HIKAM TOK GURU : SIRI 6
Dalam mengulas ayat 2 dari surah Yasin, iaitu berbunyi:
وَالْقُرْآَنِ الْحَكِيمِ
Maksudnya;
“Dan Al-Quran yang “Al-Hakim”
Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata:
“Orang yang bijaksana ialah, apabila dia bercakap pasti akan memberi kesan kepada pendengar. Itulah yang dimaksudkan dengan bijaksana, atau dalam bahasa Al-Quran disebut ”Al-Hakim”.
Al-Quran bukanlah orang, tetapi kalamullah. Walaupun dilihat sebagai tulisan, tetapi ianya terkandung kebijaksanaan, iaitu dengan Al-Quran, pembacanya akan terkesan”

HURAIAN
Al-Hikmah atau dalam bahasa melayunya diterjemah dengan ”kebijaksanaan”. Bijaksana merupakan hadiah dari Allah, yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang Allah mahu.
Firman Allah:
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا
Maksudnya;
”Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak”
(Surah Al-Baqarah : 269)
Ayat ini dengan jelas dinyatakan oleh Allah, bahawa kebijaksanaan itu akan diberikan oleh Allah kepada sesiapa sahaja yang Allah mahu, tidak kira kepada orang Islam, mahupun kepada orang bukan islam.
Ekoran dari itulah, lahirnya manusia-manusia bijak seperti Aristotle, Plato dan berbagai-bagai tokoh yang mengasaskan ilmu Mantiq dan Falsafah.
Pun begitu, kebijaksaan sebenar bukanlah sekadar pandai menggunakan akal, tetapi kebijaksanaan sebenar adalah berjaya menyentuh perasaan manusia agar mereka dapat melakukan taat kepada Allah.
Ekoran dari itulah, kebijaksanaan itu hendaklah dirujuk kepada fitrah manusia, dan sesungguhnya, setiap manusia ada titik persamaan antara mereka, yang mana itu merupakan fitrah hidup mereka.
Jika dihayati, didapati Al-Quran telah menyatakan tentang kesamaan itu. Antaranya adalah ”mahukan kepada keadilan”.
Firman Allah:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ
Maksudnya;
”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”
(Surah An-Nisa’ : 58)
Ekoran manusia mahukan kepada keadilan, tidak dapat tidak perlu kepada pengawasan. Jika tanpa pengawasan, pasti manusia akan bertindak mengikut kehendak hawa nafsu mereka, ekoran itu mereka akan melanggar kehendak fitrah insani yang akhirnya keadilan tidak berjaya dibina.
Apabila menyebut ”pengawasan”, tidak dapat tidak mesti akan melibatkan ”perkara yang dibenarkan” dan ”perkara yang dilarang”. Perlaksanaan dalam merealisasikan ”perkara yang dibenarkan” dan ”perkara yang dilarang” itu, memerlukan sesuatu kekuasaan yang disebut sebagai undang-undang.
Sesungguhnya keadilan yang sebenar adalah keadilan dalam berinteraksi dengan fitrah manusia. Panduan yang terbaik dalam mengawal agar manusia itu sentiasa berlaku adil adalah Al-Quran dan As-Sunnah, ini kerana, Al-Quran dan As-Sunnah wujud bukan dari pemikiran manusia, tetapi datang dari tuhan yang mencipta manusia.
Al-Quran itu sendiri, jika dikaji secara mendalam, pasti kita akan berjumpa bahawa ia menyeru kepada keadilan yang merupakan kehendak fitrah manusia. Apabila mereka menolak Al-Quran, bermakna mereka telah menolak kehendak fitrah, yang sudah pasti tindakan mereka itu merujuk kepada sentimen, jumud dan hawa nafsu yang sentiasa bercanggah dengan Wahyu Ilahi.
Jika ini difahami, pasti manusia akan terkesan dikala membaca Al-Quran. Manusia tidak akan berani menolak Al-Quran. Dan sesungguhnya, inilahlah “hikmah”nya Al-Quran yang jarang difahami oleh manusia.
Ekoran itulah, tidak hairan kita akan berjumpa banyak ayat-ayat tertentu yang menyebut tentang Al-Quran adalah “Al-Hakim” atau diterjemah sebagai “kebijaksanaan”. Kebijaksanaan dalam memberi kesan kepada fitrah manusia yang mahukan kepada keadilan, dengan menolak hawa nafsu yang jahat.
Sekian
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
25 Disember 2008 * 10:47 malam

1 ulasan:
Perkara yang ditekankan ialah bijaksana.Bila bercakap orang mendengar dan tidak mau berganjak.Bila bergaya jadi ikutan.Dan bila berhubungan dengan manusia dia akan mendapat sambutan dan mau diraikan dengan rasa bangga.Orang yang biaksana ini sememangnya lengkap dengan ciri peibadi yang istimewa.Kalau setakat P Ramlee dijadikan idola peminat seni ,orang bijaksana pula menjadi raja kepada segala pemujaan kerana ia mempunyai daya tarik yang tinggi dari segi personaliti,sahsiah ,budi bahasa dan akhlak.
Kita masih mencari orang saperti ini ujud dikeliling kita,tetapi kenapa masih belum jumpa? Mungkin selama ini tahap komersil yang tinggi sudah mengambil tempat dalam masyarakat menjadikan kita lupa pada nilai-nilai murni.Maka tenggelamlah ciri-ciri bijaksana dan lahirlah kebijaksanaan yang palsu
Catat Ulasan