DEMOKRASI ALAT DAKWAH ISLAM
Islam berkembang dengan dakwah. Bermula dengan dakwah fardiyyah hinggalah jihad fi sabilillah. Dakwah merupakan perkara penting dalam Islam. Dengan dakwah, manusia akan merasakan kehebatan islam. Dengan dakwah, manusia akan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Dengan dakwah, manusia akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Manusia pula memerlukan kehidupan yang sempurna. Mereka inginkan keamanan, keselamatan, kedamaian dan berbagai-bagai lagi keinginan. Semuanya adalah keinginan fitrah kemanusiaan yang sememangnya wujud dalam jiwa manusia.
Dunia telah berada dalam kegelapan. Kegelapan berlaku dengan sebab manusia tidak dapat menyediakan dasar kehidupan yang boleh memimpin mereka membawa kepada kesesuaian dengan kehidupan fitrah.
Kesemua kehendak fitrah ini tidak dapat dikecapi dengan tidak menjadikan islam sebagai dasar kehidupan. Allah SWT merupakan tuhan yang telah mencipta manusia. Dengan penciptaan itu menggambarkan Allah bersangatan mengetahui cara kehidupan manusia bagi mencapai kehendak fitnah kemanusiaan tersebut.
Dengan itu, Allah telah mendatangkan sistem kehidupan dengan mengutuskan Nabi dan Rasul bagi menyampaikan ajaran-Nya, yang hakikat ajaran itu sebenarnya mendidik manusia agar tidak menuruti kehendak nafsu yang boleh membawa kepada penghapusan terhadap kehendak fitrah insani tersebut.
Pun begitu, di sana terdapat manusia yang nafsunya agak buas sehinggakan kandungan ajaran Allah itu di tingalkan disamping melawan dengan hebatnya.
Tidak kira yang melawan itu bernama Kafir atau munafiq atau seumpama dengannya. Serangan terhadap Islam itu hebat di lakukan oleh mereka, bermula dari zaman nabi-nabi terdahulu sehinggakan umat Nabi Muhammad SAW.
PEMERINTAHAN ISLAM DISERANG
Serangan dari musuh islam terhadap Islam sememangnya hebat. Berbagai strategi yang dilakukan oleh mereka untuk melihat Islam sebagai agama yang terhina.
Dengan tertubuhnya pemerintahan Islam di Madinah, Islam telah menjadi agama yang sememangnya kuat di mata dunia. Kekuatan itu telah dicemburui oleh dunia-dunia yang tidak Islam sehinggakan mereka telah bertindak untuk menjatuhkan pemerintahan Islam.
Mereka berusaha hendak menguasai pemerintahan islam. semuanya bertujuan untuk menjadikan mereka sebagai pemerintah disamping mahu menindas terhadap pemerintahan Islam yang lain.
Pelbagai serangan yang dilakukan oleh mereka. serangan dari sudut tenaga telah mengakibatkan mereka kecundang. Mereka berusaha menyerang umat Islam melalui pemikiran pula. Serangan ini dilihat agak berjaya. Maka mereka menyerapkan berbagai-bagai fahaman kepada umat Islam.
Kejayaan mereka terserlah dengan kejatuhan pemerintahan islam satu persatu, sehinggakan khalifah Osmaniyyah yang merupakan tonggak kekuatan pemerintahan islam gugur pada tahun 1924.
Dengan kejatuhan itu, kuffar merasakan bahawa umat Islam boleh dimainkan oleh mereka. mereka membina boneka-boneka mereka yang terdiri dari kalangan orang yang mendakwa Islam sendiri. golongan munafiq diberi tempat dalam pemerintahan. Dan mereka dididik agar mempertahankan pemikiran barat disamping memperjuangkan pemikiran yang di doktrinkan itu.
Keadaan ini telah membuahkan hasil yang sangat berjaya. Kejatuhan kerajaan Osmaniyyah turki pun disebabkan dengan kejayaan mereka membina boneka barat yang bernama Mustafa Kamal Art-Tarturk yang dengan kehadiran Mustafa kamal inilah antara punca utama kejatuhan kerajaan osmaniyyah.
Tindakan yang sama dilakukan di sebilangan Negara-negara umat Islam yang lain. sebilangan Negara, mereka memulakan serangan dengan kuasa penjajahan. adapun di Negara yang mereka tidak mampu untuk menjajah, mereka telah melantik anak-anak didik mereka yang telah dibonekakan untuk memerintah.
Maka dengan sebab itulah, setelah kejatuhan kerajaan Islam, umat Islam semakin lemah. Isu Palestine dan kasymir, penyelesaianya sering diperkatakan semenjak berpuluh-puluh tahun. Tidak sekadar itu, barat semakin menggila untuk menghina Islam dan umatnya, mereka menyerang pula Iraq dan Lubnan.
Setelah mereka berjaya menguasai di sebilangan Negara-negara umat Islam ini, mereka akan memaksa agar Negara umat Islam ini mengamalkan sistem pemerintahan yang berasaskan kepada demokrasi. Sistem yang direka cipta oleh mereka sendiri. semua bertujuan untuk melahirkan generasi yang beraqidah dengan sistem demokrasi ciptaan mereka.
DUNIA ISLAM TERSEPIT
Dunia Islam berada dalam keadaan tersepit. Hendak mencegah sistem demokrasi mati bapa, hendak menerima pula mati emak. Dalam dilema sedemikian, barat tetap melaksanakan sistem demokrasi dalam Negara-negara umat Islam.
Boneka-boneka mereka diletakkan sebagai pemerintah sebagai pelaksana kepada sistem demokrasi yang direka cipta oleh mereka. maka berjalanlah sistem demokrasi di kalangan umat Islam.
Golongan maksiat mula bersuara mahukan kebebasan. Tuntutan membuka aurat dilakukan sehingga mereka berjaya. Dunia Islam dipenuhi dengan maksiat yang melampau.
Keadaan ini menyebabkan, golongan taqwa mula berfikir untuk menyelesaikan keadaan sebegini. Jika mahu mengisytiharkan perang bersenjata, pemikiran ini dalam keadaan ketika itu agak tidak menghasilkan natijah yang baik. Ini kerana, golonngan taqwa hanya sedikit yang tidak memungkinkan jihad bersenjata akan menghasilkan kejayaan.
Mereka mula memikirkan usaha dakwah melalui sistem demokrasi itu sendiri. mereka mula meng”edit” beberapa unsure-unsur dalam demokrasi agar tidak bercanggah dengan Islam.
Tindakan ini bersesuaian dengan firman Allah;
فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ
Maksudnya;
“barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia, seimbang dengan serangannya terhadapmu”
(Surah Al-Baqarah : 194)
Demokrasi yang merupakan matlamat dalam pemikiran barat, digantikannya dengan menjadikan sebagai alat untuk berdakwah. Maka dengan itu, banyaklah jemaah-jemaah islam ketika itu melibatkan diri dengan demokrasi. Penglibatan mereka bukan kerana mahu menjadikan demokrasi itu sebagai fahaman, tetapi sekadar mahu menjadikan ia sebagai alat untuk menyampai dakwah untuk menyedarkan umat Islam terhadap Islam.
KEJAYAAN DAKWAH DALAM DEMOKRASI
Rupa-rupanya, dengan tindakan jemaah-jemaah islam yang “memperalatkan” sistem demokrasi itu telah menghasilkan natijah yang baik kepada dakwah islamiyyah.
Kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, kebebasan menubuhkan parti dan kebebasan menyampaikan fahaman politik masing-masing telah menyebabkan jemaah islam berjaya menyedarkan umat Islam dengan islam. umat Islam yang melihat pergerakan jemaah Islam yang menyediakan Islam sebagai model keamanan dan keadilan telah merasakan kepentingan menjadikan Islam sebagai agama memerintah. Maka dengan itu, ramailah umat Islam sedar dan berusaha hendak mendaulatkan Islam mengikut kemampuan yang ada pada diri mereka.
Apakan daya, golongan boneka barat amat takut dengan perkembangan Islam itu menyebabkan mereka mula bertindak ganas. Mereka sanggup menangkap dan memenjarakan umat Islam yang mahukan Islam memerintah. Kesombongan mereka semakin menjadi-jadi sehinggakan mereka sanggup membunuh umat Islam tersebut.
Dalam keadaan itulah, mereka mula melanggar kandungan demokrasi yang mereka canang dahulu. walaupun mereka adalah golongan yang mencetuskan perhimpunan, kini perhimpunan yang ingin di adakan oleh pencinta Islam dan keadilan dianggap sebagai penderhaka.
Mereka mula mengupah agamawan untuk menjadi “barua-barua politik” untuk menulis dan berceramah tentang kesyirikan sistem demokrasi dengan tujuan untuk menghentam jemaah Islam yang menggunakan sistem demokrasi untuk kemenangan Islam.
Tetapi, adakah mereka sedar, sebenarnya merekalah orang yang beraqidah dengan sistem demokrasi syirik. Adapun jemaah-jemaah islam, mereka tidak pernah beraqidah dengan sistem demokrasi itu, tetapi mereka meng”edit” demokrasi agar ianya tidak bercanggah dengan Islam dan kemudiannya menjadikannya sebagai alat untuk menyampaikan dakwah Islamiyyah. Sememangnya jemaah-jemaah islam berjaya menyampaikan mesej dakwah melalui ruang demokrasi ini.
PENUTUP
Menghadapi musuh secara damai merupakan kaedah yang perlu di utamakan sebelum menghadapi mereka dengan kekerasan. Lihatlah dalam kisah sulh al-hudaibiyyah, bagaimana kaedah damai ini di guna pakai oleh Rasulullah SAW untuk berhadapan dengan kegilaan tentera musyrikin Makkah ketika itu.
Demokrasi merupakan salah satu cara yang boleh digunakan (setelah di edit) untuk berhadapan dengan musuh dengan menggunakan cara damai. maka dengan sebab itulah, dalam keadaan Negara mengamalkan sistem demokrasi ini, tidak menjadi kesalahan kepada jemaah Islam untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam dengan menggunakan sistem demokrasi juga.
Apa yang penting dari usaha ini adalah, semuanya untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi Allah, yang mana, ianya merupakan tuntutan Allah SWT.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 mei 2009 * 8 :15 pagi

6 ulasan:
betul ustaz..puak umno skg ni dah mula meyebarkan fahaman bahawa pas ni khwaij..rasanya kita semua kena bersiap sedia dengan hujah-hujah yg mapan agar org awam tidak dikelirukan
Salam Us,
Ana amat gembira dengan ulasan-ulasan mutakhir khususnya ' Islam berkembang melalui dakwah.'
Sejarah menunjukkan bahawa Islam tersebar melalui usaha dakwah keseluruh dunia. Ansorulllah merentasi lautan dan daratan untuk menunaikan amanah dan merebut janji-janji Allah.
Islam disebarkan berzaman-zaman tampa mengira sistem hidup masyarakat setempat. Sistem keadilan demokrasi di Malaysia pula, memberi laluan kepada usaha-usaha dakwah tampa mengira agama. Kita sering dengar rintihan perwakilan PAS Sabah mengenai deretan institusi dakwah Kristian dan kejayaan mereka .
Persoalannya dimana program dan usaha dakwah gerakan Islam (PAS dll) ?
Ana melihat masalah untuk menggerakan program dakwah adalah masalah yg sama dihadapi dalam menggerakkan program tarbiyah.
Kedua-duanya tidak ada jentera sepenuh masa untuk melaksanakan perancangan dan tundakan bagi mencapai matlamat yg digariskan.
Silibus pun tak boleh selesai!
Ana mencadangkan di'institusikan' kedua aktiviti ini seperti kita institusikan gerakerja pilihanraya ( ada jentera khusus yang berterusan dan jelas peranan dan matlamatnya).
Umumnya jika petugas parti terlatih dan mahir untuk menyampaikan risalah Islam keseluruh negara, insha Allah matlamat daulah Islam akan tercapai.
Hulu Kelang
Gunakan Web ini untuk Download Video Youtube
http://www.youtube2u.net/
Assalamualaikum wbt...
Saya mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan permasalahan demokrasi ini. Walau bagaimanapun saya harap ia tidak disalah anggapkan, sekadar berkongsi sedikit penelahaan yang ada.
Islam telah diiktiraf oleh Allah sbg sebuah agama yang lengkap. (al Maidah :3). Dari sekecil2 perkara hinggalah sebesar2 perkara. Apatah lagi dalam perkara agung seperti dakwah Islam ini. Rasul telah menempuh 13 tahun dakwahnya di Makkah dan menunjukkan kepada kita tatacara penegakan sebuah Negara Islam.
Rasul bermula dengan pembentukan kutlah awal yang mana aktivitinya hanya tertumpu kepada pembinaan dan aaqidah dan penyampain Islam dikalangan mereka yang terdekat. Sampailah turun ayat Allah yang menyeru baginda menyampaikan secara terang-terangan.
Maka sejak itu bermula dakwah rasulullah secara terbuka. Pembinaan para sahabat diteruskan ditambah pula dengan perjuangan politik, membongkar kerosakan sistem jahiliah, makar2 kufur dan sebagainya. Apabila dokongan ummat semakin kuat dan mereka sanggup memutusakan keterikatan mereka kepada kaum kufar pada masa tersebut, Rasul mula kepada aktiviti thalabun nusyrah untuk mendapatkan kekuasan politik. Satu demi satu ketua kabilah Rasul temui, menolak dengan pelbagai alasan dan yang sanggup menerima tetapi bersyarat. Hinggalah akhirnya Rasul bertemu dengan kabilah dari Yathrib. Rentetan dari itu, terjadilah bai'at Aqobah yang Pertama dan Kedua hinggalah tertegaknya negara Islam di Madinah pada tanggal 1 hijrah.
Inilah thariqah (methodlogi) penegakkan negara Islam yang wajib kita contohi baik secara wajahnya mahupun sifatnya. Ia bersifat tetap sebagaimana hukum2 Islam yang lain. Sedangkan bagi persoalan pendekatan(uslub) dan alat (wasilah), ia adalah mubah selagi mana ia tidak bertentangan dengan syara'.
Itulah secara ringkas metodologi dakwah Rasulullah yang perlu kita jelma bagi kita beraktiviti hari ini. Kerana yang kita mahukan adalah kebangkitan Islam, maka segala 'asbab' yang ditunjukkan nabi dalam menegakkan negara Islam (akibatnya) hendaklah kita turuti.
Saya tidak nafikan, demokrasi juga boleh membawa kepada kebangkitan, tetapi tidak kepada kebangkitan sebenar sebagaimana Rasullah tunjukkan, kerana kita mengusakan 'asbab' yang berbeza dari yang ditunjukkan oleh baginda.
Saya menulis bukanlah untuk bertegang urat dengan sesiapa. Sekadar memberi pandangan yang saya yakin kebenarannya. Saya mengucapkan terima kasih kepada ustaz kerana sudi menyiarkan pandangan sayan yang tidak seberapa ini. Semoga kita sama-sama mendapat redha Ilahi, amin.
Kepada Wuzara,
"Saya menulis bukanlah untuk bertegang urat dengan sesiapa."
Tak payahlah tulis ungkapan sebegini. Takde sape pun nak bertegang urat ngan enta.
Hujah enta benar, mungkin juga salah. Salah tak bermaksud berdosa di sini.
Wallahua'lam
Saya makin keliru dengan politik hari ni. PAS kata mereka Islam. UMNO pun kata mereka Islam. Sedangkan kedua-duanya yang saya tahu adalah orang Islam.
Saling tuduh menuduh, fitnah menfitnah, benci membenci sesama Islam dimurkai Allah. Bersatulah semua mukmin tanpa mengira parti. Islam sesama Islam berpecah belah sedangkan musuh semua bersatu menanti masa yang sesuai untuk kembali menjajah orang Islam!
Bersatulah demi Islam.
Catat Ulasan