semenjak PAS bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, kita dalam lihat bagaimana penerimaan mereka terhadap Islam semakin hari semakin teserlah. Mereka mula membaca Al-Quran, mula masuk masjid dan surau untuk mendengar kuliah agama, mula bersedia berbuka puasa dengan orang islam dan banyak lagi.
Kagumnya, apabila karpal Sikh yang dulu mengatakan langkah mayatnya jika mahu laksanakan negara islam, tetapi mula toleransi dan bersedia berbincang tentang cita-cita PAS itu.
keadaan ini berbeda dengan UMNO, yang sejak dahulu, kini dan selama-lamanya berusaha mencandukan agama Islam demi mendapat sokongan orang islam, dan menajiskan agama untuk mendapat undi dari non Muslim.
mereka tidak puas-puas untuk menajiskan agama demi kepentingan parti mereka, hatta terpaksa menjadikan islam sebagai bahan propaganda. Ia tidak lain, tindakan memberi gambaran buruk terhadap Islam, seterusnya menjauhkan lagi non Muslim yang semakin mahu mengenali Islam.
kemana ulama-ulama UMNO? tindakan pimpinan UMNO ini adalah zalim, maka wajib ditegur terhadap tindakan mereka. Kalau Ulama Muda UMNO boleh menulis artikle mengutuk tindakan PAS, mana artikle ulama Muda UMNO yang mengkritik tindakan pimpinan UMNO ini?
Mungkin Ulama Muda UMNO akan menjawab, bahawa mereka menegur dengan adab. Mereka menegur menggunakan saluran parti, iaitu berbisik-bisik. Walau pemimpin mereka kekal dengan kezaliman itu, mereka tetap menjaga adab menegur. Kekal menggunakan saluran parti. Jika inilah keadaan UMNO, tidak hairan parti itu semakin lama semakin hancur sehingga kejahatan mereka diumpamakan oleh bekas perdana menteri sebagai busuk sampai ke ususnya.
sekian
Wallahu 'Alam
4 ulasan:
ameno memang tak mau Islam, kalau mereka betul-betul mau...sudah lama mereka menyertai perjuangan Islam.
Kenapa Menteri Agama Umno tak ulas langsung pasal komen pelakon purno dan Ghani Osman yang mempersenda dan menakut2kan orang bukan isloam pasal hukum islam.
Ini Menteri Agama ka atau Menteri Makan Duit. Motibasinya tak seindah perangainya yang sebenar. Hanya pandai bercakap tapi bila kena batang hidung...langsung membisu.
Inilah dinamakan Menteri Agama Syaitan.
1.Oiii!!hang pi habaq sat kat salahuddin!!umat islam dimalaysia bukan jahil la!!
2.dia ingat dia boleh tafsir ayat Al-Quran suka hati dia ka!!sat puak perempuan tak boleh jadi pemimpin!sat puak perempuan boleh jadi pemimpin!!
3.Dulu puak pas tafsir ayat Al-Quran BERGURUKAN imam Shafie dan lain-lain!!semua sependapat!!perempuan tak boleh jadi pemimpin!!
4. lani puak-puak pas BERGURUKAN syaitan .a.ka.a dap pulak kot!!perempuan boleh jadi pemimpin!!
5.AYAT aL-qURAN MENGENAI PERKARA TERSEBUT JELAS!!TAK PAYAH KELENTONG DAN JUAI AYAT AL_QURANLAH OII!!
6.NAK BAGITAU KAT HANG NO!!HANG SEKARANG BERHADAPAN DENGAN PUAK KAPIAQ HARBI!!puak yang siang malan dok cari jalan untuk hancurkan umat islam!!
7.ish!ish1ish!makin hang dekati puak dap kat selangor!!roneei liew tu makin permainkan hukum islam!!
8.berapa kupang hang dapat!!dok jadi barua puak kapiaq harbi!!limau sebiji!!ayaq orange sebotoi!!itu je nilai islam bagi hang!!
kalau takde pas,lagi senang Islam disebarkan..
ini baru org kapir dah bagi salam,terus melalak seronok konon sebab pas la org kapir bole paham Islam.
padahal membe aku siap dah bole baca fatihah,azan xde pn nak kecoh kecoh
Catat Ulasan