Salah seorang "YB" dari parti Islam telah menghantar sms. Kandungan smsnya adalah seperti berikut;
"semalam hassan ali keluar mesyuarat selepas satu paper masuk berkaitan arahan hassan ali untuk direct nego projek di bawah portfolio dia"
Berita ini dari seorang yang aku cukup kenal. Seorang yang jika dinilai dari sudut periwayatan hadis, dikira sebagai saheh, kerana ingatan dan kesiqahannya tidak dipertikai lagi.
Mengenangkan keadaan itu, aku mempercayai berita yang dismskan itu. Lagipun, secara peribadi aku tidak merasa hairan dengan berita sebegini berlaku pada Dato Hasan Ali, kerana sebelum-sebelum ini pun, sudah ramai teman-teman yang bekerja di Alam Flora yang memaklumkan perkara yang hampir berlaku seperti ini.
SISTEM
Aku memahami Islam sebagai agama yang membentuk manusia. Pembentukan itu, dengan didatangkan sistem. Dengan erti kata lain, Manusia perlu mengikut sistem, bukan sistem yang mengikut manusia. Manusia yang mengikut sistem yang ditetapkan oleh Islam, pasti akan berjaya terelak dari banyak kerosakan.
Isu tender terbuka atau direct nego ini, merupakan perkara yang berkaitan dengan sistem. Dengan tender terbuka, ia melahirkan banyak kemaslahatan, berbanding direct nego yang melahirkan banyak kemudharatan.
Dengan tender terbuka, antara kemaslahatan yang didapati adalah, mendapat harga yang murah disamping kualiti yang tercapai.
Apabila dibuka tender terbuka, ia akan melahirkan inovasi dari mereka yang mahu mendapat sesuatu projek. Mereka akan mempamerkan kepada pihak kerajaan dengan bayaran yang murah. Juga, dapat memberikan kepada kerajaan kualiti projek yang bakal dikecapi oleh rakyat secara melata.
Firman Allah SWT, "berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan kebaikan".
Adapun dengan direct nego, ia bakal melahirkan banyak kemudharatan. Antaranya, memungkinkan berlaku penyelewengan seperti rasuah, kronisma, kos berlipat ganda, akan menzalimi terhadap kontraktor-kontraktor yang layak dan banyak lagi.
Firman Allah, "supaya perbendaharaan negara tidak berlegar di antara orang-orang kaya di kalangan kamu".
Juga Sabda Nabi SAW, "apabila diberikan sesuatu urusan itu bukan kepada ahlinya [orang yang berkelayakkan], maka tunggulah saat kehancuran".
Amalan ini sudah lama diamalkan oleh UMNO, dan selayaknya ia ditinggalkan. Sebagai orang dari parti Islam dan Pakatan Rakyat, pengamalan yang berasaskan Islam perlu dikembangkan, bukan ditinggalkan.
Sekian
Wallahu 'Alam.
Bandar Sri Damansara
25 mac 2011 * 11:55 malam

2 ulasan:
Cerita ustat tak habis. Maksudnya, dia tinggalkan mesyuarat separuh jalan (sebab tak puas hati) ke atau dia keluar sebab dia tak sepatutnya join agenda tersebut? Apa pula jadi selepas tu? Projek tu lulus tak akhirnya? Diluluskan secara direct nego atau tender? Cerita separuh2 gini berbahaya. Kalaupun tak suka perbuatan Hasan Ali, jangan fitnah dia. Lebih baik tak posting dari posting tapi tak jelas.
Mesyuarat Exco Selangor ke? Rahsia tu. Sepatutnya kita tak perlu tahu pun!
Ustat kena bagi perjelas apa maksudnya supaya pembaca tak terkeliru dengan perbuatan Hasan Ali tu. Takut2 terjadi fitnah atas beliau, anta juga dah berdosa lebih besar dari membunuh.
"Menuju PAS baru dan suci"
sayangnya, seorg yg byk ilmu agama tp dek kerana dendam n rasa curiga sanggup menfitnah sesama jemaah.. hentikanlah perbuatan tersebut, jadilah seorg yg bermaruah.. cerminkanlah diri kita, adakah kita lebih baik, sempurna n hebat dari org lain.. tepuk dada tanya iman....
Catat Ulasan