Ahad, 23 Ogos 2009

PAS DAN PKR PERLU ADA “IMUNITI” !!


Tamar, Buah tin dan zaitun adalah antara pemakanan dilazimi oleh Nabi SAW yang boleh menambah imuniti badan


PAS DAN PKR PERLU ADA “IMUNITI” !!

DUN Permatang Pasir sedang mengadapi pilihanraya kecil disebabkan kematian ADUN PAS. Keadaan yang sama juga berlaku di parlimen bukit gantang dan DUN Manik urai.

Adapun PKR, banyak DUN atau parlimen yang tumbang dan dipilihanrayakan bersebab ”lompat”, dan juga tuduhan skandal rasuah.

Dikhabarkan, salah satu ADUN PKR di selangor pun sedang menunggu masa untuk menjadi ”katak”. Tan Sri Khalid pun sudah pesan kepada ADUN berkenaan, sama ada meletakkan jawatan atau kekal sebagai ADUN dengan bertanggungjawab menunaikan segala hak rakyat.

Dilihat perbedaan antara PAS dan PKR, kedua-dua parti ini ada mempunyai masalah ’imuniti”.

Dalam ilmu perubatan, ”Imuniti” diterjemah sebagai ”sistem pertahanan badan”. Sesuatu penyakit susah untuk kena pada badan manusia yang mempunyai imuniti yang tinggi.

Dilihat PAS dan PKR mengadapi « imuniti » ini. Kelemahan imuniti PAS, ramai YB-YBnya mempunyai penyakit. Ekoran itu, banyak yang kembali ke rahmatullah di kala sedang menjadi YB. Akibatnya, berlakulah pilihanraya kecil.

Adapun di pihak PKR pula, mereka mempunyai imuniti pada YB-YB yang agak kurang istiqamah dalam melakukan perubahan politik di Malaysia. Mereka sanggup lompat ke parti UMNO/BN yang sesat menyesatkan itu, kononnya tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim yang merupakan ketua umum PKR.

Apabila kelemahan ”imuniti” ini wujud dalam YB-YB PAS dan PKR, menyebabkan pilihanraya kecil selalu sangat berlaku.

Dicadangkan di masa akan datang, agar pemilihan seseorang untuk menjadi calon pilihanraya daripada parti PAS dan PKR terdiri dari mereka yang mempunyai ”imuniti” yang tinggi, sama ada dari sudut keistiqamahan untuk mengadakan perubahan, juga dari sudut kesihatan.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
23 ogos 2009 * 3:15 petang

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

“Adalah tidak mustahil nasib politik pro-Islam akan dipersia-siakan apabila pentadbiran kuasa tidak berada dalam tangan mereka. Sekalipun mereka yang membantu kenaikan kuasa politik berkenaan.

Dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.


Malangnya, Jamal ‘Abd al-Nasir yang pernah berbai’ah dengan wakil Hasan al-Banna dan berjanji setia untuk membela Islam itu berubah sama sekali setelah menjadi Presiden. Dia yang mengetahui banyak rahsia-rahsia pergerakan al-Ikhwan telah menggunakan ‘kepakarannya’ itu untuk memusuhi al-Ikhwan habis-habisan.

Ramai pemimpin al-Ikhwan yang ditangkap dan dibunuh. Dialah juga yang menggantung Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Dari seorang teman yang dibantu, menjadi musuh yang memburu. Sebabnya, kerana pemimpin al-Ikhwan tidak berhati-hati melihat kepercayaan dan dasar yang dipegang oleh Jamal ‘Abd al-Nasir yang seakan memakai ‘baju pro-Islam’ pada peringkat awal.

Namun, apabila menjadi Presiden, dia telah menanggal baju tersebut dan jelaslah akidah sebenar yang dianutinya iaitu ‘pro-sosialis’ dan dia sebenarnya talibarut Soviet Rusia. Memang, Soviet Rusia akhirnya menjadi begitu rapat dengan Mesir, bahkan Soviet telah menjadi kiblat pentadbiran sosialis Jamal ‘Abd al-Nasir.

Terbukti tuduhan terhadap Jamal sebelum itu bahawa dia ‘tali barut’ Soviet Rusia adalah benar. Topeng Islamnya adalah mainan politik. Jamal yang terkenal dengan slogan dan kepetahannya telah menjadi idola masyarakat ‘Arab. Sementara Al-Ikhwan terpaksa membayar harga kesilapan itu dengan menjadi kelompok yang paling ditindas dan diseksa.

Akhirnya, al-Ikhwan terpaksa berjuang dengan airmata, penjara dan darah berhadapan dengan seorang Presiden yang memegang tampuk kuasa dengan bantuan mereka sendiri.

Alangkah baiknya, jika para pencinta Islam berhati-hati dalam langkah-langkah mereka. Jangan sampai suatu hari mereka terpaksa bertempur dengan musuh yang ditegakkan oleh mereka sendiri. Musuh itu pulak akan lebih licik kerana banyak mengetahui rahsia mereka.

Kemenangan Islam mestilah melalui denai dan lorong yang diredhai oleh Islam. Jika kita melalui jalan yang asing bersama orang lain, mungkin orang lain akan sampai ke destinasinya, tetapi kita akan tersesat jalan.

Ingatlah selalu firman Allah yang memberi amaran kepada baginda Nabi s.a.w agar tidak terpengaruh dengan tawaran kemenangan segera tanpa melalui jalan yang diredhai Allah. Firman Allah:

(maksudnya) Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentulah mereka menjadikan engkau sahabat karib. Dan kalaulah tidak Kami tetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh penolong pun terhadap hukuman kami. (Surah al-Isra`: 73-75).

Ustaz, Bagaimana kita hendak mengelakkan apa yang telah berlaku kepada ikhwan dari terkena kepada kita?? Mungkin ini antara sebab beberapa sahabat kita yang menolak 16 september anwar...Tapi kita pun tak boleh syak yang buruk pada org...sekadar mengambil iktibar..Us fadhil noor pun letakkan anwar sbg PM jika BA memerintah..

Al-Bakistani berkata...

pada ana, yang paling penting kita fikirkan adalah, "menangkan islam, bukan mahu menangkan parti"

apabila kita berjuang hendak menangkan islam, kita akan gunakan segala kebijaksanaan yang mungkin untuk menangkan islam. tetapi, apabila kita mahu menangkan parti, kita akan bertindak beralasan sentimen. apabila keadaan ini berlaku, menyebabkan kesentimenan kita yang melahirkan kebencian rakyat kepada kita, seterusnya kita tidak mencapai kejayaan.

mungkin kita kena belajar kesilapan Masyumi ketika bersama-sama melawan penjajah bersama bung karno. mungkin kesilapan mereka, apabila mereka mengenepikan luahan perasaan anak muda yang bernama Ahmad Wahib. jika mereka tidak mengenepikan luahan anak muda itu, dijangka Masyhumi akan menjadi parti yang memerintah di Indonesia, kerana di terima rakyat jelata...

sekian

Al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

Saya berminat nak baca buku tersebut karangan Ahmad Wahib, bagaimana bisa saya perolehinya ? Boleh tuan photostat dan pos kepada saya dan saya bayar ongkosnya ? Syukran

Al-Bakistani berkata...

buku ahmad wahib boleh didapati di pasaran. seperti MPH, Popular dll..

tajuk buku : pergolakan pemikiran islam.

banyak artikle-artikle provokasi yang dikemukakan oleh Ahmad wahib, tetapi mendapat tentangan masyumi ketika itu.

akhirnya, apa yang masyumi lakukan selepas bung karno menguasai politik, sama seperti apa yang terungkap melalui tulisan-tulisan ahmad wahib.

ternyata, ahmad wahib seorang filosofi muda indonesia yang bernas.

"tuhan bukan daerah terlarang untuk berfikir" pesan ahmad wahib.

Al-Bakistani

adam berkata...

imuniti kesihatan???? hidup mati Allah yg tentukan..bukan kamu utk mpertikai!!!!

imuniti istiqamah PKR itu yg perlu ditekankan..gila harta dunia! PKR beban PR!!

Tanpa Nama berkata...

Gerakan Islam mudah disepak.

Nak juga melihat PAS disepak oleh DAP+PKR suatu masa nanti, sebagamana BN sepak PAS.

Tak percaya. Kita lihat siapa yang kena.

apa pandangan ustaz?

wan ziarahsufi

Al-Bakistani berkata...

kematian memang ketetapan Allah, tetapi berubat ketika sakit adalah tuntutan syarak.. jika tidak, kita disebut sebagai jabariyyah, bukan ahli sunnah wa al-jamaah.

begitujuga pemilihan calon untuk pilihanraya...

kita bukan aqidah jabariyyah, kita ahli sunnah wa al-jamaah.

kalau jadi muktazilah, lainlah..

sekian

wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

pada ana senang sahaja, PAS kena jadi parti inspirasi rakyat.

rakyat malaysia kini sudah cerdik. mereka sudah celik maklumat. mereka sudah tahu mana yang betul, mana yang tidak betul.

rakyat malaysia akan menolak pihak yang mengkhianati. jika PAS mengkhianati, mereka akan tolak PAS. kalau PKR khianat, mereka akan tolak PKR, begitujuga DAP.

justeru, jangan khianat amanah rakyat. jika PKR nak khianat PAS, rakyat akan melihat. begitjuga DAP.

apabila rakyat lihat PKR khianat PAS, sudah pasti rakyat akan tolak PKR. apabila keadaan ini berlaku, Pas mendapat sokongan rakyat...

yang paling penting sekarang ni, kita kena ambil inspirasi rakyat. kerana, sekarang ini kita berperang dalam medan demokrasi, bukan medan peperangan..

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

OOH.. maksud ustaz pendekatan kita kena byk berubah.. Gerakan islam seperti ikhwan dll perlu mereformasi pendekatan mereka agar memenangi sokongan rakyat... Biar pas disepak yang penting Islam dijulang...sebab Pas bukan matlamat tapi Islam matlamat kita...mungkin pendekatan perjanjian hudaibiah boleh dirujuk dalam hal ini...Jangan terlalu keras tapi perbanyakkan dakwah dan penerangan..kalau shbt nabi SAW pun Allah suruh diorg tinggalkan minum arak perlahan2,apatah lagi org2 macam kita yang tidak mantap iman seperti sahabat nabi..Jadi, biar perlahan2 yang penting matlamat tercapai.. Ana dah faham apa yang ustaz maksudkan..

Tanpa Nama berkata...

salam,

ust 0ne g, perlu juga di pru 13 nanti bhw satu calon perlu bertanding satu tmpt shj.cth: tg hj hadi punya kerusi dun dan parlimen.ini sgt merbahaya.jika tg haji hadi wafat, akan 2 prk.ini merugikan.

Ini sudah dibuktikan apabila ust fadil noor wafat.2 prk diadakan serentak.dari menang 2 kerusi pru kita cuma menang 1 shj kerusi dlm prk.harap utz one g bawakan pekara ini kpd atasan.satu calon hanya satu kerusi.jgn tamak.jgn nak kata ini strategi.satu calon satu kerusi perlu jadi polisi kpd pas dan pakatan rakyat.