Jumaat, 6 Februari 2009

APA YANG AKU BOLEH BUAT???

Muhammad Eh Jun Guan, masuk Islam 2 tahun yang lalu
Aku menerima Sms pertama:

“ari ini saya tidur di rumah paderi. Dia nak tlg saya daftar kat Kolej TAR (Tengku Abdur Rahman) untuk sambung belajar lepas murtad. Kolej ni separuh kerajaan. Lagi murah drpd kolej KUIS. Sy dah buang masa 2 tahun x belajar. Mk ck srh sy cpt sbung belajar. Sy akn blk ari ahad lps gi gereja. Trm ksh.”

Sms kedua:

“itu bukan syaitan. Itu paderi. Td paderi bw sy gi gereja. Sy nmpk byk melayu msk kristian. Bru sy fhm kristian ada sifat tlg menolong. Jujur. X makan duit derma. Bkn mcm islam mkn duit zakat. Bru sy fhm brsn Nasional otak bodoh nakal. BN babi najis. Telan duit zakat. Jgn salah fhm. Sy Cuma nk smbung bljar. Sya bkn nk duit”

Ini sms yang aku dapat dari seorang budak cina yang telah peluk islam di tangan aku sendiri sejak 2 tahun yang lalu. Terima sms ini, aku terkamam. Aku cuba menelefonnya, tapi dia tidak angkat.

Aku kebingungan. Lalu, sampai satu sms lagi;

”mta Maaf. Skrg Paderi ada. Sy x blh angkat. Bsk 7 pg dia blum bgn. Nti bsk 7 pg ust cal x? Trm ksh”

Dan sms lagi;

”klu ust nak tahu. Sy rsa sy plg sabar. Sy dh sbr 2 tahun. Sy ada kwn msk islam lps 3 bln dh murtad. Byk kwn yg umur sama dgn sy dh hbs diploma. Sy msh spm. Ayh kndung tahu mesti kecewa. X kan lembaga zakat x fhm latar blkg keluarga sy. Klau sy msk Islam nk harta. Apa yg ayh sy bg 3 kali ganda drpd zakat sblum sy msk Islam. St bkn nk duit. Sy Cuma nk sbng bljar je. Sy kena dpt sijil ijazah untuk cr kerja yg senang”

Aku dah tak tahu nak buat macam mana malam ini. Aku dah tak tahu nak cakap apa. Sebab tu, aku meluahkan perasaan ini melalui blog ini.

Sedih memikirkan kerajaan Selangor pada hari ini. budak ini, telah diusahakan untuk mendapatkan zakat, tapi permohonannya hampir setahun tidak mendapat layanan yang baik. Masakan duit, telefon balas pun tidak kedengaran.

Sekadar hantar borang permohonan, lalu senyap seribu bahasa.

Aku secara peribadi, sudah jaga budak ini semenjak dia masuk islam lagi. Sekadar makan minumnya, aku sekeluarga sediakan untuknya. Duit poket pun, aku yang sediakan.

Baru-baru ini, aku secara peribadi telah memberinya sebanyak RM 1 ribu sebagai duit poket. Tapi pemintaannya untuk belajar di kolej tengku Abdur Rahman tidak dapat aku sediakan, memandangkan aku bukan dari kalangan orang yang berada.

Dia sentiasa ditekan oleh mak ciknya yang beragama Kristian agar belajar di kolej tengku Abdur Rahman. Tapi apakan daya, mak ciknya tekannya belajar, tapi tidak menyediakan dia belanja.

Akhirnya, aku menerima SMS sebegini.

Aku sedih dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor, lebih-lebih lagi PAS menghantar wakil sebagai exco agama, yang mempunyai sedikit bidang kuasa dalam urusan zakat.

Bukankah zakat dalam Lembaga Zakat Selangor ada lebih RM 200 juta???? Rasanya, RM 200 juta ni tak bernilai sangat jika dibandingkan dengan aqidah seorang anak muda yang baru memeluk Islam...

Ya !!! Lembaga Zakat Selangor amat mesra pelanggan, tapi tidak mesra asnaf. Yang penting masuk, tapi keluar kena berhati-hati. Takut itu la, takut inilah....

Muhammad eh Jun Guan masih lagi meletakkan kesalahan ini kepada kerajaan Barisan Nasional, sedangkan dia tidak sedar, bahawa kerajaan yang memerintah hari ini adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Mungkin kerana dia baru berumur 19 tahun, dia tidak mengerti erti dunia politik pada hari ini.

Aku tidak tahu lagi macam mana nak luahkan perasaan ini. Entahlah.. aku tak kisah kalau ada orang marah dengan aku pasal artikle ini. Kalau ada orang nak kata aku ulama bengong pun, aku tak kisah. Yang pastinya, aku sudah kebingungan pada malam ini. Tidak tahu bagaimana hendak menyempurnakan kehendaknya untuk sambung belajar di Kolej tengku Abdur Rahman.

Yang pastinya, exco agama pun tak serius nak selesaikan masalah ini. Padaku, ramai orang politik adalah PENIPU. Mereka pandai bercakap, tapi tak pandai nak buktikan apa yang dorang cakap... sama ada mereka UMNO, PKR, DAP mahupun PAS.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Febuari 2009 * 12:55 pagi

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mudah2an ustaz dikuatkan iman dan diberikan kekuatan utk menarik semula ke dalam Islam...

Tanpa Nama berkata...

ana doakan dari jauh ustaz.

tak tahu sebab apa kadang kala,menjengah ke blog ustaz,air mata mudah mengalir.

bersalah atau tidak seorang penguasa islam,yang membiarkan aqidah seseorang tegadai? akhirat kelak,akan dipertanggunjawab.

manusia tidak bernama lagi mulia,biarpun tanpa pangkat dan harta,tapi kaya dengan akidah islam.

-manusia tanpa nama

suratkhabarlama berkata...

kita selalu ambil mudah dgn kebajikan muallaf2 kita

kita biarkan mereka tanpa bantuan...maka tak hairanlah jika mereka bertukar kpd agama lain terutamanya Kristian yg lebih bersifat accomodative kpd keperluan muallaf mereka...

sebenarnya para muallaflah yg banyak berjasa kpd kita sekarang...

siapa yg tidak kenal muallaf2 ini?.. Abu Bakar As Sidiq, Umar Al Khatab & the Gang..tanpa muallaf2 ini rasanya kita tak merasa nikmat menganut Islam ni...