Sabtu, 24 September 2011

MASYARAKAT MAJMUK TIDAK BOLEH LAKSANAKAN ISLAM?

[1]

Dalam tahun lepas, masjid “terapung” di Puchong Perdana adalah menganjurkan satu forum. Aku dijemput menjadi panel untuk digandingkan bersama Bekas Pengarah Yadim yang merupakan agamawan ternama dalam UMNO. Beliau adalah bekas Naib Presiden PAS di suatu ketika masa dahulu. Di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM, boleh dikatakan penasihat agama yang terpenting. Beliau adalah Dato’ Haji Nakhaie Haji Ahmad.

Dalam forum tersebut, antara perkara yang dibangkitkan oleh Dato’ Nakhaie adalah tentang sukar perlaksanaan Islam di Malaysia dengan alasan masyarakat majmuk. Alasan lapok ini pernah aku dengar semasa sedang menuntut di Pondok dahulu.

Apabila sampai kepada giliranku, kejayaan perlaksanaan Islam di Madinah menjadi focus ulasanku. Dalam hujjahku, Madinah berjaya dilaksanakan Islam berbanding makkah, walhal masyarakat majmuk itu berada di Madinah, bukan di Makkah. Hujjahku itu tidak dibalas oleh Dato’ Nakhaie, tetapi dikupas oleh beliau tentang perselisihan di kalangan umat Islam dalam beberapa isu kecil, seperti isu wahabi dan sebagainya.

[2]

Aku secara peribadi, meyakini kebaikan dan keadilan hudud. Non Muslim juga tidak perlu takut dengan hudud, malahan mereka sepatutnya juga sokong hudud ini.

Aku sering mengumpamakan orang yang tidak mahu hudud ini seperti seorang yang tidak pernah makan cili atau lada. Ia sering dimomokkan bahawa lada itu pedas sehingga menyebabkan dia bukan sekadar tidak mahu makan, tetapi terlalu takut dengan lada. Lalu, apabila dia termakan sekali, dia mula merasakan betapa sedapnya lada itu. Akhirnya, dia sendiri akan mencari lada apabila hendak makan.

Hudud ini ditakuti kerana dimomokkan jahat oleh orang Islam yang tidak bertanggungjawab. Ia tidak mahu dilaksanakan, tetapi dijadikan perkara yang dipolitikkan. Ia digunakan sebagai modal untuk menundukkan musuh politik.

Rakyat jadi takut dengan hudud, kerana perkara yang dibangkitkan adalah keburukkan yang sedikit berbanding kebaikan yang banyak. Apabila keburukkan yang sedikit itu sering dibangkitkan sehingga kebaikan yang banyak itu dikaburkan, menyebabkan hudud yang baik sudah dilihat buruk oleh masyarakat.

Ia seperti orang yang hendak membeli kereta, tetapi sering dimomokkan dalam pemikiran pembeli itu bahawa tayar kereta yang bakal dibeli akan pancit atas bukit grik yang gajah, harimau dan berbagai-bagai lagi binatang buas ada. Disebabkan momokkan itu terlalu banyak, memberi kereta pun tak jadi.

Keadaan yang sama juga berlaku pada hudud. Pihak yang memomokkan itu membesarkan keburukkan yang kecil, seperti sakit potong tangan, sakit kena sebat dan itu dan ini, tetapi mereka abaikan keadilan sejagat dalam masyarakat, pengurangan kadar jenayah, menyelamatkan perasaan dendam dalam diri keluarga mangsa jenayah dan sebagainya. Apabila ini dilakukan, tidak pelik keadilan hudud semakin malap. Ekoran itu, ia dibenci sekian lama.

4 ulasan:

Taliban berkata...

isu hudud ni mmg lama sgt dah tak selesai2.dan apa yg gua nampak semua akan menuding jari ke pihak lain.pas kata umno halang laksana,umno kita hudud hanya gimik pas,macam2.kita2 yg bwh ni pun dah pemimpin ajar macam tu,kita pun terikut sama yakni dgn menyalahkan pihak lain.

gua ada satu cadangan buat pas.dan ini sebenarnya nabi yg ajar.nabi sebut lebih kurang gini: demi Allah sekiranya anak aku Fatimah mencuri,nescaya aku sendiri yg akan potong tangannya.

itu ayat yg patut diterapkan dalam hati setiap org Islam.jadi kalau pemimpin2 semua berani sebut seperti yg nabi sebut,tanpa perlu menuding jari ke pihak lain,insyaAllah polemik hudud ni akan reda.ayat itu bukti keimanan,kepatuhan pada Allah dan keihlasan melaksakannya.so kalau umno dok pum pang pum pang,jawab je

Tuan Guru Nik Aziz hari ini telah berkata bahawa beliau tidak akan teragak2 untuk melaksanakan undang2 hudud terhadap anaknya sendiri sekiranya benar2 didapati bersalah. Walaubagaimanapun, Nik Aziz menggesa Dato' Seri Najib dan pemimpin Umno untuk mengucapkan kata2 yang sama bagi membuktikan mereka menjunjung titah Allah SWT.

Taliban berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Taliban berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Taliban berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.