MUQADDIMAH
Murtad atau disebut sebagai keluar agama adalah suatu perkara yang haram secara sepakat ulama. Banyak nas Al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan perkara ini. Namun begitu, dalam perkara hukuman bunuh terhadap orang yang murtad pula, berlaku pertikaian dikalangan ulama. Ada pihak yang mengatakan hukum bunuh, dan ada pihak mengatakan tidak bunuh; ada pihak mengatakan ia dibawah hukum hudud dan ada pihak mengatakan ia dibawah hukum ta’zir.
Dalam hal ini, didapati pengkaji-pengkaji merungkai perkara ini secara ilmiyyah. Antara pengkaji itu adalah seorang ulama yang antara tersohor di seantero dunia juga, iaitu Dr Taha Jabir Al-Alwani.
Dalam hal ini, beliau telah menulis sebuah buku bertajuk “La Ikrah fi Ad-Din”. Buku tersebut telah diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) dan sudah boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh negara.
Walaubagaimana pun, di sini dipaparkan sedikit ulasan terhadap buku tersebut, disamping dikemukakan juga aliran-aliran yang menyanggahi kandungan ulasan Dr Taha Jabir ini.
PERTAMA : ALIRAN-ALIRAN HUKUM BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD
Aliran-aliran itu adalah seperti berikut;
Satu;
Tidak bunuh kepada orang murtad.
Dua;
Bunuh orang murtad.
Dalam aliran ini ada dua pula aliran, iaitu;
1- bunuh kerana faktor politik
2- bunuh kerana semata-mata murtad.
Dalam aliran ini, lahir beberapa istilah yang digunakan;
Dr Yusuf Al-Qaradhawi menggunakan istilah : riddah mughallazah [siyasi], dan riddah mukhaffafah [fatwa]. Adapun Dr ahmad raisuni, beliau menggunakan istilah : riddah muharabah [siyasi], dan riddah mujarradah [fatwa]. Dan istilah dr kamal misri pula: al-khuruj ala al-islam [siyasi] dan al-khuruj min al-islam [fatwa].
Maksud dengan perbincangan bunuh orang murtad dari sudut siyasi adalah, dibunuh kerana ada muharabah; iaitu keluar Islam dan melakukan serangan terhadap Islam. Adapun maksud dengan murtad dari sudut fatwa, dibunuh kerana semata-mata keluar dari Islam.
DALIL-DALIL
[1] TIDAK DIBUNUH
Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;
Satu :
Tiada nas dalam Al-Quran suruh bunuh terhadap orang murtad.
Dua;
Hadis yang menceritakan tentang bunuh itu adalah hadis ahad.
[2] BUNUH KERANA MURTAD MUJARRADAH
Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;
Satu;
Firman Allah;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
[Al-Maidah : 54]
Firman Allah;
وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya;
“Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”
[Al-Baqarah : 217]
Dua;
Sabda Nabi SAW;
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ
Maksudnya;
“Barangsiapa yang tukar agamanya, maka bunuhlah ia” [Al-Bukhari : 2794]
Hadis ini, disifatkan sebagai MUFASSIL terhadap MUJMAL firman Allah-firman Allah di atas.
Tiga;
Kisah Abu Musa Al-As’ari ke Yaman untuk menziarahi Muaz bin Jabal. Sesampai di sana, disediakan kepadanya bantal untuk diduduk. Tetapi, sebelum Abu Musa duduk, dapati ada seorang lelaki terikat pada tiang masjid. Abu Musa bertanya tentang lelaki itu, lalu dijawab Muaz bin Jabal;
كَانَ يَهُودِيًّا فَأَسْلَمَ ثُمَّ تَهَوَّدَ
Maksudnya;
“Dia dulu adalah yahudi, kemudian masuk islam, kemudian jadi yahudi balik [Murtad]”
Mendengar itu, Abu Musa berkata;
لَا أَجْلِسُ حَتَّى يُقْتَلَ قَضَاءُ اللَّهِ وَرَسُولِهِ
Maksudnya;
“Aku tidak akan duduk sehinggalah dia dibunuh. Ia adalah hukum Allah dan Rasul-Nya”
Lelaki itu kemudian dibunuh. [Al-Bukhari : 6412]
Tiga;
Bunuh orang murtad ini adalah ijmak ulama. Ini disandarkan kepada nukilan Ibnu Abdul Bar dalam Tamhid dan Ibnu Quddamah dalam Al-Mughni.
[3] BUNUH MURTAD MUHARABAH
Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;
Satu;
Tiada satu nas pun sebut berkenaan hukum bunuh kepada orang murtad. Yang ada hanya balasan akhirat. Yang ada adalah Allah SWT menekankan kepentingan menjaga nyawa.
Firman Allah;
وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَمَنْ قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِفْ فِي الْقَتْلِ إِنَّهُ كَانَ مَنْصُورًا
Maksudnya;
“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan”
[Isra’ : 33]
Dan juga firman Allah;
قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Maksudnya;
“Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar[518]." Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya)”
[Al-An’am : 151
Adapun tentang hadis riwayat Al-Bukhari;
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ
Maksudnya;
“Barangsiapa yang tukar agamanya, maka bunuhlah ia” [Al-Bukhari : 2794]
Hadis ini menyatakan pembunuhan, sedangkan dalam Al-Quran, ada jaminan penjagaan nyawa. Ia dilihat bercanggah. Jadi, ia tertolak dengan menggunakan hadis ini sebagai cara untuk mengatakan bunuh kepada orang murtad.
Dua;
Dilihat pada amalan para sahabat, mereka dilihat berselisih dalam hal pembunuhan orang murtad. Abu Bakar As-Siddiq dilihat membunuh orang murtad, sedangkan Umar tidak melakukan sedemikian.
Tiga;
Adapun dakwaan ijmak itu bunuh orang murtad mujarradah adalah tidak benar. Ini kerana, Umar bin Al-Khattab, Ibrahim An-Nakhaie dan Sufyan As-Sauri mengatakan tidak wajib bunuh kepada orang murtad mujarradah. Namun begitu, mereka sepakat sekiranya murtad muharabah.
KEDUA : KEBEBASAN DAN HUKUM MURTAD
Hak kebebasan merupakan fitrah insani. Ekoran itu, hak kebebasan ini diberikan oleh Islam. Dalam kitab maqasid as-syariah al-islamiyyah karangan Ibnu Asyur, dinyatakan bahawa, kebebasan [al-hurriyyah] mempunyai dua maksud, iaitu; Pertama, tunduk kepada makhluk. dan kedua, manusia itu boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu.
Menurut Ibnu Asyur, kedua-dua maksud ini merupakan kandungan syariah itu sendiri, kerana kedua-duanya terbit dari kehendak fitrah. bagi mengukuhkan pendapat ini, Ibnu asyur mengungkap perkataan Umar bin Al-Khattab yang pernah berkata, "kenapa kamu mengabdikan diri kepada manusia, walhal ibu kamu melahirkan kamu dalam keadaan merdeka [bebas]" [Maqasid As-Syariah Al-islamiyyah : 390 - 391].
Lebih menarik, apabila Ibnu Asyur menyatakan bahawa kandungan syarak itu sendiri membatalkan pengabdian [sesama makhluk] kepada menyebarkan kebebasan. Pun begitu, kebebasan yang ditawarkan oleh Islam itu tertakluk kepada penyusunan sistem. [Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah : 392]
Perkataan Ibnu asyur ini, selari dengan perkataan friedrich August Von Hayek yang menyatakan kebebasan itu perlu diikat dengan tanggungjawab [liberalisme : esei-esei terpilih F.A Hayek : 69 - 90]
KEBEBASAN BUKAN LESEN BUAT ZALIM
Kita mengetahui bahawa Nabi Musa dibesarkan dalam rumah Firaun. Juga diketahui bahawa ketika itu Firaun sudah kufur. Namun, ketika itu tidak kita ketahui bahawa ada usaha melawan firaun yang dilancarkan oleh Musa, sebaliknya ia dilakukan setelah Nabi Musa berada bersama-sama dengan bapa mertuanya, Nabi Syuib.
Dalam mengulas perkara ini, Ibnu Asyur ada menyatakan, "sesungguhnya perlantikan Musa adalah untuk menyelamatkan Bani Israel dari kefasadan yang dilakukan oleh Firaun. difahami disini bahawa maksud kefasadan itu, bukan kekufuran, tetapi kefasadan berbentuk perbuatan yang dilakukan dibumi, kerana Bani Israel tidak mengikut firaun dari sudut kekufurannya" [Maqasid As-Syariah Al-islamiyyah : 273].
Jelas, bahawa kebebasan dalam Islam bukan bermakna kebebasan itu dengan maksud boleh melakukan pengkhianatan kepada manusia lain, tetapi kebebasan dalam Islam adalah memberikan hak kebebasan disamping menyediakan sistem hidup yang mampu mengawal manusia dari terjebak kepada kezaliman dan kerosakan pada diri sendiri dan pada orang lain.
HAK KEBEBASAN DAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP MURTAD
Dalam kebebasan itu, ada juga pengawalan. Pengawalan itu berdasarkan kepada tanggungjawab pada setiap mukmin. Sebagai mukmin, mereka mempunyai tanggungjawab pada diri mereka. Makanya, diharamkan kepada diri mereka murtad. Begitujuga, atas asas tanggungjawab, tidak boleh seseorang mukmin itu melakukan kezaliman, penindasan, mengambil hak manusia lain secara tidak hak.
Dalam hal ini, didapati berlaku berdebatan tentang status hukuman bunuh kepada orang murtad. Semua tertakluk kepada nas wahyu; sama ada Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.
Walaubagaimana pun, sebelum berbincangan ini lebih panjang. Perlu diperhatikan juga tentang pemahaman terhadap sesuatu hukum itu sendiri.
Jika dilihat pada kitab dhawabit Maslahah, Dr Said Ramadhan Al-Buti menyatakan, setiap perkataan, perbuatan dan taqrir Nabi itu hendaklah dilihat dari dua sudut. Iaitu;
1- Fatwa
2- Al-Imamah.
Contohnya, sabda Nabi SAW;
مَنْ أَحْيَا أَرْضًا مَيِّتَةً فَهِيَ لَهُ وَلَيْسَ لِعِرْقٍ ظَالِمٍ حَقٌّ
Maksudnya;
"barangsiapa menghidupkan tanah yang mati, maka ia miliknya. Tiada bagi hasil peluh orang zalim itu sebarang hak pun" [Al-Muwatta’ : 1229]
Imam syafie melihat hadis ini dari sudut fatwa, ekoran itu ia tidak syaratkan geran. Adapun imam hanafi, ia melihat dari sudut imamah, ekoran itu dia mensyaratkan geran.
KETIGA : TARJIH DR TAHA JABIR AL-ALWANI
Dari sudut bahasa arab, kalimah riddah dalam al-quran bermaksud;
1- "Kembali pada apa yang telah ditinggalkan atau pada yang lain"
2- kalimah irtadda ارتد dan irtadda 'anhu أرتد عنه ertinya berganti.
Firman Allah;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui”
[al-maidah : 54]
3- irtadda fulan 'an dinihi [ارتد فلان عن دينه] - kembali kafir setelah Islam.
4- al-murtad 'ala aqibaih [المرتد علي عقبيه]- orang yang kembali ke belakang, berputar balik ke jalan yang dulu pernah dilaluinya [an-nihayah karya ibnu athir, al-misbah al-munir dan asas al-balaghah]
5- "maka keduanya kembali dengan menyusuri jejak yang tadi mereka berdua tinggalkan"
Firman Allah;
قَالَ ذَلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِ فَارْتَدَّا عَلَى آَثَارِهِمَا قَصَصًا
Maksudnya;
“Musa berkata: "Itulah (tempat) yang kita cari." Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula”
[al-kahf : 64]
Maksudnya, mereka berdua kembali ke jalan yang sebelumnya mereka lalui.
***
Seluruh ayat yang membicarakan riddah tidak satu pun menyebut hukuman riddah, atau hukuman duniawi bagi riddah, sama ada hukuman bunuh atau lainnya. Malahan semuanya bersifat perintah agar kekal dalam Islam dan tidak meninggalkan Islam. [ia tidak terkandung maksud hukuman bunuh kepada orang yang murtad]
SEBAB TURUN AYAT TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA
Pertama;
Sebelum kedatangan Islam lagi ke Madinah, wanita-wanita Islam yang melahirkan anak, didapati anaknya hidup tidak lama. Kemudiannya, mereka selalu bernazar bahawa jika dapat anak yang umur panjang, mereka akan meyahudikan mereka.
Ekoran itu, setelah kemasukan Islam di Madinah. Didapati ramai anak-anak orang ansar adalah beragama Yahudi. Dan ketika pengusiran Yahudi Bani Nadhir, ramai di kalangan mereka anak ansar.
Ketika pengusiran itu berlaku, menyebabkan sebilangan orang ansar berkata, "kita tidak mungkin membiarkan anak-anak kita tetap dalam yahudi"
Kejadian itu menyebabkan Allah SWT turun ayat ini. [abu daud, nasai, ibnu hibban dan Ibnu jarir [tafsir al-manar : rashid ridha]
kedua;
Seorang lelaki dari Bani Salim bernama al-Hushain telah memeluk Islam, sedangkan 2 orang anaknya beragama nasrani.
Dia berkata kepada Nabi SAW, "haruskah aku memaksa kedua anakku agar masuk Islam?"
Ekoran itu, turunnya ayat ini [dari Ibni Jabir dari jalur sanad Ikrimah, dari Ibni Abbas]
Ketiga;
Setelah turun ayat ini, Nabi SAW ada bersabda, "Allah telah memberi kebebasan memilih kepada sahabat-sahabat kalian. Jika mereka memilih untuk bergabung bersama kalian, maka mereka termasuk golongan kalian. Jika mereka memilih untuk bergabung bersama mereka, maka mereka termasuk golongan mereka" [rashid ridha, tafsir al-manar]
Hadis ini diriwayatkan dari Said bin Jubair.
SUNNAH
Sunnah datang untuk mengukuhkan kandungan al-quran, atau saling kuat menguatkan dan lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Adalah mustahil antara sunnah dan al-quran itu wujud pertentangan, menghapuskan atau membatalkan.
Dalam quran, ada penjagaan nyawa, tiba-tiba sebaliknya pada kandungan hadis. Ini merupakan percanggahan.
Firman Allah;
قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Maksudnya;
“Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar[518]." Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).”
[Al-An’am : 151
Tiba-tiba ada hadis pula menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda;
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ
Maksudnya;
"barangsiapa yang tukar agamanya, maka bunuhlah dia" [Al-Bukhari : 2794]
PERISTIWA MURTAD ZAMAN NABI
1- selepas isra dan mikraj.
Orang yang murtad selepas isra mikraj itu, mati dalam peperangan badar kerana mereka bergabung dengan musyrikin makkah.
2- mereka murtad selepas hijrah ke habsyah
UBAIDILLAH BIN JAHSY
Antara orang2nya adalah, Ubaidillah bin jahsy. Dia antara yang turut sama berhijrah ke habsyah bersama isterinya yang muslim bernama Ummu Habibah binti Abi Sufyan. Ketika sampai di Habsyah, Ubaidillah masuk nasrani dan hidup dihabsyah atas agama nasrani sampai mati.
[Ubaidillah, asalnya beragama hanif. Dia salah seorang dari empat orang yang beragama hanif. tiga lagi itu adalah Waraqah bin an-naufal, osman bin al-Huwairis dan zaid bin amr bin Nafil]
AS-SAKRAN BIN AMR
Dia adalah suami saudah binti zam'ah. Dia berhijrah ke habsyah dan kembali ke Makkah balik, dan meninggal dunia sebelum berlaku hijrah ke Madinah.
Beberapa orang [Abu Ubaidah muammar] menyatakan bahawa Semasa di Habsyah sakran memeluk agama nasrani dan mati di sana.
PENULIS WAHYU
Dua hadis;
1- riwayat bukhari dari anas bin malik, bahawa seorang nasrani telah masuk Islam setelah membaca surah al-Baqarah dan surah al-Imran. Lalu, dia menjadi penulis wahyu. kemudiannya, dia menjadi nasrani balik. Dia menyatakan, "muhammad tidak mengetahui sesuatu pun kecuali apa yang aku tuliskan".
Apabila dia mati, mayatnya setelah ditanam, keesokkannya berada di luar bumi. orang ramai mendakwa, kejadian ini hasil buatan muhammad dan sahabat. lalu ditanam lagi dengan lebih dalam. Keesokkannya didapati berada di luar juga. makanya mereka faham bahawa ia bukan kerjabuat muhammad dan sahabat.
2- riwayat muslim
Seorang lelaki dari bani najjar yang masuk Islam setelah mendengar surah al-Baqarah dan surah al-Imran. Lalu menjadi penulis wahyu. Kemudiannya, dia telah pergi di perkampungan yahudi. Di sana, dia mendapat penghormatan yang besar disebabkan dia penulis wahyu. Keadaan itu sehinggakan dia murtad.
ABDULLAH BIN SAAD BIN ABI SARAH AL-QARSYI AL-AMIRI
Dia merupakan adik beradik susuan osman bin affan. abu daud meriwayatkan daripada ibnu abbas bahawa abdullah adalah penulis wahyu, kemudiannya menjadi murtad.
Dalam riwayat lain, sesama dia menulis wahyu banyak yang diselewengkan. Seperti apabila Nabi membaca "al-Kafirun", dia akan menulis "az-zalimun". Ketika membaca "azizun hakim", dia akan menulis "alimun hakim".
Penyelewengan ini terperasan oleh sahabat. Apabila ditanya, dia menjawab, "aku menulis apa yang dikatakan oleh Muhammad".
Ekoran tindakannya itu, Allah turun firman-Nya;
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ قَالَ أُوحِيَ إِلَيَّ وَلَمْ يُوحَ إِلَيْهِ شَيْءٌ وَمَنْ قَالَ سَأُنْزِلُ مِثْلَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَوْ تَرَى إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنْفُسَكُمُ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنْتُمْ عَنْ آَيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ
Maksudnya;
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat kedustaan terhadap Allah atau yang berkata: "Telah diwahyukan kepada saya", padahal tidak ada diwahyukan sesuatupun kepadanya, dan orang yang berkata: "Saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah." Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): "Keluarkanlah nyawamu" Di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya”
[al-an'am : 93]
Ekoran itu, dia lari ke Makkah dan jadi murtad di sana.
Nabi SAW hendak membunuhnya, tetapi Osman bin affan telah berjumpa dengan Nabi untuk memaafkannya. Lalu, Nabi memaafinya. [ansab al-asyraf : 1/358]
Jika bunuh murtad adalah hudud , pasti nabi tidak akan maaf, sbb ada hadis nabi pernah berkata, "demi Allah, sekiranya fatimah binti muhammad mencuri, aku akan potong tangannya".
ORANG-ORANG YANG NABI HALALKAN DARAH MEREKA
- MAQIS BIN SUBABAH AL-LAISI
Saudaranya bernama Hisyam bin subabah dibunuh secara tak sengaja oleh seorang lelaki ansar. untuk menebus kesalahan, lelaki ansar itu telah bayar diat, dan bayaran diat itu diterima oleh maqis.
Tidak lama kemudian, maqis bunuh lelaki ansar itu. Dia lari meninggalkan madinah dan murtad. [Ibni Hisyam : 58]
Nabi suruh bunuh maqis, bukan kerana murtad, tp bunuh balas.
ABDULLAH BIN KHATHAL
Semasa Islam, dia diutus oleh jadi amil zakat. Semasa pergi mengutip zakat, dia ditemani seorang lelaki ansar.
Semasa sampai di satu tempat, Abdullah menyuruh lelaki ansar itu sembelih kambing dan membuat makanan. Dia pun tidur. Apabila terjaga dari tidur, didapati lelaki itu tidak membuat seperti arahannya. Dia pukul lelaki itu dan membunuhnya. kemudian dia lari bersama duit zakat tersebut dan murtad. [ibni hisham : 58]
Semasa fathu makkah, abdullah dibunuh oleh abu barzah al-aslami. [ansab al-asyraf : 1/359-360]
KABILAH UKAL
Kisah satu kabilah yang kena penyakit di Madinah. Lalu Nabi SAW mencadangkan kepada mereka minum susu dan air kencing unta. Setelah mereka minum, mereka baik dari sakit mereka. Tetapi, mereka bunuh pengembala unta itu. [kisahnya dalam muka surat : 101]
Taha Jabir jawab dengan dua jawapan;
1- hadis ini hadis ahad. Dan ada masalah pada matan dan sanadnya.
2- tindakan Nabi SAW membunuh kabilah ukal ini kerana mereka membunuh pengembala unta Rasulullah SAW.
MUNAFIQ
Jika dibandingkan antara kafir dan murtad dengan munafiq, lebih bahaya lagi munafiq. Dalam keadaan demikian, Allah SWT tidak suruh bunuh pun orang munafiq. Makanya, terlebih utama tidak membunuh orang murtad.
***
Apakah Nabi SAW tidak kenal orang munafiq?
Nabi SAW kenal orang munafiq. Antaranya, menerusi firman Allah tentang orang munafiq dalam kisah peperangan tabuk. Orang munafiq kuat bersumpah.
Firman Allah;
يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَكُمْ لِيُرْضُوكُمْ وَاللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَقُّ أَنْ يُرْضُوهُ إِنْ كَانُوا مُؤْمِنِينَ
Maksudnya;
“mereka bersumpah dengan nama Allah untuk kamu supaya mereka mencapai keredhaan kamu. Allah dan Rasul-Nya lebih berhak bahawa mereka mendapatkan keredhaan sekiranya mereka beriman”
[al-Taubah : 62]
Juga, ayat Allah tentang abdullah bin Ubai dan al-Akhnas bin Syuraiq as-saqafi.
Juga, selepas peperangan uhud, Abdullah bin Ubai ada berkata sesama mereka, "jika kita kembali ke Madinah, orang yang mulia akan mengeluarkan orang yang hina dari Madinah".
Omar menghampiri rasulullah dan berkata, "wahai rasulullah, biarkan aku membunuh orang munafiq ini".
Nabi saw menjawab;
دَعْهُ لَا يَتَحَدَّثُ النَّاسُ أَنَّ مُحَمَّدًا يَقْتُلُ أَصْحَابَهُ
Maksudnya;
“tinggalkan dia, supaya orang-orang tidak mengatakan bahawa muhammad membunuh sahabat-sahabatnya". [al-bukhari : 4525]
Juga, Anak abdullah bin ubai, bernama abdullah pernah minta izin dgn Nabi untuk membunuh ayahnya, tetapi tidak diizin oleh Nabi. Malahan Nabi SAW menyuruh pula dia berbuat baik kepada bapanya.
NABI PERNAH BUNUH ORANG MURTAD?
Imam syafie kata, "Rasulullah tidak meninggalkan satu had pun di zamannya. Baginda menerapkan seluruh had yang telah diwajibkan oleh Allah. Sehinggakan pernah nabi saw berkata, "demi Allah, sekiranya fatimah binti muhammad mencuri, akan dipotong tangannya".
PERKATAAN NABI BUNUH MURTAD?
Ada pihak berhujjah dengan kisah Abu Musa Al-As’ari ke Yaman untuk menziarahi Muaz bin Jabal. Sesampai di sana, disediakan kepadanya bantal untuk diduduk. Tetapi, sebelum Abu Musa duduk, dapati ada seorang lelaki terikat pada tiang masjid. Abu Musa bertanya tentang lelaki itu, lalu dijawab Muaz bin Jabal;
كَانَ يَهُودِيًّا فَأَسْلَمَ ثُمَّ تَهَوَّدَ
Maksudnya;
“Dia dulu adalah yahudi, kemudian masuk islam, kemudian jadi yahudi balik [Murtad]”
Mendengar itu, Abu Musa berkata;
لَا أَجْلِسُ حَتَّى يُقْتَلَ قَضَاءُ اللَّهِ وَرَسُولِهِ
Maksudnya;
“Aku tidak akan duduk sehinggalah dia dibunuh. Ia adalah hukum Allah dan Rasul-Nya”
Lelaki itu kemudian dibunuh. [Al-Bukhari : 6412]
Dijawab oleh Dr Taha seperti berikut;
Hadis Muaz bin Jabal dan Abu Musa al-asyari itu, dikukuhkan yahudi yang melawan atau melakukan muharabah terhadap Islam.
Lelaki yahudi itu terlibat dalam makar terhadap orang Islam. Sekalipun begitu, yahudi itu telah diberi kesempatan selama dua bulan untuk bertaubat dan mengakui kejahatannya.
Firman Allah;
وَقَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آَمِنُوا بِالَّذِي أُنْزِلَ عَلَى الَّذِينَ آَمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آَخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Maksudnya;
“Segolongan (lain) dari Ahli Kitab berkata (kepada sesamanya): "Perlihatkanlah (seolah-olah) kamu beriman kepada apa yang diturunkan kepada orang-orang beriman (sahabat-sahabat Rasul) pada permulaan siang dan ingkarilah ia pada akhirnya, supaya mereka (orang-orang mukmin) kembali (kepada kekafiran)”
[al-imran : 72]
Ayat ini berkaitan dengan tiga orang yahudi [Abdullah bin Saif, Adi bin Zaid dan Al-Haris bin Auf] telah masuk Islam pada waktu pagi, dan keluar Islam pada waktu petang. Ia lakukan itu dengan tujuan untuk mengajak orang Islam keluar dari Islam. [ Ibni Kathir : 2/59 dan Tafsir Al-Munir : 3/259]
DAKWAAN IJMAK
jika ia ijmak, kenapa ada sebilangan ilmuan-ilmuan Islam tidak mewajibkannya. Antaranya adalah, Ibrahim an-nakhaei, sufyan as-sauri dan omar bin al-Khattab.
Kisah Umar
[1]
Dalam muwatta' diceritakan umar bertanya khabar kepada seseorang lelaki.
umar bertanya, "adakah khabar dari maghribah?"
lelaki itu jawab, "ya, seseorang kafir selepas islam"
umar bertanya lagi, "Apa yang kamu lakukan terhadapnya?"
Jawabnya, "Kami memanggilnya lalu kami penggal kepalanya."
Umar berkata, "kenapa dia tidak dikurung saja tiga hari dan diberi makan roti setiap hari dan minta dia bertaubat. Siapa tau ia mahu bertaubat dan kembali kepada Agama Allah... Ya Allah, sesungguhnya aku tidak ada di sana saat itu, aku tidak pernah menyuruh seperti itu dan tidak terima peristiwa itu" [muwatta]
[2]
Dalam riwayat lain;
Umar kata, “Wahai anas bagaimana khabar tentang enam orang dari bakar bin wail yang murtad dari Islam dan bergabung dengan kaum musyrik”
Anas pun cerita untuk alih pembicaraan. Namun umar tetap bertanya.
Anas jawab, "wahai amirul mukminin, mereka telah terbunuh dalam peperangan tustur"
Umar kata, "Innalillah wa inna ilahirajiun. Aku sukai dari kemilau indah cahaya matahari"
Anas kata, "apakah ada pilihan lain selain bunuh?"
Kata umar, "aku akan menawarkan Islam kpd mereka. Jika mereka menolak, aku akan sumbat mereka dalam penjara" [tamhid : Ibn Abdul Bar]
HADIS “BARANGSIAPA YANG TUKAR AGAMA, MAKA BUNUHLAH DIA”
diperhatikan Sanad hadis ini ada turuqnya adalah seperti berikut;
TURUQ IKRIMAH
Lihat sanad hadis [Al-Bukhari : 6411]
حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ مُحَمَّدُ بْنُ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ عِكْرِمَةَ قَالَ
أُتِيَ عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِزَنَادِقَةٍ فَأَحْرَقَهُمْ فَبَلَغَ ذَلِكَ ابْنَ عَبَّاسٍ فَقَالَ لَوْ كُنْتُ أَنَا لَمْ أُحْرِقْهُمْ لِنَهْيِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُعَذِّبُوا بِعَذَابِ اللَّهِ وَلَقَتَلْتُهُمْ لِقَوْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ
Dan; [Al-Bukhari : 2794]
حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ عِكْرِمَةَ أَنَّ عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ حَرَّقَ قَوْمًا فَبَلَغَ ابْنَ عَبَّاسٍ فَقَالَ
لَوْ كُنْتُ أَنَا لَمْ أُحَرِّقْهُمْ لِأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُعَذِّبُوا بِعَذَابِ اللَّهِ وَلَقَتَلْتُهُمْ كَمَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ
KOMENTAR SANAD OLEH DR TAHA JABIR
Ikrimah adalah hamba kepada Abdullah bin abbas. Dia banyak nukilkan perkataan ibnu abbas, sama ada benar-benar ibnu abbas kata, ataupun ada perkara yang dikatakan oleh Ibnu Abbas.
selepas kematian Ibnu Abbas, ikrimah diwarisi anak-anaknya. Kemudian mereka menjual dan memerdekakannya.
Ali bin abdullah bin abbas pernah menuduh bahawa ikrimah seorang yang sering dusta terhadap perkataan bapanya. Sehinggakan, dia pernah merantai kedua tangan dan kakinya.
Tindakan ali itu ditanya oleh ramai orang. Ali menjawab, "orang busuk ini telah berdusta atas nama bapaku"
Ibnu sirin memasukkan ikrimah ke dalam golongan orang yang majruh. Dia kata, "ikrimah adalah pendusta".
Ibnu abu dzi'b berkata, "hadisnya tidak boleh dijadikan hujjah. seperti itulah yang disebut oleh ramai manusia"
Said bin Musayyib selalu berpesan agar sentiasa berhati2 dengan ikrimah. Dia berkata, "budak ibni abbas ini tidak akan henti sampai lehernya dililit tali".
Ibnu Umar pernah berkata hambanya, nafi', "jangan kamu berdusta atas namaku sepertimana ikrimah berdusta atas nama Ibnu abbas".
Al-bukhari ada mengambil hadis ikrimah, tetapi tindakan bukhari itu dikritik. Antara yang mengkiritik itu adalah Ibnu solah. Dia berkata, "al-bukhari berhujjah dengan kelompok orang yang marjuh seperti ikrimah, hamba Ibnu abbas"
Imam muslim menjauhi ikrimah sekiranya tidak ada riwayat lain yang mendokongnya.
Imam malik menolak riwayat ikrimah kecuali kalau ada syawahid. Malahan, imam malik amat membenci apabila mendengar nama ikrimah.
Orang yang sering bersangka baik dengan ikrimah ini adalah AYUB AS-SAKHTIYANI [Abu Bakar bin Taimah]. Dia seorang ahli zuhud. Dia membela ikrimah atas sifat sangka baiknya, tanpa peduli persoalan jarh wa tadil.
Dari sudut yang lain pula, dinyatakan bahawa dalam jalur yang lain, diceritakan bahawa hadis ini disebut oleh Ali tanpa disebut satu nama, iaitu Amr bin Dinar. Adapun dalam jalur Hammad pula dinyatakan bahawa amr bin Dinar ada telah mengatakan bahawa Ali tidak membakar orang murtad, tetapi mengasapkannya sahaja supaya mereka tidak tahan, lalu mereka bertaubat. Ini bermakna, pada hadis ini ada sedikit tadlis.
IMAM-IMAM MAZHAB
HANAFI
Dalam kitab-kitab muktabar dalam mazhab hanafi [Badai as-Sanaie karangan Al-Kasani dan kitab Mukhtasar Al-Sanawi], tidak dibincang tentang murtad tetapi dibawah as-Sir
MALIKI
Riddah dibincang dibawah tajuk darah [الدماء], bukan dibawah hudud. Antara perbincangan darah ini adalah, zina, riddah dan bughah.
SYAFIE
Bila membicarakan riddah, imam syafie akan membawa hukum peperangan. Dengan maksud, ia bermaksudkan riddah muharabah, bukan mujarradah.
HANBALI
Ibnu Quddamah sahaja akui bunuh orang murtad dan dibawah hudud.
PEMERHATIAN PERIBADI
PERTAMA;
Berlaku kekeliruan pada dakwaan ijmak yang diungkapkan dalam kitab-kitab fiqh tentang status hukum bunuh kepada orang murtad. Maksud disebalik ijmak yang dimaksudkan oleh Ibnu Quddamah [al-mughni] dan Ibnu Abdul Bar [Tamhid] itu adalah “riddah muharabah”, bukan riddah mujarradah.
KEDUA;
Pihak yang mengatakan riddah mujarradah pun dihukumkan bunuh mengatakan bahawa pendapat ini didokong oleh Ibrahim An-Nakaie. Mereka nukilkan perkara ini dari kitab Fathul Bari syarh Al-Bukhari. Sebenarnya, yang diulas oleh Ibrahim An-Nakhaie, perempuan yang murtad juga dikenakan hukuman bunuh. Ia tidak sealiran dengan pandangan Imam Hanafi. Lalu mereka mengatakan bahawa ini dalil bahawa Ibrahim An-Nakhaie mengakui hukum bunuh terhadap murtad mujarradah.
Dijawab, bahawa Ibrahim An-Nakhaie mengakui bunuh sekiranya murtad muharabah. Tidak kira perempuan atau lelaki. Adapun riddah mujarradah, Ibrahim An-Nakhaie kata tidak wajib bunuh.
KETIGA;
Ada dakwa bahawa hadis “barangsiapa tukar agama” itu menasakhkan kandungan Al-Quran, “tiada paksaan dalam Agama”.
Dijawab;
Dalam mazhab hanafi, hadis tidak boleh mentakhsiskan mutlak Al-Quran. Contihnya dalam bab sembelihan orang islam yang tidak dibaca bismillah.
Menurut Imam Hanafi, sembelihan orang islam tidak dapat tidak perlu membaca bismillah. Jika tidak, sembelihan itu tidak sah, waima dari orang islam sekalipun.
Ini kerana, Umum Firman Allah;
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ
Maksudnya;
“Allah mengharamkan kepada kamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disebelih tidak dengan nama Allah”
[Al-Baqarah : 173]
Dan Sabda Nabi SAW;
ذبيحة المسلم حلال ذكر اسم الله أو لم يذكر
Maksudnya;
“Sembelihan orang islam itu halal, sama ada disebut nama Allah atau tidak” [Sunan Al-Kubra : 9/240]
Namun, mazhab selain hanafi kata hadis boleh takhsiskan Quran. Ekoran itu, mereka menfatwakan harus sembelihan muslim, waima tidak dibacakan bismillah.
Jika dalam hadis mentakhsiskan quran pun berlaku khilaf, maka terlebih tidak boleh berlaku hadis menasakhkan Al-Quran. Lebih-lebih lagi, Allah SWT ada berfirman;
مَا نَنْسَخْ مِنْ آَيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا
Maksudnya;
“Kami tidak menasakhkan dari satu ayat atau lupakannya kecuali kami datangkan yang lebih baik darinya atau setara dengannya”
[Al-Baqarah : 106]
KEEMPAT;
Ada kata, ayat “tiada paksaan dalam agama” ini dinasakhkan dengan ayat Qital, iaitu jihad.
Dijawab seperti berikut;
Satu;
Qital bukan untuk memaksa orang masuk Islam, tetapi ia untuk menjaga keamanan negara.
Dua;
Tiada satu bukti yang kukuh secara qatie mengatakan bahawa ayat “tiada paksaan dalam agama” ini dinasakhkan.
KELIMA:
Jika pihak kerajaan hendak melaksanakan hukuman murtad [muharabah], hendaklah tidak menafikan kebebasan yang wujud dalam Islam.
Dr Abdul Azim Al-Mut’ani berkata;
أن تطبيق حد الردة لا ينافي حرية الاعتقاد التي كفلها الإسلام للبشرية جميعاً
Maksudnya;
“perlaksanaan hudud riddah tidak menafikan kebebasan iktiqad yang Islam jamin kepada semua manusia” [artikle Ahmad Raisuni]
PENUTUP
PERTAMA:
Hokum bunuh terhadap orang murtad ini, ada ulama menyatakan ia tidak wajib dibunuh, dan ada sebilangan lain mengatakan ia wajib dibunuh.
Pada aliran yang mengatakan wajib dibunuh itu pula ada dua golongan, iaitu golongan yang mengatakan bunuh itu kerana semata-mata murtad, dan satu golongan lagi pula menyatakan tidak dibunuh dengan sebab semata-mata murtad, tetapi dibunuh sekiranya mereka melakukan muharabah (serangan balas terhadap Islam)
KEDUA:
Ulama yang mengatakan bunuh orang murtad kerana muharabah ini menyatakan bahawa tidak ada hokum hudud bagi orang murtad, tetapi hukuman orang murtad dibawah ta’zir. Adapun pihak yang mengatakan semata-mata murtad sudah boleh dibunuh menyatakan bahawa hukuman murtad itu dibawah hokum hudud.
KETIGA:
Hukuman bunuh kepada orang murtad yang menyerang Islam (Muharabah) ini, adalah gabungan antara dua perkara dalam syariah, iaitu perkara keluar agama dan perkara muharabah. Ini kerana, di sana wujud hukuman bunuh kepada muharabah yang tidak keluar agama.
KEEMPAT:
Dr Ahmad Raisuni ada berkata;
الدين والإكراه في الرؤية الإسلامية ضدان؛ لا يمكن اجتماعهما. فمتى ثبت الإكراه بطل الدين. الإكراه لا ينتج دينا، بل ينتج نفاقا وكذبا وخداعا، وهي كلها صفات باطلة وممقوتة في الشرع، ولا يترتب عليها إلا الخزي في الدنيا والآخرة. وكما أن الإكراه لا ينشئ دينا ولا إيمانا، فإنه كذلك لا ينشئ كفرا ولا ردة. فالمكرَه على الكفر ليس بكافر، والمكره على الردة ليس بمرتد. وهكذا فالمكره على الإيمان ليس بمؤمن، والمكره على الإسلام ليس بمسلم
maksudnya;
“agama dan paksaan dalam kerangka Islam adalah dua perkara yang pertembung yang tidak mungkin digabung sekali. Apabila ada paksaan, maka batallah agama. Paksaan tidak menghasilkan agama, bahkan menghasilkan nifaq, dusta dan tipu daya. Ia semuanya adalah sifat-sifat batil dan ditolak dalam syarak. Ia tidak menghasilkan sesuatu yang baik kecuali kehinaan hidup di dunia dan akhirat. Sepertimana paksaan tidak melahirkan agama dan iman, maka begitujuga ia tidak melahirkan kufur dan riddah. Orang yang dipaksa atas kekufuran, tidak dikira sebagai kafir. Orang yang dipaksa supaya murtad tidak dikira sebagai murtad. Begitujuga orang yang dipaksa beriman, dia bukan mukmin. Orang yang dipaksa dengan islam bukan beragama Islam”
Sekian
Wallahu ‘Alam
• memandangkan ketiga-tiga aliran ini mempunyai hujjah yang kuat, pihak penulis merasa terlalu kerdil untuk mentarjihkan salah satu dari ketiga-tiga pandangan tersebut. Walaubagaimana pun, terserah kepada pembaca menilai terhadap ketiga-tiga pendapat tersebut berdasarkan pembacaan tambahan masing-masing.
• Kertas ini telah dibentang di Bangsa Utama dalam wacana buku “La Ikrah fi Ad-Din” anjuran IKD pada 4 Mei 2011.
3 ulasan:
jom ngundi di sini
http://mari-mengundi.blogspot.com
Salam sdra Wan Ji.
Kita boleh lihat bagaimana tafsiran manusia boleh begitu bercanggah dan keliru.
Pertama sekali dalam Quran kalimah 'haram' tidak tersebut dengan perkara murtad. Ini tidak maksud murtad itu halal, tapi kita tidak boleh mengatakan sesuatu tentang Quran yang tidak wujud sebenarnya.
Semua pakar yang di rujuk sdra terlupa menyebut firman Allah berikut :
Surah Nisaa ayat 137 : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi pertunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar."
Jelas sekali keluar dpd beriman adalah murtad. Tetapi sila pehatikan bahawa walaupun ayat ini tidak halalkan murtad, tiada sebarang halangan dalam ayat ini kepada sesiapa pun yang hendak murtad. Cuma jika orang yang murtad itu kekal dalam kekufuran, maka Allah tidak akan ampunkannya atau memberinya petunjuk.
Saya hairan kenapa semua pakar2 yang dirujuk sdra Wan Ji tidak tahu akan kewujudan ayat ini.
Sila perhatiakn juga ayat 6:151 yg sdra rujuk.
"Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan dengan kedua ibu bapa berbuat baiklah (wa bil waali daini ihsaanan); dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan."
Perhatikan bhwa ketiga perkara ini adalah haram
i. sekutukan sesuatu dgn Allah (syirik)
ii. berbuat baik kpd ibubapa
iii. membunuh anak
Tentu sdra akan tanya 'berbuat baik kpd ibu bapa haram'??
tetapi itulah yg tertulis dlm al Quran. Bagaimana kita hendak jelaskan perkara ini? Jelas seklai maksud kalimah arab haram tidak sama dgn fahaman Melayu 'haram' (dilarang).
Masjidil Haram maksudnya bukan Masjd yg dilarang. Tidak ada perkataan Melayu yg sesuai utk menjelaskan maksud haram. Paling dekat mungkin 'disyaratkan' atau 'ditetapkan'.
Jika kita melihat balik ayat tadi :
"Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah DITETAPKAN oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan dengan kedua ibu bapa berbuat baiklah (wa bil waali daini ihsaanan); dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan."
Barulah lebih jelas maksudnya.
Jelas bahawa syirik dan membunuh anak itu HARAM (DITETAPKAN0 sebagai sesuatu yang tidak baik dan jangan dibuat. Berbuat baik kpd kedua ibubapa pula (HARAM) DITETAPKAN sebagai satu kebaikan yg mesti di buat.
Jadi samada kalimah arab HARAM maksudnya yg jgn dibuat atau perlu dibuat bergantung kpd maksud ayat.
Masjidil Haram adalah kalimah jamaa dan bukan mufrad. Jadi bukan maksudnya 'sebuah masjid yg Suci' tapi 'tempat-tempat sujud (masjidil) yg ditetapkan (haram).
Berkenaan hadis Bukhari pula, sila ambil perhatian bhwa kitab Bukhari yg ada pada kita hari ini bukan dpd tulisan tangan Imam Bukhari tetapi adalah karangan Imam Ibnu Hajar Askalani yg telah 'menyusun' semula sahih Bukhari di Kaherah pada abad ke sembilan Hijrah (1450 Masihi) - ia itu 700 tahun selepas Imam Bukhari.
Maksudnya Sahih Bukhari yg ada pada kita hari ini bukan "original". Memang tidak boleh "original" pun sebab Imam Bukhari tidak sempat bukukan koleksi hadithnya. Pada penghujung hayat Imam Bukhari, beliau tidak meninggalkan koleksi hadithnya yg telah di susun dalam bentuk buku atau telah disempurnakan dengan kemas.
Jadi hadis Bukhari yg sdra rujuk itu bukan dpd Bukhari tetapi adalah hasil pilihan, suntingan dan karangan Ibnu Hajar Askalani.
Sila ambil perhatian ayat berikut:
Surah 39:23 dan surah 45:6.
Salam.
Artikel oleh UZAR:
Jawapan Kekeliruan Penentang Hukuman Murtad:-http://zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/155-jawapan-kekeliruan-penentang-hukuman-murtad.html
Catat Ulasan