Sabtu, 24 Oktober 2009

MENAFSIR TINDAKAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Tuan Guru Nik Abdul Aziz semasa muda belia


MENAFSIR TINDAKAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempunyai pendidikan dari beberapa tokoh ulama dari India. Sejak di kelantan, bapa tuan Guru, iaitu Tuan Guru Haji Nik Mat Alim sendiri berguru dengan Tok Khurasan, seorang ulama yang menetap di kelantan, tetapi berasal dari India.

Semasa kecil lagi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah dibawa oleh bapanya untuk mendalami ilmu hadis dan tafsir dengan Tok Khurasan. Kemudiannya mendalami ilmu mantiq dengan Tuan guru Haji Abbas, seorang tokoh Ulama yang tinggal di besut; yang mendapat pendidikan dari Negara India juga.

Jamiah Darul Ulum Dioband, New Delhi, India merupakan tempat jelajah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam mendalami ilmu setelah menuntut dengan sebilangan ulama-ulama di Tanah melayu.

Apa yang perlu difikirkan, keberadaan ulama India tidak sama seperti ulama-ulama dari Negara arab. Cara mereka berfikir agak unik, jika mahu dibandingkan dengan ulama Madinah dan makkah, juga ulama dari Negara mesir.

Ekoran itu, kita dapat melihat bagaimana Maulana Ilyas boleh mencetuskan satu pertubuhan yang disebut sebagai Jemaah tabligh dikala negara India mendapat tekanan politik dari penjajah. Ketika itu, serangan dari penjajah terhadap umat Islam di India amat menekan, menyebabkan Maulana Ilyas meletakkan usaha dakwah itu sekadar kemampuan yang ada. Jika mahu masuk dunia politik, sudah pasti akan menimpa mudharat yang lebih besar, makanya Maulana Ilyas mengambil sikap menyeru manusia kepada islam dalam perkara yang tidak mendapat serangan dari penjajah, iaitu dengan menyeru manusia memahami islam menerusi solat berjemaah, juga diwujudkan juga majlis-majlis ta’lim.

Dilihat dari sudut positif, tindakan Maulana Ilyas itu mengandungi seribu-satu kebijaksanaan dalam menyeru manusia kepada Islam. cumanya, puak-puak tabligh yang wujud pada hari ini, tidak memahami tujuan dan maqasid yang telah dilakukan oleh maulana Ilyas tersebut.

Mungkin itu salah satu tokoh ulama dari Negara India. Tetapi, jika kita perhatikan, tindakan ini bukan sekadar dilakukan oleh Maulana Ilyas sahaja, malahan dilakukan juga oleh sebilangan besar ulama-ulama dari negara india yang lain.

Dilihat dari sudut ini, sudah pasti tindakan mereka mengandungi seribu satu rahsia, yang mungkin kurang difahami dengan pandangan mata kasar, tetapi akan difahami apabila didalami dan diselami.

PAS DAN TOK GURU

PAS sudah amat sinonim dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Apabila menyebut PAS, kelihatan wajah Tuan Guru. Menyebut nama Tuan guru, kelihatan pula lambang bulan, atau lambang ’bola pimpong’ yang sering disebut oleh pengundi cina dan india, yang merujuk kepada PAS.

Tuan Guru sering menyebut, PAS sekadar wadah, bukan matlamat. Tujuan asal dalam perjuangan PAS adalah islam. Bahkan, banyak kali juga Tuan Guru menyebut bahawa pendokong PAS perlu menjadi pejuang islam, bukan pejuang PAS.

Atas asas ini, menyebabkan Tuan Guru berjaya menjaga pemerintahan islam di kelantan semenjak 1990 sehingga hari ini. kejayaan ini amat susah kelihatan dalam sejarah PAS sejak ditubuhkan lagi.

PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, amat unik jika mahu dibandingkan dengan tokoh-tokoh kepimpinan PAS yang lain. ucapan beliau mengandungi seribu satu maksud, yang kadangkala susah untuk difahami jika difikirkan sekali imbas sahaja. Tetapi, jika didalami dan diselami, kita akan dapat lihat dan memahami pemikiran beliau, bahawa pemikirannya itu saling tidak tumpah dengan cara berfikirnya ulama-ulama dari negara india. Mungkin kerana faktor tempat pengajian beliau memberi banyak kesan kepada cara beliau berpolitik.

PAS DAN KELANTAN

PAS pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya menguasai kelantan sejak 1990 sehingga pada hari ini. membaca sejarah, didapati Tuan Guru adalah tokoh penting dalam usaha menggabungkan antara PAS dengan parti-parti melayu ketika itu – termasuk semangat 46 – atas nama APU (angkatan perpaduan Ummah)

Dari sejarah itu, dapat dilihat bahawa kejayaan PAS merampas Kelantan dari taghut UMNO, adalah berasaskan faktor penyatuan PAS dengan parti-parti pembangkang yang lain dalam melawan UMNO. Tanpa penyatuan dengan parti-parti yang lain, agak mustahil PAS berjaya mengalahkan UMNO dalam pilihanraya.

Tidak ada dalam sejarah, PAS berjaya menguasai negeri dengan sebab kekuatan PAS sendiri. Selalunya, kejayaan PAS menguasai negeri, semuanya disebabkan kelemahan musuh – iaitu UMNO – dikala mereka berperang sesama sendiri.

Kejayaan PAS menguasai Terengganu, bersebabkan perbalahan UMNO semasa mereka dalam kes pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari Timbalan perdana Menteri, disamping PAS ketika itu bersama PKR dan DAP menubuhkan Barisan Alternatif (BA) dalam melawan UMNO – laknatullah alaihim ajmain.

Pun begitu, apabila wujud persengketaan antara PAS dengan parti-parti Barisan Alternatif, menyebabkan lahirnya kekurangan kerusi PAS yang agak teruk di Kelantan, tetapi kekalahan maha buruk di Negeri terengganu pada tahun 2004.

Secara teorinya, asas kemenangan PAS adalah kebersamaan PAS dengan parti-parti yang lain. tanpa kebersamaan ini, sudah pasti PAS tidak akan mencapai kemenangan, malahan tidak mustahil PAS boleh jatuh dari pemerintahannya pada bila-bila masa sahaja berlaku pilihanraya.

PAKATAN RAKYAT

Pakatan rakyat telah terbina; membariskan PAS, PKR dan DAP. Kekuatan PAS merupakan kekuatan bagi PKR dan DAP, begitujuga PKR dan DAP merupakan kekuatan bagi PAS.

Dengan wujudnya kebersamaan antara PAS, PKR dan DAP dalam menghadapi sesuatu pilihanraya kecil, pasti kerusi Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan. Tetapi, kekalahan parti Pakatan Rakyat berlaku, apabila tidak wujud kebersamaan antara parti-parti; PAS, PKR dan DAP

DUN Bagan Pinang menjadi bukti yang amat kukuh. Begitujuga, DUN manik urai. Ketidak-kebersamaan itu, menyebabkan PAS kalah teruk di Bagan Pinang, juga kemerosotan undi yang agak teruk dalam pilihanraya DUN Manik Urai.

Justeru, kebersamaan antara PAS, PKR dan DAP perlu diperkukuhkan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kebersamaan kita menang, pertembungan kita kecundang.

DURI DALAM DAGING

Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan, demi mahu melahirkan kekuatan. Tanpa kekuatan, mana-mana parti pun dalam pakatan Rakyat akan gugur menyembah bumi. Tidak kira, ia bernama PAS, ataupun PKR, juga DAP.

Justeru, sebarang tindakan dari mana-mana parti yang boleh melahirkan permasalahan sesama parti, atau pertembungan sesama parti, wajib dihindarkan. Jika berlaku juga, penyelesaian dengan kadar segera perlu diusahakan.

Isu kerajaan Perpaduan dan ’gabungan PAS-UMNO’ benar-benar memperlihatkan kekalutan, juga melahirkan pertembungan antara PAS dengan PKR dan DAP. Di kala ia disebar-luas, ketika itu pertembungan demi pertembungan sering terjadi.

Isu Kerajaan perpaduan dan ’gabungan PAS-UMNO’, bukan sekadar melahirkan pertembungan antara PAS dengan PKR dan DAP, bahkan wujud juga pertembungan sesama dalaman PAS. apabila ini terjadi, sudah pasti akan melahirkan kelemahan pada Pakatan Rakyat itu sendiri.

Kelemahan Pakatan Rakyat merupakan kelemahan PAS juga. Begitujuga, kelemahan yang akan menimpa pada PKR dan DAP dalam mengadapi UMNO/BN yang maha jahat lagi sial sesial-sialnya.

Makanya, pertembungan ini wajib diselesaikan. Penyelesaian yang paling baik adalah, hapuskan terus pemikiran kerajaan perpaduan ini, juga usaha-usaha ’gabungan UMNO-PAS’. sengaja mewujudkan juga dua isu ini, bermakna berusaha hendak melemahkan Pakatan rakyat, seterusnya memberi kekuatan kepada UMNO/BN yang sedang melakukan penyatuan ahlinya. Apabila UMNO/BN sudah bersatu kembali, maka tunggulah jangka kalah yang akan menimpa Pakatan Rakyat.

POLITIK TOK GURU

Dilihat, isu Kerajaan perpaduan dan ’gabungan PAS-UMNO’ datang dari PAS, sudah pasti Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat tertekan dengan keadaan yang menimpa. Apabila ini disedari oleh Tuan Guru, sudah pasti Tok Guru akan bertindak sebijaksana yang mungkin dalam menghindarkan perkara ini.

Sudah berkali-kali Tuan Guru Nik Abdul Aziz berpesan, tutup sahaja isu kerajaan perpaduan, juga jangan wujud lagi sebarang tindakan yang melahirkan usaha ’gabungan PAS-UMNO’ ini. disamping itu juga, tidak pernah terlalai dari lidah Tuan Guru menyebut tentang keputusan Muktamar PAS di Ipoh yang menekankan peri-pentingnya PAS perkukuhkan Pakatan Rakyat.

Pun begitu, ada sebilangan pimpinan PAS yang agak ’kepala batu’, menyebabkan isu yang boleh melemahkan Pakatan Rakyat sering dijadikan mainan. Permainan demi permainan dilakukan, sehingga meluat rakyat berbangsa cina dan India kepada PAS amat teserlah.

Jika keadaan ini dibiarkan, ia memberi kesan bahaya kepada PAS, malahan pakatan rakyat sendiri – termasuk PKR dan DAP – bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 lagi. Justeru, sebelum tiba waktu pilihanraya umum, tindakan yang paling berkesan perlu dilakukan.

Makanya, Tuan Guru pun meledakkan ’Bom C4’ di tengah-tengah rakyat Malaysua, menjadikan ramai kepimpinan PAS ’terkujat biawak’ apabila mengetahui berita tersebut. Kenyataan meminta diadakan EGM khas, yang melibatkan Presiden PAS, Timbalannya, setiausahanya, juga tidak ketinggalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang banyak membuat masalah di negeri selangor merupakan bom C4 yang tidak dijangka, tetapi mengandungi seribu satu rahsia politik.

Mungkin jika dilihat sekali-imbas, kenyataan itu seperti mewujudkan pertembungan sesama PAS, tetapi hakikatnya, tindakan tersebut merupakan cara untuk menyelamatkan PAS, juga kawan-kawan dari Parti PKR dan DAP dari kalah bagi menghadapi PRU ke 13 nanti.

Aku tidak beranggapan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meluat dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi sehingga benar-benar mahukan Tuan Guru Haji Abdul Hadi melepaskan jawatan Presiden, tetapi sengaja dilakukan sedemikian, agar orang yang berada ’dikeliling’ Tuan Guru Haji Abdul Hadi terkujat dan tidak lagi melakukan tindakan yang boleh melahirkan pertembungan sesama Parti Pakatan Rakyat, yang boleh melahirkan kekalahan PAS dan pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 kelak.

Mengapa aku beranggapan sedemikian? Jawapanku adalah, kerana aku melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berguru dengan ulama-ulama dari negara India. Makanya, sengaja aku menafsirkan begitu, kerana lebih 4 tahun aku berguru dengan ulama-ulama diobandi di pakistan yang beraliran pengajian dari negara India.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri Indah (B), Sg Buloh
25 oktober 2009 * 3:27 pagi

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa yang kelihatan dengan rumusan atau penulisan diatas agak kurang memuaskan , anta bagaikan mengkeramatkan atau -bagaikan memaksumkan tuan guru . sekarang apa yang kami jemaah pas faham adalah 1-Tuan guru haji hadi dan beberapa orang lagi agak membelakangi apa yang telah disepakati terdahulu , namun kita tidak pasti apakah benar berita2 yang disampaikan kepada tuan guru bahawasanya tuan guru haji hadi sebegitu . manakala ayah nik pula telah melompat lebih awal sebelum memastikan terlebih dahulu secara khusus kepada tuan guru hj hadi . dengan ini kedua2 tuan guru ada salah dan silap . jangan anta anggap mereka melebihi maksumnya Nabi s.a.w . ana juga belajar di india di jamiah abu bakar.malah kami disini lebih menyintai kalau dapat belajar di bumi arab , bukankah nabi s.a.w sudah janjikan keberkatan pada bumi syam . Malah janganlah sesiapa bandingkan bumi haramain iaitu mekah madinah sehinggakan nabi s.a.w dalam hadis sahih menjelaskan sesungguhnya iman akan kembali ke bumi madinah sepertimana ular kembali ke lubangnya"malah puluhan hadis ttg kelebihan bumi madinah , bagaimana mungkin anta mengatakan ulama arab agak tidak unik dari segi pemikaran , siapakah ketua majlis ulama dunia kalau bukan dar mesir dan kalau bukan dar damsyik?intabih kalamak.....

wallahulam

zaydlekhair berkata...

uwaafiquka ra2yan...

Tanpa Nama berkata...

Wanji,

Semua orang sayangkan TGNA sebab beliau seorang ulama'. Kenapa dalam keadaan semua orang dah tutup isu Pro UMNO, tiba-tiba ia meletus semula?
Saya rasa kurang bijak, jika enta kata untuk mengkejutkan org2 disekeliling Presiden.
Cuba andaikan pula jika ada org yg buat kerja jahat memberi maklumat @ cucuk TGNA dgn maklumat tak betul baru2 ni sehingga TGNA sanggup tulis di blog mcm tu. Dgn ilmu dan peribadi yg ada pd TGNA, saya yakin TGNA bkn mcm tu.
Orang tu nak dapat tiga keuntungan.
1) utk attack group Presiden sebab tak puas hati atau ada dendam lama
2) sebab nak divert dpd isu yg lebih penting
3) sebab nak minta TGNA berundur atas desakan luar dan akhirnya senang pula dia berkuasa di Kelantan.
Cuba check sikit andaian ini.

Al-Bakistani berkata...

dua soalan;

1- apakah kita akui, pertembungan antara parti-parti dalam Pakatan rakyat akan melahirkan kekalahan PAS, malahan PR dalam PRU akan datang?? seterusnya, akan memberi kemenangan kepada UMNO/BN?

2- apakah kita akui, isu kerajaan perpaduan dan isu 'gabungan UMNO-PAS' merupakan antara punca pertembungan antara parti-parti dalam PR akan berlanjutan?

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

sapien berkata...

bukanlah kita mengaggap bahawa TGNA maksum ataupun buah fikiran beliau adalah dari jarum ataupun fikiran orang yang ingin membalas dendam. Namun dalam kita memberi peringatan bahawa jangan berbuat sesuatu yang boleh merugikan adalah patut sedikit kejutan ataupun peringatan diberikan.Jamaah merasakan seperti ada satu keributan dalam pentadbiran. Janganlah kerana seorang dua yang membuat onar sehinggakan boleh meruntuhkan Pakatan Jamaah dalam mentadbir negeri seterusnya peluang mentadbir negara dengan acuan agama Islam terbantut.

Tanpa Nama berkata...

Salam

Saya amat menyanjungi TGNA. Tapi dalam isu ni saya terpaksa untuk tidak bersetuju dengan beliau, terutamanya apabila beliau mempunyai prasangka (suuz-zan) dengan Presiden PAS sendiri. PAdahal pada bila-bila masa pun beliau boleh memanggil Presiden untuk bermuzakarrah

Saya personally lebih rela PAS tidak menang dalam PRU13 akan datang daripada kita menggadaikan prinsip perjuangan kita. Saya sokong PJ PAS Selangor yang tegas tentang arak dan tatacara SELCAT. Semua perkara yang tidak mengikut prinsip Islam perlu ditegur. Apa guna kita memerintah kalau tangan kita terikat? Bukankah PAS pernah memerintah Malaysia dulu bersama BN. Berapa banyak perubahan yang kita dapat lakukan dalam keadaan tangan kita diikat? Apakah jaminan tuan, perkara tersebut tidak akan berulang sekiranya PR memerintah dalam keadaan PAS tidak memimpin? Contoh yang paling dekat di Selangor, kita selalu diperlekehkan dan dikecam bila mengutarakan ketegasan prinsip kita. Nanti kalau ditakdirkan PR menang dan ramailah menteri dari PAS, tetapi bila nak buat perubahan semua ahli PR lain (PKR dan DAP) tidak setuju, lantas kita pun mengalah atau ditendang keluar dari PR. MP-MP PAS yang pro-Anwar Ibrahim akan menyertai PKR atau BEBAS untuk meneruskan agenda PR. Akan berulanglah senario PAS ditendang keluar BN dan terkapai-kapailah sendirian membina semula kekuatan. Apakah kita tidak mahu belajar dari kesilapan tersebut. Janganlah kita semata-mata nak memenangkan PR dengan menggadaikan prinsip-prinsip perjuangan PAS untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi Malaysia khasnya. Marilah kita wala’ dan bersangka baik dengan Presiden yang dibantu barisan kepimpinan PAS untuk terus berjuang dalam menang atau kalah, masa merintah atau bukan memerintah. Bagi mereka yang dah tak wala’ dengan Presiden tu, saya cadangkan bersabar sikit hingga Muktamar akan datang atau keluar dari PAS dan tubuhkan PAS Baru, itu lebih baik dari menjadi parasit atau anai-anai yang cuba menghancurkan dan memcahbelahkan PAS dari dalam. Kita jemaah Islam bukan sekadar parti politik macam PKR ,DAP dan UMNO ! Ada adab dan prinsip kita sendiri, kalau kita kondem dan tidak wala kepada Presiden sekarang dan mahu jatukan dia, perkara ini akan terus berulang lagi bila Presiden PAS lain memimpin PAS, dan tiada lagi Pas sebagai Jemaah Islam tetapi hanya Parti politik semata mata.

Fikir-fikirkanlah jika wahai pejuang PAS.

Abu Aliya@ Shah Alam

serirasahati berkata...

sukar membaca fikiran tok guru kebelakangan ini...tapi ia agak meresahkan.

ustaz pula tidak adil dlm 'pendirian'....kelihatan cuba nak backing tok guru sedang sebelum ini ustaz penentang kerajaan perpaduan dan cukup emosi jika ada yg cuba nak 'memperkatakan'nya....bila 'isu' cuba nak dikeluarkan semula oleh tok guru sendiri....nada tulisan ustaz ni lain sekali...

berani la sikit ustaz...tak eloklah camni...

Dr Azhar berkata...

Jaga mulut di dalam bercakap tentang pemimpin kita. TGNA merupakan mursyidul am PAS.Siapa kita nak halang beliau daripada mengemukakan pandangan?

Cuba tanya,berapa banyak tahajud kita,istikharah kita berbanding tgna? Beradablah sikit.

Benda ni masih belum tamat.Jangan cepat-cepat buat kesimpulan TGNA tak betul,diperalatkan oleh orang lain. TGNA sebagai pemimpin tertinggi PAS yang wajib diberikan wala oleh ahli telah mendengar banyak pandangan dan aduan daripada ahli bawahan.Beliau mengetahui perkara yang kita tidak tahu.

TGNA sedang memberitahu ada bahaya dalam PAS yang terdiri daripada pemimpin tertinggi PAS sendiri. Sejarah PAS sendiri membuktikan berapa ramai pemimpin tertinggi PAS bahkan di kalangan ulama sendri yang belot daripada perjuangan. Dato Asri Muda, Nakhaei Ahmad, kesemuanya membelot daripada perjuangan. Siapa mereka? Mereka adalah Presiden dan Timb Presiden PAS. Adakah sejarah tidak boleh berulang?Adakah mustahil Timb Presiden PAS sekarang untuk mengambil langkah yang sama? Inilah bahaya yang hendak dikhabarkan oleh TGNA.

Kita sebagai ahli seharusnya mendengar dan meneliti pandangan TGNA, bukannya melompat dan menuduh beliau bukan-bukan.Siapakah yang mengajar ahli PAS berlaku biadap kepada Mursyidul Am/Pemimpin Tertinggi mereka sendri. Sehinggakan membakul sampahkan semua pandangan beliau bila sahaja PANDANGAN BELIAU BERTENTANGAN DENGAN PANDANGAN HASAN ALI DAN ROSLAN SMS. Mulia sangat ke Hasan Ali dan Roslan SMS sehinggakan kita membuang pemimpin tertinggi kita sendiri yang berjuang bersama-sama kita berpuluh tahun semata-mata untuk membela Hasan Ali. Siapa Hasan Ali tu? Tidak lebih bekas Timb Pengarah INTAN/BTN/PTD yang tugas mereka membrainwash orang lain agar mennyokong UMNO di atas nama Perpaduan Melayu.

Kalau Hasan Ali boleh bagi pandangan di Media tanpa melalui mesyuarat, kenapa pula Mursyidul Am kita sendiri, kita halang daripada memberikan pandangan di media.Adakah Hasan ALi lebih tinggi kedudukan dalam PAS dari TGNA? Adakah sudah sampai tahap biadap begitu ahli PAS sekarang semata-mata untuk mempertahankan orang (Hasan Ali dan Roslan SMS) yang mereka sendiri pun tidak tahu asal-usulnya.

Begitu teruk kekeliruan dan kebiadapan ahli PAS sekarang, sehingga ada yang mengatakan bahawa Mursyidul Am tidak layak untuk membuat komen tentang perkara-perkara tertentu. Tinggalkan kepada Presiden. Harus diingat,kedudukan Mursyidul Am dalam parti lebih tinggi daripada Presiden.PAS mewujudkan jawatan mursyidul ama adalah untuk mengawal kuasa Presiden sekiranya presiden yang dilantik menyeleweng daripada tugasnya. Nah, sekarang ini TGNA telah menjalankan amanahnya sebagai seorang Mursyidul Am.Kenapa kita harus melenting?

Dengar dan patuh kepada arahan pimpinan tertinggi, kerana di situ ada keberkatan perjuangan.

Dr Azhar berkata...

Jaga mulut di dalam bercakap tentang pemimpin kita. TGNA merupakan mursyidul am PAS.Siapa kita nak halang beliau daripada mengemukakan pandangan?

Cuba tanya,berapa banyak tahajud kita,istikharah kita berbanding tgna? Beradablah sikit.

Benda ni masih belum tamat.Jangan cepat-cepat buat kesimpulan TGNA tak betul,diperalatkan oleh orang lain. TGNA sebagai pemimpin tertinggi PAS yang wajib diberikan wala oleh ahli telah mendengar banyak pandangan dan aduan daripada ahli bawahan.Beliau mengetahui perkara yang kita tidak tahu.

TGNA sedang memberitahu ada bahaya dalam PAS yang terdiri daripada pemimpin tertinggi PAS sendiri. Sejarah PAS sendiri membuktikan berapa ramai pemimpin tertinggi PAS bahkan di kalangan ulama sendri yang belot daripada perjuangan. Dato Asri Muda, Nakhaei Ahmad, kesemuanya membelot daripada perjuangan. Siapa mereka? Mereka adalah Presiden dan Timb Presiden PAS. Adakah sejarah tidak boleh berulang?Adakah mustahil Timb Presiden PAS sekarang untuk mengambil langkah yang sama? Inilah bahaya yang hendak dikhabarkan oleh TGNA.

Kita sebagai ahli seharusnya mendengar dan meneliti pandangan TGNA, bukannya melompat dan menuduh beliau bukan-bukan.Siapakah yang mengajar ahli PAS berlaku biadap kepada Mursyidul Am/Pemimpin Tertinggi mereka sendri. Sehinggakan membakul sampahkan semua pandangan beliau bila sahaja PANDANGAN BELIAU BERTENTANGAN DENGAN PANDANGAN HASAN ALI DAN ROSLAN SMS. Mulia sangat ke Hasan Ali dan Roslan SMS sehinggakan kita membuang pemimpin tertinggi kita sendiri yang berjuang bersama-sama kita berpuluh tahun semata-mata untuk membela Hasan Ali. Siapa Hasan Ali tu? Tidak lebih bekas Timb Pengarah INTAN/BTN/PTD yang tugas mereka membrainwash orang lain agar mennyokong UMNO di atas nama Perpaduan Melayu.

Kalau Hasan Ali boleh bagi pandangan di Media tanpa melalui mesyuarat, kenapa pula Mursyidul Am kita sendiri, kita halang daripada memberikan pandangan di media.Adakah Hasan ALi lebih tinggi kedudukan dalam PAS dari TGNA? Adakah sudah sampai tahap biadap begitu ahli PAS sekarang semata-mata untuk mempertahankan orang (Hasan Ali dan Roslan SMS) yang mereka sendiri pun tidak tahu asal-usulnya.

Begitu teruk kekeliruan dan kebiadapan ahli PAS sekarang, sehingga ada yang mengatakan bahawa Mursyidul Am tidak layak untuk membuat komen tentang perkara-perkara tertentu. Tinggalkan kepada Presiden. Harus diingat,kedudukan Mursyidul Am dalam parti lebih tinggi daripada Presiden.PAS mewujudkan jawatan mursyidul ama adalah untuk mengawal kuasa Presiden sekiranya presiden yang dilantik menyeleweng daripada tugasnya. Nah, sekarang ini TGNA telah menjalankan amanahnya sebagai seorang Mursyidul Am.Kenapa kita harus melenting?

Dengar dan patuh kepada arahan pimpinan tertinggi, kerana di situ ada keberkatan perjuangan.


Pandangan saya, Mustafa Ali, Ust Nasa Mat Isa dan Hasan Ali harus mengikut jejak langkah Khalid Ibn Walid untuk melepaskan jawatan, apabila pemimpin tertinggi mengkehendaki demikian. Ini adalah penting untuk menjaga perpaduan Parti. Selagi mereka memegang jawatan, dan Pemimpin tertinggi Mursyidul Am mengkehendaki sebaliknya, perpaduan tidak akan berlaku.

Mursyidul Am adalah pemimpin tertinggi parti. Dalam sebuah negara, beliau merupakan khalifah. Dilantik secara Syura. Maka, keputusan beliau adalah akhir, muktamad dan terbaik.

Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi Perjuangan tetap terus walaupun tidak ada pemimpin yang tersebut.

Jangan lah berkeras untuk tidak mahu melepaskan jawatan. Mungkin kerana sudah selesa dan kenikmatan jawatan tersebut. Kerana perkara tersebut boleh memecah belahkan parti. Itu sahaja penyelesaian total kepada kemelut sekarang ini.

Taat dan patuh kepada arahan pemimpin tertinggi syarat kemenangan jamaah Islam.

Wallahu a'lam

serirasahati berkata...

Dr Azhar, jangan la emosi sangat. Anda dihargai utk kasih sayang anda pada tok guru tapi anda juga harus rasional dlm menerima pandangan dari tuan guru.

Hanya Allah yang tahu apa yg berlaku. Saya cukup setuju bahawa thiqah dan wala' adalah asas penting dalam sebuah harakah...maka kalau pimpinan keluarkan arahan kita kena patuh.

Di sini arahan apakah yg tok guru keluarkan ? rasanya tok guru tak suruh letak jawatan tapi cadang buat EGM . Saya menilai ini cadangan dan pandangan tok guru. Maka jika ada yang tidak bersetuju dgn pandangan tok guru tak bermakna tak wala' padanya.

Jika ada yang menegur tok guru dgn cara dan akhlak yang baik, itu juga bukan bermakna tak de thiqah.

Saya pun sayang dgn tok guru namun tidak senang sikap 'panas baran' yg tok guru tunjukkan sekarang.Tok guru nampak cepat merajuk sehingga terlatah kemudian cool semula bila dipujuk dan diberi penjelasan.

Situasi ini benar-benar tidak menguntungkan.kerana ia bakal menjadi bahan cemuhan pihak lawan.

Tanpa Nama berkata...

lucu sekali hujah ustaz. atas nama mursyidul am dan bekas pelajar deobandi, maka TGNA boleh saja melontarkan apa jua cadangan di dada akhbar.. susah rupanya utk mengangkat telefon dan mendail nombor presiden dan berbicaralah dalam kelambu.. kalau TGNA yg buat, mari kita tafsir krn ia tindakan yang tentu sekali bijaksana. kalau pimpinan PAS yang lain, tentu teruk dibelasah.
hebat juga ustaz berhujah.

FZY berkata...

Ada beberapa perkara saya setuju dgn Ust & ada beberapa perkara saya x setuju dgn Ust.

Pada saya perkara ini terjadi antaranya:

1) Kurang maklumat.
2) Lebih percaya kepada org lain
dan meragui rakan seperjuangan.
3) Perbezaan ijtihad/pandangan/strategi terhadap sesuatu perkara.
4) Terlalu sangsikan pimpinan.
5) Terlebih2 nk tahu segala pergerakan pimpinan.
6) ...

Pada saya bertenang dan tunggu arahan yg selanjutnya. Jgn buat seperti PAS x ada mekanisma bila ada berbeza pandangan.

Jgn menulis sesuatu yg boleh menyemarakkan lg api fitnah.

Jgn menyokong satu pimpinan & menghentam satu pimpinan.

Kita sayangkn PAS dan semua pimpinan yg memimpin kita. Jgn wujudkan kem2 spt UMNO. Ada kecenderungan ke arah itu.

Sejarah perjuangan Islam dan sunnatulLah dalam jamaah Islam, ..sesiapa yang khianat dalam perjuangan ia akan gugur dari jamaah, ..samada Allah akan mendedahkan keburukan mereka atau jamaah akan menggugurkannya.

Mari kita kembali kepada peringatan Allah :

“Boleh jadi apa yang kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka ianya tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya”.

Hadapi dgn sabar dan bertenang.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

bila yang bernama uztaz dan bila yang bergelar pemimpin sudah tidak amanah maka tindakan drastik perlu diambil waima tindakan itu nampak meresahkan kita , nampak - nampak macam kalah namun menang di kemudian adalah lebih penting untuk penjaga kesucian. sekali pas berpaling selamanya rakyat malaysia tidak akan percaya akan parti ini, itulah barangkali apa yang dirisaukan oleh TGNA akan apa yang akan berlaku. percayalah, jika seandainya ada persatuan antara umno pas maka selamanya pas akan terkubur dan tubuhlah parti yang baru yang suci perjuangannya tidak tersirna akan harta dan jawatan. malah ia seperti sampah apabila pemimpin mendapatnya. kerna takut akan bahana akannya dihari pengadilan kelak. wallahu'alam