skip to main |
skip to sidebar
TAK MAHU ”DISEKOLAH” DENGAN HUKUM ALLAH???
Mstar melaporkan:
“Tak perlu nak menyekolahkan Umno kerana mereka (PAS)... ini main politik dari mula lagi," kata beliau (TPM) pada hari keempat kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu[1]
Kalau kita baca berita utusan meloya hari ini pula, akhbar itu melaporkan;
“KUALA LUMPUR 9 Jan. — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pegawai perkapalan yang didapati bersalah membunuh dan membakar teman wanitanya di sebuah hotel enam tahun lalu[2]”
KOMEN:
Kalau dibaca berita hari ini, jelas menunjukkan hukuman terhadap mereka yang sabit kesalahan membunuh adalah bunuh balas. Pun begitu, hukuman bunuh balas dalam Islam dan hukuman bunuh balas dari undang-undang manusia mempunyai perbezaan yang amat ketara.
Jika dirujuk kepada hukuman bunuh balas dalam Islam, kita akan merasakan betapa adilnya hukuman tersebut. perbahasan ringkasnya adalah seperti berikut;
Dalam islam, apabila berlaku pembunuhan, maka hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh balas. Pun begitu, syarat untuk dikenakan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh itu tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat, iaitu antaranya;
a. pembunuh itu berakal, baligh dan sengaja secara sedar untuk membunuh.
b. Orang yang dibunuh itu manusia yang masih hidup, walaupun dalam sakaratul Maut dan terpelihara darahnya.
c. Alat yang digunakan untuk membunuh itu adalah dari suatu benda yang biasanya boleh mematikan. (seperti bom C4 dll)
d. Perbuatan jinayah itu menyebabkan kematian orang yang terbunuh[3].
Asas bagi kewajipan perlaksanaan hukuman bunuh balas ini adalah firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَى بِالْأُنْثَى فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ
Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula)”
(Surah Al-Baqarah : 178)
Dari ayat ini, jelas menunjukkan bahawa hukum bunuh balas terhadap pembunuh boleh disifatkan mandatory dikala ahli keluarga pihak yang terbunuh tidak memaafkan lagi kepada pihak pembunuh.
Keadaan ini berbeza, sekiranya pihak keluarga yang kena bunuh memaafkan kepada pembunuh. Yang mana, sekiranya hakim menetapkan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh, lalu keluarga pihak yang kena bunuh memaafkan kepada pembunuh, pada masa itu, pembunuh tersebut terselamat dari dikenakan hukuman bunuh, tetapi disamping itu, pihak pembunuh hendaklah membayar “diyat Mughallazah” yang kadarnya ditetapkan oleh pihak kerajaan melalui kaedah siyasah syariiyyah. Ini merujuk kepada fatwa ulama dalam mazhab As-Syafii[4].
Asas bagi merujuk hal ini adalah kepada hadis Rubayyi’ bin An-Nadhar yang telah disabitkan hukuman balas ekoran tindakannya mencederakan seorang perempuan. Lalu, setelah pihak hakim telah memutuskan hukuman cedera balas dikenakan kepada Rubayyi’, menyebabkan pihak perempuan yang dicederakan itu memaafkannya.
Tindakan itu menyebabkan seorang Sahabat yang bernama Anas yang mahu melaksanakan hukuman itu senyap, lalu bertanya kepada Nabi SAW; Baginda terus berkata kepada Anas;
إِنَّ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ مَنْ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ
Maksudnya;
“Sesungguhnya daripada hamba Allah itu, mereka yang apabila bersumpah, pasti Allah akan membebaskannya[5]”
Jika diperhatikan kepada ulasan ini, kita akan dapat lihat betapa indahnya Islam dalam menjaga maslahat manusia. ini kerana, dalam Islam, bunuh balas ini sebenarnya mengandungi maksud untuk menghapuskan perasaan “tidak puas hati” dari keluarga pihak yang terbunuh.
Pun begitu, sekiranya perasaan “tidak puas hati” itu luput dalam diri ahli keluarga tersebut yang terzahir dalam bentuk “memberi maaf”, menyebabkan pihak pembunuh mendapat peluang hidup lagi, pun begitu ianya tetap dikenakan bayaran denda, iaitu dengan membayar diyat yang perlu dibayar kepada keluarga pihak terbunuh (bukan kepada kerajaan).
Inilah keadilan Islam yang dijanjikan berbanding dengan undang-undang dunia seperti berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia pada hari ini.
Secara halus jika difikirkan, kita akan mendapat satu kesimpulan bahawa perlaksanaan hukum Islam ini mempunyai unsur pencegahan. Pencegahan dari pihak penjenayah tidak akan mengulangi jenayah yang telah dilakukan, begitujuga orang lain tidak akan melakukan jenayah tersebut. 
Jika hukuman ini boleh dilaksanakan, pasti kejadian mengebom C4 altantuya tidak akan berlaku lagi. sudah pasti, bapa kepada Altantuya tidak perlu berulang alik ke Malaysia untuk menuntut keadilan terhadap kematian anaknya itu.
Oleh itu, kita tidak perlu risau disebalik perlaksanaan hukum Islam ini. Jika ada juga perasaan risau, sehingga tidak mahu “disekolahkan”, menunjukkan ada sesuatu yang tak kena disebalik kerisauan orang yang tak mahu “disekolahkan” itu.
Sekian
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 Januari 2009 * 11:38 malam.
[1]http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/9/mstar_mutakhir/20090109162932&sec=mstar_mutakhir
[2]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm
[3] Qanun Jenayah Syariiyyah : m.s 155.
[4] Qanun jenayah syariiyyah : m.s : 487.
[5] Sahih Muslim : 3174.
DUALISMA DALAM ILMU ????
Melalui blog seorang anak muda yang merupakan seorang siswa yang mempunyai pemikiran yang kritis dan dinamik dalam mengulas isu-isu semasa dari sudut pemikiran, disini dipaparkan beberapa nukilan Rausyanfikir yang agak menarik difikirkan bersama.
Antara kandungan yang menarik adalah (nukilkan isi penting sahaja) :
Kata Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam magnum opus-nya "Islam and Secularism", kebejatan kaum Muslimin pada hari ini bermula daripada masalah kehilangan adab. Ini seterusnya melahirkan kekeliruan ilmu yang memungkinkan lahirnya para pemipin yang palsu dalam setiap lapisan masyarakat.
Saya juga berhujah bahawa krisis Gaza ini bukanlah Israel versus HAMAS, tetapi merupakan satu projek simbiosis beberapa musuh Islam yang kita rangkumkan sebagai Ketamadunan Barat. Sebelum Israel mampu menyembelih saudara-mara kita di Gaza, Barat sudah "menyembelih" fakulti minda kita melalui serangan pemikiran yang datang secara diskrit melalui pintu ilmu fardhu kifayah berupa ilmu sains sosial, dan sains tabi'ie yang berepistemologikan falsafah sekularisme.
Ada pun jua serangan Orientalisme yang mengetuk pintu masuk ilmu fardhu ayn sehingga lahirnya para ulama' yang dualisme, yang turut sama keliru akan falsafah ketauhidan ilmu fardhu ayn dan fardhu kifayah.
Kekeliruan yang lahir dalam benak pemikiran umat Islam telah menelurkan lebih banyak permasalahan. Sesuatu tindakan yang dizahirkan harus bermula di ufuk minda dahulu. Maka, wahana yang mencernakan dan menzahirkan ma'na ilmu tersebut tidak lain tidak bukan melalui jalur bahasa. Bahasa yang rosak melahirkan pemikiran yang rosak. Bahasa yang "asing" akan melahirkan pemikiran yang "asing".
Itulah yang telah berlaku terhadap Bahasa Arab kontemporari dimana wabak sekularisme telah bertapak secara halus- biarpun sedikit, tetapi cukup untuk mengelirukan umat Islam.
Begitu juga dengan nasib umat Melayu yang terhimpit dengan kebodohan pemimpin yang jahil murakkab terhadap peranan bahasa dalam membina ketamadunan.
Apabila Nabi bersabda " Tuliba 'ilma walau bis Sin", janganlah dilihat ma'na hadith itu dari sudut geografinya sahaja. Fikirkanlah jua bagaimana hendak kita belajar di Cina tanpa memahami bahasanya itu!
Lemah-nya umat ini kerana "busuk"-nya minda. "Busuk"-nya minda kerana "busuk"-nya Bahasa.
Sumber:
http://rausyanfikir.com/2009/01/al-muslimah-dan-gerakan-anti-ppsmi.html
Hidayatullah.com— Pernyataan Syeikh Wahbah ini keluar menanggapi pernyataan fatwa haramnya demonstrasi dalam rangka membela Palestina yang dikeluarkan ulama salafi asal Saudi, Syeikh Shalih Al Luhaidan.
Sebelumnya, Syeikh Shalih Al Luhaidan yang juga Ketua Majelis Al A’la li Al Qadha’ Arab Saudi ini mengatakan, bahwa demonstrasi yang terjadi di jalanan Arab untuk membela warga Gaza termasuk membuat “fasad fi Al Ardhi“ alias kerusakan di muka bumi. Tak sekedar itu, ia juga menilai, demonstrasi sebagai hal yang tidak baik dan tidak mendatangkan kebaikan.
Pernyataan Shalih Al Luhaidan ini langsung banyak disambut kritik beberapa ulama lain di dunia.
Beberapa ulama menyatakan bahwa Fatwa Luhaidan yang telah dilansir oleh koran al Hayat, hari Sabtu (3/2) itu sebagai “perkataan yang amat memalukan“ bagi dunia Islam.
Sedangkan yang lain mengatakan bahwa hal itu merupakan “kriminal besar“ karena memerintahkan orang lain untuk tidak mengungkapkan sikap lewat demontrasi.
Beberapa ulama yang melakukan pertemuan di Kairo sepakat bahwa demontrasi mendukung warga Gaza yang sedang dibantai Israel saat ini adalah wajib, secara syar’i dan aqli.
Salah satu dari ulama yang hadir adalah Syeikh Dr Wahbah Az Zuhaili, Wakil Ketua Majma’ Fuqaha As Syari’ah Amerika dan profesor bidang fikih di Universitas Damaskus. Syeikh Wahbah merasa heran dan sangat mempertanyakan fatwa Al Luhaidan.
“Di mana letak kerusakan di bumi, ketika kita melakukan demontrasi menentang kekejaman Israel atas Gaza? Mengatakan hal itu (pelarangan demonstrasi) sama dengan mengakui penjajahan. Jika demontrasi untuk menghancurkan kemungkaran maka hal itu bukan menciptakan kerusakan di bumi,“ ujar Syeikh Wahbah.
“Tidak tepat jika fatwa ini berlaku di dunia Islam secara umum, karena ditujukan kepada umat Islam, minimal fatwa ini adalah fatwa lokal, akan tetapi ini juga tidak tepat, karena pentingnya peran demontrasi dan wajibnya untuk situasi seperti ini,“ tambah Wahbah.
Ulama yang baru mendapatkan penghargaan dari pemerintah Malaysia ini juga menyatakan,“Fatwa ini tidak benar, dan ini dipengaruhi oleh situasi yang ada di Saudi, dan mereka selalu menjaga adat, karena raja-rajanya menolak munculnya demontrasi,“ ujarnya.
Ia menjelaskan bahwa tidak setiap demonstrasi adalah perusakan di atas bumi, dihukumi merusak jika melakukan perusakan, mencemooh tanpa sebab, maka hal ini termasuk menimbulkan kerusakan.
“Demontrasi adalah pengungkapan pendapat, dan itu termasuk hak setiap orang menurut pandangan Islam. Dan pentingnya demonstrasi serta perannya sudah terbukti oleh sejarah, dimana ia memiliki pengaruh besar dalam mengusir penjajahan atas bumi Islam“, beliau menutup perkataan.
Dr Abdul Mu’thi Al Bayumi, anggota Majma’ Al Buhuts Al Islami Al Azhar, Mesir juga menyatakan bahwa fatwa itu tidak dibenarkan.
“Demontrasi merupakan cara untuk mengungkapan pendapat, karena sebagai “umat lemah“, mereka tidak mendapatkan cara agar pendapat mereka didengar oleh para pengambil keputusan. Kalau hal ini dilarang, bagaimana cara mereka mengungkapkan pendapat dan didengar?“ Bayumi menegaskan bahwa demontrasi harus tetap memiliki etika dan tidak melakukan perusakan.
Sedangan Dr Abdul Lathif Mahmud Al Mahmud, anggota Majelis Al A’la li Syu’un Al Islamiyah (Majelis Tinggi untuk Urusan Keislaman), Mesir mengatakan, . “Apa yang marusak bumi yang dikatakan Luhaidan?! Saya yakin bahwa fatwa ini menyelisihi syariat Allah. Allah berfirman,“Dan persiapkanlah kekuatan segalah apa yang kalian mampui“ [Al Anfal: 60]. Dan demontrasi termasuk bagian kekuatan publikasi, yang mencerminkan dukungan mayoritas umat Islam terhadap mujahidin di Gaza,“ katanya.
Di juga menegaskan tidak ada bentuk kerusakan, ketika sekelompok orang mengungkapkan pendapatnya untuk merespon serangan Israel atas Gaza yang membuat jatuh ratusan korban, dengan cara yang baik.
Dr Hasan As Syafi’i mantan rektor Al Jami’ah Al Islamiyah Pakistan juga menegaskan bahwa yang mengeluarkan fatwa demikian harus bertanggung jawab dan siap meralat. Ungkapan seluruh umat Islam yang terjadi di suluruh dunia saat ini untuk mendukung Gaza, tidak mungkin bisa dikatakan sebagai perbuatan menciptakan kerusakan di atas bumi.
Sumber:
http://hidayatullah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=8360:syeikh-zuhaili-anggap-fatwa-haram-demontrasi-gaza-sebagai-hal-memalukan&catid=123:solidaritas-palestina&Itemid=87
PENGUNDI HANTU???
Satu blog yang agak masyhur melaporkan:
“Menurut laporan kertas undi pos bagi pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu telah pun dikeluarkan oleh pihak SPR. Menurut rekod terdapat 1,035 pengundi pos di kawasan parlimen ini kebanyakkannya dari kalangan anggota polis disekitar DUN Ladang. Mereka ini akan diberi peluang mengundi terlebih awal dan mewakili hampir 1.3 peratus dari jumlah pengundi berdaftar seramai 79,194”
Ringkas cerita, blog itu sebut;
“Ringkas cerita BN di Kuala Terengganu kini sudah mendahului PAS dengan 1,053 undi”
KOMEN
Tulah hangpa tak mau sain hari tu… kalau hangpa sain, mesti 16 september dah jadi hoiii….. Bila dah jadi, tak perlu bimbang dah pasal pengundi hantu ni, sebab SPR kita dah baiki…….
Sekarang baru hangpa peninn……
Penin… ooo penin….
Tuan Guru Haji Nik Razi bin Nikmat, Adik kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat.
UBADAH BIN AS-SOMIT
Ubadah bin As-Somit adalah seorang sahabat ansor yang antara terawal memeluk Islam dari kalangan orang Madinah. Beliau berasal dari kalangan Khazraj, dan salah seorang naqib pada malam perjanjian Aqabah yang pertama.
Muhammad bin Kaab Al-Qurazi berkata;
جمع القرآن في زمن النبي صلى الله عليه وسلم خمسة من الانصار: معاذ، وعبادة، وأبي، وأبو أيوب، وأبو الدرداء
Maksudnya;
“lima orang Ansar yang menghimpunkan Al-Quran pada Zaman Nabi SAW, iaitu Muaz, Ubbadah, Ubai, Abu Ayub dan Abu Darda’[1]”
Beliau antara manusia yang tidak suka pemerintah diampu-ampu. Pernah berlaku satu kejadian dalam satu masjid, yang ketika itu didalam masjid tersebut dihadiri Muawiyyah sebagai gabenor Islam di Syam.
Apabila khatib berkhutbah dalam masjid tersebut terlalu sangat memuji Muawiyyah, menyebabkan Ubbadah bin As-Somit bangun dalam keadaan tangannya memegang tanah, lalu dicampakkan ke muka si khatib tersebut.
Tindakan Ubbadah itu menyebabkan muawiyyah agak marah, menyebabkan Ubbadah terus menyebut;
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا رأيتم المداحين، فاحثوا في أفواههم التراب "
Maksudnya;
“Bersabda Rasulullah SAW, apabila kamu tengok pengampu, maka campakkan tanah pada mulut mereka[2]”
Semasa hayat, beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan pun. Semuanya ekoran dari sumpahnya tidak mahu memegang sebarang jawatan ekoran mendengar pesanan nabi terhadap kesusahan di akhirat nanti apabila memegang jawatan.
Pernah di zaman Omar menjadi Khalifah, beliau dipujuk agar memegang jawatan, tetapi beliau tetap dengan pendirian beliau menyebabkan Omar akur.
Beliau amat mencontohi kehidupan Omar bin AlKhattab yang bersifat zuhud, menyebabkan beliau amat tidak suka dengan sikap Muawiyyah yang dilihat seakan-akan bermewah-mewah. Menyebab beliau menjadi pengkritik tegar terhadap pemerintahan Muawiyyah ketika berada di palestine.
Muawiyyah amat tertekan dengan kritikan tegar itu, menyebabkan menghantar balik Ubbadah agar berada di Madinah. Semasa berada di Madinah, menyebabkan Omar bin Al-Khattab pelik dan bertanya kepada beliau mengapa beliau berada di Madinah. Ubbadah menceritakan semuanya kepada Omar, menyebabkan Omar minta agar Ubbadah pergi juga ke Palestine sekali lagi dan memantau pergerakan Muawiyyah. Dan Omar pun mengirim sama surat kepada Muawiyyah tentang arahan beliau agar Ubbadah berada di Palestine untuk memantau pergerakan Muawiyyah itu.
Di zaman Nabi SAW, keluarga Ubbadah pernah melakukan perjanjian dengan orang Yahudi Bani Qainuqa’. Apabila berlaku peperangan Uhud, dilihat puak-puak yahudi qainuqa’ melampau, menyebabkan Ubbadah terus bertindak memutuskan perjanjian tersebut agar tidak menjadikan Ubbadah teragak-agak untuk menyerang yahudi tersebut.
Ekoran dari kejadian itu, Allah menurunkan ayat Al-Quran yang berbunyi:
وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
Maksudnya;
“Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang”
(Surah Al-Maidah : 56)[3].
Tubuh badan Ubbadah tinggi lampai, dan boleh dikategorikan sebagai lelaki yang hansome. Beliau tinggal di Baitul Muqaddis, dan meninggal dunia di Ramalah pada tahun 43 daripada hijrah, sewaktu umurnya 72 tahun. Dalam kitab Ar-Rijal Haul rasulillah SAW menyebut, Ubbadah meninggal dunia pada tahun 34 hijrah. Menurut riwayat lain, beliau meninggal dunia di zaman Muawiyyah jadi Khalifah[4].
Sekian
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Januari 2009 * 5:10 petang.
[1] Siyar Al-‘Alam wa An-Nubala’ : 2/6.
[2] Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala’ : 2/7.
[3] Ar-Rijal Haul Rasulillah SAW : m/s : 270.
[4] Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala’ : 2/11.
PENYELESAIAN KEMELUT ISRAEL – PALESTINE DARI KACAMATA AL-ATTAS
Di nukilkan dari blog seorang anak muda yang memperkenalkan dirinya sebagai Rausyanfikri. Dalam mengulas isu kemelut Israel-palestine, beliau adalah menukilkan kandungan artikle yang menarik, iaitu seperti berikut;
Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas
Melihat permasalah mutakhir umat Islam ketika ini, Prof. al-Attas menegaskan bahawa sejarah harus dikira sebagai fardhu ain. Keruntuhan jati diri yang begitu dahsyat di kalangan umat Islam memberi ruang vakum yang cukup luas untuk pengaruh asing seperti sekularisme, liberalisme etc. untuk masuk ke lubuk hati dan aqal umat Islam.
Slogan “kembali kepada Al-Quran dan Sunnah” harus diperhalusi lagi dengan bantuan sejarah ya’ni dengan mengambil kira bagaimana umat Islam yang telah hidup sepanjang 1400 tahun dahulu, melaksanakan slogan tersebut sehingga berjaya membangunkan ketamadunan Islam yang tiada tolok bandingannya. Dalam mengkaji permasalahan Gaza serta masalah sebenar umat Islam ketika ini,
Prof al-Attas mengajurkan paradigma/sudut pandang berbentuk ketamadunan. Ini bermakna, kita harus mengambil kira krisis ini dalam satu konteks yang lebih besar dan panjang masanya sehingga jelas dapat kita timbulkan titik-titik penting yang telah berlaku dan mungkin akan berulang (mengikut Ibn Khaldun) dalam paradigma ketamadunan. Prof. al-Attas juga berhujah bahawa krisis yang berlaku ketika ini merupakan pertembungan Ketamadunan Barat dan Ketamadunan Islam. Bukan semata-mata Israel lawan Palestin atau Amerika lawan Iraq. Tambah beliau lagi, pertembungan ini merupakan pertembungan yang kekal (perennial/permanent) seperti yang dapat kita kaitkan dengan hadith Nabi;
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
“Tidak akan terjadi kiamat sehingga ummat Islam membunuh orang-orang Yahudi. Mereka akan terus membunuh sehinggalah orang-orang Yahudi itu akan bersembunyi dibelakang batu dan pokok, lalu berkatalah batu dan pokok tersebut: “ Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi dibelakangku, kemarilah dan bunuh ia! Kecuali sejenis pokok yang tidak berkata, iaitu pokok Ghorqod, sesungguhnya itu adalah pokok Yahudi”
(HR Bukhari dan Muslim)
Ini bermakna perjuangan umat Islam dalam konteks krisis di Gaza tidak akan berakhir dengan mudah! Pebezaan fundamental antara Ketamadunan Barat dan Islam sangat jelas dan tidak mungkin dapat disatukan kecuali dengan penerimaan hakikat perbezaan tersebut seperti yang telah ditonjolkan oleh kerajaan Islam di Andalusia yang menerima orang Yahudi dan Nasrani sebagai sebahagian daripada rakyat mereka dengan begitu baik sekali.
Ini berma’na umat Islam harus benar-benar faham apakah itu Ketamadunan Barat dari segenap segi seperti mana para Orientalis sendiri memahami Islam itu dari setiap seginya.
Jikalau Goldziher boleh bertalaqqi dengan Tok Syeikh di Mesir, menuntut bersungguh-sungguh di al-Azhar, dan Hugrounje boleh mendampingi ulama’ Aceh dengan tipu daya sulit, masakan tidak kita juga, terutamanya mahasiswa menjadi ghairah seperti mereka untuk mengenali musuh kita yang sebenar! Perlu wujud para Oksidentalis (yang mengkaji Barat) dengan bersungguh-sungguh untuk kita faham benar siapa mereka.
Sila layari;
http://rausyanfikir.com/2009/01/ketika-gaza-bedarah-nota-tambahan-untuk.html
Sekian
BERHARAP ISMAIL KAMUS KEMBALI KE PENTAS POLITIK
Di Malaysia, apabila disebut nama Ismail Kamus, pasti kita akan tergambar seorang pendakwah yang bergaya bersahaja, tetapi mendengar ceramahnya umpama melihat filem scenario. Tidak ketawa mendengar ceramah Ismail Kamus, orang itu adalah manusia yang mengalami masalah deria.
Sikap mesranya menyebabkan beliau disenangi sesiapa sahaja, mahupun budak-budak rock, metal, haru biru, mahupun haru hijau dan haru biru air laut.
Sindirannya dengan nada lawak, memberi kesan kepada pendengar untuk berubah. Orang yang merokok, mula merasa bersalah jika merokok lagi apabila beliau menyindir perokok itu sebagai adik beradik jin.
Dulu, beliau pernah terlibat dengan dunia politik sehingga sempat bergelar YB di DUN yang sekarang diYBkan oleh Dr Hasan Ali, Exco Agama dan Infrastruktur negeri Selangor, merangkap Pesuruhjaya PAS negeri Selangor.
Di maklumkan, beliau pada asalnya tidak mahu terlibat dengan dunia “YB” untuk bertanding dalam pilihanraya, tetapi memandangkan malu dengan ketokohan dan keilmuan Dr Harun Din yang merupakan timbalan Mursyidul Am PAS, beliau dipujuk menyebabkan beliau pun dalam keadaan berat hati terlibat juga dalam dunia politik tersebut.
Pengisytiharan keputusan Pilihanraya pada tahun 1999 melahirkan satu detik bersejarah dalam hidup beliau yang tidak pernah diimpi-impikan. Dari situ, bermulalah era dunia beliau berpolitik.
kemenangan itulah, melahirkan berbagai-bagai cerita kelakar yang berlaku dalam dewan negeri selangor. Seperti, setelah dituduh oleh UMNO bahawa PAS gila kuasa, lalu dijawab beliau dengan muka bersahaja, “kita bukan gila kuasa, tetapi kita nak ambil kuasa dari orang gila”. Juga dakwaan UMNO, bahawa PAS pandai bercakap, tapi tak pandai buat pembangunan, dijawab beliau bahawa “Mahathir pun pandai bercakap, sebab semua bangunan di buat oleh kontraktor” dan berbagai-bagai lagi hujjah yang menggelikan hati, tetapi berjaya menutup mulut UMNO pada masa itu.
sedihnya, pilihanraya pada tahun 2004, PAS kalah teruk. Kekalahan yang membawa beliau sendiri juga gugur dari gelaran YB. Sejak dari itu, beliau agak kurang lagi dilihat dalam pentas politik.
Apakah sebenarnya menyebabkan beliau sekarang menjadi kurang dengan dunia politik lagi?? Apakah memang beliau yang tidak lagi berminat, atau beliau sudah ditenggelamkan oleh orang-orang parti sendiri?? Entahlah... serahkan kepada yang maha mengetahui...
Pun begitu, secara peribadi, aku amat berharap orang seperti Ismail Kamus ini dapat kembali semula ke pentas politik. Ini kerana, dengan gayanya yang bersahaja, mudah berkira, senang di ajak bergaul dan berkawan tidak seperti sebilangan ahli-ahli politik yang dulunya senang, tetapi susah dikala memegang jawatan dalam kerajaan, walaupun bukan jawatan Menteri Besar sekalipun.
Sekian
P/S : bestnya kalaulah Ismail Kamus jadi Pesuruhjaya PAS selangor. kalau beliau jadi PJ Selangor, mungkin pertemuan sulit di sheraton hotel Subang jaya tidak akan berlaku. Tapi apakan daya???? Entahlah.. takut orang kata, terimalah seadanya...
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Januari 2009 * 3:48 pagi.