Ahad, 21 Jun 2009

MUZAKARAH SULIT??


MUZAKARAH SULIT??

Abdullah bin Masud R.A berkata, bersabda Nabi SAW;

إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ صَاحِبِهِمَا

Maksudnya;
"Apabila kamu bertiga, maka jangan dua kalangan kamu berbisik-bisik tanpa satu lagi
[1]"

Dari hadis ini, kita dapati nabi SAW melarang berbisik-bisik antara dua kawan dikala hadir orang yang ketiga. Larangan itu bersebab, dibimbangi melahirkan keraguan dari pihak yang ketiga terhadap bisikan antara dua pihak tersebut.

Berkenaan dengan isu muzakarah, ia adalah satu tuntutan dalam islam. Pun begitu, dalam kes PAS dalam PR yang terdiri dari dua parti bersama, iaitu PKR dan DAP, tindakan bermuzakarah secara sulit-sulit dengan UMNO adalah tindakan yang bercanggah dengan islam.

Tindakan ini akan melahirkan keraguan PKR dan DAP terhadap PAS, lebih-lebih lagi PAS yang amat sinonim dengan parti yang didominasi oleh orang melayu sepertimana UMNO.

Justeru, muzakarah bukanlah larangan dalam islam, malah ia adalah tuntutan. Tetapi, muzakarah yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi adalah larangan, kerana ia melahirkan keraguan dalam diri sahabat dari PKR dan DAP.

Yang lebih penting diingati, UMNO adalah parti yang sedang kelemasan. Orang yang terdesak, sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan diri mereka. Makanya, tindakan melakukan muzakarah dengan UMNO perlu berhati-hati, kerana dibimbangi ia merupakan perangkap yang dilancarkan untuk memecah belahkan antara parti PR sepertimana sejarah dalam Barisan Alternatif terdahulu.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
22 jun 2009 * 2:42 pagi


[1] Sunan At-tarmizi : 2751.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Syeikh bincang bab lain la. Banyak lagi masalah umat yang enta boleh juarai dengan kemas, mantap, tenang dan jarang orang lain sentuh.

Ok aje kalau enta fokus kepada hiburan Islam, tafsir ayat ahkam dan uslub da'wah kepada ghair muslimin yang pernah enta juarai.

Lebih-lebih sangat, nampak macam ada imbuhan pulak.

Wallahu a'lam- Puchong.

Tanpa Nama berkata...

CUKUP-CUKUP LAH... Tunggu pimpinan selesaikan hari ni....
kalu tak puas hati juga ...kita tubuh parti baru. ROS tak ada masalah utk luluskan parti-parti yg tak puas hati dengan PAS

Al-Bakistani berkata...

kalau ana tulis ttg golongan yang "kearah UMNO". ana dituduh dapat imbuhan...

sebelum isu UMNO ini timbul, ana ada tulis ttg ustaz harun taib, haji hadi dll, kenapa tak cakap ana dapat imbuhan sama???

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

orang lawan UG mesti depa habaq dapat imbuhan. orang yang sokong UG pula tak dapat imbuhan ka??

kalau hangpa pakai teori lagu tu. aku nak habaq. tantawi pun dapat imbuhan kot? nasha dapat imbuhan kot? nampak pertahan sangat UG tu...

mat baling

Tanpa Nama berkata...

iye ustaz..... rasanya cukuplah tu kita dok highlight bab UG nie.... sama2 kita tunggu apa keputusan kepimpinan dan sama2 berdoa ... moga sinar cerah kekal ke akhirnya...

sekian
AWEALI

Al-Bakistani berkata...

harapannya juga. sebarang muzakarah sulit dihentikan dengan kadar yang segera.

sekian

Al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

Sheikh,

Orang nampak macam anta dapat imbuhan sebab dulu anta juga yang kritik gerakan jim/irc/alami dalam PAS..

kemudian selepas orang tak boleh terima sikap anta di kawasan, anta merajuk keluar kononnya memberontak...

Lepas tu kerja dengan anual bakri yang sangat kontroversi dalam siri (pembantu2 sesat)dan dapat upah dari dia.. kira jaga periuk nasik juga laa ni...

One G ni ialah - orang yang asal dari keluarga UMNO, pernah cenderung dengan tabligh, sangat kagum dengan JI.. dan balik baru terlibat dengan PAS.. tak pernah menyerap dengan tarbiyah PAS secara sempurna...

Sebab tu sikap dia tidak konsisten.. ada masa keras tak bertempat.. ada masa liberal tak bertempat.. ada masa pening tak bertempat.. sudahlah tu...

Al-Bakistani berkata...

nak kata apa pun kat ana, ana tak kisah.. yang penting bagi ana.. ana benci UMNO...

kalau JIM sokong UMNO.. JIM memang celaka. kalau ABIM sokong UMNO.. ABIM pun celaka. kalau sebilangan ulama yang sokong UMNO.. itu ulama celaka... mereka seperti Nakhai, Firdaus dll...

kalau Ahli parlimen sokong UMNO, dia ahli parlimen yang celaka... tidak kira dari parlimen mana sekalupun dia, hatta padang terap sekalipun....

Sbb, UMNO candukan agama Islam. UMNO sialkan bangsa melayu. UMNO haprakkan bangsa cina dan india.

UMNO jijik dan kotor !!!!

sekian

Al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

cukuplah wan ji ... anta carilah isu yg lebih bermanfaat .... isu ini mmg manfaat tapi lebih diam dulu.... tunggulah pertemuan ukkhuweah diadakan... ana nampak anta ni dah sampai peringkat agak melampaui .. ana pun kawan anta juga yg selalu gelak sama-sama .. ana menyanjungi anta dalam bab dakwah tapi ana merasakan anta agak ' berlebiha ' dlm membicarakan isu UG ... bor lah bincang isu UG ni ... anta pernah tak call Ustaz Harun Taib 2 - 3 hari ni utk dapat penjelasan? tak kan nak suruh Us Harun call anta plak ... pastu ana nak nasihatkan anta sbg seorang rakan karib agar ... senantiasa bermuhasabah dan kalau boleh dekatkan diri dgn Allah serta lakukan istikharah dalam setiap posting yg anta nak postkan.... ana bukan nak mengajar ... tapi ana rasa itu adalah jln yg baik...lagipun TGNA sekarang ini nampaknya dah mula memahamoi hasrat TGHH dan Ustaz Nasha ...WaAllahua'lam

Tanpa Nama berkata...

tu la...sudah sudah la tu...jgn mengeruhkan lagi keadaan... kita tunggu arahan rasmi pimpinan... dua-dua Tok Guru adalah sama hebat... kita tunggu hasil daripada pertemuan ukhuwah 2 Tok Guru dan pimpinan tertinggi....

Tanpa Nama berkata...

iyeerr... kita tutuplah dulu topik
UG nie....jgn sampai sesama kita pula memaki hamun..... kita sabar dan tunggu apa keputusan pimpinan.
Spt kata ust idris dlm harakah daily.

"Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.
Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita."

Jadi kita sabar dan sama2 tunggu keputusan pimpinan....moga sinar cerah kekal ke akhirnya..

sekian
AWEALI

org kelantan berkata...

Betul tu... sokong 10000% sebab hari Allah telah buka jalan yang seluas-luasnya kepada kita kebenarannya... Allah telah tunjukkan kepada kita segala-galanya... semuanya bermula dari sikap kita yg tidak sabar dan cepat melatah... Marilah kita tautkan kembali kasih sayang sesama jemaah, segala sangka buruk selama ini kita tolak bagi kat umno... TGHH dan PR dah buat statement... Allah telah campakkan kasih sayang kepada Tok Guru dan pimpinan kita... Sama-sama kita doakan agar Pas tetap utuh dibawah kepimpinan Ulamak. TGNA dan TGHH sama2 memimpin Pas menuju kerehdaan Allah. Bertaubatlah bagi mereke2 yang telah sangka buruk kepada Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Presiden Pas, Timbalan Presiden Pas dan pimpinan Pas yang lain termasuk ana sendiri... usah ada lagi yg kembali berperanan untuk mengeruhkan keadaan. Insya Allah selepas ini, jika timbul lagi hal semacam ini, Allah pasti laknat mereka kerana menyebarkan api fitnah... sama-samalah kita bertaubat dan bermuhasabah... kembalilah kita kepada mentaati kepimpinan yang telah sama2 kita persetujui bersama... buang yang keruh ambil yang jernih... Pasti jemaah kita sentiasa dirahmati dan diberkati...

Al-Bakistani berkata...

tahniah pimpinan PAS dan PR atas keputusan yang dikeluarkan pada hari ini...

jangan lagi ada sebarang kenyataan berkaitan dengan UG.. tinggalkan dia sebagai bahan sejarah.

bersama kita berusaha kembalikan keprrcayaan rakyat - khususnya non muslim - terhadap PAS yang dilihat ragu2 dengan PAS ekoran tragedi hitam ini...

mudah-mudahan sebelum kita mati, kita dapat melihat kerajaan islam di malaysia akan terbina...

amin ya rabbal alamin...

sekian

Al-bakistani

Syeikh YB berkata...

ok la tu saudara.semenjak isu UG aku nyampah ngan nasa.tapi kini aku merasa sayang berputik kembali buat us nasa mengenangkan kepentingan jamaah.ada ketika marah, ada ketika sayang.

Al-Bakistani berkata...

yap.. inilah namanya, marah-marah sayang... disebbakan sayang, kita marah....

sekian

Al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

dgn apa yg berlaku mebuktikan bahawa ustaz nasa bukan jenis org yg mudah melentin....aaku tabik kat nasa .... anda dah berjaya buktikan sifat Islam yg sebenar...tahniah kepada anda..anda dah lepasi ujian kelayakan ...