Jumaat, 25 Februari 2011

SYARAT-SYARAT AHLI SYURA DAN SUARA MAJORITI

Dalam kitab "At-Tariq Ila Jamaah Al-Muslimin", tulisan Husain bin Muhsin bin Ali Jabir menyatakan, syarat ahli majlis Syura adalah seperti berikut; [m.s : 60]

1- Adil [tidak buat dosa kecil dan besar]

2- Bertaqwa [tidak terkenal dengan orang melakukan pengkhianatan kepada Allah dan umat].

3- Ilmu tentang Al-Quran dan hadis dan yang berkaitan dengannya

4- Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perkara yang diminta pandangan [Al-Mustasyar Fih ; المستشار فيه]

5- Kebijakan ajaib.

6- Amanah dan benar.

PRINSIP SUARA MAJORITI

Nabi SAW menerima pandangan majoriti ketika berlaku pertembungan pendapat;

Sabda Nabi SAW;

إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan. Sekiranya kamu lihat perselisihan, maka hendaklah kamu ambil “As-Sawad Al-‘Azam””

[Ibnu Majah : 3940]

Dalam menafsirkan maksud “sawad a’zam”, Kitab As-Sindi menyatakan;

أَيْ بِالْجَمَاعَةِ الْكَثِيرَة فَإِنَّ اِتِّفَاقهمْ أَقْرَب إِلَى الْإِجْمَاع

Maksudnya;
“Jemaah yang ramai. Kerana, kesepakatan mereka lebih hampir kepada ijmak”

Imam As-Sayuti dalam menafsirkan “sawad ‘Azam”;

أَيْ جَمَاعَة النَّاس وَمُعْظَمهمْ الَّذِينَ يَجْتَمِعُونَ عَلَى سُلُوك الْمَنْهَج الْمُسْتَقِيم وَالْحَدِيث يَدُلّ عَلَى أَنَّهُ يَنْبَغِي الْعَمَل بِقَوْلِ الْجُمْهُور

Maksudnya;
“Ia adalah himpunan manusia dan kebanyakkan yang mereka bersepakat atas melalui jalan yang betul. Hadis itu menunjukkan bahawa selayaknya beramal dengan perkataan majoriti” [Hasyiah As-Sindi : 3940]

Al-Munawi pula berkata;

(فعليكم بالسواد الأعظم) من أهل الإسلام أي الزموا متابعة جماهير المسلمين فهو الحق الواجب والفرض الثابت الذي لا يجوز خلافه فمن خالف مات ميتة جاهلية

Maksudnya;
“[hendaklah kamu ikut sawad ‘azam dari ahli islam] iaitu, lazimi mengikut pendapat majoriti orang islam, kerana ia adalah kebenaran yang wajib dan fardu yang pasti, yang tidak harus menyalahinya. Barangsiapa menyalahinya, lalu mati, maka ia mati jahiliyyah” [Faidul Qadir : 2/547]

Pendapat ini, amat bertepatan dengan sabda Nabi SAW;

اثْنَانِ خَيْرٌ مِنْ وَاحِدٍ وَثَلَاثٌ خَيْرٌ مِنْ اثْنَيْنِ وَأَرْبَعَةٌ خَيْرٌ مِنْ ثَلَاثَةٍ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَنْ يَجْمَعَ أُمَّتِي إِلَّا عَلَى هُدًى


Maksudnya;
“dua lebih baik dari satu. Tiga lebih baik dari dua. Empat lagi baik dari tiga. Hendaklah kamu dengan jemaah [majoriti], kerana Allah SWT tidak akan menghimpunkan umatku kecuali atas petunjuk”

[Musnad Ahmad : 20331]

2 ulasan:

hussein berkata...

Kelayakan seseorang untuk dilantik jadi Syura Ulamak PAS terkandung dalam Perlembagaan PAS Fasal 7(4)(a).Soal pokoknya,adakah ahli-ahli Syura Ulamak yang ada dewasa ini memenuhi syarat yang ditetapkan ikut Fasal 7(4)(a)ini.
Kedua: Tugas dan peranan Majlis Syura Ulamak ditetapkan pulak diFasal 7(3)(a)(b)(c).Soal pokonya lagi,adakah yang dilantik keMajlis Syura Ulamak yang ada sekarang tidak dianggap menyalahi prinsip dan dianggap janggal sebab ramai yang memegang jawatan diperingkat PAS Pusat walhal ikut prinsipnya Majlis Syura Ulamak punya kuasa untuk menegur dan memperbetulkan siapa sahaja termasuk Presiden,Tim.Presiden,Ketua Pemuda mahu Ketua Muslimat.Dimana lojik dan telusnya jika jawatan-jawatan yang tersebut tadi sudah duduk pula dalam Majlis Syura Ulamak.Dalam pepatah Melayunya: Ini sama macam bersaksikan kelutut.Sekiranya PAS berhasrat melahirkan sebuah Majlis Syura Ulamak yang benar-benar berwibawa,bersih dan disegani serta dihormati oleh semua peringkat,perkara ini wajar dikaji,diperhalusi dan dibetulkan.Jika tidak Majlis Syura Ulamak ini akan jadi sebuah sarkas sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Us.Wan Ji,
Fasal 7(4)(a) Perlembagaan PAS mengenai peribadi yang dilantik sebagai ahli Syura,ada mencatatkan "...tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil.."Ikut kenyataan Us.Yahya Osman dari Kelantan,ada ulamak dalam PAS yang "pelawok".Dalam masyarakat Kelantan dan Trengganu,"pelawok" ni bermakna "penipu".Soalnya bolehkah seorang yang penipu layak duduk dalam Majlis Syura Ulamak? Mengenai isu UG,Presiden PAS lumrah bertindak "buka,tutup,buka,tutup"hingga memeningkan ramai ahli PAS.Bukankah tindakan seperti ini,cuba menipu ahli-ahli PAS?Tim.Presiden pulak "menipu" kata tak jumpa UMNO dalam gelap wal hal Pak Lah mantan PM kata dah jumpa 3 kali.Soalnya bagai mana Presiden dan Tim.Presiden boleh duduk dalam Majlis Syura Ulamak kalau perangai macam ni.
Harakah Islamiah seperti PAS yang kononnya berjuang berlandaskan Al Quran dan Sunnah,bukan sahaja mesti bersih tetapi mesti kelihatan bersih.Majlis Syura Ulamak badan tertinggi dalam organisasi PAS hendaklah ada kewibawaan,dihormati dan disegani,bukan sahaja oleh ahli-ahli PAS malah yang diluar PAS pun akan menghormatinya jika taraf dan kewibawaannya tidak dipersoalkan.Terserahlah kepada PAS untuk "membersihkan rumahnya" jika mahukan sokongan dari rakyat.