Sabtu, 6 Jun 2009

PEMIKIRAN UMMAH CENTRIC SEMAKIN DITERIMA


PEMIKIRAN UMMAH CENTRIC SEMAKIN DITERIMA

Ummah Centric yang dicadangkan oleh Ustaz Mazlee Malik ditolak habis-habisan. Ustaz Din Tantawi menulis article dalam blog beliau menjawab Ummah Centric dengan mengemukakan konsep Intima’ dan wala’. Ekoran article itu, popularity beliau naik sehingga berjaya mencipta nama sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS pusat ketika itu.

Ustaz Idris Ahmad juga bertindak seakan-akan sama dengan Ustaz Din Tantawi. Serangan jelas dan keras dalam muktamar Pemuda ketika itu, menyebabkan ramai yang terpegun sehingga hampir “menggugurkan jantung”.

“ini adalah agenda UMNO”… itulah kalimah keramat keluar dari mulut Ustaz Idris Ahmad ketika mengomentarkan terhadap pemikiran Ummah Centric dengan nada yang agak keras dalam muktamar Pemuda PAS Pusat ketika itu.

Mendengar balik ulasan dan kupasan Ustaz Mazlee Malik di rumah Kapten Firdaus berkenaan dengan Ummah Centric, pasti kita akan memahami bahawa konsep yang dibawa oleh beliau adalah konsep yang meletakkan kepentingan Ummah. Ekoran itu, tidak perlu lagi diperdebatkan tentang parti dan jemaah, bahkan hendaklah semuanya “berpadu”. Ini kerana, jika tidak berpadu, ia akan melahirkan kekacauan dalam memajukan ummah.

Jika direnung balik, konsep yang dikemukakan itu agak sama dengan konsep Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Cumanya, cadangan Presiden itu tidak dibantah oleh Din Tantawi, juga Idris ahmad seperti mereka membantah Ummah Centic yang dicadangkan oleh Ustaz Mazlee Malik, malah dipaksa diterima pula terhadap idea itu dengan alasan “wala’ dan berjiwa besar”.

Justeru, mungkin ustaz Din tantawi dan Ustaz Idris Ahmad perlu membahas balik konsep intima’ dan wala’ dalam kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang disayangi.

Jika ia tidak bisa dilakukan, nyatanya, penilaian kita terhadap sesuatu itu bukan lagi kepada hujjah terhadap sesuatu idea, tetapi terhadap siapa yang mengeluarkan idea.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- sri Indah (B), Sg Buloh
7 jun 2009 * 3:17 pagi

35 ulasan:

wan berkata...

Bentuk kerajaan perpaduan yang TGHH bawa berbentuk tahalluf siasi. Wala masih pada jemaah PAS terutamanya pada Pimpinan Pas, terutamanya husnuzzon setelah pemimpin berulangkali menafikan kebatilan.

Manakala pembawaan ummah centric oleh ustaz mazlee lah yang menyenangkan UMNO untuk memecahkan wala' ahli pada pimpinan tertinggi. Mungkin benih yang beliau tanam 6-7 tahun dahulu sudah menampakkan hasil.

Bagaimana seorang ustaz seperti anta tak boleh beza?

Al-Bakistani berkata...

sekiranya berjaya pembentukan kerajaan Perpaduan, lalu semua parti berstuju melantik Najib sebagai perdana Menteri...

ketika itu, segala arahan PM, apakah perlu ditaati???

Al-Bakistani berkata...

Kerajaan Perpaduan adalah Tahaluf Siyasi. tahaluf Siyasi atas nama kerajaan Perpaduan adalah bersatu dan berpadu untuk menjaga kepentingan umat (baca: rakyat malaysia) berbanding kepentingan parti-parti.

Ummah Centric pula bertujuan bersatu dan berpadu antara jemaah-jemaah (termasuk UMNO) untuk menjaga kepentingan Umat berbanding kepentingan parti masing-masing..

justeru, apa beza "maqasid" disebalik Kerajaan Perpaduan dan Ummah Centric??

mungkin boleh bagi pencerahan, agar tidak kesamaran...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

sudah laa...dah kalah diam jela...huhuhu..

Tanpa Nama berkata...

Ustaz benar2 mengikut uslub dakwah TG mursyidul am... Ustaz,...terbukti timbln presiden tidak mendapat sokongan lebih separuh perwakilan... Terbukti juga perwakilan sebenarnya menolak kepimpinan beliau sebagai orang yang menyandang jawatan... Ustaz, bagaimana kita mahu berjuang tanpa ada platform??Suara2 seperti ustaz mesti kedengaran di muktamar...Jangan hanya di blog..Ustaz mesti terlibat untuk membantu kebanyakan ustaz2 yakni ulama2 pas yang masih 'tido'. Ana taknak komen sesiapa,sebab ana secara peribadi amat menghormati us din tantawi, dan ustaz sndiri... Ustaz ada hujjah syarii yang mesti diketengahkan.,..kalo ulama2 pas takleh terima,..ustaz kena wat sesuatu...bukan lari dari jemaah lantas suara2 dan hujah2 ustaz hanya di blog2 shja..Harap ustaz bleh fikirkan...Ana tak nak komen ummah sentrik atau kerajaan perpaduan... Kita memang dalam berdakwah ader beberapa strategi..yang ni ustaaz lagi pandai dari ana...

Sekian

hilmi,pelajar KUDQI(surau al amin BTHO)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum!

Kerajaan Perpaduan adalah salah satu blue print 'Task Force 2010' yang dipengerusikan oleh intelligent UMNO Dr. Wan Abu Bakar.

Ia bukan ijtihad, tetapi khittah musuh.

Sayang, segelintir kaum ulama' PAS kita masih husn al-dzon dengan UMNO yang sah zalim.

Unity Goverment bukan untuk kepentingan UMMAH, tetapi kepentingan UMNO.

Mungkin qira'atu az-zuruf ini yang tidak dilihat secara majmuk dan skeptik?

ZAINULFAQAR YAACOB

WUZARA berkata...

Salam...

Racun pragmatisme telah masuk ke dalam pemikiran ummat Islam terutama cendekiawannya seiiring dengan kejatuhan taraf berfikir ummat. Sampai terkadang cukup rumit untuk merungkai permasalahan ini.

Pertama, ia telah dikuatkan dengan hujah syara' terutama aplikasi kaedah2 fiqh yang nampak seolah selari untuk menjadikan maslahah sebagai objek central pembahasan.

Kedua, ia telah menjadi silibus dan pembahasan di mana-mana universiti hingga melahirkan golongan agama yang telah sebati dengan bentuk pemikiran sedemikian.

Sepanjang penelitian saya, pembahasan maslahat dikalangan ulama dan cendekiawan muslim hari ini, walapun memetik pandangan dari ulama' silam, ternyata konsepnya sama sekali berbeza.

Kaedah ahwan Asy-Syarrayn, raf'ul haraj, dll telah digunakan dalam banyak keadaan dalam konteks yang tidak sebagaimana yang ditunjukkan oleh para fuqaha. Hari ini, kaedah2 tersebut digunakan untuk menghalalkan banyak perkara yang jelas masih lagi haram dengan pandangan ia sesuai dengan maslahat umat dan maqasid syariah. Pandangan Imam Syatibi dalam Muwafaqat antara yang sering menjadi mangsa untuk mengesahkan tindakan tersebut.

Walhal, para fuqaha dan ulama' silam yang cermat dan jujur dalam menyampaikan Islam, ketika membangun kaedah ushool fiqh dan mengaplikasikannya, tegas menyatakan bahawa Islam itulah yang akan menyelesaikan maslahat bukan hukum Islam perlu disesuaikan untuk mencapai maslahah atau istilah lainnya maqasid.

Bercakap tentang Kerajaan Perpaduan dan Ummah Centric. Saya berpandangan, adalah satu kesilapan untuk menjustifikasi keduanya sebagai syar'ie dengan hujah ia adalah selari maqasid syariah atau kemaslahatan ummat. Walhal jelas keduanya dibangunkan oleh akal.

Karena penentuan maslahat itu harus dikembalikan pada syariah, bukan pada akal. Imam Izzuddin bin Abdus Salam di dalam Qawa’id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam menyatakan, “Adapun maslahat dan mafsadat dunia dan akhirat maka tidak bisa diketahui kecuali dengan syariah.”

Urusan penerapan hukum Islam, penegakan Negara Islam dan penyatuan adalah urusan dunia dan akhirat. Maka wajib ia dibangunkan oleh dalil syara' sebagai jalan penunjukkan bukan dengan memikirkan menggunakan akal untuk mencapai maqasid syariah tersebut.

Oleh itu, penegakkan Islam hendaklah dipandu sepenuhnya oleh wahyu bukan dengan mengakalnya dengan kerajaan perpaduan atau lain-lain.

p/s: Pemikiran Ummah Centric ini saya kira hanya layak diterima bagi mereka yang menolak kewajipan Parti Islam atau menganggapnya bid'ah.

Elbaritii berkata...

Salam.

Akhi, dua-dua tu sangat berbeza. Kerajaan perpaduan tidak menggugurkan wala' kita kepada Jamaah PAS, berbeza dengan Ummah Centric.

Dah baca jawapan terbaik daripada Ustaz Hasrizal?

Al-Bakistani berkata...

pertama :

ana tidak meninggalkan jemaah. ana masih dalam jemaah, tetapi ana tidak berada dalam posisi lama shj. insya Allah, dakwah tetap dilakukan selama nyawa dikandung badan..

kedua :

konsep Maslahah dan mudharat yang dikemukakan oleh As-Syatibi perlu diperdalami. ini kerana, konsep maslahah dan mafsadah dalam perkara yang melibatkan nas yang qatii hendaklah diserahkan kepada Allah. dengan kata lain, setiap yang halal itu adalah maslahah. setiap yang haram itu adalah mafsadah. pun begitu, dalam perkara yang melibatkan kepada nas yang zanni, akal diberikan hak oleh Allah untuk menilai sesuatu itu maslahah ataupun mafsadah. inilah yang disebut sebagai ijtihad dalam memahami maslahah dan mafsadah yang bersesuaian dengan nas yang zanni. inilah yang kita sdang bincangkan berkenaan dengan Kerajaan perpaduan dan Ummah Centric... jika kita berijtihad, lalu benar, bagi kita dua pahala. kalau salah, bagi kita satu pahala.. yang ruginya, tak berijtihad langsung...

sengaja ana buka perbincangan ini, agar kita berusaha untuk mendapatkan pahala..

ketiga:

Kerajaan Perpaduan tidak mengugurkan wala' kepada PAS. bermakna, jika bertembung dengan arahan PAS dengan arahan Najib dikala tertubuh Kerajaan perpaduan, maka dahulukan arahan PAS.

walaubagaimanapun, wala' itu mempunyai maqasidnya tersendiri, iaitu ia bertujuan untuk tidak melahirkan pertembungan dalam menerima arahan, dan dalam masa yang sama, ia bertujuan untuk tidak melahirkan perpecahan dikalangan ummah. pada ana, jika wala' difahami sekadar menerima arahan semata-mata, itu adalah pemahaman yang salah.

makanya, bukankah Kerajaan perpaduan bertujuan kesatuan Ummah; yang sudah pasti terkandung didalamnya unsur dakwah.

dan dalam keadaan dan bentuk yang sama; yang ana faham dari Ummah Centric cadangan Ustaz Mazlee Malik.

apakah berjaya dengan cara dakwah dalam kerajaan perpaduan??? atau kita akan masuk dalam perangkap UMNO/BN?? (kalau kita percaya dengan UMNO/BN, ini tidak menjadi masalah)

bukankah dengan idea kerajaan Perpaduan, menyebabkan wujud balik jurang antara kepercayaan rakyat terhadap PAS (maksudnya perpecahan). lihatlah bagaimana penolakan DAP dan PKR terhadap cadangan tersebut. begitujuga, cadangan ini melahirkan "pandang ragu" dari cina dan india yang tidak beragaam islam. apabila ini berlaku, bukankah dakwah kita telah kembali balik ke 10 tahun yang lampau. sudah pasti ini merugikan.

justeru, mengapa tidak konsisten sahaja dengan kerajaan Pakatan Rakyat; iaitu PAS terus bersama memperkemaskan Pakatan Rakyat yang dlihat banyak memberi pandangan positif dari kalangan muslim, malah non muslim terhadap PAS itu sendiri.

ini lebih-lebih lagi, dikala PKR sedang "buat perangai" dengan sebilangan ADUN-ADUN mereka yang "buat masalah".

makanya, mengapa tidak mengambil kesempatan ini (dalam kerajaan Pakatan Rakyat) untuk majukan PAS, malah terhadap Islam itu sendiri?

pada ana, perpaduan atau tidak berpecah akan berlaku dengan Islam. dengan Islam sahaja, kita akan bersatu dan berpadu.

orang yang perlu bersatu dengan kita dengan Islam, bukan sekadar orang Islam, atau orang PAS sahaja, malah orang cina dan india juga perlu bersatu dengan kita.

persoalannya, bagaimana mahu bersatu dengan islam, dikala cina dan india masih tidak memeluk Islam???

makanya perlu ada usaha dakwah yang berkesan dan berstrategi; yang bisa melahirkan kepercayaan india dan cina terhadap PAS (baca: Islam). jika mereka tidak memeluk Islam sekalipun, mereka mengatakan Islam agama yang terbaik pun sudah memadai.

pada ana, medan yang terbaik bukanlah Kerajaan Perpaduan, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang berada ditangan kita.

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

saudara wan g sebutkan pasal wala' dlm kerajaan perpaduan

bagaiamana dgn wala' dalam pr sekarang?

sama bukan?

wala' itu pada jemaah islamiah.

tak kira kerajaan perpaduan atau pr, dua dua tahalluf siasi. bila tahalluf, wala' tetap pada jemaah Islam..

sebenarnya itu konsepnya.

Beza dgn ummah cntric maszlee wahabi. dia nak orang tinggalkan wala' pada jemaah.. dan terkontang kanting bersama dgnnya..

betapa besar perbezaannya wahai saudara wan..

Al-Bakistani berkata...

sebab itu, sudah ana ulas dalam artikle yang lepas, bahawa kerajaan Pakatan Rakyat, ia bukan konsep Tahaluf siyasi, tetapi konsep "musyarakah bi ghair Al-Muslimin fi Al-Hukumah".. tahaluf siyasi dan musyarakah Bi Ghair Al-Muslimin adalah dua konsep yang berbeza...

ulasan bentuk "Al-Musyarakah bi Ghair Al-Muslimin" ini wujud dalam perbahasan fiqh yang dibahaskan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam fiqh ad-daulah.

Al-Musyarakah bi Ghair Al-Muslimin fi Al-hukuman, berpegang dengan asas kaedah "irtikab Akhaf ad-dararain", melaksanakan mudharat yang lebih ringan berbanding mudharat yang lebih besar. atau dalam ungkapan lain, dalam kerajaan Pakatan rakyat, melaksanakan mudharat yang sementara, demi menjaga mudharat yang lebih panjang.

justeru, dalam kerajaan Pakatan Rakyat, ia tidak timbul isu wala', tetapi yang timbul adalah, kita melaksanakan islam mengikut kadar yang mampu terlebih dahulu, disamping berusaha keras dalam melakukan gerakan dakwah secara berkesan dalam kerajaan....

apabila kita sudah berusaha dengan gigih dalam menyampaikan dakwah dalam kerajaan, ketika itu, non Muslim akan terima Islam. kalau tak masuk Islam Pun, mereka akan menyebut bahawa Islam itu adalah agama yang baik..

apabila ini sudah berlaku, sudah pasti tidak lahir lagi perpecahan, bahkan berjaya di"padu"kan atau disatukan atas satu wala', iaitu wala' kepada Islam itu sendiri.

dalam erti kata lain, wala' itu tidak diberikan kepada kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi wala' itu berlaku selpas lahirnya kerajaan Islam selepas rakyat sudah tidak mahu lagi kepada kerajaan pakatan rakyat.

tetapi, keadaan ini amat mustahil berlaku dalam kerajaan Perpaduan. ini kerana, cadangan ini akan melahirkan kesangsian non Muslim, malah sebilangan Ahli PAS terhadap PAS sendiri. ini kerana, kerajaan perpaduan adalah gabungan antara semua parti di Malaysia termasuk UMNO, sedangkan ia dibantah oleh PKR dan DAP. makanya, jika kerajaan perpaduan diteruskan, sudah pasti akan lahirnya perpecahan. non Muslim pasti tidak percaya, malah meragui kepada PAS. apabila ini sudah berlaku, maka sudah pasti penyatuan yang merupakan maqasid disebalik wala' tidak akan berlaku.

renung-renungkanlah....

sekian

Al-Bakistani

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Apa konsep Kerajaan Perpaduan TGHH. dulu kata tak jelas..macam mana boleh komen barang tak jelas????? problemmmmmmproblemmmm bila idola dah kalah...habis disepak keliling...

Tanpa Nama berkata...

Perlu difahami bahawa konsep ummah centric Mazlee malik jelas untuk merosakkan perpaduan Jemaah...Tajuk asalnya ialah Ummah Centric vs Jemaah Centric.. dan ia jelas merosakkan ikatan dan wala' kita kepada Jemaah itu sendiri.

Tetapi konsep kerajaan perpaduan yang saya fahami ialah kerajaan yang menggabungkan semua parti2 politik dengan tujuan atas maslahah ummah seperti yang berlaku di Perak dan maslahah ekonomi yang melanda negara.

Saya melihat ia adalah cadangan politik bagi menyelamatkan negara dan mengelakkan Najib naik menjadi PM pada masa itu.

Al-Bakistani berkata...

pertama :

Ummah Centric di cadangkan oleh Mazlee malik ketika umat Islam di malaysia dibisingkan isu murtad.

Kerajaan perpaduan pula dicadangkan oleh presiden PAS ketika rakyat Malaysia dibisingkan isu ekonomi.

kedua:

Kerajaan Perpaduan dicadangkan untuk mengelakkan najib naik jadi PM?? kenapa selepas Najib Naik jadi PM pun, kerajan perpaduan ini masih lagi dibincangkan.

bukankah sudah beberapa kali Tok Guru Nik Abdul aziz pesan, jangan bicara lagi pasal kerajaan perpaduan....

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

satu lagi;

kalau konsep ummah centric Mazlee malik jelas untuk merosakkan perpaduan Jemaah, makanya, bukankah konsep kerajaan perpaduan akan melahirkan polimik yang sama??? lihatlah lebel-lebel karut dalam jemaah..

Tanpa Nama berkata...

wan ji berkata :
"sekiranya berjaya pembentukan kerajaan Perpaduan, lalu semua parti berstuju melantik Najib sebagai perdana Menteri...

ketika itu, segala arahan PM, apakah perlu ditaati???"

Kerajaan Perpaduan bukannya memberikan wala' kepada pemimpin negara...tapi untuk mnyelamatkan rakyat dan negara.

Pembentukan kerajaan perpaduan tidak menghalang usaha PAS untuk terus menentang kezaliman pemerintah...

Sudah pasti jika perjanjian untuk Kerajaan Perpaduan dilakukan TGHH pemimpin tidak akan berbuat sesuatu yang merugikan Islam..

Jika TGHH melakukan suatu yang merugikan Islam, ahli boleh menolak beliau daripada memimpin Parti Islam...(contoh apa yang berlaku pada Dato' Asri menunjukkan ahli PAS tidak bodoh dan berkuasa untuk menentukan kepimpinan parti)

Cuma masalahnya kita sebagai ahli terlalu syak wasangka terhadap pemimpin.. Sedangkan apa yang dilakuakan dan cadangan itu tidak sama sekali melanggar syariat agama dan ketetapan Parti serta Jemaah.

Cukupla kita mempolemikkan isu ini. TGHH pun dah menarik balik cadangan tersebut. menunjukkan kerendahan hati seorang pemimpin.

Masalah orang seperti ustaz Wan Ji terlalu ego pada pendapat.. Sehingga jika Jemaah tolak cadangan tersebut terus tak puas hati.

bawak-bawak lah bersabar untuk kepentingan jamaah...jangan terlalu gopoh sehingga merosakkan Jamaah

Al-Bakistani berkata...

jangan silap.. tok guru Presiden nafikan dia tarik balik UG tu. dalam harakah daily ada papar benda ni. juga dalam sanggahtoksago.

kenyataan hari ini pula...

http://www.malaysiainsider.com/index.php/malaysia/28831-no2-says-tok-guru-is-not-pas

pada ana, Presiden sepatutnya tidak perlu gopoh keluarkan cadangan itu, malah hendaklah dibincangkan secara lumat dalam mesyuarat dalaman parti, juga dikalangan kawan-kawan dalam Pakatan rakyat...

ini tidak.. Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri pun tolak.. lalu, hendak dipertahankan apa lagi???

sekian

Al-Bakistani

Ibnu Ali berkata...

Ana pun tak paham ler. UG ni baru peringkat idea. Blue print-nya pun takde.. Tapi kita dah melalut2 dah..

Satu segi bagus ler, nampak seperti kita mengambil cakna hal ini. Tapi hendaklah jaga batas-batas akhlak berpendapat..

Wallahua'lam

zaydlekhair berkata...

itulah sheikh, sapa yang sentimen dan taasub sebenarnya... mudah-mudahan Pas tidak sampai level seperti taasub Arqam, menerima pandangan pimpinan tanpa menilai sendiri, balik2 hanya berhujah bhw "pimpinan mesti dah istikharah @ pimpinan dah tentu berdoa", sedangkan perkara itu jelas ijtihadiy yg wajar dinilai dengan rasional dan asas2 ilmiah/kepakaran.

hambamu berkata...

hebat berpencak di blog

hambamu berkata...

Ustaz wan g said :Presiden sepatutnya tidak perlu gopoh keluarkan cadangan itu, malah hendaklah dibincangkan secara lumat dalam mesyuarat dalaman parti, juga dikalangan kawan-kawan dalam Pakatan rakyat...


hambamu said : ust, nak tanya.. kalau ust x lagi dalam jamaah, mcmana pendapat ust nak diketengahkan dlm mesyuarat?kalau ust masih dalam jemaah, pendapat pribadi ust perlu ke disiarkan di blog? utk apa? ana lihat lebih byk mafsadah .. mbuka ruang kepada perdebatan x berkesudahan, masing2 nak menang, dan akhirnya menimbulkan benci dan prasangka sesama ahli, kepada presiden. itu ke yg ust mahukan..? x rasa ke , jika ust penyumbang kpd kerosakan kpd jemaah PAS, dosa yg ditanggung amat berat..

rukun amal jamaie salah satunya adalah syura.. pd pandangan ana, hujah2 ust tu bukan utk diblogkan, tp dibincangkan secara beradab dlm mesyuarat yg proper.. kalau ust x intima' dgn PAS, salurkan kepada sahabat2 ust yg berada dlm PAS..

bahaya bila blog2 ni dah start makan tuan.. pendapat pribadi berleluasa..walaupun setelah di persetujui dlm mesyuarat, akan ada mesyuarat slps mesyuarat

Al-Bakistani berkata...

pertama :

Kerajaan perpaduan adalah isu inspirasa rakyat untuk menerima Islam di masa akan datang...

perlu difahami, sebelum isu Muqbalah lagi, non Muslim teramat percaya kepada PAS berbanding PKR dan DAP. pun begitu, isu Muqabalah segingga lahirnya isu Kerajaan perpaduan ini melahirkan keraguan yang teramat sangat non Muslim terhadap PAS. apabila Non Muslim sudah ragu dengan PAS, di sini melahirkan kerugian dalam usaha membina negara Islam di Malaysia di masa akan datang....

kedua :

Presiden tidak bincang idea kerajaan perpaduan ini dalam mesyuarat. sama ada dalam PAS sendiri, mahupun bersama sahabat-sahabat dalam pakatan rakyat.. .. sebab itu, tidak hairan ia didebatkan secara berleluasa dalam blog...

pada ana, berbincang dalam blog itu amat bagus, itupun jika ada unsur ilmu.. sekadar berhujjah dengan menyuruh wala' sahaja atau sentimen kepresidenan atau keulamaan sahaja. itu bisa melahirkan mudharat lebih besar.. ini kerana, rakyat yang bukan PAS, tetapi PKR dan DAP akan melihat orang-orang PAS tidak ada nilai intelek bila menerima sesuatu agenda politik.

ketiga :

kenyataan ana tidak ada bahaya.. orang bisa menganggap ia sebagai sampah.... sebab ana ahli PAS biasa.. lainlah macam kenyataan orang yang ada nama dalam parti, seperti Nik Abduh, ustaz Mat Daud Iraqi dan Ustaz Harun Din....


sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

jika takut isu UG menimbulkan mudharat disebabkan dibincangkan dalam blog, maka janganlah lontar sesuatu idea yang besar tanpa ada perbincangan diperingkat dalaman secara mendalam...

sekarang ni, yang menghalang UG ini, tok guru NIk ABdul Aziz bin Nikmat sendiri.. dan sebilangan besar AJK PAS Pusat..... Ustaz Nasha sendiri boleh kondem kenyataan Tok Guru yang menghalang UG...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Ana sungguh bersetuju tentang pendapat ustaz...Kita mesti menyebarluaskan Islam terhadap penyokong2 pas...Terhadap sahabat2 kita pkr dan dap.. Bukan mewujudkan kontroversi,yang boleh menjauhkan mereka dari kita...Maksud ana, kontroversi seperti muzakarah berunding nak bentuk kerajaan dengan umno...Ini ana tak setuju...Tapi kerajaan perpaduan ana no komen... Ana sangat thiqah pada kedua2 TG... Biarpun berbeza pendapat,...selesaikanlah dalam mesyuarat yang penuh mahabbah dan kasih sayang,...jgn sampai mdhú kita lari...ruang untuk kita berdakwah sekarang ini terlalu luas...ini yang kena faham...Dan kita takkan terjun pada bahtera yang dah nak karam...ini ditegaskan TG hj hadi...dua2 TG sebenarnya taknak berunding dengan umno...saper yang cakap cam tu fitnah besar...yang terhegeh2 kepada umno adalah timbalan presiden yang baru menang tapi lebih separuh perwakilan tak undi dia...us nasa...

dedak berkata...

tidak akan ada sebarang penggabungan parti besar pas ngn umno,itu point yg jelas,cuma ada cara yg hikmah...sabar dan jgn melangkaui haq allah...insyaallah semua selamat...wassalam

Asqalani berkata...

salam ustaz...ana bersetuju dengan pandangan ustaz...

berkenaan dengan hujah segelintir ahli yg 'mengharamkan' perbincangan didalam blog adalah salah satu proses memandulkan kritikan...ana masih tidak faham konsep wala' yang dibentangkan oleh sebahagian ahli. Dalam masa saa mereka berhujah bahawa sekiranya berlaku ketidakpuas hatian didalam jemaah maka kita akan menafikannya.

Dalam satu sudut, 'pengharaman' terhdap sebarang perbezaan fikrah berhubung didalam isu ini utk disalurkan di dalam blog membuktikan sekali lagi bahawa memmang benar kenyataan HUSAM MUSA berkenaan ketidak adilan dalam menerapkan idea yang berlainan di dalam parti...adakah ini membuktikan pas menolak konsep musyawarah...

semoga Ustaz terus menerus melahirkan idea di dalam blog. Kerana terbukti idea2 yang bernas dan berbentuk baharu ini biasanya dibakulsampahkan...namun hakikatnya ianya dikitar semula apabila ianya mula disedari...

jika tidak hari ini...maybe muktamar akan datang...

Tanpa Nama berkata...

Salam ,

Point yang perlu difikirkan :

1. UG adalah lontaran idea.So , belum dimuktamadkan.Kenapa kita mengkritik sehingga menyebabkan TG Presiden di bedal sehingga ke level yang tidak sepatutnya.Terutama oleh "Tuan Punya Blog"....Ana nampak enta ni ta'sub pada TG Nik Aziz.Dah baca ke belum artikel anaknya Nik Abduh pasal UG ni.... Sikit-sikit TG Nik Aziz ,,sikit-sikit TG Nik Aziz....

2. Wan Ji a.k.a Tuan Blog kata UG bermasalah...dah tu dalam Pakatan Rakyat tak de masalah ke??....Yang DAP tolak Islam tu tak de masalah ke...Lagi masalah besar adalah... Satu perkara yang enta terlepas pandang ialah , PAS tidak boleh atau tidak dapat untuk memerintah MAlaysia jika tidak bekerjasama dengan DAP dan juga PKR. Kira ajelah bilangan Kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi Oleh DAP dan PKR...so , agak2 koranglah , bila dah boleh perintah Malaysia dengan bantuan DAP suatu masa nanti , DAP nak bagi ke PAS laksanakan Islam...

Walaupun UMNO tak mahu laksanakan Islam juga , tapi sekurang-kurangnya diaorang tu Islam...Makanya kebarangkalian untuk diaorang melaksanakan Islam atau bekerjasama untuk Islam itu itu lebih tinggi daripada DAP yang memang jelas tolak Islam 100 %....Apatah lagi jika suatu masa nanti ditakdirkan Allah , pemimpin baru yang akan memimpin UMNO adalah orang yang dekat dengan Islam..In sya Allah Islam itu boleh dilaksanakan walaupun sedikit demi sedikit...Daripada menunggu Lim Kit Siang dan Karpal Sigh pakai jubah dan serban.

So , Enta Tak boleh fikir ke...Dah nampak dan jelas pemikiran politik jangka panjang yang dilontarkan TG Presiden PAS.Bukan dok nilai masa sekarang je...lihat masa depan.

Point yang paling penting ialah , TG Presiden adalah manusia biasa , begitu juga TG Mursyidul 'Am tetap manusia biasa.Mungkin pandangan TG Presieden tersilap dan mungkin juga TG Mursyid pun silap...Walaupun Tg Nik Aziz adalah Mursyidul 'Am , tidak beerti dia sentiasa betul dalam apa jua percaturan politik semasa tanah Air... sebab itulah anaknya Nik Abduh telah menulis satu artikel tentang Pandangan Tg Mursyidul Am Ayahnya terhadap UG dalam satu artikelnya yang bertajuk "Kerja-kerja Bodoh dalam PAS"...

Itulah bukti jelas bahawa TG Nik Aziz telah tersilap dalam membaca percaturan politik dan menilai serta mengulas idea UG yang dilontarkan oleh TG Presiden.


WA

Al-Bakistani berkata...

pertama :

lontaran Idea itu bagus. tapi, kenapa pertahankan idea sampai kita pecah belah. lahirnya keraguan dikalangan ahli,juga dikalangan pakatan rakyat...

Tok Guru Nik Aziz dah sebut, jangan bincang lagi.. kenapa dok bincang juga... itu persoalannya.

kedua :

ana bukan sekadar baca tulisan Nik Abduh tentang kerajaan perpaduan, malah kertas kerja yang mengagalkan jadinya 16 september pun ana dah baca...

ulasan kertas kerja itu, juga artikle ustaz Nik Abduh tu, ana dah jawab dalam blog ini dengan ulasan sandaran Al-Quran dan As-Sunnah... mungkin saudara baru membaca blog ini..

ketiga :

Kerajaan Perpaduan bermasalah, kerajaan Pakatan Rakyat bermasalah sama...

memang kedua-dua ada masalah, tapi masalah kerajaan Perpaduan lebih besar...

kita kena ingat, kita pernah gabung dengan UMNO tahun 70 an. apa jadi pada PAS pada masa tu?? mengapa sampai sekarang tak jadi negara Islam lagi??? kalau itulah bentuk cara anta berfikir??

memang dalam Pakatan Rakyat kita tidak banyak kerusi.. kita kurang kerusi sebab tidak menang pada kerusi yang kita lawan..

kenapa jadi macam tu??

politik kita masih kemelayuan, kita tak nak lawan di kerusi calon cina dan india.. perubahan politik 8 mac faktor perubahan yang mahu dilakukan oleh Cina dan India...

pun begitu, jika kita nak gabung dengan UMNO... pembahagian kerusi akan jadi masalah juga.. ini kerana, disitu kerusi UMNO, disitulah kerusi PAS lawan.. bila bergabung, mesti ada pembahagian kerusi.. apakah UMNO akan bagi kerusi banyak kepada kita????

keempat :

percayakah anta pada UMNO yang sudah lama menipu kita??? DAP dan PKR walaupun tidak jadikan islam sebagai asas idealogi parti, tetapi mereka tidak pernah tipu PAS....

PAS kena tipu dengan UMNO, sudah terbukti dalam sejarah... takkan tak baca hadis Nabi SAW yang kata, mukmin tidak akan terpatuk dari ular dua kali dari lubang yang sama...

kelima :

selama DAP dan PKR berkawan dengan PAS, banyak perkara baru yang banyak memberi keuntungan kepada PAS... antaranya, non Muslim dah percaya pada kita. YB2 DAP dah mula baca Al-Quran.

kalau kita mahu dengan UMNO, bermakna kita telah melalaikan tugas dakwah yang lebih berkesan. ini kerana, sudah pasti cina dan india tidak akan percaya lagi pada kita, kerana situasi poltik pada hari ini, semuanya benci pada UMNO, parti Kafir wa taghut tu..

keenam :

ana menilai di masa akan datang, kalau kerajaan perpaduan tetap diteruskan, akan melahirkan susah untuk kita dapatkan undi non muslim.

kita kena terima hakikat, negara ini mengamalkan sistem demokrasi, bukan sistem feudal...

Non Muslim pun ada saham dalam sistem demokrasi dalam menentukan kemenangan PAS.

apabia mereka sudah percaya dengan PAS, usahakan cerita Islam secara menyeluruh kepada mereka.

kalau ini diteruskan, diyakini di masa akan datang. walaupun mereka tidak memeluk islam, sekurang-kurangnya mereka akan kata, islam itu adalah agama yang baik, sepertimana yang berlaku di zaman pemerintahan Omar bin Al-Khattab.

ketujuh :

tok guru nik aziz bukan maksum. pun begitu, tok guru haji hadi pun tidak maksum.. semuanya ada ijtihad. kalau betul, maka dua pahala. kalau salah, maka satu pahala...

pun begitu, isu sekarang adalah, apakah tindakan kita akan melahirkan kita teruk dalam PRU ke 13 nanti???

itu point-point yang wajar difikirkan sebenarnya...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Kesemua 7 point enta tu bagi ana adalah point yang bersifat kepada emosi dan bukannya ilmiah...

Enta membandingkan peristiwa yang berlaku kepada PAS semasa penggabungannya dengan UMNO tahun 70-an dulu....

Nampak sangat enta memang buta dalam menerima dan mendengar hujah dan lontaran Idea TG Presiden.

Tak dengar ke TG Presiden dah cakap UG TIDAK SAMA DAN TIDAK AKAN SELAMANYA SAMA dengan penggabungan PAS dan UMNO semasa zaman Dato Asri dulu...

Zaman tu kita masuk dalam UMNO... samalah seperti Anwar terjun dalam tong Taik UMNO suatu ketika dulu..penyudahnya anwar kena sembur dengan taik....begitu juga dengan PAS dahulu....

Tapi UG ni adalah bentuk penggabungan kuasa yang mana PAS tetap dengan PAS dan UMNO tetap dengan UMNO....Malah TG nik AZiz juga dah cakap dalam tulisan anaknya Nik Abduh bahawa kalau sungguh begitu bentuknya UG ni , maka TG Nik Aziz minta Kerajaan UMNO beri jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang berkait rapat dengan kebajikan rakyat untuk diislah dan diislamisasikan seperti Menteri kewangan , Pendidikan dan sebagainya....

Enta ni baca ke tidak artikel Nik Abduh ni...jangan cakap aje.... Enta paham ke tidak sebenarnya dengan UG Tg Presiden ni....

Jangan menampakkan sangat yang banyak benda enta tak tahu....lebih--lebih lagi pasal UG.

WA

Al-Bakistani berkata...

bukankah KErajaan perpaduan ini adalah gabungan antara semua parti dalam kerajaan, tidak kira parti pembangkang dan parti kerajaan.

ada sorang pelayar blog ini, (tanpa nama) dia menyebut sesuatu, yang menyebabkan kita kena renung dua kenyataan yang berbeda..

a) Ustaz Nasha : sekadar pertemuan biasa, bukan nak gabung dengan UMNO.

b) tok guru Presiden : buat kerajaan perpaduan.

isunya. nak buat kerajaan mesti kena gabung. tapi ustaz nasha kata tak gabung... mana satu ni??

kalau buat kerajaan perpaduan, mesti ada persetujuan semua parti-parti. PAS, PKR, DAP, UMNO, MCA, MIC, DLL.. pun begitu, UMNO agak bersetuju...

tapi, PKR dan DAP tak setuju lagi..

bermakna, kalau nak tubuh kerajaan Perpaduan pun, jadinya UMNO dan PAS la.. sebab, DAP dan PKR tak setuju..

lainlah kalau PKR dan DAP pun setuju..

yang peliknya, sudah ada perbincangan sulit antara individu2 tertentu dalam PAS dengan UMNO secara sulit. tapi, dengan PKR dan DAP tak ada...

itu yang mensangsikan dan meragukan ana sebagai ahli PAS...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Syeikh...bukan ke dalam fiqh Siyasi dinyatakan bahawa ada sesetengah tindakan para pemimpin yang tidak boleh didedahkan terlebih dahulu sebelum memperolehi keputusannya...

So , enta sebagai ahli PAS , sepatutnya tunggu dan melihat dahulu apakah dia hujah dan sebab musababnya cadangan UG ini terbit dari mulut TG Presiden berdasarkan kepada pandangan dan peneranganya terlebih dahulu...

Apa yang ana nampak , kebanyakan ahli PAS dan minta maaf ana sebut TG NIk Aziz sendiri terlebih dahulu membuat penilaian dan kritikan yang melampau hanya sekadar baru mendengar tentang cadangan UG ini sebelum mendapatkan penjelasan lebih lanjut dari TG Presiden...

Ini kah caranya yang di ajar oleh Islam.??..

Selepas daripada TG Nik Aziz membantah cadangan UG ni , TG Presiden dan beberapa pemimpin PAS telah pergi menemui TG Nik Aziz dan menerangkan konsep sebenar UG ini..

Al-Hamdulillah , tenang semula selepas pertemuan tersebut....Tapi tak lama selepas itu TG Nik Aziz bising kembali dengan membantah kembali UG ini...So , dalam masalah ini enta tak rasa pelik ke???....

Siapa punya angkara yang melagakan kedua2 TG ini...Sebab itu ana katakan "enta baca ke tidak artikel Nik Abduh??..

UG perlu pada penelitian dan perbahasan yang cermat...dan sudah berkali2 TG Presiden sebutkan termasuklah dalam muktamar baru ini bahawa UG ini perlu kepada perbincangan dan perbahasan...

Tak bolehkah kita mendengar dahulu penerangan TG Presiden???...

Apa yang jelas , UG bukan bermakna PAS masuk UMNO...Itu yang enta kena jelas dahulu...

PAS adalah salah satu Komponen dalam UG yang mana PAS akan mendapat hak dan mandat dalam mentadbir negara berdasarkan kepada pembahagian kuasa yang akan dipersetujui oleh setiap komponen dalam UG....dalam satu-satu keputusan yang ingin dibuat oleh UMNO atau kerajaan UG mestilah mendapat persetujuan daripada semua komponen UG...

Bukan seperti sekarang , kalau PAS tak setuju pun dengan tindakan UMNO ,keputusan tersebut tetap akan dijalankan..sebab PAS hanyalah Puak Pembangkang dalam PArlimen BUKAN salah satu anggota yang mempunyai autoriti dalam sesuatu keputusan kerajaan...

Itulah antara matlamat UG yang ana dengar sedniri dari orang kanan TG Presiden...

Cukup sekadar ana katakan bahawa ana memang rapat dengan keluarga TG Presiden...jadi sedikit sebanyak ana lebih mengetahui tentang UG daripada enta yang hanya menilai dan mentafsir mengikut apa yang enta dengar dan apa yang enta tengok dengan didasari oleh akal enta yang mungkin TERSILAP....

wa

Al-Bakistani berkata...

pertama :

sepatutnya, kalau ia melibatkan dalaman parti, jangan disebarkan dalam media perdana...

ana tahu kerajaan perpaduan pun, selepas membaca siasah...

siasah ni kan media umum?? orang PAS baca, orang PKR baca, Orang DAP pun baca, orang UMNO baca, orang BN pun baca...

bukankah ini kesilapan besar. dan bermulanya bibit utama lahirnya perpecahan sesama kita, malah semasa pakatan rakyat...

kedua :

setahu ana, pertemuan yang dibuat dengan tok guru nik aziz adalah berkenaan dengan isu muzakarah dan muqabalah..

adapun isu kerajaan perpaduan, ia dilakuakan di pjbt harakah. pun begitu, asal pertemuan tersebut bukan bincang pasal kerajaan perpaduan, tetapi sengaja disebut oleh tuan guru haji abdul hadi awang....

apabila isu lain yang mahu dibincang, tiba2 bincang pasal UG, menyebabkan tok guru nik aziz tak layan...

mungkin ana salah maklumat.. sebab ana ikuti isu ini sejak dari awal lagi.... mungkin boleh diberikan link berita, atau diberikan tarikh dan tempat pertemuan itu berlaku...

ketiga :

pasal UG, pas ada saham. UMNO walaupun tidak mahu dengar pandangan PAS, benda tu tetap berjalan juga...

mungkin itu adalah penting. tapi, yang ana bimbang adalah, sokongan rakyat bawahan terhadap idea ini melahirkan frust dari kalangan non muslim, malah sebilangan besar pengundi-pengundi terhadap PAS.

ianya berpunca daripada pandangan ini tidak dibincangkan dalam meeting pakatan rakyat... malah dibisingkan dalam media sahaja... menyebabkan, DAP dan PKR sudah mula sangsi dengan PAS dalam isu ini.. bahkan ekadaan ini sudah pun berlaku dikalangan rakyat bawahan..

kalau ini berlaku, bukankah ini sudah melahirkan bibit kerugian dalam dakwah Islamiyyah??

sekian

Al-bakistani

Al-Bakistani berkata...

WA sebut;

Apa yang jelas , UG bukan bermakna PAS masuk UMNO...Itu yang enta kena jelas dahulu...

PAS adalah salah satu Komponen dalam UG yang mana PAS akan mendapat hak dan mandat dalam mentadbir negara berdasarkan kepada pembahagian kuasa yang akan dipersetujui oleh setiap komponen dalam UG....dalam satu-satu keputusan yang ingin dibuat oleh UMNO atau kerajaan UG mestilah mendapat persetujuan daripada semua komponen UG...

Bukan seperti sekarang , kalau PAS tak setuju pun dengan tindakan UMNO ,keputusan tersebut tetap akan dijalankan..sebab PAS hanyalah Puak Pembangkang dalam PArlimen BUKAN salah satu anggota yang mempunyai autoriti dalam sesuatu keputusan kerajaan...

komen :

ok.. ana terima secara asasnya bahawa UG bukan bermaksud PAS nak gabung dengan UMNO..

tetapi, mengapa idea ini tidak dibincangkan terlebih dahulu dalam meeting pakatan rakyat... ini kerana, dalam UG, PKR dan DAP juga adalah kompunen kerajaan perpaduan...

yang wujudnya adalah, pertemuan sulit PAS dengan UMNO yang amat meragukan seperti yang diketahui ramai...

yang lebih memelikkan lagi, DAP dan PKR tidak tahu menahu ttg UG ni..

bukankah itu meragukan terhadap tafsiran bagi maksud kerajaan perpaduan itu sendiri???

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Tak pe lah syaikh....

Apa yang penting ana sebagai ahli PAS tidak mahu pertelingkahan ini berlarutan...maka dengan sebab itu ana akan mengambil dan akan tetap terus mengambil pendekatan mendengar dahulu apa sahaja hujah dan penjelasan tentang UG ini dari "Tuan Punya Idea" sendiri iaitu TG Presiden sebagai langkah untuk mengelak dari berlakunya prasangka buruk yang melampau-lampau apatah lagi kepada al-Fadhil TG Presiden yang kita semua kasihi dan juga agar tidak timbul bibit-bibit pelik dan hairan kepada TG Mursyidul 'Am yang juga kita sayangi , sebelum ana mengambil pendirian sendiri berkenaan isu ini.

Ana tidak mahu menghukum sebelum jelas kedudukannya.Tambahan pula setiap butiran maklumat yang kita perolehi pada hari ini tidak lepas daripada campuran antara benar dan salah maklumat tersebut yang datangnya dari berbagai-bagai sumber dan tak kurang juga yang datang dari musuh-musuh Islam yang ingin menghancur dan memecah belahkan kesatuan kita.

Bak kata Ust Zaharuddin...Ustaz-ustaz kita lebih banyak yang suka mendahulukan sangka buruk daripada sangka baik....Maka orang awam apatah lagi....

Sekali lagi ana tegaskan UG perlu diperjelaskan terlebih dahulu kepada semua golongan masyarakat termasuklah masyarakat non-muslim yang enta kata menyokong PAS , supaya ianya tidak menyebabkan masyarakat non-muslim tersebut berpaling sokongannya...

Tugas kitalah sebagai ahli PAS yang "faham agama" untuk memberikan serba sedikit ubat penawar ketenangan agar api yang mula timbul dari mereka (non-muslim)tidak akan bertambah marak dan marak....Itu tugas kita jika kita sayangkan PAS...Bukannya mengambil bahagian dalam acara kutuk , kritik dan membedal sama al-Fadhil TG Presiden hanya semata-mata kita melihat Idea TG Presiden ini akan menghilangkan kepercayaan non-muslim kepada PAS.....Macam seolah-olah takut PRU-13 nanti kita akan kalah teruk pasal isu ini...Bukan kah kemenangan itu terletaknya di tangan Allah..???

Selagi kita berusaha menolong Agama Allah...Allah akan menolong kita... Cuma masanya (kemenangan) belum tiba...

Ana rasa ianya lebih aman jika sedemikian...


WA

Al-Bakistani berkata...

ana minta maaf jika artikle berkenaan kerajaan perpaduan ini mengusik perasaan pembaca..

mungkin ana menulis ini dilihat seperti berwajah emosi.. jika benar, ana minta maaf.

cumanya, artikle2 ini keluar setelah ana berjumpa dengan orang-orang bawahan, sama ada rakyat bawahan dari PAS, PKR juga DAP.

ana ada berjumpa dengan budak-budak india dari kelab penyokong PAS.. dorang teramat marah dengan idea ini.. tak larat kita nak pertahan tok guru haji hadi, last-last dia cakap kita orang PAS sayangkan UMNO... bila kita nafikan, dia suruh kita bagutau bentuk kerajaan Perpaduan yang tidak melibatkan UMNO.. jem la kawe...

apa2 pun, tunggu penerangan terperinci dari tok guru haji hadi. lagipun, ia telah diminta oleh tuan guru Nik abdul Aziz...

pasal kememangan pula.. pada ana, "sabab al-asbab" kepada kemenangan adalah dari Allah.. tetapi, kita tidak boleh abai "asbab" kemenangan, iaitu faktor strategi, kenyataan2 pimpinan, gaya kepimpinan dan banyak lagi..

jika hanya berserah kepada "sabab al-asbab" sahaja dalam menentukan kemenangan, apa bedanya kita dengan puak2 jabariyyah..

apa gunanya Nabi SAW susun strategi perang, berdakwah, perjanjian hudaibiyyah dan banyak lagi, jika hanya berserah kepada "sabab al-asbab", bahkan Nabi SAW tetap mengakui "asbab" adalah perkara penting dalam menujuk kemenangan Islam...

sekian

Al-Bakistani