Rabu, 6 Mei 2009

KEPIMPINAN ULAMA ATAU…..??

Al-Quran itu adalah rahmat ke seluruh alam, bukan untuk orang islam sahaja ataupun untuk orang PAS sahaja, ataupun untuk orang melayu sahaja


KEPIMPINAN ULAMA ATAU…..??

“ustaz pilih ulama ke, Profesional??” soalan yang dilontarkan dari seorang kawan dengan lagak bersahaja.

“ulama ke, professional ke, ana tak kisah. Yang penting, UMNO wajib di kuburkan dari muka bumi ini, pastu Islam memerintah malaysia” jawapanku bersemangat.

Aku sedar mengapa soalan sebegitu dilontarkan. Di dunia maya, isu ini menjadi bahan perbincangan yang agak hangat.

Masa Tuan Guru Haji Harun Taib mencabar Ustaz Nasaruddin Mat Isa bagi merebut jawatan Timbalan Presiden, isu ulama – profesional dibicarakan dengan lenggok yang agak berbeza. Isu yang dimainkan adalah ”ulama Konservatif dan ulama Profesional”.

Yang pastinya, dua istilah ini tidak berenggang dari mulut para ahli PAS, mahupun di luar PAS dikala menjelang Muktamar Agong PAS.

Kini, isu Ulama – profesional dibicarakan lagi. Ada pihak yang mempertahankan ulama dengan berpegang prinsip jawatan Presiden dan Timbalan presiden dari kalangan ulama. Ada pihak yang lain pula, mencadangkan kembali kepada perlembagaan PAS, yang tidak mewajibkan ulama menjadi Presiden, ataupun Timbalan presiden.

Nampaknya, krisis perundangan yang berlaku di Perak tidak sekadar di Perak sahaja, bahkan sudah menyusup masuk ke dalam isu dalaman PAS.

Kalau pihak istana melanggar undang-undang tubuh kerajaan negeri perak dengan memecat Ir Nizar dari menjadi MB, seterusnya melantik Zambry sebagai MB “palsu”, ramai yang marah. Mungkin ada pihak yang tidak marah, apabila ada pihak yang melanggar perlembagaan PAS.

Ada pihak menyebut, perlu memberi wala’ kepada para ulama, dengan alasan Perlembagaan PAS, sekadar rujukkan di dunia sahaja. Sedangkan, dikala mereka berbicara, mereka tidak sedar, bahawa mereka telah tidak memberi wala’ kepada Perlembagaan PAS; yang sesuatu dasar atau fasal dalam perlembagaan tersebut diluluskan dalam muktamar, yang sudah pasti keputusannya di sokong oleh ratusan ulama yang menghadiri muktamar.

Mungkin itulah “double Standart” dalam pengamalan kita. Jika yang ”kena” itu adalah kawan kita, maka kita akan pertahankan sehabis-habisnya. Tetapi, jika yang ”kena” itu bukan kawan kita, mereka akan dibiarkan mati kelaparan dan kehausan, waima dia dari satu jemaah dengan kita.

Neraca penilaian kita adalah ”kawan aku”, bukan ”ketetapan” yang telah dibuat. Ekoran itulah, wujud sebilangan ”ustaz-ustaz” mencandukan wala’ demi mempertahankan kawan.

HAPUSKAN UMNO

Sudah terlalu lama UMNO memerintah. Sejak merdeka, sehingga kini UMNO masih lagi memegang tampuk pemerintahan pusat.

PAS memerintah di Kelantan. Jatuh bangun PAS dalam kerajaan kelantan dahulu, tetapi kini masih segar memerintah dibawah kepimpinan ulama yang berminda profesional, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat.

Disebabkan UMNO memerintah, kerosakan dalam pemerintahan dari semua sudut berlaku. Kerosakan dari sudut ekonomi, sosial, antara kaum, agama dan banyak lagi. Semuanya berpunca dari UMNO laknatullah alaih.

Bak kata Ustaz Idris Ahmad dalam satu sesi dialog isu Abdullah bin Moorty di Anjung rahmat dalam tahun-tahun yang lalu;

“UMNO wajib dipersalahkan”.

Memandangkan keadaan ini berlaku, UMNO tidak selayaknya dibiarkan hidup di atas muka bumi. Parti UMNO ini wajib dibenamkan dalam bumi, sehingga namanya menjadi tatapan dalam muzium negara sahaja.

Justeru itulah, tindakan membiarkan UMNO kekal hidup adalah tindakan yang bodoh. Ini kerana, membiarkan UMNO hidup bermakna membiarkan kerosakan berlaku dalam negara.

Makanya, tindakan menjahanamkan UMNO adalah perlu. Tidak kira, yang menjahanamkan UMNO itu dari kalangan Ulama, mahupun profesional.

Jika ulama mampu, maka silakan ulama menjahanamkan UMNO. jika profesional mampu, maka profesional perlu diberikan ruang.

ISLAM BERDAULAT

Selepas UMNO hancur, pengisian Islam perlu dilakukan. Dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat, sedikit sebanyak memberi ruang kepada kita dalam mengadakan persiapan yang cukup dalam usaha menuju kepada pemerintahan Islam (baca : negara Islam).

Non muslim tidak memahami Islam. Di kala Pakatan rakyat memerintah, inilah ruang dialog dilaksanakan.

Pimpinan PAS tidak boleh sekadar berbicara tentang islam dalam konteks “Syok Sendiri”. Islam yang dibicarakan, tidak boleh sekadar dalam usrah, bahkan perlu melampaui kepada sasaran dakwah yang lebih luas, iaitu sehingga sampai ke telinga-telinga non Muslim.

Tanpa non Muslim, negara Islam agak sukar dibina. Masakan tidak, bilangan mereka sama cecah dengan bilangan muslim.

Perlu kita sedari, Negara ini bukan negara berkhalifah, tetapi negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Tetapi menyedihkan, ada sebilangan pihak yang berada dalam negara demokrasi, tetapi cara mereka berdakwah seperti mereka berada dalam negara yang mengamalkan sistem feudal atau anarki.

Demokrasi adalah sistem suara rakyat. Golongan majority, maka itu golongan yang duduk di atas. Jika PAS mahu memerintah, PAS perlu mendapat suara majoriti. Suara majoriti tidak cukup sekadar dikalangan muslim, malah suara non muslim juga mempunyai saham untuk memberikan kuasa kepada PAS untuk memerintah.

Persoalannya, bagaimana mahu memberikan non muslim juga menjadi suara Islam???

Di sinilah yang disebut sebagai dakwah islamiyyah. Sekadar berceramah dan berkuliah di masjid dan surau, itu bukan dakwah, tetapi berpesan dengan kebaikan. Jika mahu disebut dakwah pun, ianya disifatkan definisi dakwah dari sudut bahasa.

Dakwah perlu diperluaskan. Juga perlu mempunyai strategi. Ramai para ustaz yang sanggup berhadapan dengan orang-orang islam yang hadir di surau dan masjid, tetapi jarang para ustaz sanggup berhadapan dengan non Muslim, malah golongan islam liberal ketika berbicara tentang Islam.

Menyedihkan, usaha secara serius dalam berbicara Islam dihadapan non Muslim dan golongan Islam liberal, dilakukan oleh golongan ulama adalah amat sedikit. Tetapi, membanggakan lagi, apabila “ulama mee celup” yang kehadapan dalam berbicara tentang Islam dihadapan mereka.

Para ulama perlu bertindak berani; keluar ke lapangan. Berhadapan dan berdialog dengan non Muslim dan golongan islam Liberal ini. Jika para ulama bertindak sedemikian, maka ulama inilah yang disebut sebagai ulama profesional, yang berjaya menampakkan Islam itu sememangnya “for All”. Tetapi, jika para ulama masih lagi dalam lingkungan muslim sahaja, Islam For All nampaknya agak ternafi.

Lebih-lebih lagi, kalau ada ulama itu lebih suka kepada “usrah” sahaja, menampakkan lagi bahawa Islam itu seperti “For Ahli PAS” sahaja.

Dakwah yang diperluaskan ini perlu dilakukan, demi mahu melakukan pengisian Islam dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Menyedihkan, ada ulama yang tidak bersetuju dengan kerajaan pakatan Rakyat, dengan alasan ramai non Muslim, ekoran itulah kedengaran ”suara-suara sumbang” dari kalangan ulama (sama ada konservatif ataupun Profesional) menyeru kepada pembentukan negara berasaskan melayu.

Apakah Islam itu untuk melayu????? Jika begitu yang kita faham, maka apa beza kita dengan UMNO????

Sekian

P/S : Selepas ini, para ulama tidak boleh susun jadual kuliah mereka di masjid dan surau sahaja, bahkan selepas ini mereka perlu menyusun jadual dialog antara agama di rumah-rumah ibadat agama selain islam. kalau tak mahu, tak payah jadi pimpinan PAS.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 mei 2009 * 1:51 petang






7 ulasan:

Sayang Semua berkata...

Ulama tersangat jarang nampak turun dalam himpunan aman rakyat. Mungkin kerana takut jubah dan serban mereka kotor.

Patut mereka malu dengan sami buddha yang turun berdemonstrasi beberapa tahun lalu di vietnam hingga dipukul dan ditangkap.

Tanpa Nama berkata...

cuba tnya sama wanji mengapa dia lari ketika polis nak tangkap tontowi di arrafik thn lpas....

Al-Bakistani berkata...

) cuba tanya pada nabi, kenapa lakukan perjanjian hudaibiyyah, sedangkan pada masa itu, para sahabat sudah bersedia untuk berperang???

b) kalau tak kerana ada program muslimat negeri di tanjung karang pada hari itu, ana masih ada dalam program itu sampai habis. bukankah, sudah diberitau,, tapi nak buat macam mana, dah tahu pun, tapi buat-buat tak tahu... maklumlah, puak2 asobiyyah memang macam tu...

c) tapi, isu TAWAS agak kelakar.. ada ke patut, ada sorang ustaz lulusan Azhar, bekas pimpinan Pmram... dalam ceramah hentam TAWAS, dia cakap bercanggah dengan syariah.

yang kelakar lagi, dia boleh tak kenal Iskandar Samad yang merupakan Exco kerajaan Negeri Selangor dari Parti PAS.. yang kelakar lagi, dia boleh tak kenal, exco yang tegur dia itu adalah timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor... tu la pasal.. masa duduk di mesir dulu, orang suruh belajar, bukan duduk main persatuan sampai tak sempat nak baca buku.....


sekian...

Al-Bakistani

2009 Mei 7 11:29

IbnuQalil berkata...

cuba tnya sama wanji mengapa dia lari ketika polis nak tangkap tontowi di arrafik thn lpas..

cuba tanya pada nabi, kenapa lakukan perjanjian hudaibiyyah, sedangkan pada masa itu, para sahabat sudah bersedia untuk berperang??

Contoh yg tak kena langsung....

Al-Bakistani berkata...

baca kitab usul fiqh, baru nampak contoh yang dibuat. kalau tak belajar kitab tu, takkan faham kot???

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Us,

Jangan layan orang yang yang hatinya ada dendam. Takkan selesai. Jom tumpu kepada pengislahan ummah !

Hulu Kelang

Tanpa Nama berkata...

< Sayang Semua berkata...
Ulama tersangat jarang nampak turun dalam himpunan aman rakyat. Mungkin kerana takut jubah dan serban mereka kotor.

Patut mereka malu dengan sami buddha yang turun berdemonstrasi beberapa tahun lalu di vietnam hingga dipukul dan ditangkap.>

komen dr seorg yg bengap tahap gaban..