Isnin, 13 Februari 2012

HARI VALENTINE?


[1]

Majlis ulama Indonesia kata harus memberi kad ucapan pada hari Valentine. Adapun majlis fatwa kebangsaan pula kata haram. Kedua-dua badan ini adalah badan yang berkelayakkan dalam mengeluarkan fatwa.

Sifat fatwa tidak sama dengan sifat qadha. Ini kerana, sifat fatwa tidak wajib diikut, tetapi diberi pilih antara ikut atau tidak. Adapun apabila sudah menjadi qada’, maka ia wajib diikut, kerana ia dibawah tasaruuf Imam ‘Ala Raiyyah manut bi al-maslahah. Ia (qadha) seperti digezetkan dalam bentuk Negara demokrasi.

[2]

Alasan-alasan yang digunakan untuk nyatakan haram valentine adalah seperti berikut;

Satu :

Menjurus kepada maksiat, seperti mabuk, arak, zina dan sebagainya.

Dua;

Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol. (dalam fatwa Jakim)

[3]

Komentar dari rakan-rakan facebook yang menolak dakwaan JAKIM;

1) Cordoba pecah kepada beberapa kerajaan Islam merdeka pada tahun 1031 akibat penentangan bangsawan + ulama, bukan sebab golongan Nasrasni. (Mengikut rekod, ulama Cordoba lawan pemerintah kerana Kalifah Hisham III membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi, walaupun cukai yang dinaikkan itu antara lain untuk membiayai operasi masjid).

2) Permaisuri Isabella tidak mengisytiharkan apa-apa pada Februari 14.

3) Hari Valentine + Cinta mula sekali ditulis oleh seorang pakcik namanya Geoffrey Chaucer melalui satu puisi meraikan perkahwinan Raja Richard II. Kaitan ini diperkuatkan lagi dengan penubuhan mahkamah-mahkamah cinta di Paris pada Hari Valentine 1400 (sebenarnya perkumpulan orang-orang seni baca sajak, bincang persoalan cinta dan saling risik-merisik).

4) Orang Rom purba kebetulan ada meraikan perayaan kesuburan Lupercalia yang dirai Februari 13-15. Kebetulan juga Ruhollah Khomeini keluar fawa bunuh Salman Rushdie pada Februari 14. Singapura jatuh ke tangan Jepun pun pada tarikh sama. (sila Klik)

[4]

Jika haramnya Velantine kerana menjurus kepada maksiat seperti zina, mabuk dan sebagainya, maka bagaimana pula jika sambutan itu tidak menjuruskan kepada maksiat tersebut?

[5]

Larangan yang membawa kepada haram dalam nas ini mempunyai dua bentuk;
Satu : Larangan secara mutlak (An-Nahyu Az-Zati),
Dua : Larangan berbentuk sifat (An-Nahyu Al-Wasfi)[1].

Pada larangan berbentuk sifat ini pula terbahagi kepada dua, iaitu;
Satu : Sifat yang lazim (Al-wasf Al-lazim lahu), dan;
Dua : Sifat yang berjiran (Al-wasf Al-Mujawir lahu)

Contoh bagi perkara ini adalah;
Satu : Larangan mutlak – haram makan babi. Ini kerana, babi itu secara zatnya bersifat haram.
Dua : larangan bersifat;
            [1] lazim lahu – seperti larangan riba. Ini kerana, asal riba adalah jual beli kerana wujud muawadhad, iaitu pertukaran. Namun, memandangkan wujud sifat-sifat penambahan yang menindas, maka ia dikira haram.
[2] al-Mujawir lahu - seperti menunaikan solat dengan pakaian yang dicuri, atau berpuasa pada satu syawal.

Dari segi hukum, larangan secara mutlaq dan bersifat lazim ini, tidak timbul perbahasan yang panjang. Tetapi perbahasan fiqh berlaku pada larangan yang bersifat berjiran. Contohnya seperti seseorang yang melakukan puasa nazarnya pada satu syawal; apakah puasanya sah atau tidak. Mengikut mazhab Hanafi, puasa nazar itu sah, tetapi perbuatannya itu haram. Ini kerana, larangan itu berlaku pada sifat (satu syawal), bukan pada zat puasa.

Secara kesimpulannya;
Puasa nazar – harus + Pada satu syawal – haram
Solat – sah + pakai baju curi – haram.

Dengan erti kata yang lain, puasa nazar itu tidak jadi haram, jika tidak dilakukan pada satu satu syawal. Juga Solat tidak jadi haram, jika tidak memakai baju curi.

Jika diperhatikan balik kupasan di atas, kita akan dapati bahawa haram valentine ini adalah merujuk kepada “al-nahy Al-wasf Al-Mujawir lahu”. Dengan maksud, apabila hilang unsur-unsur yang haram, maka hukumnya adalah harus

Baca sama;

Wallahu alam.



[1] Lihat At-Ta’lil Al-Maqasidi

Tiada ulasan: