Ahad, 1 Mei 2011

ANWAR IBRAHIM TIDAK PERLU BERSUMPAH BALAS !!

Eskay telah bersumpah laknat dalam mendakwa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang telah tersebar. Ramai tokoh- tokoh agama di Malaysia yang terlupa ingin menyebut hukum qazaf, tetapi lebih seronok menyebut “sumpah balas” dari Anwar Ibrahim. 

Sepatutnya, mereka perlu mengeluarkan kenyataan mendesak agar pihak mahkamah syariah mengambil tindakan terhadap Eskay atas kesalahan Qazaf. Ini kerana, tuduhan secara terang itu terpancul dari mulut Eskay dengan menyebut Nama Anwar Ibrahim.

Sumpah tidak semestinya menentukan benarnya dakwaan tersebut, tetapi dalam syariah, kebenaran itu melalui saksi seramai empat orang lelaki yang adil, yang tidak melakukan dosa kecil dan dosa besar. Disamping saksi tersebut melihat dengan mata kepalanya sendiri, bukan melalui video atau CCTV. Bersumpahnya Eskay itu, tidak menyebabkan tergugurnya kewajipan bagi dirinya mendapatkan empat orang saksi. Malahan, dia menyebut nama Anwar Ibrahim disamping bersumpah itu merupakan bukti kukuh bagi mahkamah syariah menangkap Eskay untuk dihadapkan mahkamah atas kesalahan Qazaf.

Tindakan menyuruh Anwar Ibrahim membalas sumpah tersebut merupakan satu perkara yang salah. Ini kerana, ia mampu menghapuskan kandungan maqasid syariah yang terpenting juga, iaitu menjaga maruah. [Sebilangan besar ulama mengatakan penjagaan maruah ini termasuk dibawah penjagaan keturunan, tetapi Al-Qurafi dalam kitab al-Furuq menyatakan penjagaan maruah itu adalah satu kandungan maqasid yang keenam] 

Ada pihak menyatakan dengan cara bersumpah balas dapat menjaga maruah Anwar Ibrahim seperti yang dikehendaki oleh kandungan Maqasid Syariah. Kenyataan ini jika dilihat dari lapisan yang nipis, akan dianggap sebagai benar. Tetapi jika dihayati secara mendalam, ia merupakan perkara yang salah dan boleh disifatkan sebagai mewujudkan perkara baru dalam agama, atau diistilahkan sebagai bidaah.

Ini kerana, dalam maqasid syariah, tidak boleh melakukan satu tindakan dengan tujuan untuk menghilangkan satu kemudharatan, boleh melahirkan kemudharatan yang lain. Dengan maksud, sekiranya Anwar Ibrahim tetap bersumpah juga, ia akan mendatangkan implikasi yang cukup buruk selepas dari itu. Iaitu, implikasi bahawa amat mudah berlaku kejadian tuduhan zina, penjenayah mampu mengelak diri dengan semata-mata bersumpah, hukum qazaf akan jadi hukum yang tidak relevan lagi di minda rakyat Malaysia dan banyak lagi.

Ada pula pihak mendakwa dibenarkan tindakan Anwar Ibrahim bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis kisah Ifk, iaitu Peristiwa fitnah zina yang berlaku ke atas Sayyidatuna Aisyah. Ini kerana, ketika Rasulullah SAW bersoal jawab dengan Aisyah bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang dituduh.

فخرج صلى الله عليه و سلم حتى أتى منزل أبي بكر فدخل عليها فقال : يا عائشة ان كنت فعلت هذا الامر فقولي لي حتى أستغفر الله لك فقالت : والله لا أستغفر الله منه أبدا، ان كنت قد فعلته فلا غفر الله لي وما أجد مثلي ومثلكم إلا مثل أبي يوسف (يوسف الآية 86 )

Bermaksud : 
“Lalu Rasulullah SAW keluar sehingga sampai ke rumah Abu Bakar dan menemui Aisyah. Baginda berkata : Wahai Aisyah, jika kamu telah melakukan perkara ini katakan padaku supaya aku memohon keampunan kepada Allah bagi kamu. Lalu Aisyah menjawab : Demi Allah aku tidak akan sekali-kali memohon keampunan Allah kerananya, jika aku telah melakukannya, tiada keampunan Allah bagiku, aku tidak dapati diriku dan diri kamu semua kecuali seperti yang berlaku kepada bapa Yusuf (sambil membaca surah Yusuf ayat 86)"

Perlu diperlu diperhatikan pada hadis ini, bahawa sumpah yang dilakukan oleh Aisyah bukan merujuk kepada bersumpah untuk nafikan tuduhan fitnah, tapi ia tidak mahu memohon keampuan kepada Allah.

Jadi, dakwaan boleh bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis ini adalah salah dari sudut pengadaptasiannya. Malahan, ia merupakan tindakan yang tidak cermat dalam merungkai perkara syariah.

Sekian

Wallahu ‘Alam





6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/990-isu-sumpah-laknat-a-perlukah-dibalas-sumpah.html

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah dan tahniah kepada sdra diatas pandangan yg ilmiah dan wibawa di dalam mengulas isu sumpah yang menjadi mainan kotor UMNO dewasa ini...walaupun sdra bukan lah mantan mufti atau mufti namun hujjah sdra amat relevan utk di telaah oleh mantan mufti/professor madya sdra dr asri yg juga pensyarah universiti(USM)...apakah beliau tidak nampak permainan media dan juga umno di dalam isu video lucah ini sepatutnya beliau mengulas dan membidas media perdana yang menjadi perkakas umno utk membudayakan politik yang tidak beretika dan bermoral dan pemimpinnya jelas tidak menghormati agama islam dengan memperlekehkan dan bermain-main dengan agama...

Tanpa Nama berkata...

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/990-isu-sumpah-laknat-a-perlukah-dibalas-sumpah.html

Tanpa Nama berkata...

bolehkah keadilan dalam islam dapat ditegakkan jika seorang wanita diperkosa tanpa 4 orang saksi, bukti hanya video dan sperma perogol dalam badan wanita dapat dijadikan bahan bukti, adakah wanita itu akan disebat 80 kali kerana menfitnah perogol...ramai orang kafir terpinga2 dalam hal ini...sila jelaskan dengan adil tanpa berpihak pihak.

Tanpa Nama berkata...

PENGUNDI ATAS PAGAR MCM SAYA, KADANG2 NAK TERGELAK SEBAB DARI ZAHIR NAMPAK BIJAK AGAMA TETAPI JAHIL MCM BINATANG NAJIS PENCACAI ANGKAT NAJIS TIDAK BERANI MENYATAKAN KEBENARAN..IKAN YANG BUSUK KUCING PUN TAK MAKAN...SEKIRANYA PENULIS MEMESONGKAN DGN ALASAN MENGHALALKAN YANG HARAM,MAKA LAKNATLAH KEATAS MU

Tanpa Nama berkata...

ngok punya ustad...