Sabtu, 24 September 2011

MAQASID SYARIAH UNTUK TIDAK LAKSANA HUDUD : MENJAWAB "ULAMA UMNO"

[1]

Najib guna "maqasid syariah" untuk tidak melaksanakan hudud. Betul ke kaedahnya?

aku jawab, Kalau Khawarij dulu berlawan dengan Saidina Ali, mereka menggunakan perkataan "Tiada hukum kecuali hukum Allah", lalu dijawab oleh Saidina Ali dengan katanya, "Perkataan itu adalah benar, tetapi yang dikehendakinya adalah kebatilan". Maka begitulah jawapanku terhadap soalan ini.

[2]

Betul ke Maqasid digunakan untuk tidak melaksanakan hukuman termaktub dalam al-Quran?

aku jawab, Maqasid Syariah digunakan untuk melaksanakan Islam secara hikmah, bukan untuk tidak melaksanakan Islam. Dengan maksud, perlaksanaan itu mesti ada perancangan dan plan tindakan serta target.

[3]

soalanku pula, siapa ulama UMNO yang berada di belakang Najib?

sekian

Wallahu 'Alam

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Tuan!
Mohon pandangan pasai PC Najib nie!!

Apa pun, Datuk Seri Najib memberi jaminan Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud kerana tidak berpaksi kepada realiti di negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum.

"BN tidak akan laksanakan hudud. Kita memang faham dan terima hudud itu undang-undang Tuhan tapi dia kena berpaksi kepada realiti. Kalau kita tanya para ulama pun, mereka kata begitu. Pada masa kini di Malaysia, ia tidak berpaksi kepada realiti dan persekitaran."

Persoalannya, adakah ALLAH sebelum menurunkan hukum2 tersebut tidak mengetahui yang manusia ini terdiri dari pelbagai kaum! Dan adakah AllahSWT bertanya, sudah bersediakah or belum???

Tebuan berkata...

Ulama' belakang Najib tu adalah Ninja Turtle, bertutur, bergerak seperti manusia tapi tidak manusia.

Tanpa Nama berkata...

1.puak-puak penjuai agama ni bila musim pilihanraya dok melalak la tentang hudud!
2.pakat-pakat tengukla setiap kenyataan puak-puak pas ni terutama nik aziz dan hadi awang mengenai hudud!
3.hina sungguh perangai puak penjuai agama ni!!
4.last sekali diperintah oleh puak dap!!c

Tanpa Nama berkata...

selalu kita dengar orang berkata mereka tidak solat atau buat amal kebaikan kerana tidak ikhlas, sia-sia sahaja amalan,tidak dapat apa-apa, tiada pahala,sedangkan dalam alquran ada menyebut orang solat juga boleh masuk neraka kerana riya'.

sedangkan ajaran Nabi saw adalah supaya melaksanakan perintah Allah dan berusaha untuk mencari ikhlas, bukan meninggalkan amalan kerana tidak ikhlas

amalan ibadat itu sendiri adalah jalan untuk mendekati Allah, meninggalkan ibadat adalah menjauhkan jalan untuk mendekati Allah

sebaliknya yang sentiasa menyeru meninggalkan perintah Allah adalah musuh manusia syaitan, itulah tujuan hidup syaitan dan janjinya kepada Allah

orang yang meninggalkan amalan kerana alasan tidak ikhlas sebenarnya menyahut seruan syaitan dan terpedaya dengan bisikannya.

BERUSAHA untuk mentaati Allah dan BERUSAHA untuk mencapai ikhlas adalah jalan yang patut ditempuh
oleh kita semua orang islam

wallahu a'lam

sudirumusibarat berkata...

Menjadi Negara Maju ; sasaran tahun pencapaiannya,2020 . Itu pun belum tentu macamana maju.
Maka dirangka pelbagai rancangan dan strategi untuk mencapainya. Yang penting ada usaha ke arah itu.
Contoh mudah,kita bina jalan raya,belum siap sepenuhnya tapi tak sabar-sabar nak guna,maka dibuka jalan tersebut biarpun terpaksa letak kun dan road barrier di merata tempat. Dalam kesusahan ada juga kesenangan .
Menjadi Negara yang melaksanakan hukum hudud pula macamana ?
Sasarannya bila ?
Seterusnya : http://bawahbayangsudirumusibarat.blogspot.com/

Mohd. Ikram berkata...

Assalamu'alaikum Ustaz, mungkin ustaz boleh try baca ni..

Hudud Dalam Negara Majmuk Seperti Malaysia
http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=print&sid=1380

Menurut site tu, sejak zamn Tun lagi, mmg ada perbncgan oleh ilmuan Islam yang belum sesuai di jalankan di kawasan masyarakat majmuk. Mungkin info lebih kena tanya pihak2 berkaitan.. wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
pihak utusan dan sekutu2nya hanya membangkitkan isu hudud bukan kerana mereka nak hudud, tp atas niat yg busuk, jijik dan kotor.
saya ckp direct sj, mereka ini sedang bermain2 dgn ALLAH!!
kalau orang sekililing cakap "jgn buat demikian, nanti boleh jadi kufur" mereka kata mereka dikafirkan lalu mereka marah tapi tak pernah pula mereka fikir "adakah tindakan aku ini boleh menjadikan aku kafir kepada ALLAH".

jadi bagi pendapat saya, saya tahu kecenderungan parti ustaz, tp dlm mendidik mereka ini, ustaz tak perlulah melabelkan diri ustaz sebagai org pas dan mereka org umno, kerana ilmu sukar nak sampai, kerana ada isu sensitif iaitu pas vs umno. itu hakikat. tak perlulah kata mereka tak guna (atau seumpamanya) atau gelar mereka "ulama umno", sebaliknya ustaz didik pengikut2 umno ni supaya mereka ada ilmu dan akidah yg kuat dan dpt pressure boss2 mereka yg mabuk kuasa tu supaya insaf dan memandang hukum2 islam ni dari kaca mata islam, bukan kafir.