Rabu, 2 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (8)


APAKAH INI KEHIDUPAN? (8)

5 minit kemudian, aku mendailkan balik hpku. Kali ini dailan telefon berbunyi, tetapi Aini tidak angkat. Pemikiranku berputar-putar, berfikir apa yang terjadi pada aini pada kali ini.

Aku mencuba lagi buat kali kedua. Nasibnya tetap sama. Dicuba kali ketiga, keadaan yang sama juga berlaku. Dicuba pada kali ke empat, ternyata menghampakan.

”dia tak angkat telefon la” kataku kepada Abang Ali dan Haji rahman.

Mereka berdua diam, tidak memberi respon dari kataku itu.

Tidak lama kemudian, aku terus mendail lagi. Kali ini, tidak menghampakan. Aini ternyata mengangkat telefonnya.

”Aini !!.. macam mana?” soalku.

”dorang ada kat ruang tamu lagi. Dorang dok makan. Aini ada dalam bilik ni ha” jawab aini.

”Aini !!.. tak leh ke tengok kawasan tu, biar kami dapat agak aini di kawasan mana” aku memberitahu dengan nada mendesak.

”Aini takut la ustaz..” kata Aini dengan nada yang menggusarkan hati.

”aduh... Aini kena tenang.. beranikan diri.. jengok di luar, tengok apa-apa tanda pun yang boleh kami tahu Aini berada di mana” aku memberi semangat.

”baik ustaz...”

”ustaz telefon lepas ni.. dalam 5 minit lagi kot. Tapi, Aini kena angkat telefon tau” aku memberi ingatan.

”ok...” jawab aini dengan nada seperti orang yang berputus asa. Aku terus mematikan hpku.

5 MINIT KEMUDIAN

Aku menelefon lagi, Aini mengangkat.

”Aini nampak, kat sini ada bangunan kotor, himpunan kayu, ada tokong cina. Pastu, ada lori” Aini memberi tanda-tanda menerusi talian telefon.

”dia nampak himpunan kayu, tokong cina dengan lori” aku memberitahu kepada Abang Ali.

”lagi?..” aku bertanya lagi kepada Aini.

”em...arrr... Aini ada nampak satu banner, tapi Aini tak nampak tulisannya. Spek mata Aini tak ada ni...” Aini bercakap tergesa-gesa.

”tanya dia, ada nampak tak sebarang tulisan” tiba-tiba kedengaran suara Abang Ali.

”haa.. Aini ada nampak tak sebarang tulisan kat kawasan tu” Aku pula bertanya dengan soalan abang ali itu kepada Aini.

”tak ada pun.” jawab Aini ringkas.

”ok.. nanti ustaz telefon lagi..” aku terus mematikan telefon.

Abang Ali terus meluru ke arah satu bangunan deretan rumah kedai. Kami terlihat satu himpunan kayu dan tokong cina, juga kelihatan sebuah lori. Pun begitu, kami masih sangsi lagi. Apakah tempat itu betul atau tidak?

Kami berhenti dihadapan salah sebuah rumah kedai. Kami nampak, ada alamat no 13 A. Cumanya, kami masih sangsi, kerana di hadapan bangunan tersebut ada papan tanda majlis perbandaran, denda RM 1000 jika buang sampah merata-rata.

”kalau kat sini, takkan Aini boleh tak nampak papan tanda ini” abang ali bersuara, ”lagi pun, papan tanda ni besar.. mustahil dia tak nampak” sambung Abang Ali lagi.

”itu yang ana rasa pelik tu” jawabku ringkas.

”mungkin bukan kawasan ini kot” tiba-tiba Haji Rahman bersuara.

Abang Ali terus memandu ke arah luar bangunan tersebut. Kemudian, masuk balik ke kawasan tersebut.

Kelihatan ada beberapa orang lelaki, dijangka berbangsa bangladesh sedang naik turun pada sebuah pintu di bangunan kedai tersebut.

”budak-budak lelaki tu, orang melayu ke, bangladesh” hatiku bersoalan.

Aku terus mendail nama Aini.

”hello.. budak-budak tu, budak melayu ke, budak bangladesh?” tanyaku kepada Aini.

”melayu...” jawab Aini

”Aini ada nampak tak tanda-tanda lain.. kami keliru lagi ni” aku memberitahu

”jap...” senyap sekejap..” dorang dah keluar dah, tapi ada kat bawah rumah ni” jawab Aini, ”dorang bawa kereta wira warna putih” sambung Aini lagi.

”dorang ada kat situ lagi ker?” tanyaku

”yee.. dorang ada kat sini.. tapi Aini takut la nak jengok, sebab bimbang dorang nampak Aini” jawab Aini dengan nada ketakutan.

”aini nampak banner tadi, ada tulisan apa-apa tak?” soalku.

”jap, Aini kena panjat dulu” Aini menjawab, ”Aini tak berapa nampak.. Kelas er...er... Pembaikian Komputer” sambung Aini lagi.

”ok cantik. nanti ustaz cari dulu.. kalau apa-apa hal, ustaz akan telefon balik” kataku.

”ok ustaz... tapi ustaz tolong Aini tau” kata Aini..

”insya Allah... Aini pun kena tolong ustaz sama” jawabku ringkas, sambil mematikan telefon.

Kami pun mencari-cari rumah yang dimaksudkan oleh Aini itu, tetapi tidak ketemui juga. Kami nampak banner warna hijau yang tertulis ’kelas pembelajaran komputer’. Dirasakan salah, kerana Aini memaklumkan banner itu tertulis ’kelas pembaikan komputer’.

Kami mencari-cari lagi, sehingga di luar dari kawasan Jalan Rakan itu. Sedang kami mencari-cari, tiba-tiba HP ku berbunyi. Dilihat, termaktub nama ‘Zul’.

“Assalamualaikum..” aku memulakan bicara.

“waalaikumsalam..”jawab zul, “macam mana?” tanya zul ringkas

“dok cari lagi ni haa..”.. jawabku

“macam ni. hang cari ada himpunan kayu, pastu ada tokong cina, dan kemudian ada banner tertulis ‘kelas pembelajaran komputer’. Banner tu, warna hijau. Lagi, ada papan tanda tulis ‘pusat welding sp 2’” makluman yang diberikan oleh Zul agak terperinci.

Apabila zul menyebut banner warna hijau, aku terus teringat tentang satu banner yang kami tengok tadi. Banner yang tertulis ‘kelas pembelajaran komputer’.

Aku catit semua tanda-tanda yang Zul berikan

“ok.. aku cuba dulu” kataku..

“ok...” jawab zul ringkas, dan aku terus mematikan hpku.

”Zul bagi kita 4 tanda, satu, himpunan kayu, dua, tokong cina, tiga, banner tertulis ’pusat pembelajaran komputer’, empat, papan tanda tertulis ’pusat welding sp 2’” aku membaca kandungan maklumat yang diberikan oleh zul kepada Abang Ali dan haji Rahman.

Abang Ali dan Hari Rahman berdiam sahaja.

”ana yakin tempat tadi.. tempat yang kita nampak banner hijau tadi. Pastu, ana rasa ana perasan papan tanda yang tulis ’pusat welding’” sambungku lagi.

Abang Ali terus menuju ke arah rumah kedai yang kami jumpa tadi, iaitu di rumah kedai yang didasarkan kepada tanda-tanda yang diberikan oleh zul, yang kami rasa kami sudah lalu dikawasan itu tadi.

Bersambung....


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 Disember 2009 * 3:59 pagi

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rasanya dah nak sampai hujung dah ni.. endingnya mesti kat hospitalkan.. rasanya..

Din GK berkata...

panjang sungguh kisah ni...

Din GK berkata...

panjang sungguh kisah ni....

wnorhaslina berkata...

Salam

eloklah dibuat telenovela saja.

:D

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya, Ustaz begitu mahir menyembunyikan rahsia karektor utama. Tahniah!

Dzulfikar Mashoor

Tanpa Nama berkata...

eh! bukan ker syarikat telco ada service "friend finder" ie. syarikat ananda maxis.

service ni boleh kesan kat mana lokaliti nombor yg kita cari.
blur! blur!