Jumaat, 23 Oktober 2009

KAWAN ATAU LAWAN?


KAWAN ATAU LAWAN?

Lawan PAS adalah UMNO/BN. Kawan PAS adalah PKR dan DAP. PAS membentuk Negeri atas nama kerajaan pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR, bukan dengan UMNO/BN. Dalam pilihanraya yang melibatkan PAS, PKR dan DAP akan datang membantu sebagai kawan, sedangkan UMNO/BN datang menyerang sebagai lawan.

Makanya, sebarang isu yang mahu dicetuskan, mesti bersifat mendapat keuntungan bersama kawan- PKR dan DAP- bukannya mendapat keuntungan bersama lawan – UMNO/BN-. Sebarang tindakan PAS yang menguntungkan lawan, itu dinamakan pengkhianatan terhadap kawan. Apabila pengkhianatan ini berlaku, sudah pasti sangsi dan syak dari kawan – PKR dan DAP – terhadap PAS akan terlahir.

Sejak Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, isu yang sering PAS cetuskan banyak memberi keuntungan kepada lawan berbanding kawan. Bermula isu lembu, sehingga isu selcat. Sebarang isu yang tercetus, memperlihatkan kawan-kawan Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP menyatakan, mereka tidak pernah menghadapi sebarang masalah dengan PAS, sebaliknya masalah mereka hanya dengan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Berdasarkan maklumat yang diberi, DAP dan PKR di peringkat negeri sudah berkali-kali cuba menyelesaikan segala permasalahan ini secara aman damai, tetapi kedegilan dari pihak Pesuruhjaya PAS selangor ternyata zahir, makanya permasalahan sering sahaja berlaku. Justeru, jalan yang terakhir bagi mereka adalah, melaporkan perkara ini kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, mursyidul Am PAS. Pada mereka, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat adalah tempat rujukan terakhir, kerana beliau seperti bapa yang bersedia mendengar masalah dan problem anak-anak, dan akan berusaha menyelesaikannya dengan semampu mungkin.

Tuan Guru tidak mudah melatah, sehingga berlaku pilihanraya kecil di Bagan Pinang. PRK Bagan Pinang benar-benar melakarkan satu sejarah hitam yang pedih dan perit untuk diterima bagi mereka yang mahukan islam kehadapan dalam semua urusan. Kekalahan teruk, disamping ‘swing banget’ pengundi-pengundi India meninggalkan PAS benar-benar menyedihkan dan memilukan hati.

Keadaan ini amat nyata berlaku, rentetan banyak isu-isu PAS yang dilihat menaikkan sentimen melayu di Selangor, berbanding isu keadilan, kebajikan dan Islam itu sendiri. Kejadian di selangor dijadikan isu di Bagan Pinang oleh UMNO sehingga melahirkan satu persepsi rakyat terhadap PAS. Makanya, Persepsi rakyat di bagan pinang, PAS adalah parti melayu. Justeru, lebih baik mengundi UMNO berbanding PAS, waima calonnya adalah ‘sifu rasuah’ di Malaysia.

Menyedihkan lagi, apabila kebersamaan PAS bersama kawan-kawan dari PKR dan DAP dalam menghadapi UMNO di Bagan Pinang tidak berlaku. Diberitakan, ada Petugas-petugas dari PKR di salah sebuah negeri di selatan Malaysia datang mahu membantu, tetapi mereka tidak disambut dengan baik, sebaliknya disyaratkan bayaran RM 5 pada setiap bungkusan nasi bagi mereka yang mahu makan nasi yang disediakan oleh PAS dalam Pilihanraya Bagan Pinang.

Nampaknya, kesombongan yang bukan dari ajaran islam ini menjadi sulaman PAS dalam usaha hendak melihat kemenangan Islam di Bagan Pinang. Ternyata, ia tidak melahirkan kebaikan, malahan kehinaan yang amat sangat dengan berita kekalahan teruk PAS dalam PRK tersebut.

Kekalahan PAS di bagan Pinang, amat lambat diadakan ‘post-mortem’. Di kala rata-rata rakyat bawahan sedang menunggu post-mortem, di kala itu kedengaran berita bahawa ada pimpinan penting sedang bercuti di luar negara. Lebih menyedihkan lagi, Kelab Penyokong PAS (KPP) baru didengari setelah swing undi India meninggalkan PAS terbukti berlaku dalam PKR Bagan Pinang.

Inilah bebanan yang sedang dihadapi, bukan sahaja PAS, malahan Pakatan Rakyat itu sendiri. Bebanan ini sebenarnya memberi gambaran buruk lagi rakyat terhadap PAS. Sehingga ada suara-suara yang menyebut, ”kita akan undi Pakatan Rakyat, tetapi kami tidak mahu undi PAS”.

Bila ditanya, ”bagaimana pula dengan nik Aziz?”

“kita akan undi Nik Aziz, bukan kerana dia PAS, tetapi kerana dia orang baik” jawab seorang lelaki berbangsa Cina di DUN Paya Jaras.

Justeru, bagi menyelesaikan permasalahan ini, perkara utama yang perlu diselesaikan adalah, PAS perlu muhasabah diri; pastikan berbedaan antara UMNO/BN dengan PKR dan DAP, manakah lawan dan manakah kawan.

Apabila kawan itu adalah PKR dan DAP, jangan sekali-kali melakukan tindakan yang boleh melahirkan permasalahan dan pertembungan dengan parti-parti ini.

Tetapi yang peliknya, ada pimpinan PAS tertentu menyebut bahawa PKR dan DAP adalah kawan, tetapi tindakan mereka seperti PKR dan DAP itu adalah lawan. Yang lebih pelik lagi, ada pimpinan PAS tertentu itu berkata bahawa UMNO/BN adalah lawan, tetapi mereka bertindak seperti UMNO/BN itu adalah kawan.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
23 oktober 2009 * 8:44 malam

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum,

Ustaz...lama tak bagi kuliah di ampang? dah kena gam ke? mmmg dasar umno la puak2 perpaduang ni!!


Jamaah Masjid Fatimah Azzahra

akutetappas berkata...

salam ustaz, saya tahu ustaz memang seorang penyanjung TGNA, tapi ustaz memberi ulasan seolah Pemimpin Pas diselangor sangat bermasalah, lawan atau kawan yg ustaz utara amat menarik untuk kita baca tetapi pergolakan ini berlaku seolah-olah pemimpin pas di selangor tidak pandai berkawan dengan pkr dan dap, Ustaz tau ke apa perasaan ustaz kawan yg tidur sebantal dan bermimpi bersama tetapi apabila mereka berkuasa mereka tidak lagi bersama kita, contoh yg paling baik PRk manek urai, ustaz tahu ke bagaimana layanan Pas kelantan kepada pas negeri lain, apakah pas kelantan cukup perkasa, Kami datang dari berbagai pelusuk negara untuk membantu dan memberi pertolongan seikhlas demi perjuangan menengakan islam, adakah kami datang ke kelantan di bayar elaun harian, makanan seperti org umno, tidur di dlam hotel, tetapi maksud kami yg ikhlas dipandang sepi oleh org pas kelantan, tidak diberikan taklimat untuk membantu mengerakkan jentera penerangan, perang saraf, mengedarkan risalah, apabila ditanya mereka menjawab tak apa, ni kubur kuat pas, tak perlu kerja kuat, sampai hari mengundi, pemimpin pas kelantan dengan takabur dan riak mengatakan akan menang dgn majoriti 2000 lebih dan apabila keputusan diumumkan hampir hampir pas mampus dimanek urai, Adakah kami mengadu kepada pemimpin atasan bagaimana layanan Pas kelantan kepada kami, kami mendiamkan diri kerana pada kami itu satu kewajipan untuk dtg mebantu sesama PAS dalam menengakan islam, kenapa tiada ulasan post mortem dilakukan kenapa pengundi melayu dah beralih arah, adakah swing pengundi melayu tidak perlu diambil kira, atau kerana ini negeri Kelantan, atau kerana TGNA tidak boleh dikritik, kenapa tiada blog yg mengecam TGNA kerana kemenangan tipis dan hampir mampus dikubu sendiri, TGNA juga perlu ditegur sekarang, penasihat yg dibawah janggut TGNA perlu di banteras, apakah SUP TGNA begitu hebat menasihat TGNA sehinggakan Ibrahim ali pun diambil menjadi calon PAS yg mana akhirnya menjadi duri dalam daging, Apakah ibrahim ali tidak mempunyai dosa kepada PAs, apakah kerana dia sanggup duduk di serambi pas, apakah ada pemimpin pas kelantan termakan budi dengan ibrahim ali sampaikan tersingkirnya ustaz ismail noh yg begitu bersih. salam ustaz

Tanpa Nama berkata...

bila hampa sebut pasai gam.. aku teringat kat masjid kat tempat aku.

masjid Kota damansara pun ustaz wanji kena gam...

semua sebab ustaz wanji anti-perpaduang...

ini semua kerja zaharuddin mamat. menantu presiden... dia yang tak bagi ustaz anti-perpaduang kuliah kat masjid kota damansara...

kalau hampa tengok jaduai kuliah. banyak ustaz-ustaz dari ganu...

depa ni. tak jadi masuk UMNO lagi pun dah perangai macam UMNO....

- jemaah masjid Kota Damansara -

Tanpa Nama berkata...

Sdr..akutetappas, kenapa kamu persoal ibrahim ali jadi calun pas? sebenarnya itulah strategi politik TGNA supaya pas dapat kuasai 2 dun dlm parlimen pasir mas i.e tendong dan wakaf baru (tolong betulkan kalau aku silap). 2 dun ni merupakan ramainye pengkagum berghim. oleh kerana PRU2004, kemenagan PAS yang marginal maka 2 dun ini perlu dimenangi walaupun terpaksa melepaskan P.Mas yg memang TGNA suruh dia duduk kat tangga je. Hakikatnya tuan kena faham realiti di kelantan ketika itu.

Pengundi Pengkalan Cepa

akutetappas berkata...

Memang 2 kawasan dun ini ramai pengkagum ibrahim ali, tapi jika diambil kira semasa ibrahim jadi Mp pun undi tetap tidak bergerak banyak, semasa Prk Pengkalan Pasir pas tetap kalah walaupun ibrahim ali bertanding sama, jika dinilai dari situ, culaan yg ibrahim ali dapat amat minimal, tidak berupaya untuk menang pun kalau dia bertanding atas tiket bebas dan tidak memberi sebanyak mana bantuan kepada PAS, kalau mengikut perkiraan tuan, pas kalah di MP Pasir Mas tetapi menang di Kedua dua dun sebab ibrahim ali, ini adalah musuh yg nyata kepada pas, kenapa TGNA berlembut dengan ibrahim ali tapi dengan kawan dlm pas memukul sampai melecet-lecet.Itu yg saya tidak faham.