Jumaat, 27 November 2009

BEREBUT NAK JAWATAN?


BEREBUT NAK JAWATAN?

Jika mahu dibandingkan dengan salaf soleh yang berjuang islam, amat jauh beda dengan orang sekarang yang berjuang islam. Abu Bakar mati-matian menolak jawatan khalifah, waima beliau layak. Omar yang tersangat layak, tidak semena-mena menyokong cadangan Abu Ubaidah untuk dilantik Abu Bakar menjadi Khalifah.

“sekiranya ada nabi selepasku, sudah pasti nabi itu adalah Omar” ucapan Nabi SAW yang kedengaran ke telinga Abu Bakar, menyebabkan Abu Bakar agak berat menerima jawatan Khalifah setelah kewafatan Nabi. Pada Abu Bakar, selepas Nabi SAW, Omar amat layak untuk jawatan tersebut. jika tidak, masakan Nabi SAW mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Waima kenyataan sebegini menandakan kelayakan Omar untuk memegang jawatan Khalifah, ternyata Omar lebih mementingkan keuntungan umat Islam berbanding keseronokkan dalam memegang kuasa. Justeru, Omar menolak dari menerima jawatan tersebut, malahan memberi sokongan penuh terhadap cadangan untuk dilantik Abu Bakar sebagai Khalifah Islam pertama, selepas kewafatan Nabi SAW.

Kisah sebegini berlaku, dikala Nabi SAW sudah pun wafat. Pun begitu, ia berada dalam proses pengkebumian. Memandangkan urusan pentadbiran politik merupakan sesuatu yang penting, menyebabkan perbincangan tentang pengganti Nabi SAW semakin rumit yang melahirkan kelewatan dalam mengkebumikan jenazah nabi SAW.

JAWATAN MB KELANTAN

Cerita sebegini mustahil berlaku di kalangan manusia yang sedang berebut jawatan MB di Kelantan? Waima Tuan Guru masih sihat, sudah kedengaran suara-suara ‘bangsat’ kearah itu.

Apa yang dapat dilihat, di saat ini, rakyat kelantan sedang berhadapan dengan satu isu yang amat besar, iaitu mereka ‘dirogol hak’ dalam isu minyak, tiba-tiba seorang pimpinan PAS berjawatan exco, malahan bertitle ulama boleh mengeluarkan kenyataan yang berbau “tamak jawatan” untuk jawatan MB kelantan.

Bukankah, orang yang berbicara tersebut seorang exco? Justeru, kenapa tidak digunakan ruang dalaman kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan yang mahu dibangkitkan? Ini kerana, sebarang kenyataan yang dilontarkan oleh seseorang exco kerajaan menerusi media, sudah pasti ia akan melahirkan polimik. Jika mahu dilontarkan juga ke alam media, dicadangkan letak sahaja jawatan exco, kemudian buatlah sebanyak mungkin kenyataan media di luar kawalan kerajaan.

Ini kerana, kenyataan media seperti ini, akan melahirkan polimik kerajaan sepertimana keadaan yang agak sama berlaku dalam isu yang melibatkan Hasan Ali yang tergila-gila mahu jadi MB yang bersuara dalam isu selcat pada satu hari raya Aidil fitri baru-baru ini.

Apa sudah jadi dengan sebilangan besar ulama-ulama dalam PAS? kelihatan ”hub ar-riasah” sudah menjalar masuk dalam jiwa mereka. Mereka sudah tidak lagi tidak dilihat sebagai pejuang hak rakyat, tetapi dilihat sebagai manusia yang tidak sabar hendak memegang sesuatu jawatan penting. Contohnya seperti Isu minyak. Dilihat, ia tidak disuarakan dengan serius oleh ulama-ulama ini, tetapi disuarakan oleh golongan bukan ulama.

Jika keadaan ini berlaku, tunggulah kejatuhan kepimpinan ulama di masa akan datang...

Sekian

p/s : Mungkin ulama-ulama terbabit tidak pernah terbaca hadis Nabi SAW berikut;

يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا

Maksudnya;
”Wahai Abdur Rahman bin Samurah, jangan kamu meminta jawatan. Ini kerana, jika kamu diberinya dalam sesuatu masalah, akan diwakilkan kepada diri kamu (tanpa dapat pertolongan dari Allah)” (Al-Bukhari : 6132)

Juga satu pesanan penting dari Nabi SAW;

مَنْ طَلَبَ قَضَاء الْمُسْلِمِينَ حَتَّى يَنَالهُ ثُمَّ غَلَبَ عَدْله جَوْره فَلَهُ الْجَنَّة ، وَمَنْ غَلَبَ جَوْره عَدْله فَلَهُ النَّار

Maksudnya;
”Barangsiapa meminta sesuatu urusan orang islam, sehingga dia mendapatnya. Kamudian keadilannya melebihi kezalimannya, maka baginya syurga. Sebaliknya, jika kezalimannya melebihi keadilannya, maka baginya neraka” (Abu Daud : 3104)

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
28 November 2009 * 1;12 petang








3 ulasan:

baginda® berkata...

ramai nak tegur tapi takut di label tak wala pade pemimpin... hehehe kite wala pada pemimpin sape nak wala kat kite?

tapi ramai tegur tak bertempat, lihat diri sendiri dulu baru la nak tegur TGNA... kan..kan..kan..

huzaifah berkata...

Berbau "nak jawatan" tu, bagi yg ingin bersangka jahat macam al-bakistani.

Tanpa Nama berkata...

sekarang yang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu royalty minyak kelantan adalah Tok Guru & Husam namun kita dapat lihat sekarang ada konspirasi untuk menjatuhkan mereka berdua. setiap hari media & blogger mengerang Nik Aziz & Husam. kononnnya Husam nak jatuhkan nik aziz lah, husamlah mengebab kemelut kelantan lah, husam itu, husam ini.

nak sekarang Husam terpaksa berdiam dan nik aziz pula tidak boleh focus dalam meguruskan pentadbiran kerana serangan-serangan jahat ini.

yang peliknya, dimana pas pusat dalam hal ini?? senyap sunyi je!!!