DUALISMA DALAM ILMU ????
Melalui blog seorang anak muda yang merupakan seorang siswa yang mempunyai pemikiran yang kritis dan dinamik dalam mengulas isu-isu semasa dari sudut pemikiran, disini dipaparkan beberapa nukilan Rausyanfikir yang agak menarik difikirkan bersama.
Antara kandungan yang menarik adalah (nukilkan isi penting sahaja) :
Kata Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam magnum opus-nya "Islam and Secularism", kebejatan kaum Muslimin pada hari ini bermula daripada masalah kehilangan adab. Ini seterusnya melahirkan kekeliruan ilmu yang memungkinkan lahirnya para pemipin yang palsu dalam setiap lapisan masyarakat.
Saya juga berhujah bahawa krisis Gaza ini bukanlah Israel versus HAMAS, tetapi merupakan satu projek simbiosis beberapa musuh Islam yang kita rangkumkan sebagai Ketamadunan Barat. Sebelum Israel mampu menyembelih saudara-mara kita di Gaza, Barat sudah "menyembelih" fakulti minda kita melalui serangan pemikiran yang datang secara diskrit melalui pintu ilmu fardhu kifayah berupa ilmu sains sosial, dan sains tabi'ie yang berepistemologikan falsafah sekularisme.
Ada pun jua serangan Orientalisme yang mengetuk pintu masuk ilmu fardhu ayn sehingga lahirnya para ulama' yang dualisme, yang turut sama keliru akan falsafah ketauhidan ilmu fardhu ayn dan fardhu kifayah.
Kekeliruan yang lahir dalam benak pemikiran umat Islam telah menelurkan lebih banyak permasalahan. Sesuatu tindakan yang dizahirkan harus bermula di ufuk minda dahulu. Maka, wahana yang mencernakan dan menzahirkan ma'na ilmu tersebut tidak lain tidak bukan melalui jalur bahasa. Bahasa yang rosak melahirkan pemikiran yang rosak. Bahasa yang "asing" akan melahirkan pemikiran yang "asing".
Itulah yang telah berlaku terhadap Bahasa Arab kontemporari dimana wabak sekularisme telah bertapak secara halus- biarpun sedikit, tetapi cukup untuk mengelirukan umat Islam.
Begitu juga dengan nasib umat Melayu yang terhimpit dengan kebodohan pemimpin yang jahil murakkab terhadap peranan bahasa dalam membina ketamadunan.
Apabila Nabi bersabda " Tuliba 'ilma walau bis Sin", janganlah dilihat ma'na hadith itu dari sudut geografinya sahaja. Fikirkanlah jua bagaimana hendak kita belajar di Cina tanpa memahami bahasanya itu!
Lemah-nya umat ini kerana "busuk"-nya minda. "Busuk"-nya minda kerana "busuk"-nya Bahasa.
Sumber:
http://rausyanfikir.com/2009/01/al-muslimah-dan-gerakan-anti-ppsmi.html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan