Isnin, 12 Oktober 2009

BERDAKWAH DI KALANGAN PENGKAGUM ADAT


BERDAKWAH DI KALANGAN PENGKAGUM ADAT

“biar mati anak, jangan mati adat” satu ungkapan bagi mereka yang sangat mempertahankan adat pepatih. Adat ini amat kuat diamalkan di negeri Sembilan.

Islam datang tidak menyerang adat, tetapi mengakui sebarang adat yang tidak bercanggah dengan islam. Pun begitu, dikala wujud adat yang bercanggah dengan Islam, makanya Islam menyeru agar adat itu diubah sedaya mungkin yang mampu.

Di Negeri Sembilan, adat pepatih menjadi pegangan yang teramat kuat. Menyerang adat di sana, merupakan satu tindakan yang tidak bijak, malahan akan melahirkan kerugian dakwah yang teramat sangat.

Justeru, mengambil sikap menyerang adat-adat mereka demi untuk melihat adat itu tidak diamalkan adalah tindakan yang tidak sihat, sebaliknya yang bijak adalah dengan menggunakan segala kebijaksanaan yang ada untuk memberhentikan pengamal adat itu agar meninggalkan adat itu sedikit demi sedikit.

Berdakwah dari kalangan manusia yang kuat memegang adat telah terbukti kejayaannya. Ini pernah dilakukan oleh sebilangan ulama-ulama dari negara Indonesia yang dikenali sebagai wali songo (baca : wali sembilan)

Sejarah perjuangan wali sembilan ini, amat perlu dipelajari dan ditauladani dalam usaha hendak melihat kemenangan islam di Negeri Sembilan.

Jika dibaca sejarah wali sembilan ini, ada seorang dari kalangan mereka digelar dengan gelaran Sunan Ampel (yang pasti, bukan dari Padang Terap, Kedah). Nama betul beliau adalah Raden Rahmat.

Mengikut cerita, sebab diberi gelaran Sunan Ampel itu adalah kerana, bapa beliau telah mengarahkan beliau bersama dengan dua orang adik beradiknya supaya pergi ke Jawa menemui Prabu Brawijaya. Dalam perjalanan ke Jawa, mereka tinggal di Majapahit selama setahun. Di Majapahit, Raden Rahmat telah berkahwin dengan putri temenggung wilwatikta yang bernama Ki Gede Manila. Setelah perkahwinan tersebut, raja Majapahit meminta agar Raden Rahmat tinggal di daerah Ampeldenta.

Waimma raja memerintah ketika itu tidak beragama Islam, tetapi kehadiran Raden Rahmat untuk berdakwah dan menyampaikan islam tidak dihalang. Justeru, peluang ini telah digunakan sepenuhnya untuk menyeru rakyat Ampel kepada Islam.

Raden Rahmat, atau Sunan Ampel amat dikenali seorang yang cukup bijak dalam mengadaptasikan syariah dalam masyarakat Ampel yang sangat berpegang dengan adat. Sunan Ampel tidak bertindak menyerang adat rakyat ampel, sebalik berkawan dan membelai mereka sehingga mereka menerima Islam.

Antara tindakan beliau yang menarik adalah, beliau adalah manusia yang mempelopori penggunaan kalimah ”sembahyang” bagi menggantikan kalimah solat. Walau kalimah ”Sembahyang” berasal dari kalimah ”sembah + dewa Hyang”, tetapi sengaja digunakan demi mendekatkan rakyat ampel kepada Islam.

Begitujuga, digunakan perkataan ”santri” kepada penuntut-penuntut agama Islam di pesantren beliau, walhal asal penggunaan ”santri” adalah digunakan untuk mereka yang mendalami kitab-kitab hindu.

Beliau tidak bertindak gopoh dalam menyeru rakyatnya kepada Islam, sebaliknya menggunakan konsep berhikmat dan berstrategi. Dalam dakwah, beliau tidak terus menyerang adat dan budaya, sebaliknya mengambil beberapa perkara yang tidak melahirkan pertembungan antara Islam dan adat, seperti melakukan kempen ”moh lima” yang merujuk kepada ”Moh Main” iaitu tidak main judi, ”moh Ngombe” iaitu tidak boleh mabuk, ”Moh maling” iaitu tidak mencuri, ”Moh Madat” iaitu tidak menghisap candu dan ”Moh Madon” iaitu tidak boleh berzina.

Kempen ”moh lima” yang dilakukan beliau itu, sebenarnya dilihat kepada masalah besar dikalangan rakyat ampel ketika itu, terutama masalah kemerosotan moral warga yang sering dikeluhkan oleh Sri Kertawijaya.

Berkat usaha dan kebijaksanaan dalam menyampaikan dakwah islamiyyah kepada rakyat ampel, menyebabkan ramai dari kalangan rakyat ampel yang menerima Islam, disamping rakyat Ampel terlalu sayang kepada Raden Rahmat. Ekoran dari itu, menyebabkan beliau terus mendapat gelaran Sunan Ampel yang bermaksud ”utusan tuhan di Ampel”.

Kejayaan Sunan Ampel ini, wajar dijadikan tauladan dalam menyeru manusia kepada Islam, terutama pemegang adat pepatih yang masih kuat diamalkan di Negeri Sembilan. Bertindak menyerang adat pepatih di negeri Sembilan, sebenarnya akan melahirkan prejudis mereka terhadap islam. Apabila prejudis sudah wujud, sudah pasti dakwah akan susah untuk berjaya.

Justeru, belajarlah dari sejarah Sunan Ampel ini dalam menghasilkan dakwah yang berkesan. Tindakan dakwah seperti puak-puak Wahabi di Saudi tidak relevan diamalkan di Malaysia, kerana ia melahirkan perbalahan yang amat merugikan islam itu sendiri. Cara wahabi, biarkan ia berlaku di saudi, tetapi jangan dibawa budaya saudi itu ke Malaysia.

Sekian

p/s : menurut satu laporan ’post mortem’ tentera, rakyat Negeri Sembilan agak sukar menerima PAS di sana disebabkan PAS bertindak menyerang adat pepatih.


Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 oktober 2009 * 2:17 petang


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tiada kaitan langsung kekalahan pas dgn.adat perpatih.ulama besar nusantara tercatat dalam sejarah dari minangkabau.Port Dickson bukan daerah yang mengamalkan adat perpatih malah temenggung.ulasan menggambarkan setakat manakah pemahaman.jangan ulas secara borong.

Tanpa Nama berkata...

'sembahyang'.....lepas ini indon akan memohon kepada PBB supaya perkataan itu menjadi hak mereka.

ali berkata...

ust wan ji, boleh tolong buat kajian lagi. N9 negeri yg amat kuat pegang adat pepatih??? tolong sikit ust. Nak buat statement kena hati-hati. Nampak sangat ust dan N9 jauh panggang dari api.Nanti takut dikata bodoh.Oleh krn ust mengaku baca buku barat,peganglah hadis alexendar dumas ni dgn gigi geraham ust, "All general statement are dengerous including this one".

Tanpa Nama berkata...

rilex bro, artikle u ramai puak2 umno gelabah. dinogori den, adat pepatih jadi modal umno nak ambil undi melayu, klu depa lawan pas. depa g ckp, pas bunuh adat,

-abangkacak-

batu_nisan berkata...

Bro, kalau untuk Suku Minang (leluhur negeri sembilan)kami biasanya menggunakan petitih seperti ini : "adat basandi syara, syara basandi kitabullah".

salam,
dari INDONESIA.