Sabtu, 1 Januari 2011

GABUNG PAS – UMNO : KERUGIAN DAKWAH DAN POLITIK

Sekali lagi negara berkocak dengan isu kerajaan perpaduan. Sukar untuk menafikan berita yang tersebar bahawa wujud pertemuan sulit buat kali kedua, antara wakil dari PAS dan wakil dari UMNO. Kesukaran ini adalah kerana, di awal kecelaruan isu ini, ternyata wujud penafian di peringkat awal oleh pimpinan PAS, tetapi kemudiannya terbukti berita yang tersebar itu bahawa sememangnya benar wujud pertemuan sulit antara wakil PAS dan Wakil UMNO dalam usaha gabung antara dua parti besar itu. Malahan, pihak yang menafikan diperingkat awal itu mengakui kewujudan pertemuan sulit tersebut.

Walaubagaimana pun, jika dinilai balik. Gabungan antara dua parti besar, iaitu PAS dan UMNO ini, ia amat memberikan kerugian kepada dakwah islam, juga kerugian yang bakal tertimpa kepada PAS dari sudut politik.

Antara alasan-alasannya adalah seperti berikut;

KERUGIAN DARI SUDUT DAKWAH

Apabila PAS bergabung dengan UMNO, antara implikasi yang bakal tertimpa adalah seperti berikut;

Pertama :

PAS akan dilihat sebagai parti melayu yang sanggup bergabung dengan parti melayu yang lain, waima parti melayu itu terbukti adalah zalim. Malahan sebelum ini, pimpinan PAS sendiri mengakui bahawa UMNO adalah parti yang zalim.

Menggabungkan dengan parti Zalim, tidak ada lain, kecuali akan dilihat sebagai cenderung kepada kezaliman, walhal perkara itu diharamkan oleh Allah SWT.

Firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
“Jangan kamu cenderung kepada mereka yang zalim, maka kamu disambar oleh neraka”

[Hud : 113]

Tindakan melayu membantu melayu yang zalim, adalah boleh disifatkan sebagai assobiyyah yang tidak diakui umat oleh Rasulullah SAW.

Sabda Nabi SAW;

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya;
“Bukan dari kalangan kami mereka yang menyeru kepada Assobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang berperang atas dasar assobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar Assobiyyah”.

[Abu daud : 4456]

Dalam menafsirkan makna Assobiyyah, kitab ‘Aun Ma’bud menafsirkan;

مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِم

Maksudnya;
“Mereka yang menyeru manusia kepada himpunan Assobiyyah adalah, membantu terhadap orang zalim”

[Aun Al-Ma’bud : 11/161]

Kedua :

Ia akan melahirkan persepsi yang buruk terhadap Islam yang diperjuangkan oleh PAS di mata-mata dan hati orang bukan islam. Menjaga persepsi ini adalah amat ditekankan oleh nabi SAW.

Pernah suatu hari, Umar bin Al-Khattab pernah meminta izin dari Rasulullah SAW untuk memancung kepada Abdullah bin Ubai bin Salul, ketua munafiqin Madinah. Tetapi permintaan Umar itu tidak diizinkan oleh nabi SAW dengan sabda baginda;

لَا يَتَحَدَّثُ النَّاسُ أَنَّهُ كَانَ يَقْتُلُ أَصْحَابَهُ

Maksudnya;
“tidak, kerana bimbang manusia bercakap bahawa [Muhammad] membunuh sahabatnya”

[Al-Bukhari : 3257]

Apabila PAS bergabung dengan UMNO, Islam yang diperjuangkan oleh PAS akan dilihat oleh non Muslim di Malaysia sebagai agama yang menyokong kezaliman, Islam adalah agama melayu, dan Islam menyokong perkauman, walhal Islam tidak sekali-kali begitu.

Ketiga:

Tindakan PAS bergabung dengan UMNO, akan menyebabkan non Muslim yang mahukan kepada keadilan sejagat, akan menjauhkan diri dari melihat keadilan islam yang wujud dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sudah pasti, ia menyekat mereka dari memahami islam dalam bentuk yang sebenar.

Tindakan ini, secara tidak langsung mencegah mereka dari memahami islam. Tindakan itu, dihalang oleh Allah SWT dalam firman-Nya;

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ

Maksudnya;
“Mereka bertanya kepada kamu [Wahai Muhammad] berkenaan berperang pada bulan haram. Katakanlah, berperang pada bulan haram adalah dosa besar. [namun] MENCEGAH DARI JALAN ALLAH, kufur terhadap Allah, masjidil haram dan mengeluarkan ahlinya daripadanya adalah lebih besar dosanya disisi Allah SWT”

[Al-Baqarah : 217]

KERUGIAN DARI SUDUT POLITIK

Dari sudut politik pula, PAS mempunyai banyak kerugian. Iaitu seperti berikut;

Pertama :

Di situ kerusi PAS, maka disitu kerusi UMNO. Kalau bergabung, macam mana pula timbul pembahagian kerusi? Adalah amat mustahil, jika UMNO mahu memberi kerusi PAS lebih majoriti. Jika keadaan ini berlaku, PAS tetap berada dibawah ketiak UMNO, dan tidak mustahil setelah UMNO semakin gagah, mereka akan merancang untuk menyepak PAS keluar.

Dan lagi, apa untungnya PAS bergabung dengan UMNO? Kerusi yang ditandingi oleh PAS sama dengan UMNO. Kalau Pas menang, UMNO akan kalah. Kalau UMNO menang PAS akan kalah. Mana yang bertambah kerusi orang Islam di Parlimennya? Mana yang memerintah Islam 100% di parlimennya? [komen seorang teman]

Kedua :

Dari sudut moral, PAS akan dimeluati oleh rakyat. Mereka akan melihat PAS dari sudut persepsi mereka bahawa PAS adalah sebuah parti yang tidak mempunyai prinsip dalam menentang kezaliman.

Apabila keadaan ini berlaku, tidak mustahil PAS tidak akan diundi oleh rakyat dalam PRU. Sudah pasti, ia akan mengundang kekalahan besar kepada PAS dalam PRU akan datang.


Ketiga :

Isu gabung PAS – UMNO, ia tidak dibincang secara bulat dan terperinci. Ekoran itu, sebilangan besar pimpinan PAS yang tidak bersetuju, termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Malahan, Tuan Guru mengambil sikap menentang habis-habisan usaha tersebut, sehingga menggelarkan idea kerajaan perpaduan ini sebagai “boneka UMNO”, “mengarut” dan sebagainya.

Sekian

p/s : Yakinlah, artikle ini akan dijawab oleh Batuapi@Suhaimi embong

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg buloh
2 Januari 2010 * 12:06 pagi

17 ulasan:

Penembak Babi berkata...

Salam bhai,

Wa rase semua orang dalam Pas tahu implikasi bila bergabung dgn umno neh...

Cuma wa tak faham, mengapa luorang ulas seolah-olah mursyidul am, pres. & timb terus nak bergabung dgn umno terus tanpa bincang dgn pihak yang berkaitan...Walhal muktamar pas juga menetapkan yang pas boleh bertemu dgn sesapa shaja..tanpa batasan!

Yang lu ulas lelebih, macam lu sorang je yang bijak atas donia neh...Lantak lu ler...Itulah bahananya bila tak dengar muktamar bebetul...ntah-ntah lu ponteng kut...

ikhlas,

Boar Shooter

http://penembakbabi.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

lu tanya la mursyidul am. kenapa dia kata kerajaang perpaduang tu karut?

pencatat berkata...

penembakbabi, ikhlas tapi bodoh...

Tanpa Nama berkata...

Memang le geng UG ni tak pandai matematik. Hari tu masa nak buat kerajaan BN-PAS di Selangor immediately selepas pilihanrya 2008. Dia orang tak sedar PAS+BN masa tu bukannya boleh memerintah Selangor. sih tak cukup kerusi. Aku pun tak paham pasal apa perlu buat pertemuan dengan Khir Toyo nak buat kerajaan. Lain kali belajar matematik betul betul dulu.

Tanpa Nama berkata...

Maafakan saya selaku seorang yg kurang ilmu agamanya utk beri ulasan pada fakta 2 ustaz berhubung isu ini...rasanya eloklah ustaz hanya tumpukan pada hal2 ehwal ilmu agama yg ustaz buat utk terus berbakti pada anak bangsa mencurahkan ilmu di dada pada mereka yg sgt memerlukannya daripada ustaz terlibat dlm kancah politik kita yg sgt kotor lagi mengotorkan ini...bila ustaz memberi komen di atas..saya melihat hujah ustaz tersangat lemah dan langsung tidak mencerminkan ustaz seorang ilmuan yg tinggi dan memungkinkan ada yg akan mempesoalkan kredibility ustaz sebagai guru agama bila bibit taik politik mula terpancar di wajah ustaz lebih lebih lagi apabila fakta yg ustaz hujahkan ini amat lemah dan menjengkilkan....apakah haram disudut agama utk mendamaikan sesama islam yg sedang bergaduh wahai ustaz?....apakah ustaz percaya hanya DAP dan PKR sahaja yg mampu memeberikan kuasa pada PAS?....dan sekiranya sudah berkuasa pula apa yg mampu PAS buat untuk islam?....apakah kita hanya bercakap soal hukum bila kuasa tiada ditangan dan meletakkan hukum didlm muktamar utk di debatkan tetapi tidak mahu dilaksanakan kerana alasan perpaduan dgn rakan politik...apakah itu hala tuju pas waktu ini yg ustaz dan ketaksuban pada TGNA yg terbawa bawa oleh ramai ustaz ustaz muda waktu ini....apa mereka ini maksum? Apakah neraka jahanam tidak ada ulamak yg akan dicampak kedalamnya?...

Tanpa Nama berkata...

Nak dakwah kat UMNO ni kena kalahkan mereka dalam pilihanraya. Beru le mereka insaf dan mencari kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya rakyat terengganu dah meluat kat PAS. Kalau ikut hukum adat le, PAS tak akan menang di Terengganu sampai generasi yang mengundi tahun 1999 tu habis. Maknanya sekitar 40-50 tahun lagi. Dah serik kata mereka. Bukan saja ahli UMNO dan tak berparti, ahli biasa PAS pun serik juga. Tapi merekamasi syok sendiri. Tengokle pilihanraya 2008 lepas, seluruh negara undi BN merosot. Tapi di Terengganu terus meningkat. Undi PAS, seluruh negara meningkat, tapi beberapa kawasan di Terengganu merosot.
Mereka masih belum sedar. Masih menyalahkan pengundi hantu. Aku tak paham bila pejuang Islam menjadi syok sendiri. Ujub kata orang. Itu le yang berlaku di Terengganu. Mereka bukannya nak duduk rapat dengan rakyat marhaen, tetapi sibuk dengan pemimpin UMNO atasan. Jual kambing le ect-ect-

hussin berkata...

“mengapa luorang ulas seolah-olah mursyidul am, pres. & timb terus nak bergabung dgn umno” adalah usaha untuk melibatkan tgna dalam isu “kerajaan perpaduang”, cuba diselidungi dengan perkataan “bergabung”. diperkuatkan dengan akhir kata “ikhlas”.

“mengarut!” sudah cukup untuk menilai pendirian tgna. janganlah berbelit2 dalam mengulas/memberi pandangan hanya kerana merestui tindakan yang umum melihat memberi kesan negatif kepada pas.

kenapa tidak ulas kata2 ustaz yahya "ulama kita pun sudah ada yang 'belawok'. 'belawaok' ini dipercayai ada kaitan dengan "kerajaan perpaduang" yang dirintis melalui "pertemuan dalam gelap".

walaupun isu 'pembohongan' ini sudah lama timbul iaitu selepas sahaja 'pertemuan dalam gelap' meletup. ustaz yahya sebagai seorang ulama sudah tentu bersikap berhati2 sebelum bercakap. setelah memerhati sendiri dengan perkembangan2 yang dilakukan dari segi ucapan dan dilestari dengan tindakan yang bertentangan dengan keputusan muktamar semenjak selepas muktamar ke 55, barulah ustaz yahya menyatakan isi hatinya.

bagi pencacai "kerajaan perpaduang" 'dan terus berbincang dengan semua pihak termasuk umno' lebih dipertahankan dari 'memperkasakan rakyat'. tidak nampakkah kalian 'dan terus berbincang dengan semua pihak termasuk umno' adalah jalan untuk membuka secara berterusan untuk merealisasikan agenda "perpaduang"?

wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Salaam Ustaz

Semua orang tahu Rugi gabung dengan UMNO. Enta tak payah tulis panjang-panjang.

Yang ana tak setuju bilamana kita serang sesama jemaah lepas tu sembunyi tak nak jumpa dan bincang. Ana nak tanya enta jika kita serang sesama jemaah maka dia menguatkan atau melemahkan PAS ??? Macam enta serang Ust Zaharudin tu ??? Adakah dengan lemahnya PAS maka PR akan kuat ????

Cuma nak jawab Anon dalam artikel yang lepas, yang kata aku dari PAS Subang. Satu lagi sikap orang yang kata nak kan Islam yang membuat tuduhan sembrono. Bhai, aku bukan dari Subang la.. Bapak aku orang Perak. Aku dah kenal PAS seawal tahun 1978.Rumah aku kat kampung dah jadi bilik gerakan pilihanraya. Aku salah seorang Ahli Dewan Harian salah sebuah Kawasan di Semenanjung Malaysia.


Masa tu Dr Zul, Khalid Samad, Ustaz Mujahid (Jgn paggil Ustaz nanti dia marah. Kena panggil Dr kerana dia dah sound dekat AJK Masjid aku kena panggil dia Dr bukan Ustaz. Yang ini baru dikatakan pimpinan yang tak boleh ditegur, Kejar nama kot !!!)

Haqqul Mubin

Tanpa Nama berkata...

Kalau aku nak kata kau bodoh nanti kau marah. tapi memang kau bodoh. Macamana aku nak percaya cerita kau sebab kau kata batustone tu suhaimi embong. Untuk perhatian kau lain kali selidik dulu berita dari kawan2 kau terutama wan johari dan sahabat karib kau zulfakar. Dah tu cerita yang macamni berkenaan pertemuan pas- umno lagi aku tak percaya sebab ada asas fitnah tuduhan kau kata batu stone tu suhaimi embong. Baik kau minta maaf dekat suhaimi sebelum mati. Itu pun jika kau takut Allah akan seksa kau di akhirat sebab fitnah yang kau buat... Ajak Wan Jo sekali yang konon masa d parlimen kalau jumpa suhaimi nak tumbuk muka dia. Tapi pengecut... Sudah2 la buat fitnah. Batu stone tu kalau di harakah semua dajh tau siapa dia kecuali engkau dengan geng kau jer yang masih mabuk. Ajak bakar haq yang bukan ahli pas tu sekali.. kalau bukan ahli buat cara bukan ahli...

Tanpa Nama berkata...

semua orang tau Suhaimi Embong nak take over iklan harakah. sbb tu serang mokhtar gile-gile tu. RM90 ribu sebulan beb....

Harakah cetak

Tanpa Nama berkata...

Kalau suhaimi bukan Batusapi, mungkin Suhaimi berguru ghaib dengan batusapi sebab itu pandangan mereka sama!

Desa Mentari berkata...

Saiam,

Wahai orang PAS yang bengap, jangan lah kalian bergaduh sesama sendiri. Tunaikan janji pilihanraya dulu. Kata nak bagi air percuma 20m3. Tau tak tuan2 PAS ne... beribu-ribu pemilik rumah flat yang terdiri dari org kurang senang tak dapat lagi air free 20m3 ne.

Perjuangkan la ini. Tunaikan janji. Orang yang mungkir janji tu munafik. bukAN GADOH SAMA SENDIRI..

BODOH

Tanpa Nama berkata...

Tak pasal-pasal nama dikaitkan, Orang lain yang beri maklumat mengenai Pertemuan sulit dengan Umno dan yang terbaru melibat pertemuan dengan SPB YDP Agong baru-baru aku pula yang palitkan, INI FITNAH. Aku mana ada maklumat macam tu.

Dalam isu kerajaan perpaduan, Akupun macam orang lain juga dapat maklumat, mengenai isu terbaru bila baca FB @Abdul Fatah Haron tulis. Mungkin aku dapat maklumat drp YB Abe Tah samalah juga Ustaz Idris Ahmad dapat maklumat yang cabar YB Abe Tah beri maklumat kepadanya

Susah betul, Baiklah aku ishtihar terus terang di sini.

"Aku tidak maafkan sesiapapun yang buat fitnah keatas diriku, Aku maafkan jika dapat ludah atas muka pemfitnah ini tiga kali. Tak kiralah namanya Suhaimi Embong, blog Batuapi/firestone, babi, beruk dan sesiapa saja".

Orang Bandar Baru berkata...

Resam alam ini, masa susah semua ahli PAS bersatu kerana ikhlas memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Lalu Allah menguji mereka dengan sedikit kemenangan. Apa yang berlaku adalah sesuatu yang di luar fikiran kita. Dulu nya yang kebanyakkan ustaz dan ulama kampongan ini yang nampak penuh ikhlas dan amanah, apabila di uji Allah , kebanyakkan mereka mereka ini gagal dan mudah termakan nasihat dan pandangan dari kalangan mereka yang dianggap bijak pandai tetapi lebih kepada opportunis.
Kalangan yang ikhlas berjuang hingga sekarang walau pun menang tidak pernah meminta apa apa pun sebaliknya terus berusha mampertahankan keharuman PAS dari tindakan keji sesetengah yang lupa daratan. Kalangan mereka mereka bukan dari yang memohon tanah tanah, projek projek, tender tender, jawatan jawatan kepada diri, anak pinak, saudara mara dan sahabat handai dan berbagai kebendeaan dunia.
Mereka yang ikhlas boleh dilihat sampai kini tidak meminta apa apa, bahkan lebih mendiamkan diri dan terus bekerja untuk PAS tanpa merungut. Kalangan ini sudah pasti nya amat benci pada kalangan pemimpin khianat, mungkir janji, lupa diri dan bodoh sombong.
Akhirnya apa yang berlaku diantara blogger pro UG dan Anti UG ini merupakan perebutan kearah hartabenda dan kekuasaan sementara. Lebih jijik dengan kata kata BODOH (macam dia seorang yang pandai dan penuh pengalaman)... Apa apa sikit pandangan yang BODOH, analisis yang BODOH, tidak akademik dan berbagai lagi yang jelas meperlihatkan kesombongan dan takbur nya kalangan golongan ini. MAKA PATUTLAH ALLAH TIDAK MENGHADIAH KEMENANGAN KEPADA PAS WALAU PUN SUDAH LEBIH 50 TAHUN, kerana jelas mereka lebih busuk dan jika diamati amat rendah hati budinya.

Tanpa Nama berkata...

hahahah umno zalim?
kat mana zalimnya..?
ramai boleh pi mekah dengan tahung haji yang selesa.

kalau nak harapkan pas,balik balik mahafiraun 65K je pi mekah.rakyat kelantan dibiarkan.pimpinan yang menang bukannya nak tengok kawasan sendiri,tapi sibuk pi selangor,kl dan sebagainya.konon konon ceramah dan perjuangan.

orang bagi amanah dia sibuk pi kawasan orang.jaga kohilal pn melingkup lepas tu sibuk bising pasal felda yang berjaya

pas memang zalim

Tanpa Nama berkata...

Salam
Kezaliman hanya dilakukan oleh UMNO .... tidak pula oleh PAS ... wa ka ka ...