UMNO NAK AJAR ISLAM KAT TOK GURU???
Sinar Harian hari ini melaporkan, Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Kamal saidin menyifatkan Tok Guru NIk Abdul Aziz yang menolak kerajaan perpaduan adalah sama seperti menolak ayat Al-Quran.
KOMEN:
Nampaknya, puak-puak munafiq ini sudah mula nak ajar tuan guru nik aziz tentang ayat Al-Quran. Islam tidak pernah ajar dasar nasionalis yang diperjuangkan oleh UMNO. Malah, dalam hadis. Pemikiran asobiyyah seperti perjuangan UMNO adalah pemikiran yang ditolak.
Sabda Nabi SAW;
لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ
Maksudnya;
"Bukan dari kalangan kami mereka yang kempen/menyeru kepada asobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang berperang atas dasar asobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar Asobiyyah[1]"
Dalam menafsirkan maksud Asobiyyah, tuan kitab "aun mabud menyebut;
مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِم
Maksudnya;
"mereka yang menyeru manusia kepada perhimpunan atas asobiyyah adalah mereka yang memberi pertolongan kepada orang zalim[2]"
Asobiyyah adalah fikrah perkauman, kedaerahan, keteaman, kegroupan dan sebagainya sehingga sampai satu tahap menafikan kebenaran.
Perangai asobiyyah ini wujud pada UMNO. Ekoran itulah, mereka sanggup menolak islam, mencandukan agama, menafikan hak manusia, menangkap manusia dalam ISA dan sebagainya, semata-mata kerana mahukan semangat kemelayuan mereka ini dibangunkan disamping menghaprakkan bangsa selain melayu.
Justeru, sebelum UMNO mahu mengajar Tuan Guru Nik Abdul aziz tentang ajaran Al-Quran, sewajibnya UMNO tukar dahulu dasar parti sesat mereka, daripada kekufuran kepada Islam.
Sekian
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Kota damansara
22 Jun 2009 * 1:48 petang
[1] Sunan Abi Daud : 4456.
[2] Aun Al-Ma'bud : 11/161.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan