Azlan adalah seorang yang cukup istiqamah, sehingga ke mana sahaja Nasir berada, maka di situ dia ada untuk mengambil gambar.
Sedihnya, apabila Nasir Zakaria meninggalkan DUN Paya Jaras dengan seribu satu keraguan kerana beberapa faktor yang tidak perlu dinyatakan disini. Disamping, beberapa cerita berlaku sebelum perpindahan yang tidak dimaklumkan kepada pekerja parti, menyebabkan sebilangan pemuda merasa tidak puas hati, terutama Azlan. Lebih-lebih lagi, banyak keraguan yang timbul, tidak dijawab dengan jawapan yang memuaskan, sebaliknya hanya sekadar alasan untuk menyelamatkan diri.
Azlan mula dituduh sebagai SB oleh Nasir. Memang modus Operandi Nasir ini sama ketika berhadapan dengan orang yang tidak sealiran dengannya. Jika dahulu, dituduh seorang muslimat pusat sebagai “seperti pelacur”, sambil menunjukkan sesuatu SMS yang dia berbalas-balas sesama mereka. Begitujuga, sebilangan pemuda-pemuda PAS yang tidak bercanggah fikrah dan tindakan dengannya, amat mudah dilebelkan orang itu sebagai SB.
Tuduhan sebagai SB yang dilakukan oleh Nasir itu, dipercayai oleh Zaharuddin Muhammad yang merupakan menantu presiden PAS. Ekoran itu, Zaharuddin Muhammad telah melakukan tindakan yang cukup luar jangka, iaitu dia telah memerangkap Azlan agar datang ke pejabat PAS kawasan, lalu dirampas handphone. Kemudian berlaku beberapa tindakan yang dilakukan oleh menantu presiden tersebut terhadap Azlan, seakan-akan siasatan polis yang dilakukan kepada seorang penjenayah.
Kejadian itu, amat menjadikan Azlan terkejut. Memandangkan azlan mempunyai penyakit lemah jantung sejak dilahirkan lagi, sudah pasti ia amat memberi kesan kepada kehidupannya. Dikala kami berjumpa di salah sebuah gerai makan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, kelihatan wajahnya pucat.
“kenapa muka anta pucat?” soalku.
Lalu Azlan menceritakan kejadian yang baru sahaja menimpa dirinya. Maka, fahamlah aku bahawa tindakan menantu presiden PAS itu adalah tindakan yang tidak patut, malahan boleh disifatkan sebagai “Melampau”.
Sejak dari itu, aku tidak mahu berjumpa dengan Zaharuddin Mohammad lagi. Aku bimbang, banyak perkara yang tidak diingini akan berlaku, seperti berlaku tepuk meja ketika bersembang, bercakap dengan suara keras dan sebagainya. Semuanya adalah terkesan dengan tindakan Zaharuddin Mohammad yang dilakukan terhadap seorang pemuda PAS yang istiqamah dalam membantu memenangkan PAS dalam Kawasan Subang. Ia ditambahi lagi bahawa beliau seorang yang cukup mendokong fahaman “kawin campur PAS –UMNO” yang bising selepas itu, kemudian tenggelam tetapi dihidupkan balik dalam seminggu dua ini.
[2]
Seminggu sebelum aku dijadual berdebat bersama dengan Fathul Bari di Masjid bangsar, aku telah dijadualkan menyampaikan kuliah tafsir di Surau Al-Azhar, Sri Damansara. Aku telah mengajar tafsir di situ, lebih 6 tahun pada setiap hari selasa. Pada Kuliah tafsirku disitu, aku mulai dari Surah Al-Fatihah, sehingga kini baru sampai ayat ke 64 dari surah Al-Imran. Setiap kali aku hendak menyampaikan kuliah di surau tersebut, pasti aku akan merujuk sebanyak 4 buah kitab tafsir, iaitu kitab At-Tafsir Al-Kabir karangan Imam Fakruddin Ar-Razi, Tafsir Al-Quran Al-Azim karangan Imam Ibnu kathir, Maariful Quran karangan Mufti Syafee’ [dalam bahasa Urdu] dan Tahrir wa Tanwir karangan Ibnu Asyur.
Namun, pada 7 Disember yang mengikut jadualnya aku berkuliah disitu. Aku agak pelik, kerana kehadiranku tanpa diberitahu adalah untuk berforum, walhal pada siangnya aku telah research tentang ayat 64 dari surah Al-Imran untuk menyampaikan kuliah tafsir seperti pada setiap minggu.
Aku hadir agak awal pada hari itu. Ekoran itu, aku ditolak agar mengimamkan solat pada hari tersebut. Setelah menunaikan solat sunat ba’diyyah, kebiasaannya, ada jemaah yang mengeluarkan meja. Tetapi pelik pada kali ini, meja tidak diangkat, tetapi yang dikeluarkan adalah sofa.
Aku mula sangsi. Hatiku berkata-kata, “apakah aku tersilap jadual? Apakah aku sepatutnya berdebat dengan Ulama UMNO di surau ini?”
Aku berpaling kebelakang, kelihatan dari jauh Zaharuddin Muhammad, menantu presiden PAS yang aku tidak berjumpa hampir 2 tahun. Hati kecilku mula menutur, “tak habis-habis lagi. Dulu perangkap Azlan, hari ni nak perangkap aku pula”
Jika diikut kebiasaan pun, sebarang program forum yang dianjurkan, hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. Dinyatakan tajuk forum, dan bersama dengan siapa akan berforum. Tetapi, kejadian ini amat memelikkan. Tanpa dimaklumkan tentang majlis forum, tajuk forum dan dengan siapa aku akan berforum, tiba-tiba berlaku majlis forum tersebut.
Aku akur sahaja. Aku merasakan ada pakatan dalam mengadakan program pada malam itu. Dari sudut hati kecilku menjangkakan, pasti akan ada perkara yang tidak diingini berlaku selepas ini, ekoran program forum pada malam itu.
Saudara Zainul Faqar yang tinggal dikawasan situ turut hadir dalam majlis forum tersebut. Ternyata, forum itu kelihatan seperti berlaku pertembungan antara aku dan Zaharuddin Muhammad, waima tidak ada unsur menghentam atau menyindir. Bagi mereka yang tahu tentang isu kerajaan perpaduan, pasti mereka akan faham disebalik kandungan forum pada malam itu. Perkara itu, dilakarkan oleh Zainul Faqar dalam blog beliau [Sila Klik]
[3]
Sepertimana yang dijangka, ternyata berlaku perkara yang tidak diingini selepas dari kejadian tersebut. Berlaku sedikit kekecohan dan ketidak-puas hati dari sebilangan jemaah di surau tersebut terhadap tindakan seorang jawatankuasa yang kelihatan “taassub” dengan Zaharuddin yang dilakukannya terhadap aku.
Sudah aku katakan, aku tidak mahu bertemu dengan Zaharuddin Mohammad, kerana mahu mengelak berlaku perkara yang tidak diingini. Tetapi, perangkap jahat yang sering dilakukan oleh Zaharuddin ini, sering mengundang keburukan, menyebabkan berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
lima orang menghubungiku bertanya tentang perkara itu. Agak sukar untuk aku menjawab secara terang, kerana mahu menjaga nama baik Zaharuddin Muhammad. Namun, setelah banyak kali berfikir, aku ingin nyatakan disini bahawa, aku bersedia sepentas sekali lagi dengan zaharuddin demi menyelesaikan sebarang kekeruhan yang berlaku. Tetapi pada kali ini, aku tidak mahu sepentas atas nama forum, tetapi aku mahu berdebat dengan beliau atas tajuk-tajuk yang lima orang jemaah yang menghubungi bertanya kepadaku. Iaitu, berkenaan “gabung PAS-UMNO”, atau “apakah pimpinan PAS ini tidak boleh ditegur dan dikritik”.
Aku menghormati dan memandang tinggi keilmuan yang ada pada diri Zaharuddin. Jika mahu dibuat perbandingan, ilmu yang ada pada zaharuddin terlalu jauh dan tinggi jika mahu dibandingkan dengan ilmu yang aku ada. Memandangkan atas keilmuan itu, Aku rasa, Zaharuddin perlu mengambil sikap yang lebih bermaruah dan tidak perlu mengambil sikap “playself”, seperti yang dilakukan sebelum ini. Dia tidak perlu melakukan komen dalam blog dengan menggunakan “tanpanama” atau mempergunakan blog-blog hantu, sepertimana yang dilakukan oleh Saudara Suhaimi Embong. Malahan, jika Zaharuddin tidak bersedia pun, aku cadangkan Suhaimi embong datang berdebat atau berbincang denganku dalam isu yang dikemukakan, sepertimana yang dia sering berhujjah atas nama blog Batuapi @firestone.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg buloh
31 Januari 2010 * 3:38 petang
18 ulasan:
Muktamar akan datang kita perlu keluarkan Pres. Timb Pres. dan menantunya sekali serta kroni kroni UG dari Parti Pas SeMlaysia, Insyallah bagi menyelamatkan parti dari terus di pergunakan oleh musoh PAS dengan kebendaan dan wang ringgit. Takut takut mereka mereka ini telah termakan dan masuk perangkap perisikan musoh hingga tidak dapat berpatah balik lagi.
Dulu bila disebut hal hal kemampuan perisikan dan perisik perisik ... hanpa gelak seolah olah dengan ilmu agama di dada tidak akan mampu di tembusi oleh ilmu perisikan duniawi, apatah lagi pendidikan perisikan dari barat.
Sekarang ... engkau orang lihatlah bagaimana ilmu perisikan dan geraksaraf ajaran barat itu menembusi iman dan ilmu agama didada hangpa. Engkau ada ilmu didada tetapi mereka menggunakan akal di kepala. Perisikan telah berjaya menghancurkan ilmu agama didada hatta kepimpinan utama PAS hanya dengan air lior dan sedikit wang ringgit.
maslahnya hanya perwakilan di benarkan mengundi.
di selangor hampir semua ajk kawasan telah di brainwash atau di motivasikan oleh dr hassan.pemuda pulak di program oleh pemuada pusat yg majoriti dari negeri perpaduang.bahkan pemuda selangor telah lama di perpaduangkan.
ana agak khuathir keadaan ini.cuma kesiahan pada ahli biasa yg berkerja all out menghapukan umno.
playsafe sheikh
tuan,
walaupun bukan aktivist pas sejati, saya telah saksikan sejarah perkembangan pas dan pemimpinnya dgn rapat sekali sebagai anak orang pas..
khususnya awal 80an dizaman kebangkitan pas Tganu dgn isu kafir mengkafirnya sehinggalah era 'menjilat ludah' selepas pru1999..
saya rasa amat memahami kepimpinan pas tganu aka pas UG ini.. berdasarkan pengamatan dan pengalaman sendiri sebagai anak tganu..
pada saya.. isu kawin Pas-Umno atau libralisasi islam-melayu ini bukanlah penyakit baru, ia adalah wabak yg telah lama menular dari dulu lagi.. ia adalah doktrin jatidiri pimpinan pas tganu sedari awal, yg tersembunyi atau terpendam kerana arus perjuangan pas semasa.
isu kafir mengkafir dan perjuangan islam adalah alat bagi momentom peningkatan pengaruh..
sekiranya tuan mengkaji sejarah pendidikan, pencapaian dan sumbangan pimpinan pas tganu diluar merit politik, tuan akan dapati majoriti pimpinan tganu tidak layak digelar sebagai ulama malah satu fitnah pada ugama..
MASALAHnya doktrin atau fahaman pas tganu ini sudah menjadi fahaman utama dalam pas!!
walaupun di buang seluruh pimpinan Tganu dari Pas.. dokrin mereka tetap sudah jadi jatidiri sebahagian besar penyokong dan penggiat pas.. Pas era Ustaz fadhil dan sebelumnya sudah hilang dan bakal hilang..
yg akan ada hanya pas yg boleh menghalal cara diatas nama ulama pewaris agama..
tuan dan yg lain cuma saki baki pas lama yg tinggal dan saya rasa membawa pas lama menjadi Pas Alaf baru walaupun diluar Pas pimpinan Tganu adalah yg terbaik..
tuan, tgna dan siapa2 yg menolak Ug cuma pengacau yg tidak diperlukan..
jadi, saya rasa Islam perlu mebezakan diri dari Pas Tganu/UG ini didalam kapal yg berbeza.. rakyat dapat menilai dan memilih wadah mana yg benar bagi mereka!!
Salaam ust.
Cuma nak tanya...
Pertama,
Sebagai seorang muslim yang berfikiran terbuka (kononnya) dan diberikan akal oleh Allah, adakah kita hanya perlu mempercayai perkhabaran yang dibawa oleh seorang insan yang bernama Azlan tanpa perlu merujuk kesahihannya terlebih dahulu. Adakah ini yang diajar oleh Islam ala Bakistani ?
Kedua,
Ana kenal enta dan ana kenal Ust Zaharudin akan tetapi ana tak pernah (wallahi) dengar Ust Zaharudin memburukan nama enta atau yang seangkatan dengan enta seperti mana enta mengaibkan beliau seperti dalam penulisan dalam blog ini yang menggambarkan beliau jahat sangat. Ajaran Islam mana yang mengharuskan enta berbuat demikian.
Ketiga,
Apa bukti enta (nyatakan) yang perancangan berforum itu dalang perancangnya Ust Zaharudin. Mengapa enta begitu hasad dengan beliau sampai melemparkan tuduhan melulu begitu. Ini sama dengan tulisan enta membuat tuduhan terhadap pimpinan PAS. Bukti takda. Teringat kisah Tulang besi tulis dalam blog beliau tuduh Ust Zaharudin itu dan ini, kemudian Ust Zaharudin jawab dalam blog siap dengan dengan mendokan Tulang Besi... kemudian terus tarik balik artikel dalam blog beliau. Enta jangan jadi macam Tulang Besi pulak ya. Enta seorang alim dan yang menjatuhkan maruah orang alim adalah pada adab dan sikapnya.
Kepada bekas perisk,
Kerja buang orang yang tak sama pandangan dengan kita adalah kerja orang UMNO. TGHH memang dah kaya dapat sogokan daripada UMNO seperti sangkaan anda. Kalau itulah ukurannya, TGHH tak payah duduk dalam PAS dari dulu dah boleh kaya. UMNO dah serang TGHH seawal 80an dikala tiada siapa yang mengenali TGNA.Mungkin masa tu anda masih pakai pampers lagi.
Kelima,
Harap ust tanya sendiri kisah TGNA pergi Trengganu (diperdayakan - meminjam istila Pak Bakaq) sebelum membuat andaian yang membuka ruang fitnah. Mungkin Fatah Haron (yang banyak fail ni ???) terlalu hebat perjuangan dalam PAS. Mungkin YB Kak Zailah boleh kongsi enta pasal perangai Fatah Haron ini samada persakssianya boleh dipakai atau tidak. Wallahu'alam
Untuk renungan bersama.
Haqqul Mubin
Saya rasa masalah utama TGHH adalah kerana keterlaluan dalam menentang UMNO dalam era 1980an. Ini boleh dibuktikan dengan hampir setiap mukim di terengganu mempunyai dua masjid. Sekarang ini kelihatan TGHH terlalu apogetik terhadap UMNO. Sedangkan ahli sudah memahami wawasan beliau tahun 1980an tersebut dan sudah bersedia untuk meng-explore- peluang dakwah yang lain termasuk DAP. Tetapi geng terengganu yang kental itu masih belum berubah dan masih dengan sentimen bodoh mereka.
Ustaz Wan Ji;
Ni nak bagi satu hujah nak kong Zahiruddin tu.
Apa untungnya PAS bergabung dengan UMNO? Kerusi yang ditandingi oleh PAS sama dengan UMNO. Kalau Pas menang, UMNO akan kalah. Kalau UMNO menang PAS akan kalah. Mana yang bertambah kerusi orang Islam di Parlimennya? Mana yang memerintah Islam 100% di parlimennya?
Aku rasa geng UG ni matematik pun tak pandai.
ustaz..
apesal tak ulas wacana dr mujahid rawa , ustaz zaharuddin mohammad.. yang ustaz jadi moderator??...
sape yang kata ustaz zaharuddin lari dari muktamar subang??
ustaz.. ana nak tanya..
masa ustaz dalam ulama pelapis PAS dulu.. artilce yang ustaz keluarkan dalam blog tu.. ustaz tulis sendiri ke? hasil perbincangan sama ulama pelapis??
jawab dengan jujur ustaz..
azlan yang ustaz cakap tu.. yang masuk bertanding semua jawatan dalam dewan pemuda PAS subang ka???
akhirnya dapat juga jadi exco pemuda.. hehehe..
ustaz.. orang PAS ni orang baik-baik..
kalu mereka berdendam .. ana rasa.. abih semua pekung ustaz, dan geng2 ustaz dipunggah.. tapi orang PAS yang baik takkan ugut2 nak kubang2.. kita akan tengok sendiri sape yang ikhlas sape yang tak ikhlas..
Aku tengok hujjah geng UG ni sama macam hujjah ulama' muda UMNO. Yang berbezanya Ulama' muda UMNO masuk UMNO secara individu. Yang Geng UG ni nak bawa PAS sekali.
Patutle TGNA meluat benar.
salam Haqqul Mubin..
First of All,
Ana tau anta ni org PAS SUBANG, kerana ahli PAS SUBANG sahaja yang kenal siapa Azlan dan apa ceritanya..
Tapi anta tak tahu ape kebenaran cerita yang Azlan pegang.
Ana nasihatkan anta dapatkan cerita Si Azlan ni dari orang kuat MTD dan Bekas Bendahari MTD bagi meleraikan kekusutan anta serta menegah dan melindungi dari membuat sebarang tanggapan buruk dan syakwasangka yang boleh jadi membawa kepada fitnah memfitnah.
dikhabarkan Bendahari sampai menangis kerana fitnah berlaku sehingga memburukkan nama Azlan..
jadi ana nasihatkan anta supaya dapatkan kisah yang sahih dan mestilah dari perawi yang bagus dan baik. mudahan anta dilindungi oleh Allah.
salam
Pemuda Insaf
Aku pun kawan baik wanji. Aku tak pernah dengar dia kutuk zaharuddin. Dia puji lagi ada laaa.. dia cakap zaharuddin mahir ilmu ekonomi islam.
dalam tulisan ni pun, aku dok cari mana ayat dia kutuk zaharuddin. tak ada pun? yg aku faham. tulisan ni. wanji tunjuk sikap tak mahu gaduh dgn zaharuddin sbb tu dia tak nak jumpa.
tp setahu aku Zaharuddin ni memang kaki perangkap orang. Dah byk kali dia perangkap wanji tp tak dapat je. Dia pakat dengan Ridhwan Mail. ketua pemuda PAS Subang yg kaki ponteng usrah tu. kali ni je wanji kecundang... (cewah. ayat macam kena rogol jer.. hahaha)
ok bro. blah dulu.
Bekas EXCO Pemuda PAS Subang
Aku pun kawan baik wanji. Aku tak pernah dengar dia kutuk zaharuddin. Dia puji lagi ada laaa.. dia cakap zaharuddin mahir ilmu ekonomi islam.
dalam tulisan ni pun, aku dok cari mana ayat dia kutuk zaharuddin. tak ada pun? yg aku faham. tulisan ni. wanji tunjuk sikap tak mahu gaduh dgn zaharuddin sbb tu dia tak nak jumpa.
tp setahu aku Zaharuddin ni memang kaki perangkap orang. Dah byk kali dia perangkap wanji tp tak dapat je. Dia pakat dengan Ridhwan Mail. ketua pemuda PAS Subang yg kaki ponteng usrah tu. kali ni je wanji kecundang... (cewah. ayat macam kena rogol jer.. hahaha)
ok bro. blah dulu.
Bekas EXCO Pemuda PAS Subang
Aku pun kawan baik wanji. Aku tak pernah dengar dia kutuk zaharuddin. Dia puji lagi ada laaa.. dia cakap zaharuddin mahir ilmu ekonomi islam.
dalam tulisan ni pun, aku dok cari mana ayat dia kutuk zaharuddin. tak ada pun? yg aku faham. tulisan ni. wanji tunjuk sikap tak mahu gaduh dgn zaharuddin sbb tu dia tak nak jumpa.
tp setahu aku Zaharuddin ni memang kaki perangkap orang. Dah byk kali dia perangkap wanji tp tak dapat je. Dia pakat dengan Ridhwan Mail. ketua pemuda PAS Subang yg kaki ponteng usrah tu. kali ni je wanji kecundang... (cewah. ayat macam kena rogol jer.. hahaha)
ok bro. blah dulu.
Bekas EXCO Pemuda PAS Subang
satu lagi....aku terlupa.
Aku rasa zaharuddin kena terima kasih kat wanji. sbb masa dia buat kat azlan tu. Azlan dan Khairuddin dah rancang nak saman zaharuddin. tp, wanji minta jangan saman.
kalau betul azlan saman zaharuddin ari tu. aku rasa mesti TGHH malu besar.
ok chaw dulu.
bekas EXCO pemuda PAS Subang
satu lagi....aku terlupa.
Aku rasa zaharuddin kena terima kasih kat wanji. sbb masa dia buat kat azlan tu. Azlan dan Khairuddin dah rancang nak saman zaharuddin. tp, wanji minta jangan saman.
kalau betul azlan saman zaharuddin ari tu. aku rasa mesti TGHH malu besar.
ok chaw dulu.
bekas EXCO pemuda PAS Subang
satu lagi....aku terlupa.
Aku rasa zaharuddin kena terima kasih kat wanji. sbb masa dia buat kat azlan tu. Azlan dan Khairuddin dah rancang nak saman zaharuddin. tp, wanji minta jangan saman.
kalau betul azlan saman zaharuddin ari tu. aku rasa mesti TGHH malu besar.
ok chaw dulu.
bekas EXCO pemuda PAS Subang
satu lagi....aku terlupa.
Aku rasa zaharuddin kena terima kasih kat wanji. sbb masa dia buat kat azlan tu. Azlan dan Khairuddin dah rancang nak saman zaharuddin. tp, wanji minta jangan saman.
kalau betul azlan saman zaharuddin ari tu. aku rasa mesti TGHH malu besar.
ok chaw dulu.
bekas EXCO pemuda PAS Subang
Salam,
Kalau mcm ne perangai org PAS, baik mati kena gap buaya UMNO.
Catat Ulasan