Khamis, 2 April 2009


MEMANG UNDI PAS DAPAT PAHALA PUN !!

Dalam satu sesi kuliah maghrib, ada sedikit aku ulas tentang isu politik. Terang-terangan aku menyebut undi PAS masuk syurga. Rupa-rupanya, ada seorang pendengar tidak berpuas hati. Selepas kuliah, dia berjumpa denganku, menyerangku dengan beberapa persoalan.

Isi dialog kami seperti berikut;

A : ustaz.. mana boleh bercakap politik dalam masjid...

B : yer ke salah !! kalau salah kenapa???

A : ye la ustaz.. kalau tengok zaman Nabi, mereka berpolitik dalam masjid tak pe. Sebab dorang bukan guna demokrasi..

B : salah ke guna demokrasi???

A : salah lah ustaz.. sebab, mana ada nabi guna demokrasi...

B : emmmm... menarik idea abang tu... tapi saya nak tanya sikit.. abang rasa, demokrasi tu salah ker???

A : salahlah ustaz.. sebab mana ada nabi guna demokrasi.. kan demokrasi tu amalan kafirrr....

B : emmm. Apakah semua perkara yang datang dari kafir adalah haram???

A : haramla ustaz...

B : macam mana pula, masa nabi SAW guna kaedah gali parit dalam peperangan Ahzab, sedangkan kaedah tu kan bukan dari Islam, tapi kaedah orang farsi yang masa tu majusi yang sembah api.????

A : emmmm.. (senyapppp).... ok ustaz... saya tak setuju Ustaz Kata dalam kuliah tadi, undi PAS masuk syurga.....

B : emmmm.... ana nak tanya sikit.. apa hukum mendaulatkan Islam??

A : wajibla...

B : di Malaysia, banyak-banyak parti, parti mana yang usaha hendak mendaulatkan islam...

A : emmm... parti PAS....

B : ok... kalau tak undi PAS maka usaha mendaulatkan islam tidak berjaya.. maka hukum undi PAS macam mana??

A : (berfikir)..... wajiblah ustaz.......

B : emmm.. kalau abang kata undi PAS wajib.. macam mana pula hukum undi UMNO????

A : emmmmm...... (berfikir panjang)..

B : ana rasa abang dah faham kot???

A : ana agak bersetuju dengan ustaz...

Selepas itu, Abang tersebut senyap seribu bahasa... dan akhirnya mengucapkan terima kasih kepadaku dan berlalu pergi...

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 april 2009 * 3:31 petang







1 ulasan:

Smiley berkata...

salam..
sama gak jawapan yang ustaz bagi dengan jawapan yang ana jawab kat kawan masa dia tanya camna plak ngundi PAS ni leh dapat pahala..
dalam proses nak menuju ke daulah islamiah ni, wajib untuk kita memenangkan mereka yang memperjuangkan matlamat tersebut..
kaedah dia lebih kurang camni, nak solat, kena berwuduk.. wuduk sunat, solat wajib. tapi kalu takda wuduk, tak sah solat. Automatiknya berwuduk jadi wajib untuk bersolat..