Isnin, 21 Mac 2011

SELAMATKAN TOKOH ULAMA DALAM MUKTAMAR KALI INI!!!

Muktamar tidak lama akan bersua. kali ini, ada pemilihan. Dalam dua pemilihan lalu, aku menyokong kepimpinan Ulama. Timbalan Presiden menjadi jawatan taruhan. Dua tokoh ulama yang dipaparkan, iaitu Dato Harun Taib dan Nasaruddin Mat Isa. Aku ketika itu, berbelah pihak kepada Dato Harun Taib.

Begitujuga pada kali ini. Aku mengambil sikap untuk menyokong kepimpinan ulama. Terutama sekali, ternyata dalam muktamar kali ini, banyak tokoh ulama dalam PAS yang berada dalam posisi difensif.

Ditambahi lagi, ramai yang penganalisa mengatakan bahawa PR akan kalah teruk dalam PRU yang bakal menjelang tiba. ia sudah pasti, akan mengundang perubahan ketara dalam pemilihan muktamar selepas dari itu.

Keadaan ini tidak boleh dibiar. Malahan, tokoh-tokoh ulama itu wajar dipertahankan pada muktamar kali ini.

Tidak dinafikan, banyak tindakan beberapa orang tokoh ulama sejurus tsunami politik 8 mac, yang memberi impak buruk kepada kepimpinan mereka, malahan memberi imej hodoh pada PAS itu sendiri. Namun, ia tidak wajar dijadikan alasan untuk mereka dijatuhkan dalam pemilihan PAS buat kali ini.

Jika mereka pernah mengadakan pertemuan sulit dengan UMNO dalam keadaan majoriti ahli PAS membenci UMNO. Malahan, ada penafian diperingkat awal, kemudian terbukti selepas itu. Tapi ia bukan alasan yang patut untuk menjatuhkan mereka dari takhta kepimpinan.

Tidak dinafikan juga bahawa ada kalangan mereka yang menipu PKR dan DAP yang merupakan rakan dalam pakatan rakyat. Keadaan itu, sehingga Lim Guan Eng pernah menyindir dengan menyatakan, "dia kena ingat, dia bukan mahu jawab dengan DAP, tapi dia mahu jawab dengan dia punya Tuhan". Perkataan Lim Guan Eng itu, tidak wajar diambil kira, memandangkan dia tidak beragama Islam. Masakan kita ingin menerima perkataan orang bukan Islam, berbanding mereka yang bergelar ulama.

Jadi, sewajarnya mereka dipertahankan.

Sekian.

Wallahu 'Alam.

Bangi
21 mac 2011 * 11:25 malam

11 ulasan:

anapas berkata...

Perlembagaan parti telah mengawal parti daripada terpesong. Pemimpin parti besar yang cerdik berpolitik dan lama berpolitik lebih baik daripada tinggi ilmu agama tapi tak cerdik politiknya. (Tapi jangan yang bukan aliran agama, suka sangat nak membaca dalil2 al Quran dlm ceramah). contoh: Mat Sabu layak TimPres, Ust Nasa AJK saja tempatnya. Responnya dgn TV propaganda musuh 0 markah.

joe penang berkata...

Jika ana jd perwakilan, ana akan undi Mat Sabu/Husam.
Ana mmg x puas hati prestasi timb pres sblm ni. Wp ia mungkin hanya persepsi
Biarlah bukan ulama membantu ulama dalam pimpinan tertinggi.
Jika mereka tersasar kita ada Mursyidul Am dan Dwn Ulamak

Tanpa Nama berkata...

Apa ada ada PAS?buang je deme tu..senang sikit ikut perintah karpal tu...boleh tambah premis arak dan judi lagi..

ah umno lagi teruk..tgk negeri mereka..eh ye ke..kalau camtu takpe la..PAS buat baik sikit dari umno tu..ok la..

Mari kita serukan kepimpinan syiah lak..dari Pres,Tim..hahahahaha

hussein berkata...

Kita sanjung ulamak kerana ulamak itu pewaris Nabi.Tapi kalau ulamak sudah jadi pembohong dan menodai pula perjuangan harakah,jenis ini kena ketepikan dan tolak sebelah.Itu bezanya UMNO dengan PAS. UMNO boleh lantik dan pilih pemimpin yang rasuah,perogol,penipu dan yang langar undang-undang tapi pemimpin PAS bukan sahaja mesti bersih tapi kelihatan bersih.Kalau dasar ini tidak diikuti dan dipatuhi,tak salahlah jika PAS ganti UMNO.

TulaPASal berkata...

Sahlah tulisan ini dan sebelumnya menyindir ulama tertentu. Fahamlah ana. Anta pakai reverse saikologi.

OK setuju. Kepimpinan ulama (peranan sebagai majlis penasihat) yg dimainkan oleh Majlis Syura Ulama patut terus dipertahankan manakala ulama-ulama yang menyokong UG patut digugurkan. Baru jelas macam ni

Betul gini?

Tanpa Nama berkata...

Kok ulama pun bengap buat opa oi

Orang Tua PAS berkata...

Dah tengok ke Qari yg dibunuh oleh Saudi di Feisal Tehrani. Siapalah lebih keji kelakuan nya ye. Apsal sebut syiah pulak bila nama Mat Sabu, inikah caranya geng ulama berhadapan dgn kepelbagaian jemaah. Tak ubah macam perangai Datuk T sahaja.

Tanpa Nama berkata...

salam wanji,
ana ucapkan trima kasih atas artikel anta mempertahankan ulamak,alhamdulillah..
biarpun siapa dia,asalkan umalak dan bukan protaz,kita sokong dan pertahankan,insyaAllah..
kita bukan pertahankan individu,tapi mempertahankan kepimpinan ulama'..
ada puak dalam PAS yang berusaha menaggalkan era ini supaya puak mereka dapat menguasai PAS..
kepada puak2 ni,jangan sampai dihalau buat parti sendiri nanti..
beringat dan bertaubatlah

Tanpa Nama berkata...

Konflik teologi Kristian masih lagi membelenggu PAS. Jika dahulu berlaku pertentangan antara gereja dan pemilik modal yang diselesaikan dengan sekularisme, sekarang bergelut antara ulama' atau profesional dalam PAS. Jika perkara yang sangat asas ini masih menghambat parti Islam terbesar di Malaysia ini, bagaimana mungkin Islam mampu diterapkan.

Tanpa Nama berkata...

bukan konflik teologi kristian antara kaum pemodal dan paderi, sebaliknya saintis (profesional) dan paderi (ulama). Ingat kembali bagai mana Galileo dibakar hidup2 kerana mengatakan bumi ini sfera. Plug Rosak.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa yg kau tulis ni saja muslihat , bukan kau yg sebenarnya wanji sbb bukan cara pemikiran kau ni dan bukan uslub kau juga ni ...