Isnin, 23 Februari 2009

SIAPA HINA ISLAM : DAP ATAU UMNO???


SIAPA HINA ISLAM : DAP ATAU UMNO???

Utusan Malaysia hari ini melaporkan;

”NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain
[1]”.

KOMEN:

Majlis perundingan antara agama yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri pulau pinang dianggap sebagai meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain???

Sekadar melihat kepada sebutan ”Majlis Perundingan antara agama”, secara peribadi aku menilai, ianya bukan satu konsep yang meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain, tetapi ianya sekadar mencari titik persamaan antara agama islam dengan agama-agama lain.

Jika keadaan inilah yang berlaku, padaku itu tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran, yang mana Allah SWT ada berfirman;

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ

Maksudnya;
“Katakanlah (Wahai Muhammad), wahai ahli kitab, marilah kepada satu titik persamaan antara kami dan antara kamu”

(Surah Al-Imran : 64)

Bahkan, dengan duduk semeja bersama-sama dengan pihak agama-agama lain merupakan satu ruang yang terbuka bagi pihak Islam berdialog; dalam usaha untuk menyampaikan keadilan, kefitrahan dan kebenaran yang wujud dalam islam.

Tindakan tidak suka kepada dialog, merupakan tindakan yang merugikan Islam, bahkan bercanggah dengan cara Islam yang menganjurkan dialog dengan sesiapa sahaja dalam menyampaikan islam.

Firman Allah;

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya;
”Katakan (wahai Muhammad, iaitu kepada Ahli Kitab), datangkan hujjah kamu sekiranya kamu orang yang benar”

(Surah Al-Baqarah : 111)

Padaku, yang benar-benar menghina Islam adalah mereka yang mendakwa bahawa Islam adalah agama yang zalim; mendakwa islam agama jumud; mendakwa Islam tidak layak memerintah; mendakwa Islam agama sesuai di zaman unta; menjadikan Islam sebagai isu demi mempertahankan kepentingan parti tertentu tanpa menjadikannya sebagai kewajipan perlaksaan.

Yang pastinya, kesemua ini dilakukan oleh UMNO laknatullah alaih, lagi jijik dan kotor.

Bahkan, bertindak tidak mahu berdialog dengan agama lain juga merupakan tindakan yang salah, disebabkan tindakan sebegitu telah memberikan satu gambaran buruk terhadap Islam itu sendiri, yang mana pasti golongan agama lain akan meletakkan satu persepsi bahawa Islam adalah agama pengejut dalam berhujjah, sedangkan kelemahan ini bukan terletak kepada Islam, tetapi terletak lepada umat Islam yang jumud sahaja.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 Febuari 2009 * 3:35 pagi.





[1]Http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mengundi kerja setan.

Al-Bakistani berkata...

biarkan UMNO jarah Islam dan jarah harta rakyat juga kerja setan.

UMNO adalah jijik dan kotor !!!

sekian

Al-Bakistani

Ibnu Ali berkata...

Sejak awal PAS memerintah kelantan. Tok Guru selalu buat dialog antara agama. Mengambil pandangan2 dari mereka yang berlainan agama yang mewakili agama masing-masing. Disembahkan kepada mereka di mana tidak eloknya Islam memerintah. Juga ditanya kepada mereka apakah ada pelaksanaan dari kerajaan Pas yang bertentangan dengan agama mereka.

Tapi sekarang ada sesetengah orang fobia dengan dialog2. Dan mendakwa menghina agama Islam. Padahal, dengan tindakan mereka yang tak berani bersemuka dengan mereka yang bukan beragama Islam lah yang meletak Islam itu terhina.

Mereka mahu berdialog dan bertanya, maka kitalah sepatutnya kehadapan dalam isu ini... Bukan lari..