Jumaat, 3 April 2009

PM KE 6 BUAT KEJUTAN???

Masa aku belajar di Pakistan, aku sempat di zaman pertukaran kerajaan dari Nawaz Syarif kepada Pervez Musyarraf. Nawaf Syarif diguling kerana rasuah. Pervez musyaraf yang menggulingkan pula, menggunakan kekuatan askar untuk menjatuhkan Nawaf Syarif.

Di awal pemerintahan Pervez Musyarraf, ramai ulama-ulama Pakistan diberikan sokongan. Mereka “dibelai” dan “dimanja” bagaikan menatang minyak yang penuh. Ketika itu,rata-rata mendakwa Pervez penyambung kepada perjuangan Diya Al-Haq, seorang pemimpin Pakistan yang mati di Bom ekoran memberikan ruang laluan kepada para mujahidin Arab masuk ke Afghanistan melalui Pakistan. Ketika itu, Diya Al-Haq berkawan rapat dengan As-Syahid Imam Mujahidin arab di Afghanistan, Dr Abdullah Yusuf Al-Azzam.

Rupa-rupanya, belaian manja yang diberikan kepada para ulama di Pakistan hanya sebentar sahaja. Selepas “aura” nawaz Syarif dah habis; malahan mula dilupakan, maka bukan lagi menatang minyak yang penuh lagi, tetapi “membinatangkan ulama secara penuh” dilakukan.

Maka kedengaranlah, di sana sini bahawa ulama begian-begian ditangkap dan dipenjarakan. Dari situ, mula kedengaran kutukan benci dilemparkan kepada Pervez Musyarraf.

Nampaknya, keadaan yang sama juga berlaku pada hari pertabalan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ke 6. Mainan politik tidak pernah selesai, selagi politik sebagai ”bahan mainan”. Lebih-lebih lagi hampir dengan hari pengundian di tiga tempat; bukit gantang, bukit selembau dan Batang Ai.

Oleh itu, apakah berita pemberian balik permit harakah dan suara keadilan, juga terlepasnya mangsa ISA ini boleh memberikan kepercayaan anda terhadap Najib??? Sebelum mengatakan ”ya”, lebih baik kita berkata ”berhati-hatilah dengan suara tikus, kerana dibimbangi ia suara ular yang sedang memburu tikus”.

Sekian

p/s : Seorang tokoh perang China, Sam Kok ada berkata; ”Tempat yang paling aman adalah tempat yang paling berbahaya. Justeru, mengikut kebiasaannya rasuah yang paling kuat adalah ditempat yang selalu dilaungkan slogan anti rasuah”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 mac 2009 * 4:54 pagi




Tiada ulasan: