Isnin, 14 Disember 2009

KENAPA ARIFFAHMI NAFIKAN?

KENAPA ARIFFAHMI NAFIKAN?

Semasa ceramah Tuan Guru nik Abdul Aziz di Taman melewar baru-baru ini, aku bersama seorang kawan pergi. Sedang mendengar ceramah, tiba-tiba telefon kawanku berbunyi.

Aku membiarkan sahaja. Tidak ada faedahnya aku mengambil tahu siapa yang menelefon kawanku itu.

Setelah selesai telefon, kawanku itu maklumkan bahawa yang menelefon dia adalah Ariffahmi, seorang COO yang sedang dilubung isu yang melibatkan PMBK.

“dia nak jumpa kita” kata kawanku itu.

”ahh... dia nak buat apa jumpa kita?” tanyaku balik

”ala... kita pegi dengar la dulu, apa yang dia nak dari kita” kata ariffahmi lagi.

”emm... ok.. tapi bila?”

”esok.. kot”..

”bukankah kita nak pegi rumah tunang anta esok?”

”dia kata, kalau lewat malam pun tak pe... asal nak jumpa juga”

”ooo.. maknanya, dia jumpa kita nanti lepas balik dari Johor la”

”yap...” ringkas kata kawanku itu.

GOMBAK

Kami ke Johor. Aku, isteriku, anakku dan kawanku itu bersama-sama ke Johor menaiki kereta avanza hijau yang merupakan buraq harianku. Muar tempat yang kami pergi.

Setelah selesai urusan kami di Johor, kami terus balik ke Sungai Buloh. Setelah sampai, kami menguruskan beberapa urusan terlebih dahulu. Kemudian, dalam hampir pukul 12 malam, baru kami menghubungi Ariffahmi untuk berjumpa.

dia maklumkan, bahawa dia bermalam di Nikko Hotel, Ampang Park. Justeru, dia minta agak kami berjumpa dengannya di Nikko Hotel tersebut.

Kami faham, pertemuan dengan kami itu adalah disebabkan faktor kami adalah blogger. Makanya, kami mencadangkan agar dia berjumpa dengan seorang lagi blogger yang agak otai dalam ulasan politik. Dia bersedia berjumpa.

Kami bersama-sama menuju ke arah gombak dengan kereta avanzaku. Dalam kereta, Ariffahmi berkali-kali menyebut, ”kesian kat ana syaikh”

Aku agak kepelikkan. Apa motif ayat ini dikeluarkan dihadapanku bersama seorang kawan yang merupakan blogger juga.

”mungkin dia dah penat kot hadapi isu dia ni kot” hatiku berkata-kata.

ADA PIMPINAN

Sesampai kami di gombak, untuk berjumpa dengan salah seorang blogger Otai. Kami berjumpa juga dengan salah seorang pimpinan tertinggi PAS. juga seorang blogger yang sudah dikenali dalam dunia blogger.

Pada peringkat awalnya, ariffahmi agak teragak-agak untuk turun dari kereta, apabila dimaklumkan ada salah seorang blogger yang dia sangat kenal itu berada di situ. Tetapi, berkali-kali dipujuk, baru dia akur.

Kami turun dari kereta, dan disambut mesra oleh dua blogger otai, juga salah seorang pimpinan tertinggi PAS di situ.

”ana pergi satu tempat. Ramai ana jumpa. Nak minum sampai tak sempat, sebab bersalam dengan orang kat situ.. macam mana Al-Bakistani boleh tulis dalam blog, yang ana ni orang tak kenal” kata pimpinan tertinggi PAS itu.

”ala.. memang la kat situ orang kenal anta.. kalau anta pegi kat tempat budak-budak ana.. dorang tak kenal langsung anta” balasku, sambil ketawa, kemudian disambut oleh pimpinan PAS terbabit.

Kemudian, kami memfokuskan tentang isu arif. Pimpinan PAS terbabit memberi banyak nasihat kepada arif. Juga menjelaskan tentang nasihat pimpinan atas terhadap isu yang melibatkan beliau.

Aku malas hendak mengambil port dalam perbualan mereka. Ini kerana, ia sudah melibatkan dengan seorang pimpinan PAS tertinggi dengan arif. Cumanya, kami mendengar semua perbualan mereka.

PERBUALAN BLOGGER

Mungkin pimpinan terbabit faham kedatangan arif tidak disangka kewujudannya, menyebabkan pimpinan PAS terbabit meminta permisi. Sebelum bertolak, dia bayar semua makanan yang kami makan.

Maka tinggallah arif bersama dengan tiga orang blogger, yang terdiri dari aku, kawanku, juga seorang blogger otai.

Banyak isu yang kami bincangkan. Boleh dikatakan, 99 % berkaitan dengan isu arif.

Pada pengamatanku, kehadiran arif berjumpa dengan kami dengan tujuan membela diri. Makanya, banyak persoalan yang kami lontarkan, dijawab oleh arif.

Secara peribadi, aku tidak berkeyakinan dengan jawapan arif. Ini kerana, segala jawapan yang diberikan, tidak mampu disertakan dengan bukti yang kukuh, waima diminta berkali-kali.

Yang terkejut sedikit, apabila dia menyalahkan salah seorang exco kerajaan negeri kelantan tentang isu ini.

”jahat sangat ke dia tu” soalku.

”syaikh.. anta tak kenal dia.. anta kena duduk kelantan bagi lama sikit” jawab Arif..

Arif memburukkan exco itu. kami hanya mendengar, kerana ingin mengetahui sahaja.

”macam ni la syaikh.. kalau anta bagi semua fakta-fakta dan maklumat-maklumat yang ada, kami serang exco itu. anta bersedia tak?” aku memberi soalan provokasi

”eh.. tak payah la melalui ana.. carila orang lain” jawab arif gelisah dengan soalan aku itu.

”kalau tidak melalui anta pun, anta bagi kabel pun tak pe.. kami jumpa dengan orang tu.. amacam?” soalan provokasi kedua terpancul.

”ala... anta pegi cari sendiri la..” jawab arif lagi.

“memang kami boleh cari.. tapi, nak cari kat mana.. anta bagi la ’bunga-bunga’nya sikit, baru senang kerja kami. Punca masalah anta pun selesai” sekali lagi aku bersuara, sambil dilihat oleh kawanku dan blogger otai tersebut.

PULANG

Jam ditangan, sudah mencecah hampir pukul 4 pagi. Aku dah berkali-kali menguap, tetapi arif nampak masih tidak mahu berganjak. Aku biarkan sahaja.

”eh.. hampa pegi hantar arif ni.. dah lewat dah ni.. ” blogger otai bersuara.

Aku gembira dengan ayat itu. maklumlah, dah lewat pagi dah ni. Mengantuk pun sudah tidak tertahan lagi.

Arif mungkin faham. Dia bangun, dan meluru ke arah kereta avanzaku, dan aku sendiri akan menghantar dia pulang ke Nikko Hotel.

”ana dengar kata, ramai blogger-blogger ini tidak berduit, betul ke?” soal arif.

Aku rasa ingin menjawab, tetapi kawanku terus menjawab, ”memang ada pun”

”kalau ada masalah kewangan, bagitau la.. ana akan cuba bantu sekadar yang boleh” Arif memaklumkan

Aku melihat wajah arif bila dia menyebut sedemikian. Mengapa beliau menyebut sebegitu? Aku tidak mengetahuinya.

“ala.. dia memang niat nak bantu kot.. maklumlah, inikan musim ramai orang tak ada kerja” hatiku berkata.

Arif juga ada menyebut, "ana rasa la, ana kena tulis semua cerita-cerita yang berkait dengan ana.."

"bagus tu.. buka blog sendiri, lepas tu jawab. Baru hilang kekusutan sikit" jawabku ringkas, "anta jawab je la semua fitnah-fitnah yang dilontarkan oleh Kickdafella itu" sambung aku lagi, sambil mataku meleret ke arah wajahnya.

Kelihatan, dia mengangguk-ngangguk kepalanya. Di wajahnya kelihatan seperti sedang berfikir sesuatu.

Sesampai sahaja di Hotel Nikko. Kami bersalaman. Arif sempat juga berkata, ”kalau sampai kelantan, telefon la.. boleh kita minum teh ke, apa ke”

”ok.. tuan.. Assalamualaikum” aku menjawab dan memberi salam

Sambil tersenyum, Arif menjawab, ”waalaikumsalam”

Pertemuan kami itu, habis sekadar itu. dan kami juga berazam, kalau sampai ke kelantan, kami ingin berjumpa dengan dia. Bukan senang hendak duduk lepak dengan orang besar di Kelantan.

Tetapi, mengejutkan apabila semalam ada seorang blogger dari Kelantan memaklumkan kepada kami, bahawa pertemuan kami pada malam tersebut dinafikan oleh ariffahmi dihadapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Kami cuba menghubungi arif berkali-kali, tetapi dia tidak mengangkat hp. Persoalannya, mengapa ariffahmi nafikan pertemuan dengan kami pada malam itu?

Kami masih mencari jawapan sehingga hari ini.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 Disember 2009 * 3:16 petang

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ariffahmi tu dah tak boleh nak malu dah. Dia kena lari luar negara sembunyikan diri 5 tahun harap-harap orang lupa episod ni.

Ataupun dia bunuh diri, bawak sekali konco-konco munafiqeen dia tu. Buat malu Nik Aziz saja. Kesian sungguh orang tua tu.

pencatat berkata...

hotel nikko 6 bintang tuhh, aku masuk dulu pon masa jemputan seminar anjuran razak baginda... aku ingat standard-room nikko 1 malam paling kurang about rm500.... pmbk bayar ke atau sendiri? kalau sendiri, adalah pembaziran utk org yg bakal hilang keje n katanya mungkin nak start bisness sendiri, kalau pmbk bayar perghhhh memang kelantan dah kaya tak payah royalti minyak lagi...

Tanpa Nama berkata...

"Tetapi, mengejutkan apabila semalam ada seorang blogger dari Kelantan memaklumkan kepada kami, bahawa pertemuan kami pada malam tersebut dinafikan oleh ariffahmi dihadapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz...."


- Bab ini minta pencerahan, blogger dari Kelantan ini mendapat berita tersebut di mana? Siapa sumber dia? Macamana dia boleh buktikan dakwaan nya ini? Benarkah seperti yang didakwanya itu, beliau berbohong terhadap TG Nik Aziz? Siapa saksi atas perkara ini? Tolong lampirkan pengesahan.

Tanpa Nama berkata...

Ust 1G...

Tidak perlulah ulas pasal si arif ni.. takda feadah, nak meluahkan tapi berbunga2 pulak.. Ulas maksud Surah Yasiin lagi bagus dapat juga saya ilmu, bila nak sambung episod "Apakah Ini Kehidupan"?

Tanpa Nama berkata...

Episod Ariffahmi ini dapat juga mencungkil bloggers yg jenis kaki fitnah, suka membuat berita tanpa periksa malah ada juga yg terang-terangan menguatkan fitnah yg dilemparkan oleh Ariffahmi.

Setidak-tidaknya kita sekarang sudah kenal bloggers sebegini, contohnya Saynotomunafiqeen. Bukan sekadar hilang kredibiliti, tetapi terbukti membuahkan fitnah melampau terhadap Husam Musa.

Serupa juga blog Albanjari semasa episod tape Hassan Ali dahulu. Hilang kredibiliti apabila terang-terangan hendak menaikkan benang basah bila memberi hujah kenapa MRK tidak mejawab telefon. Bukan setakat kredibiliti blog, malah kredibiliti gelaran USTAZ pada MRK pun turut lebur.

Peringatan pada para bloggers - tulis lah apa yg nak tulis hatta apa yg menyakitkan hati pembaca sekalipun TETAPI semestinya lah perkara yg benar belaka.

tekak berkata...

Hotel Nikko tu...., tak tergamak saya nak duduk walau semalam. Aura kapitalis terasa amat.

akhu_hurairah berkata...

teruskan bongkar ustaz...
sedihla kalau cerita atas ni benar belaka..mmg sedih..
kalau ku jumpa ariffahmi ni mmg lah aku piat2 telinga dia..

Anoinimuz berkata...

ariff fahmi ni mmg gampang...

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum...hmmm,payah nak percaya,boleh jadi pihak ni berbohong,boleh jadi pihak sana berbohong,boleh jadi juga pelapur berbohong.... senang ke nak percaya ??? tambahan pula skrg musim menjatuhkan org.... saya nak pesan kat pembaca,jgn mudah percaya.

Unknown berkata...

salam,

menarik!...AlBakistani kini di www.duniacacamarba.blogspot.com