SELCAT : KENAPA ADA YANG TERKUJAT?
Dalam pemerintahan Dinasti Han Timur, ada seorang lelaki jujur bernama Chen Sin. Dia amat terkenal dengan ketegasannya dalam mendidik anak-anaknya dengan pendidikan moral.
Suatu malam, sewaktu Chen Si hendak tidur, dia ternampak seorang pencuri sedang menyusup masuk ke dalam rumahnya. Melihat kehadiran pencuri tersebut, dia tidak terus menengking pencuri itu, sebaliknya memanggil semua anak-anaknya supaya berkumpul.
Apabila semua anak-anaknya berkumpul, Chen Si terus menyampaikan satu pesanan moral kepada anak-anaknya. Pencuri yang pada asalnya hendak mencuri dalam rumahnya tidak terus bertindak mencuri, malah memerhatikan tindakan Chen Si, dan mendengar segala pesanan-pesanan yang mahu diberikan oleh Chen Si kepada anak-anaknya.
Banyak pesanan yang disampaikan oleh Chen Si. Semua anak-anaknya memerhatikan dengan penuh minat, termasuk pencuri yang sedang menyusup masuk ke dalam rumahnya.
"semua manusia tidak dilahirkan sebagai pencuri, tetapi dia menjadi pencuri kerana terpengaruh dengan perilaku buruk atau tabiat jahat orang-orang sekitarnya" antara isi pesanan Chen Si kepada anak-anaknya.
"Apabila seseorang itu telah menjadi pencuri, hendaklah dia berhenti dari mencuri, kerana orang yang mencuri itu tidak mempunyai perinsip hidupnya sendiri, tetapi dia meniru budaya jahat dari orang lain" Chen Si mengakhiri pesanan.
Mendengar pesanan dari Chen Si yang mengandungi seribu satu sindiran, menyebabkan pencuri tersebut merasa insaf. Lalu, dia meloncat naik ke atas rumah Chen Si, dan meminta maaf atas kesilapannya yang mahu mencuri di rumah Chen Si itu.
TERASA DENGAN KENYATAAN
Dalam kisah di zaman Dinasri Han Timur ini, kita dapat fahami, bagaimana seorang pencuri itu terasa hati dengan pesanan yang disampaikan oleh Chen Si sehingga dia merasa insaf.
Keadaan ini agak tidak sama berlaku di Selangor, setelah dilakukan oleh Selcat terhadap beberapa DO-DO dalam negeri Selangor yang melibatkan penyelewengan banyak harta-harta rakyat yang dilakukan oleh banyak YB-YB UMNO/BN semasa mereka menjadi kerajaan di negeri Selangor terdahulu.
Menurut maklumat, ada sebilangan DO-DO sanggup meluluskan wang rakyat negeri Selangor kepada pimpinan-pimpinan UMNO/BN tertentu, waimma setelah dibubarkan Parlimen.
Seperti yang diketahui umum, mana mungkin wang rakyat akan diluluskan oleh mana-mana DO setelah diminta oleh YB sesuatu DUN, jika parlimen/DUN sudah dibubarkan. Ini kerana ketika parlimen/DUN sudah dibubarkan, tidak dipastikan dari parti mana yang akan menjadi kerajaan pula selepas itu.
Justeru, tindakan meluluskan wang rakyat kepada pimpinan UMNO/BN selepas pembubaran parlimen/DUN merupakan satu jenayah yang wajar dibenteras.
Malah dimaklumkan juga, ada beberapa siri siasatan Selcat di Selangor, didapati banyak wang-wang rakyat digunakan untuk kegunaan parti UMNO, seperti perbelanjaan pilihanraya, juga pembinaan dewan-dewan UMNO.
Nampaknya, wang pembayaran cukai oleh rakyat selangor selama ini, banyak digunakan untuk kegunaan parti UMNO, waimma wang cukai itu adalah hak semua rakyat selangor, termasuk mereka yang tidak berpartikan dengan parti UMNO – Laknatullah alaihim Ajmain.
Penyelewengan ini telah berjaya terbukti dengan pendedahan para DO-DO sendiri, menyebabakan ramai pimpinan UMNO/BN yang gelabah, dan melatah. Makanya, banyaklah berlaku tentangan dari sebilangan pimpinan UMNO/BN, malah mereka sanggup mengadakan beberapa provokasi bagi mewujudkan protes pihak penjawat awam terhadap kerajaan Selangor pimpinan pakatan rakyat sekarang.
Para penjawat awam kerajaan tidak perlu bimbang dan takut jika mereka melaksanakan tugasan mereka dengan betul dan tepat. Tetapi, jika sebaliknya yang berlaku, menandakan ada sesuatu yang tidak kena.
Yang peliknya, mengapa pegawai Daerah Klang dilihat agak kelainan sedikit selepas siasatan terhadap beliau dilakukan? (sila baca)
Setelah beliau dikenakan siasatan, beliau mengeluarkan banyak kenyataan yang melahirkan banyak persoalan dalam pemikiran orang yang membaca kenyataan beliau itu. Lebih-lebih lagi, kenyataannya itu disokong dan didokong oleh Khir Toyo, ketua pembangkang yang tengah terpalit dengan banyak skandal, terutama istananya yang berharga RM 24 juta.
Lebih mensangsikan lagi, apabila pegawai Daerah yang nampak menggelabah ini datang dari klang, tempat yang terkenal dengan seorang ahli politik yang bernama Dato' Z, yang amat terkenal dengan skandal rasuah dan penyelewengan duit rakyat.
Entahlah... mungkin inilah yang membedakan antara pencuri di zaman dinasti han timur yang tidak beragama islam dengan pencuri di zaman UMNO yang mendakwa beragama islam.
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Jerteh, Terengganu
20 september 2009 * 11:19 pagi
3 ulasan:
salam
he he Hassan Ali kan ke bekas PTD jadi darah daging PTD tu masih mengalir sudah semesti dia membela PTD (Pegawai tadbir dan Diplomatik). Sesuatu yang agak pelik tentang kenyataannya mengenai SELCAT samada jahil atau ingin mencari populariti atau ...... Seperti kata YAB Menteri Besar Selangor hal ehawal DUn mestilah diuruskan oleh ADUN. Entah pelik le Dato Hassan Ali tak kan bekas PTD yang pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah BTN tak faham undang-undang.
Tuan,
Mudah-mudahan tuan tidak menggunakan kalimah laknat melainkan ke atas siapa yang dilaknat oleh Allah dan RasulNya.Selebihnya terpulangla kepada tuan sama ada untuk menulis apa-apa yang tuan rasa baik untuk agama dan dunia tuan.Terima kasih.
Al Bakistani sudah anggap dirinya sama dengan tuhan, boleh sesuka hati melaknat orang yang tidak sealiran dengannya. Kalau ye pun taksub kepada Cina yang kafirun itu, telitilah dan kajilah dulu luahan hati hassan ali, orang yang berada dalam pimpinan tertinggi negeri selangor, orang PAS seperti saudara dan orang Islam seperti saudara yang sujud pada kiblat yang sama seperti saudara..mengapa saudara lebih percaya kepada orang yang tidak sujud kekiblat yang sama dengan saudara.
Catat Ulasan