Isnin, 3 Ogos 2009

KENAPA ANTI-ISA SAHAJA YANG KENA??

KENAPA ANTI-ISA SAHAJA YANG KENA??

Boleh dikatakan semua akhbar, sama ada bercetak ataupun alam maya, melaporkan tentang berita tangkapan terhadap mereka yang terlibat dengan demonstrasi di Kuala Lumpur pada hari sabtu baru-baru ini.

Demonstrasi tersebut, bukan sekadar melibatkan kepada golongan yang anti-ISA, malah Pro-ISA pun sama terlibat dalam demonstrasi yang didakwa perhimpunan haram itu.

Persoalannya, mengapa golongan anti-ISA sahaja yang kena tahan sehingga ada yang dikenakan bayaran jaminan sebanyak RM 5 ribu, seperti Ahli parlimen Subang, Sivarasa. Sebaliknya pula, tidak kedengaran langsung berita tentang tahanan terhadap golongan pro-ISA.

Justeru, keadaan ini sudah membuktikan bagaimana benarnya dakwaan bahawa yang datang dari UMNO/BN, tidak akan dikenakan sebarang tindakan, tetapi semua yang datang dari Pakatan Rakyat, pasti akan wujud berita tentang tekanan.

Jika dirujuk kepada hadis Nabi SAW, baginda pernah menyebut bahawa antara punca kebinasaan golongan terdahulu ialah, apabila wujud double standard dalam sesuatu perlaksanaan hukuman. Keadaan yang sama juga berlaku pada rakyat Malaysia kini.

Apakah ini petanda yang paling nyata, bahawa umur kematian UMNO/BN sudah hampir tiba???

Itulah yang aku harapkan selama ini..

Sekian

Baca sama;

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 ogos 2009 * 3:50 pagi


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sbb anti isa xdgr ckp.. degil... ikot kt pemimpin mereka.. last2 mereka yg kn tggp.. yg ketuanya... ha...ha... gelak..

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik aku tak pergi demo hari tu. Orang Cina India yang kena Isa tak ada sebok pun nak berdemo. Melayu pulak yang lebih-lebih.