"sebelum rakyat tahu, Ayoh.. Heret "Musa" ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kerana dia cakap 'UMNO APCO, APCO UMNO'" arah Firuan kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat kerajaan Al-Qibt (Egypt) ketika itu.Firaun dahulu ternyata sesat. Allah SWT mengarahkan Musa berhadapan dengan Firaun. Firuan tidak berhadapan sendiri, sebaliknya menghantar ‘wakil rakyat-wakil rakyat’nya untuk berdebat dengan Musa. Apabila semua wakil-wakil rakyat Firaun kalah berdebat dengan Nabi Musa, Firuan jadi berang dan mengarahkan semua tentera-tenteranya tangkap Nabi Musa A.S.
Itu kisah firuan dahulu, yang seakan-akan sama dengan kejadian yang berlaku pada hari ini; iaitu apabila UMNO terbukti terlibat dengan APCO, menyebabkan Dato’ Mahfuz Omar bertindak menyebut “UMNO APCO, APCO UMNO”.
Apabila Dato’ Mahfuz menyebut itu, semua ahli parlimen UMNO gelabah biawak, termasuk Timbalan Speaker sendiri. mereka terlalu gelabah sehingga tidak mampu untuk “cover” melainkan terpaksa bertindak seperti Firuan, iaitu mengheret Dato’ Mahfuz Omar ke jawatankuasa Hak dan kebebasan Parlimen.
Kalau Firuan dahulu, takut berkembangnya ajaran kebenaran yang dibawa oleh Musa menyebabkan Firuan bertindak mahu membunuh Musa, maka samalah dengan UMNO yang takut tembelang mereka pecah sehingga sanggup mengheret Dato’ Mahfuz Omar ke jawatankuasa Hak dan kebebasan parlimen.
Nyata, UMNO bukan sekadar APCO, tetapi Firaun.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 april 2010 * 1:15 pagi
























