Sekali lagi negara berkocak dengan isu kerajaan perpaduan. Sukar untuk menafikan berita yang tersebar bahawa wujud pertemuan sulit buat kali kedua, antara wakil dari PAS dan wakil dari UMNO. Kesukaran ini adalah kerana, di awal kecelaruan isu ini, ternyata wujud penafian di peringkat awal oleh pimpinan PAS, tetapi kemudiannya terbukti berita yang tersebar itu bahawa sememangnya benar wujud pertemuan sulit antara wakil PAS dan Wakil UMNO dalam usaha gabung antara dua parti besar itu. Malahan, pihak yang menafikan diperingkat awal itu mengakui kewujudan pertemuan sulit tersebut.
Walaubagaimana pun, jika dinilai balik. Gabungan antara dua parti besar, iaitu PAS dan UMNO ini, ia amat memberikan kerugian kepada dakwah islam, juga kerugian yang bakal tertimpa kepada PAS dari sudut politik.
Antara alasan-alasannya adalah seperti berikut;
KERUGIAN DARI SUDUT DAKWAH
Apabila PAS bergabung dengan UMNO, antara implikasi yang bakal tertimpa adalah seperti berikut;
Pertama :
PAS akan dilihat sebagai parti melayu yang sanggup bergabung dengan parti melayu yang lain, waima parti melayu itu terbukti adalah zalim. Malahan sebelum ini, pimpinan PAS sendiri mengakui bahawa UMNO adalah parti yang zalim.
Menggabungkan dengan parti Zalim, tidak ada lain, kecuali akan dilihat sebagai cenderung kepada kezaliman, walhal perkara itu diharamkan oleh Allah SWT.
Firman Allah;
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
Maksudnya;
“Jangan kamu cenderung kepada mereka yang zalim, maka kamu disambar oleh neraka”
[Hud : 113]
Tindakan melayu membantu melayu yang zalim, adalah boleh disifatkan sebagai assobiyyah yang tidak diakui umat oleh Rasulullah SAW.
Sabda Nabi SAW;
لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ
Maksudnya;
“Bukan dari kalangan kami mereka yang menyeru kepada Assobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang berperang atas dasar assobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar Assobiyyah”.
[Abu daud : 4456]
Dalam menafsirkan makna Assobiyyah, kitab ‘Aun Ma’bud menafsirkan;
مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِم
Maksudnya;
“Mereka yang menyeru manusia kepada himpunan Assobiyyah adalah, membantu terhadap orang zalim”
[Aun Al-Ma’bud : 11/161]
Kedua :
Ia akan melahirkan persepsi yang buruk terhadap Islam yang diperjuangkan oleh PAS di mata-mata dan hati orang bukan islam. Menjaga persepsi ini adalah amat ditekankan oleh nabi SAW.
Pernah suatu hari, Umar bin Al-Khattab pernah meminta izin dari Rasulullah SAW untuk memancung kepada Abdullah bin Ubai bin Salul, ketua munafiqin Madinah. Tetapi permintaan Umar itu tidak diizinkan oleh nabi SAW dengan sabda baginda;
لَا يَتَحَدَّثُ النَّاسُ أَنَّهُ كَانَ يَقْتُلُ أَصْحَابَهُ
Maksudnya;
“tidak, kerana bimbang manusia bercakap bahawa [Muhammad] membunuh sahabatnya”
[Al-Bukhari : 3257]
Apabila PAS bergabung dengan UMNO, Islam yang diperjuangkan oleh PAS akan dilihat oleh non Muslim di Malaysia sebagai agama yang menyokong kezaliman, Islam adalah agama melayu, dan Islam menyokong perkauman, walhal Islam tidak sekali-kali begitu.
Ketiga:
Tindakan PAS bergabung dengan UMNO, akan menyebabkan non Muslim yang mahukan kepada keadilan sejagat, akan menjauhkan diri dari melihat keadilan islam yang wujud dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sudah pasti, ia menyekat mereka dari memahami islam dalam bentuk yang sebenar.
Tindakan ini, secara tidak langsung mencegah mereka dari memahami islam. Tindakan itu, dihalang oleh Allah SWT dalam firman-Nya;
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ
Maksudnya;
“Mereka bertanya kepada kamu [Wahai Muhammad] berkenaan berperang pada bulan haram. Katakanlah, berperang pada bulan haram adalah dosa besar. [namun] MENCEGAH DARI JALAN ALLAH, kufur terhadap Allah, masjidil haram dan mengeluarkan ahlinya daripadanya adalah lebih besar dosanya disisi Allah SWT”
[Al-Baqarah : 217]
KERUGIAN DARI SUDUT POLITIK
Dari sudut politik pula, PAS mempunyai banyak kerugian. Iaitu seperti berikut;
Pertama :
Di situ kerusi PAS, maka disitu kerusi UMNO. Kalau bergabung, macam mana pula timbul pembahagian kerusi? Adalah amat mustahil, jika UMNO mahu memberi kerusi PAS lebih majoriti. Jika keadaan ini berlaku, PAS tetap berada dibawah ketiak UMNO, dan tidak mustahil setelah UMNO semakin gagah, mereka akan merancang untuk menyepak PAS keluar.
Dan lagi, apa untungnya PAS bergabung dengan UMNO? Kerusi yang ditandingi oleh PAS sama dengan UMNO. Kalau Pas menang, UMNO akan kalah. Kalau UMNO menang PAS akan kalah. Mana yang bertambah kerusi orang Islam di Parlimennya? Mana yang memerintah Islam 100% di parlimennya? [komen seorang teman]
Kedua :
Dari sudut moral, PAS akan dimeluati oleh rakyat. Mereka akan melihat PAS dari sudut persepsi mereka bahawa PAS adalah sebuah parti yang tidak mempunyai prinsip dalam menentang kezaliman.
Apabila keadaan ini berlaku, tidak mustahil PAS tidak akan diundi oleh rakyat dalam PRU. Sudah pasti, ia akan mengundang kekalahan besar kepada PAS dalam PRU akan datang.
Ketiga :
Isu gabung PAS – UMNO, ia tidak dibincang secara bulat dan terperinci. Ekoran itu, sebilangan besar pimpinan PAS yang tidak bersetuju, termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Malahan, Tuan Guru mengambil sikap menentang habis-habisan usaha tersebut, sehingga menggelarkan idea kerajaan perpaduan ini sebagai “boneka UMNO”, “mengarut” dan sebagainya.
Sekian
p/s : Yakinlah, artikle ini akan dijawab oleh Batuapi@Suhaimi embong
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg buloh
2 Januari 2010 * 12:06 pagi