Khamis, 29 Januari 2009

ANTARA ORANG BAWAHAN DAN ORANG ATASAN


ANTARA ORANG BAWAHAN DAN ORANG ATASAN

Orang mula memperkatakan tentang wala’ dalam jemaah. Tapi dilihat, perbincangannya masih meragukan, kerana dilihat perbncanganya itu dari satu sudut sahaja, iaitu “orang bawahan wajib memberi wala’ kepada orang atasan”.

Secara peribadi, aku menilai, ianya adalah berat sebelah dan tidak adil, kerana perbincangan tersebut
tidak membicarakan tentang “apa yang orang atasan perlu wala’ pula?????”

Dalam Islam, ianya tidak boleh dinilai dari satu sudut sahaja, bahkan Islam turut mengakui semua hak-hak yang berkaitan dengan sudut tersebut.

Ini diumpamakan seperti; memang islam melarang isteri keluar rumah jika keluar itu tanpa kebenaran suami; tetapi dalam masa yang sama, adalah satu larangan dalam Islam jika suami terlalu mengongkong Isteri sehingga tidak membenarkan langsung isteri keluar dari rumah.

Memahami ini, jelas kepada kita, Islam tidak sahaja memberikan hak kepada pihak suami sahaja, tetapi dalam masa yang sama, hak pihak isteri juga diberikan keadilan sama.

Begitujuga dalam isu memberi wala’ kepada orang atasan. Memang ianya adalah satu kewajipan, tetapi jangan dilupa, bahawa orang atasan pun perlu menjaga beberapa tindakannya agar wala’ itu tidak disalah ertikan, sehingga melahirkan “taqlid buta” yang diharamkan oleh islam.

Jangan dilihat wala’ dari pihak orang bawahan terhadap orang atasan sahaja, tetapi perlu dilihat juga, apa yang orang atasan perlu wala’ sama.

Wala’ bermaksud taat setia yang disertai kecintaan. Ekoran dari itu, lahirnya kasih sayang dan respek, juga ingin membantu.

Banyak masalah timbul, ada orang atasan melakukan sesuatu tindakan yang menyebabkan orang bawahan hilang respek kepadanya, lalu disuruh agar taat setia dan sayang kepada pemimpin itu. itu merupakan tindakan yang songsang.

Kecintaan hendaklah berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ekoran dari itu, wala’ itu terbahagi kepada dua sudut; (a) kepada perkara yang sabit dalam nas secara qatii; (b) kepada perkara yang sabit dalam nas secara zanni.

Apabila seorang pemimpin itu memberi arahan yang tidak menyamai dengan nas yang qatii, maka hendaklah arahan pemimpin itu ditolak, malah wajib diberikan wala’ kepada nas yang qatii tersebut.

Adapun dalam perkara nas yang zanni, kadangkala melahirkan berbagai-bagai tafsiran terhadap nas tersebut. Ekoran dari itu, pemimpin perlu berijtihad dengan segala kebijaksanaan yang wujud, tanpa sentimen dan kejumudan dalam menilai nas dalam merealisasikan kepada sesuatu tempat dan masa.

(termasuk dalam perkara zanni adalah, sesuatu nas itu merujuk sesuatu yang qatii atas perlaksanaannya, pun begitu, cara perlaksanaannya tidak boleh disifatkan sebagai qatii, tetapi bersifat sebagai zanni. Ianya selalu berlaku dalam perkara yang melibatkan kepada strategi)

Memahami ini, menunjukkan bahawa, sebagai pemimpin, mereka perlu memahami satu bentuk ijtihad; disebut sebagai ”al-ijtihad at-tanzili” atau dengan sebutan lain ”Al-Ijtihad At-Tatbiqi” (melayu : ijtihad dalam merealisasikan hukum berdasarkan konsep siyasah Syariiyyah).

Sebagai pemimpin, mereka perlu mempunyai syarat-syarat yang sewajarnya dipenuhi. Iaitu; (a) Siddiq; (b) Amanah; (c) Tabligh, dan; (d) fatonah.

Memang kesemua syarat-syarat ini merupakan cirri-ciri kenabian, tetapi itulah hakikat cirri-ciri pemimpin yang seharusnya diberikan wala’.

Sebagai gerakan Islam, memang mudah dan ramai pemimpin boleh mendapat 3 ciri awal (iaitu : siddiq, amanah dan Tabligh), tetapi amat susah untuk mendapat cirri yang keempat (iaitu : fatonah).

Ekoran dari itulah, seorang pemimpin itu perlu orang yang mampu berijtihad (arab : mujtahid). Pun begitu, memandangkan pada zaman kini, amat susah hendak mencari seseorang itu mempunyai cirri mujtahid, maka dengan itu lahirnya satu istilah yang disebut sebagai “al-ijtihad Al-Jamai” (arab : ijtihad secara berjemaah); yang kini boleh diertikan sebagai “muktamar” dan mesyuarat.

Dalam mesyuarat tersebut, hendaklah dibahas semua perbezaan-perbezaan pendapat yang dikemukakan. Lalu, apabila melihat dan meneliti segala pendapat-pendapat itu, maka hendaklah dilihat pula, apakah wujud dari segala pandangan-pandangan itu bersesuain dengan reality yang sedang berlaku mengikut konsep Siyasah Syariiyah atau tidak???

Maka, apabila sudah diputuskan secara bersama, maka sewajarnya keputusan itu diberikan wala’ oleh orang atasan, mahupun orang bawahan.

Jelas kepada kita, wala’ itu bukan sekadar dari orang bawahan kepada orang atasan sahaja, bahkan orang atasan juga wajib memberikan wala’ terhadap keputusan yang telah dimesyuaratkan.

Permasalahan yang sedang menimpa kini, keputusan muktamarnya lain, tapi tindakan yang sedang berlakunya lain. sebab itu, semakin kucar kacir berlaku.

Alangkah baiknya, jika kita “muktamarkan” balik ucapan dasar Presiden PAS dalam muktamar baru-baru ini. Mungkin disitu kita akan dapat berjumpa punca kucar kacir yang sedang berlaku kini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
30 Januari 2009 * 9:13 pagi

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Salam Ziarah...

1. Tahniah kpd ustaz! Keseriusan ustaz dalam membela kebajikan rakyat wajar dipuji dan dicontohi. Ini semua membuktikan ustaz mmg seorang yg cakna dgn permasalahan dan keperluan rakyat.

2. Saya cuba utk memahami suasana yg ustaz alami. Barangkali usaha2 awal yg lebih lembut telah ustaz buat melalui saluran2nya tp akhirnya tiada natijah. Saya yakin dgn status ustaz sbg org yg berilmu dan dikenali ramai, ustaz pasti sudah berusaha sehabis baik selari dgn tuntutan agama dalam hal memberi teguran kpd pimpinan.

3. Saya yakin pendekatan ustaz yg 'pedih' ini adalah setelah usaha2 yg 'lembut' dibuat sebelumnya. Cumanya, mungkin ustaz boleh timbangkan cadangan saya supaya sebelum pendekatan 'pedih' ini digunakan, apa kata try dulu pendekatan 'desak' tanpa perlu menyentuh peribadi. Bukankah mendesak ini sudah menjadi praktis kita selama ini?

4. Untuk tujuan itu ,barangkali boleh adakan pertemuan dgn mana2 exco yg berkenaan utk bincangkan masalah ini. Dalam masa yg sama umum mengetahuinya, supaya mereka yg terlibat lebih rasa terdesak. Dgn kata lain desakan dalam bentuk yg lebih aman dan harmoni tp efektif.

Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua.

-UmmusSalam-

Tanpa Nama berkata...

apa ni ? ... sampai maki2 ni...nasihat saya kepada yg tak bernama ...jgnlah maki2 mcm tu....tak baik...manakala nasihat saya kepada ustaz wanji...perbanyakkan muhasabah diri...jgn hanguskan amalan kita...

‏يا أيها الذين آمنوا لا تبطلوا صدقاتكم بالمن والأذى كالذي ينفق ماله رئاء الناس ولا يؤمن بالله واليوم الآخر فمثله كمثل صفوان عليه تراب فأصابه وابل فتركه صلدا لا يقدرون على شيء مما كسبوا والله لايهدي القوم الكافرين

saya tidak menuduh anda .. ttp tidak semua perkara kita perlu respon...selamat berjuang kepada ustaz wanji...(maaf guna nick tanpanama sbb tak mahir utk masukkan nama

Al-Bakistani berkata...

terima kasih kerana bagi peringatan...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Ini mungkin pertama kali saya buka laman blog ustaz One G..tak sangka... apa maksud albakistani ke fikrah hai?

Banyak artikel dalam blog ni hentam kerjaan PR, itu hak anda...

hmmm...saya tak perlu kata banyak..cuma mungkin benar kata saiful islam..one G perlu diupgrade jadi 3G bahkan lebih dari itu..

Isu camry jangan terpedaya dengan serangan BN...media TV3 suku dll...

Isu kemiskinan, saya yakin akan ditangani segera...
Wallahua'alam...

Tanpa Nama berkata...

Bukan kamu seorang sahaja yang betul dan baik...

Kerajaan yang ada hari ini lebih baik dari yang sebelumnya..

cume perlukan masa utk menjadi lebih baik...

Kalau anda pun dok hentam semacam... tanpa memikirkan kesannya...

Anda harus menjawab di hadapan Allah sWT...

muhasabah diri sendiri dulu.. bukan semua anda betul! Ada jugak salahnya...

anda bukan maksum w/pun anda seorang ustaz yang punya ilmu...

Tanpa Nama berkata...

ana tidak suruh antum terima bulat-bulat segala tulisan ana dalam blog ini..

sebab, pada ana, ana pegang prinsip (ada termaktub di kanan laman blog ini);

"kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitujuga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan"

memang tidak dinafikan bahawa kerajaan sekarang lebih baik jika dibandingkan dengan kerajaan dulu. tetapi, isu yang ana mahu bawa, sampai bila orang-orang miskin ini tidak diselesaikan dengan segera. persoalannya, mengapa camry boleh diselesaikan dengan segera, berbanding isu orang miskin.

kita mahu menilai perasaan orang miskin itu, jangan melihat dari sudut kita (lebih-lebih lagi kita orang senang dan mewah), tetapi cuba selami perasaan mereka. pergilah bersembang dengan mereka. dengarkan luahan hati mereka dengan telinga kita sendiri.

ana tidak bangkang nak pakai camry atau tidak, tetapi yang ana persoalkan, mengapa perlu segera nak pakai camry, sedangkan dalam masa yang sama, masih ramai lagi rakyat kita yang berada dalam kesusahan.

pasal tukar one-g kepada three g, bukan cadangan Saiful Islam, tetapi cadangan dari Ustaz Din tantawi.

ustaz Din ada tulis dalam blog dia, dia sindir supaya ana tukar dari one g kepada three g.

itu tak penting. tapi yang penting, sampai bila orang miskin ini tidak diberikan hak??? sampai bila kita nak tengok mereka duduk dalam khemah??? sampai bila kita nak biarkan mereka hidup macam tu????

dan ana lebih suka dedahkan sekarang berbanding dekat-dekat ngan masa pilihanraya. baik ana dedah sekarang, agar pihak kerajaan akan mengambil serius, dan dapat selesaikan dengan segera, berbanding hal ini tidak selesai sekarang, lalu dijadikan isu utama BN dalam pilihanraya akan datang...

pada masa tu, dah tak ada gunanya kita nak ceramah banyak2. sebab, apa yang BN dok kemukakan pada masa tu adalah "kisah benar".

pada ana, jika kita masih lagi dok membiarkan kelembapan ini berlaku tanpa kita mahu selesaikan dengan serius bermula dari sekarang, bermakna kita redha PR kalah di Selamgor dalam pilihanraya akan datang...

sekian

p/s : ana sedia dikritik secara ilmiyyah. kalau ada sesiapa yang tidak puas hati dengan ulasan ana, boleh tulis artikle kritik hujjah-hujjah ana ini. ana tak kisah. dan nak ajak berdiskusi pun, ana bersedia...

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

kalau antum tak sanggup "mencemar duli" untuk pergi mendengar permasalahan orang miskin ini, ana akan cuba buat rakaman. kemudian ana upload dalam youtube. biar semua dengar masalah rakyat miskin, lebih-lebih orang politik yang terlibat.

itupun, kalau antum setuju..

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

saya sokong ustat walaupun saya x kenal ustat..

saya lihat exco pas semuanya pegang post penting dalam kerajaan negeri selangor,peruntukan portfolio dr halim je 50% dari budget kerajaan negeri,tapi x nampak pun hasilnya utk org islam di selangor..yg aku nampak asyik2 blame DAP PKR nak sisihkan PAS..

ACHOK TAWAU..

Tanpa Nama berkata...

ramainya pendokong exco berbanding pendokong orang miskin disini rupanya...

tak kesah nak kata apa pun. yang penting, kita ambil tahu hal rakyat, seperti kita ambil tahu hal rakyat sebelum menang dulu.

kalau korang tak nak ambil tahu pun tak per... biarkan yang miskin semakin miskin. biarkan mereka duduk dalam khemah sampai bila-bila..

biarkan budak sakit jantung tu sampai mati. kalau mati, korang jawablah dengan rakyat dalam pilihanraya akan datang; jawablah dengan Allah di akhirat nanti.

ana dah usahakan dah. ana usahakan kadar yang mampu sahaja...

ana tulis sebagai meluahkan perasaan ana selepas tengok dari orang miskin tu, tapi korang rasa hati exco wajar dijaga berbanding hati rakyat orang miskin. tak ada masalah, silakan dengan cara antum... maklumkan, kan korang maksum, begitujuga exco-exco al-camry kita... tul tak???

anta tak nak dengar kuliah ana, ana tak paksa. setahu ana, jadual kuliah ana makin sebuk sampai tak ada hari nak rehat. sampai kadang-kadang terpaksa batalkan kuliah, sebab terlalu letih sangat.

ni pun baru balik dari kelantan, ada kuliah kat sana.. orang kedah pun dok minta. orang permatang pauh pun dok minta. selalu sangat dok telefon, tapi tak leh bagi jawapan, sebab tak tau nak g bila...

yang di KL dan Selangor pun tak sempat, nak g kedah, kelantan dan Pulau pinang, rasanya tak berapa sempat....

ana rasa, anta sorang jer tak minat. sebab, anta minat ngan ustaz-ustaz yang puji je kerajaan PR selangor yang maksum ni kan????

jangan kritik kerajaan PR, sebab nanti jadi "dosa". jangan dedah kemiskinan rakyat di selangor, nanti jadi "dosa".

biarkan rakyat selangor duduk dalam khemah sampai bila-bila, sebab membiarkan itu menyebabkan kita dapat "pahala".

biarkan budak sakit jantung mati, sebab semua itu dapat "pahala".

tahniahlah pendokong kerajaan PR Selangor..tabik spring....

hidup camry.... hancur rakyat...

sekian

Al-Bakistani.

Tanpa Nama berkata...

salam wanji sahabat ku di al-balaghulmubin. asslamualaikum ustaz wanji kenalanku di minda sungai petani dan medan perjuangan jemaah islam.

tahniah kerana anta seorang yang berniat dan telah berkhidmat untuk agama.

tulisan anta jadi bacaan ramai, ada yg merujuk sebagai rujukan ada yg lemparkan tohmahan.

jalan dakwah tak pernah sunyi dari ujian, sentiasa mujahadah.

apa yang penting.
siapa pun kita, masih mahkluq Allah yg sentiasa silap dan pendosa.

cekalkn hati dlm berjuang agar Allah btulkan kita dan terus itiqomah.

KUU Pas Kawasan Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

ana saharudin zaini
bekas student albalaghulmubin..kita satu asrama bilik A...

dari sabak bernam
sekara di putrajaya
diamanahkan sebagai KUU kawasan...
ebenarnya x layak pun

hubungi ana 016-5141600 - 012-3943397

Tanpa Nama berkata...

Salam uataz

ape yg bengong nye..ok je...
ustaz ade kene jemput kuliah kat najahiyah seksyen 19 s.alam lg x?klu ade fixedkan dlm jadual ustaz..huhu

nak tnye skit,pasal gambar sayed muhammad alwi..ustaz nie anak murid sayed ke?

Tanpa Nama berkata...

anon2 yg banyak memaki2 tu cybertrooper umno la kot..

same ler mcm pemimpin2 dier pon..

jantan ibnu jantan berkata...

ahli pas kena berani melakukan perubahan,kenapa mesti bimbang kalau pemimpin yg di beri wala dah khianati amanah yg di beri.....dah jelas apa yg tersembunyi di pemikiran pimpinan pas yg mengadakan pertemuan dalam gelap dgn pimpinan umno yg mempunyai agenda yg sentiasa nak menhancurkan pas yg semakin mendapat sokongan dari org bukan islam