Selasa, 9 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN : TUTUP !!!


KERAJAAN PERPADUAN : TUTUP

“Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan” – Harakahdaily

KOMEN

Setuju !!!

Tok Guru Nik Abdul Aziz dah cakap lama dah. Jangan lagi berbicara tentang kerajaan perpaduan, kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat, malah melahirkan mudharat. Pun begitu, menyedihkan, ia kurang dilayan, menyebabkan ia masih lagi wujud kenyataan dari pimpinan PAS tertentu berkenaan isu ini.

Pada hari ini, Dato’ Mustafa Ali bersama Presiden dan Timbalan Presiden minta ia agar dihentikan dengan segera. Diharapkan, bukan sekadar perbincangan sahaja diberhentikan, malah sebarang pertemuan antara pimpinan PAS dengan pimpinan UMNO yang boleh melahirkan keraguan, sama ada secara sulit atau tidak sulit pun dihentikan dengan segera.

Ini kerana, jika masih lagi wujud sebarang pertemuan yang meragukan, ia akan menjadi bahan perbincangan, waima tidak dibicarakan sekalipun oleh pimpinan PAS...

Tahniah pimpinan PAS atas kenyataan hari ini!!!
takbir !!!!

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 jun 2009 * 7:52 malam

27 ulasan:

penulis berkata...

Salam,
In all honesty, saya mulanya sangat kecewa dengan cadangan kerajaan perpaduan ini. Namun, mendengarkan sidang akhbar Tuan Guru Presiden, saya merasakan cadangan tersebut amat bernas sekali dan melihatkan bagaimana beliau lebih mementingkan kepentingan negara melalui penyelesaian Islam dan bukan terperuk di dalam pergaduhan politik. Mengecewakan komen-komen dari ahli lain dari PR seperti mereka tidak mahu terima langsung cadangan tersebut.
Namun begitu, sememangnya dengan cengkaman kuat UMNO dalam media massa, mereka BERJAYA memporak perandakan PAS dengan menanam misconception dalam pemikiran ahli PAS dan ahli PR sendiri. Pelbagai pelawaan dan jemputan keluar demi perpaduan MELAYU sedangkan tak disebut pun oleh Tuan Presiden. Oleh itu, tindakan Presiden, Timbalan dan Dato Mustafa Ali sendiri untuk semua menghentikan sebarang kenyataan dan spekulasi mengenai isu ini sangat tepat untuk menutup mulut UMNO yang belum pun berbincang dah cuba untuk memecah belahkan PAS. It's a good Idea, maybe Tuan Presiden patut berbincang secara senyap sahaja dulu bersama pimpinan pakatan yang lain dahulu.
Sekian,
Muhaimin

Tanpa Nama berkata...

hangpa tak pelik ka. nik aziz teguq depa tak nak pakaiii.. tapi kalau Cikgu Pa teguq, baru depa pakai..

sapa mursyidul Am sebenaqnya ni???

TheSniper berkata...

aku selalu terasa seolah-olah TGNA sedang cuba disingkirkan dari dalam.

Tanpa Nama berkata...

tutup perbincangan? mengapa mustafa? mengapa tidak presiden Pas? sila beri tahu penyokong Pas status isu ini. kalau silap kata silap, kalau betul kata betul, selesai dulu baru tutup! kalu tidak kira tutup pekung laa..

Ahli PAS juga. berkata...

Salam semua,

Saya rasa Stopa Al kata - 'STOP' bukan bermakana tak nak dah UG atau muqabalah atau runding2 apa2. Dia cuma nak semua ahli PAS concentrate kat Manik Urai. Itu jer, lepastu depa sambung semula. Ntah2 sekarang pun depa buat diam2. Kan Presiden dah kata strategi bukan semua boleh tahu...

Semoga Allah selamatkan PAS.

Allah Kareem.

Tanpa Nama berkata...

http://greenboc.blogspot.com/2009/06/ug-bersama-umno-pengundi-cina-dan-india.html

ketika sedang berborak dengan rakan-rakan seperjuangan (cina dan india), mereka mengatakan bahawa selama ini PAS mempermainkan mereka. Undi mereka bagi pada PAS adalah kerana PAS mengatakan yang ia akan berlaku adil kepada semua kaum dan menolak rasuah.

Namun dengan perkembangan terbaru bila Ustaz Hadi mengatakan kerajaan perpaduannya bersama UMNO, Maka menurut mereka selama ini PAS menipu mereka hanya untuk mendapatkan undi kaum Cina. Ternyata PAS akan bersekongkol dengan UMNO yang nyata mengamalkan rasuah dan kronilism.

"Kami tarak mau undi PAS lagi", itulah kata yang terkeluar dari masyarakat Cina dan India ketika kami berborak mengenai politik.

Tidakkah PAS sedar yang mereka akan diperkudakan UMNO sekiranya ini menjadi kenyataan? Amat menghairankan bila Khairy Jamaluddin bersungguh2 mahu kerajaan perpaduan ini diteruskan. Ada udang sebalik batu rasanya bila kenyataan dari pemimpin UMNO ini yang dulu mengutuk tapi sekarang memuji pemimpin Pas bila kerajaan perpaduan ini di utarakan. -malaysiabiz-aloha

Tanpa Nama berkata...

ustaz Nasha habaq, perbicangan dengan UMNO. bukan mau tubuh kerajaan gabung dengan UMNO.

Haji Hadi pulak habaq, kerajaan perpaduan.

apa sebenarnya pimpinan PAS oiii??? hangpa nak tubuh kerajaan ke tak mau??

penulis berkata...

Suruh tutup perbincangan sebab nak elak misconception pun masih ada yang tak paham2 dan tuduh macam2.
Tak kisahlah sapa yang suruh tutup pun. TG Nik Aziz bukan suruh tutup. Dia kata join UMNO kerja tak betul. Mustafa Ali sendiri pun kata dia merayu bukan mengarah kerana dia tidak punyai kuasa.
Pasal Lim Guan Eng kata tipu tu, Mustafa Ali jelaskan TGHH dan Anwar dah berjumpa TGNA bercakap tentang kerajaan perpaduan tu dan mungkin dah assume DAP tau. Anwar pun ada dalam perbincangan, Anwar PR jugak kan? Tu zaman Abdullah lah. Betul tak betul wallahu a'lam. Betul Alhamdulillah, kalau tak, semoga lebih baik dari tu insya-Allah.
Salaam

Tanpa Nama berkata...

tidak ada perbincangan dalam PR ttg UG.

pertemuan di pjbt harakah asalnya bukan nak bincang ttg UG. tapi haji hadi sengaja buka cerita UG.

sbb tu semua buat tak layan. nik aziz pun tak layan. anwar lagi-lagi la tak layan.

PKR Wilayah

Tanpa Nama berkata...

saya harap ustaz berlapang dada dlm menerima pandanganm org lain...lihatlah naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataanya yg menyokong TGHH dengan berkata(harakahdaily.net) :

Idea pimpinan tidak rugikan parti, Pakatan Rakyat - Tuan Ibrahim Tuan Man
Azamin Amin
Wed | Jun 10, 09 | 9:47:33 am MYT
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - "PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternatif bagi rakyat." Iklan



Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan Pakatan Rakyat.

"Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada Presiden di samping mengikuti penjelasan darinya.

"Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya," kata Tuan Ibrahim dalam blog peribadinya.

Ramai yang membuat pelbagai tafsiran dan andaian apabila Presiden PAS mengutarakan gagasan Kerajaan Perpaduan namun katanya kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan.

Terdahulu, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecah-belahkan PAS.

"Kita harus faham sepak terajang media musuh, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh.

"Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan Harakah sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam Harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh," katanya yang dipetik daripada blog 'darigaunghati'. - azm/mks.

Al-Bakistani berkata...

ana tidak nafikan, idea kerajaan perpaduan ada hujjah syarii... pun begitu, apa yang ana tidak bersetuju, apabila idea ini tetap diperjuangkan dikala melahirkan keraguan kawan-kawan dalam pakatan rakyat... bahkan melahirkan keraguan ahl sendiri terhadap idea itu..

lebih-lebih lagi dengan dua kenyataan yang berbeda.. seperti kenyataan ustaz Nasha yang menyebut tidak ada pergabungan dengan UMNO.. tapi Tuan Guru Haji Hadi kata, nak buat kerajaan perpaduan... di sini macam ada some thing sahaja...nak buat kerajaan ke, tak nak buat kerajaan??

cadangan kerajaan perpaduan pula dilihat disokong oleh PAS dan UMNO, walaupun tidak sampai kepada perlaksanaan lagi...

pun begitu, cadangan ini ditolak oleh kawan-kawan dalam PR. DAP dan PKR pun nampak tidak tahu menahu dalam hal ini.. itu yang mensangsikan dan meragukan...

bahkan, jika kita interview kaum cina dan india tentang isu ini. kita akan nampak reaksi marah mereka terhadap PAS dalam isu ini.

disamping itu, tok guru nik aziz dah berkali-kali tegur jangan bicara lagi soal kerajaan perpaduan, tapi menyedihkan teguran tok guru tidak dihiraukan..

dalam satu majlis makan tenghahari bersama tuan guru Nik Aziz, ana satu hidangan dengan tok guru. sedang makan, tok guru berbicara ttg isu ini, dan menunjukkan reaksi yang tak menarik.

pada ana, ia bukan isu Kerajaan perpaduan ini bagus atau tidak, bercanggah dengan syariah atau tidak, tapi seharusnya dilontarkan dalam keadaan ia tidak melahirkan kesangsian ahli, malah kawan-kawan dalam pakatan rakyat terhadap isu ini..

tapi walaubagaimanapun, Alhamdulillah.. Cikgu Pa dah minta ia berhenti dari bercakap, dan ia pun diterima oleh Presiden dan Timbalan presiden...

tahniah diucapkan kepada pimpinan PAS atas kenyataan semalam...

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

sepatutnya, presiden perlu menjelaskan bentuk yang lengkap dikala melontarkan idea ini.

sebutkan, bagaimana bentuk kerajaan perpaduan ini. kalau jadi, PAS dapat menteri apa, PKR dapat menteri apa, DAP dapat menteri apa, UMNO dapat menteri apa, MIC, MCA, Gerakan, dll

dan dalam kerajaan perpaduan, siapa pula PMnya.. bagaimana mekanisma pembentukannya. dan banyak lagi...

barulah tidak mensangsikan ahli, juga kawan-kawan dalam pakatn rakyat.....

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

ANA pernah jumpa dengan seorang yang sebelum ini antikan kerajaan perpaduan... tetapi beliau akhirnya mengkagumi idea TGHH setelah mendengar penjelasan...kalau tak silap saya beliau bekas ( atau masih lagi?)pemimpin dari Perak ... begitu jugak sahabat saya ( seorang profesional ) yang sebelum ani menyokong golongan anti kerajaan perpaduan tetapi sekarang mengagumi dan percaya terhadap idea TGHH.... untk pengetahuan ustaz ... saya sebelum ini agak anti kerajaan perpaduan.. tapi setelah saya mendengar sendiri penjelasan TGHH saya rasakan idea TGHH amatlah sesuai dengan semangat al-quran dan Islam sendiri... iatulah Islam yang sebenar bersifat berlapang dada dan ingin membawa manusia kearah kebenaran ...bukankah di dalam al-quran selepas Allah menyuruh org Islam condong kepada pendamaian maka hendaklah mereka menyerahkan kepada Allah sekiranya penipuan dan tipudaya dilakukan oleh musuh... ilmu agama saya agak cetek maaf kan saya sekiranya saya berkhilaf dengan ustaz...

Tanpa Nama berkata...

maafkan saya ustaz... saya rasa ustaz tersalah faham tentang kerajaan perpaduan apabila ustaz katakan tentang ...apa menteri yang DAP, PKR dan PAS yang dapat....

Tanpa Nama berkata...

cuba ustaz layari laman web ini

http://adukataruna.blogspot.com/2009/06/punyalah-celaka-si-ulama-2.html

boleh ke kita kata celaka kepada ulama yang mempunyai niat yang murni melalui kerajaan campuran ... ini menguatkan lagi sokongan saya terhadap idea TGHH..

pasnational_unity berkata...

InsyaAllah, rakyat Malaysia memerlukan "Kerajaan Perpaduan" sebab rakyat Malaysia berbilang bangsa.Jika tak bersatu, sukar untuk melakar kejayaan yang gemilang buat rakyat tercinta.Apa yang penting bukan dengan UMNO/BN sebab merekalah yang memecahbelahkan masyarakat sejak sebelum zaman merdeka lagi.

"Welcome to the world of Unity"

"Memimpin Perpaduan"

Al-Bakistani berkata...

tindakan adukataruna adalah tidak wajar sama sekali

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

UG bersama PKR dan DAP tanpa mewujudkan UMNO.. itu amat setuju...

sekian

Al-bakistani

rakyatjelata berkata...

Biasa kalau tengok perlawanan bolasepak, yang duduk tepi padang selalu terlebih jerit pekiknya.Pengadil tak betul la,tak tau main la.Padang tak rata la..Kalau panggil suruh main sekali , baru ada akai..

Al-Bakistani berkata...

sudah ana bagitau dalam ulasan sebelum ini...

idea UG adalah idea yang baik, malah memang kena dengan konsep siyasah syariyyah, tetapi ia tidak relevan di masa kini.. kerana, ia akan melahirkan mudharat yang lebih besar..

mungkin di sama akan datang ia amat relevan...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Nak lontarkan idea yang besar-besar terutama tentang kerjasama atau ape bende sekali pun dengan UMNO perlulah dibawa berbincang dengan ahli-ahli PAS dan rakan-rakan dalam PR terlebih dulu. Yg Presiden PAS ni pun satu penyakit juga lontar idea lepas tu tak pernah explain menatang ape. Dibiarkan sesama kita bertengkar, berkelahi, berbalah ttg isu ini. Cerdik ke begitu?

Dalam celah-celah tu Tok Guru Nik Aziz suruh lupakan saja kerajaan perpaduan dia orang tak nak, bila mustafa Ali dan Nasha kata lupakan barulah setuju. Yang Mustafa Ali ni apa jawatan dalam PAS. Ilek!!!!!

muhammad berkata...

Salam,,

UG ini walaupun bunyinya bagus on paper, tp dlm iklim politik Malaysia sekarang ia masih belum sesuai dilaksanakan.

Kenapa?

BN masih memegang majoriti yg agak besar walaupun bukan 2/3. Umno masih parti yg paling banyak kerusi. Sebagai parti yg kerusinya tak banyak mana pun di parlimen,bahkan kurang dari PKR, hairan juga saya apabila presiden PAS mengemukakan cadangan ini. Lainlah kalau PR/Bn menang with a very slight majority dan PAS berada di tempat Umno- maksud saya, mempunyai kerusi yg paling banyak. Waktu itu PAS akan ada kelebihan atas UBN.

Saya juga ada keraguan dlm isu ini:

1. Mengapa sekarang? Kenapa bukan 2004, ketika PAS kalah teruk? kenapa isu penyatuan tidak ditimbulkan waktu itu, samada dr PAS mahupun Umno?

2. Kenapa tidak pastikan semua pimpinan dan ahli faham sebelum idea dikemukakan di peringkat PR?
Lebih penting lagi, kenapa parti lain dlm PR tidak diperjelaskan sedalam2nya tentang UG ini? Jika PAS betul2 serius ttg UG ni, buat kertas kerja. Present di peringkat parti dan PR. Pastikan semua parti dlm PR faham dulu baru bincang dgn UBN. Keraguan yg timbul skrg adalah punca dr usaha mereka yg telibat yg tidak bersungguh memberi penerangan kepada PR ttp sebaliknya berbincang dgn Umno! (ingat, mereka yg mencadangkan UG dan berbincang secara rahsia dgn Umno adalah org yg sama).

UG ini walaupun bunyinya bagus on paper, tp dlm iklim politik Malaysia sekarang ia masih belum sesuai dilaksanakan.

Kenapa?

BN masih memegang majoriti yg agak besar walaupun bukan 2/3. Umno masih parti yg paling banyak kerusi. Sebagai parti yg kerusinya tak banyak mana pun di parlimen,bahkan kurang dari PKR, hairan juga saya apabila presiden PAS mengemukakan cadangan ini. Lainlah kalau PR/Bn menang with a very slight majority dan PAS berada di tempat Umno- maksud saya, mempunyai kerusi yg paling banyak. Waktu itu PAS akan ada kelebihan atas UBN.

Saya juga ada keraguan dlm isu ini:

1. Mengapa sekarang? Kenapa bukan 2004, ketika PAS kalah teruk? kenapa isu penyatuan tidak ditimbulkan waktu itu, samada dr PAS mahupun Umno?

2. Kenapa tidak pastikan semua pimpinan dan ahli faham sebelum idea dikemukakan di peringkat PR?
Lebih penting lagi, kenapa parti lain dlm PR tidak diperjelaskan sedalam2nya tentang UG ini? Jika PAS betul2 serius ttg UG ni, buat kertas kerja. Present di peringkat parti dan PR. Pastikan semua parti dlm PR faham dulu baru bincang dgn UBN. Keraguan yg timbul skrg adalah punca dr usaha mereka yg telibat yg tidak bersungguh memberi penerangan kepada PR ttp sebaliknya berbincang dgn Umno! (ingat, mereka yg mencadangkan UG dan berbincang secara rahsia dgn Umno adalah org yg sama).

3. Adakah PAS sedar bahawa sokongan besar rakyat terutama dr non-muslim bukannya sebab merka faham perjuangan PAS tetapi kerana mereka menolak Umno? Reaksi rakyat terhadap UG adalah buktinya.

muhammad berkata...

Respon kepada respon kepada UG juga menimbulkan lebih byk tanda tanya.

1. Kenapa Mustafa Ali yg beri jawapan? bukankah idea UG itu "dilontarkan oleh Presiden PAS "? Mustafa bukan Presiden, Timbalan, Naib atau Ketua Penerangan pun.

2. "Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut."

Dimaklumkan dan difahamkan oleh siapa? Mustafa, anda nampaknya memberi jawapan bg pihak TGHH, jadi andalah yg sepatutnya lebih maklum ttg siapa yg tahu dan siapa yg tidak tahu.

Azman berkata...

Salam semua.

Takpelah, yg sudah tu sudah. Lain kali jgn cepat sgt melatah, kita dok dlm gerakan Islam, tp berkenderaankan politik....kekadang ilmu kita, pemikiran kita tak sampai tahap pemikiran pimpinan.

Kalau rasa-rasa musykil dgn sebarang kenyataan pemimpin, rileks, jgn kelam-kabut, tunggu penjelasannya. Jangan cepat sgt melatah, sekarang ni ada blog, jgn cepat sgt memblog :-) Pesan abah aku sejak kecik, kalau tak tau, dok diam2, nanti org tau kita tak cerdik bila buka mulut.

Timbulkan rasa resah, tanda soal di kalangan rakan2 PKR? bagus perkara ni sbb bila tiba masanya nak dijelaskan dan diperincikan, tentu semua akan betul2 pasang telinga. Kalau rakan di PKR & DAP yg melenting, tulis bukan2, boleh maaf le gak, ni dok dalam Pas lama, ilmu banyak, meloncat jugak macam depa..sudah tukar ka??

Mintak maaf ye, tulis macam ni, bukan marah, tp sayang. Semua dlm PAS ni ada kelebihan masing2, tidak ketinggalan juga kekurangan termasuk jugak aku. Kalau silap, tak salah minta maaf, tak jatuh maruah kalau mengaku silap. Kan Allah Maha Pengampun.

Yang sudah tu sudah, kita tengok ke depan macam mana nak teruskan kerja, OK!

Tanpa Nama berkata...

ye la tu... biaq pimpinan keluaq idea sesuka hati... biaq hancuq binasa dulu parti... baru nak tarik...

cerdik punya pimpinan.... kalau ada ustaz Fadhzil Nooq... mesti benda macam ni tak berlaku....

Tanpa Nama berkata...

hangpa yang sokong kerajaan Perpaduan.. hangpa wajib baca ni..

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/06/perpecahan-pas-kini-paling-buruk-sejak.html


buka sikit minda jumud hangpa tu... tak pasai-pasai PAS nak melingkup..dok pertahan sangat idea ntah hapa-hapa ntah...

nak tunjuk cerdiq pun.. jangan sampai melingkup parti....

yang hangpa penyokong pun. pakai terima jaa... akai ada ka???

mentang2 dia tok guru... hangpa pakai terima... hangpa ingat malaikat kaa??? ka hangpa ingat dia nabi???

Tanpa Nama berkata...

Wan Ji ahli golongan yang buat kerja-kerja bodoh dalam PAS. tidak disangkal lagi.