BERFORUM DENGAN DATO’ NAKHAIE (2)
Firman Allah;
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ
Maksudnya;
“Katakanlah (Wahai Muhammad), Wahai Ahli Kitab, marilah kepada kalimah yang sama (titik kesamaan) antara kami dengan kamu”
(Surah Al-Imran : 64)
Dalam kupasanku dari ayat ini, perlu dilihat kepada manhaj Nabi SAW dalam usaha mengislamkan Madinah. Makkah adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai masyarakat yang majmuk, nyata Islam tidak berjaya dilaksanakan di Makkah, malahan mendapat tentangan hebat dari pihak pemerintah.
Keadaan ini amat berbeda di Madinah. Waima madinah mempunyai masyarakat majmuk, ternyata Nabi SAW berjaya melaksanakan pemerintahan Islam di Madinah di peringkat awalnya.
Apakah rahsianya? Sudah pasti ia berasaskan kepada firman Allah di atas.
Apakah kesamaan antara kaum di madinah; di kalangan kabilah-kabilah arab dan kabilah-kabilah yahudi? Jawabnya adalah, semua mahukan kepada keadilan, tidak mahu kepada kezaliman.
Justeru, Nabi SAW hadir membawa konsep keadilan islam, menentang kezaliman jahiliyyah. Ia terbukti dengan kandungan piagam madinah.
SESSI SOALAN CEPU-EMAS MODERATOR
Dalam sessi ini, Haji Yasin Muhammad, moderator telah menghujankan perkembangan islam di malaysia kini, yang memperlihat tentang keruntuhan moral muda-mudi kini, iaitu dengan berita pembuangan bayi yang menggerunkan.
Tuan Haji Yasin juga mendatangkan beberapa fakta tentang data pembuangan bayi dan sebagainya. Dinyatakan juga, komen Menteri terbabit, Shahrizat terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan ini.
Bagi menjawab soalan itu, Dato’ Haji Nakhaie lebih dilihat seperti memfokuskan tindakan menyalahkan itu kepada keluarga. Terutama, berkali-kali beliau menyebut, “hatta para ustaz pun tidak boleh sangka, anak-anak mereka juga akan terlibat dengan zina”
Beliau juga ada menyebut, semasa beliau dalam kerajaan, bahawa beliau selalu bersuara kepada pihak pemerintah tentang usaha dalam menangani isu moral dan sosial di kalangan remaja. Bahkan, dalam menjawab soalan tentang kenyataan yang dibuat oleh Menteri, Shahrizat, kelihatan Dato' agak mengkritik, seperti beliau menyatakan pihak kementerian terbabit perlu mempunyai plan dan perancangan dalam menyelesaikan masalah sebegini.
Apabila sampai giliranku, aku mengupas isu ini dari asal punca. Aku menyatakan, bahawa Islam itu hadir dengan ilmu. Ia terbukti dengan penurunan surah ‘Iqra’.
“Iqra’ bermakna bacalah. Apabila sebut membaca, sudah pasti ia melibatkan ilmu” ujarku.
Masalah yang sedang menimpa umat kini, anak-anak muda tidak diterapkan ilmu dengan cara yang betul. Kita tidak boleh berharap untuk mereka hadir ke masjid untuk mendengar kuliah atau ceramah agama, sebaliknya kita perlu mempunyai pendekatan yang berkesan dalam menerapkan ilmu agar mereka takut kepada Allah.
Aku menyatakan juga, antara kaedah pendekatan tersebut, kita tidak boleh melihat anak-anak muda yang berpeleseran sebagai musuh dan sebagai jijik, bahkan kita perlu melihat mereka dengan kasih sayang. Juga, dalam memberi kefahaman ilmu itu, tidak sekali-kali menyamakan penyampaian ilmu kepada mereka yang “kaki masjid dan surau”, sebaliknya perlu mempunyai cara yang sesuai dengan akal mereka.
Aku mendatangkan satu kisah yang berlaku pada maharaja cina terdahulu, iaitu berkenaan seorang raja yang bermimpi bahawa giginya semuanya gugur. Keesokkannya, dia telah memanggil semua ahli nujum negara dalam mengadap untuk mena’wilkan maksud mimpinya itu.
“maksud mimpi tuanku adalah, Tuanku, dan semua anak dan isteri tuanku akan mati” ujar salah seorang ahli nujum negara.
Jawapan itu, menyebabkan raja tersebut marah sehingga mahu membunuh ahli nujum terbabit.
Melihat keadaan itu, menyebabkan seorang ahli nujum negara yang lain menyampuk dengan katanya, “maksud mimpi tuanku adalah, tuanku diberikan umur yang panjang. Sehinggakan tuanku terakhir sekali mati setelah anak dan isteri tuanku mati”
Mendengar jawapan itu, raja tersebut reda dan tidak marah lagi.
”jika kita dengar dua perkataan itu, sama sahaja; iaitu mati. Tetapi, dengan cara yang berbeda, menyebabkan raja boleh reda dan tidak marah” ujarku.
Bagi menguatkan hujjahku itu, aku nyatakan bahawa hadis ada menyebut;
كلموا الناس على قدر عقولهم
Maksudnya;
”Berkatalah terhadap manusia itu atas kadar akal mereka[1]”
Aku juga berhujjah dengan menyatakan bahawa tidak boleh kepada keluarga sahaja perlu disalahkan dalam hal pembuangan bayi. Sebaliknya, pihak kerajaan juga mempunyai tanggungjawab yang besar.
Mungkin kita tidak mampu untuk perlaksanaan, memandangkan kerajaan kita tidak islam. tetapi, dalam keadaan sedemikian kita perlu mengambil contoh strategi Nabi SAW dalam perjanjian Al-Hudaibiyyah; iaitu baginda SAW menggunakan peluang yang ada untuk menyampaikan dakwah setelah sekian lama ditahan dan mendapat tekanan.
Bermakna, pihak kerajaan perlu menjadi sebagai satu duta yang serius dalam memahamkan rakyat tentang islam. jika ini berjaya, insya Allah masalah sosial yang sedang menimpa akan berjaya diatasi.
Bersambung...
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 april 2010 * 2:27 petang
[1] Dalam riwayat bahawa Abdullah bin Mas’ud ada berkata;
مَا أَنْتَ بِمُحَدِّثٍ قَوْمًا حَدِيثًا لَا تَبْلُغُهُ عُقُولُهُمْ إِلَّا كَانَ لِبَعْضِهِمْ فِتْنَةً
Maksudnya;
“tidaklah kamu bercakap dengan sesuatu kaum dengan sesuatu perkataan yang tidak sampai kadar akal mereka, melainkan bimbang setengah mereka akan menjadikannya sebagai ftnah. (muslim)
4 ulasan:
tahniah diucapkan kpd ustaz kerana dpt memberi dan mengemukakan hujjah2 bernas serta kesimpulan yg sangat mantap pada malam itu. good job, well done..
- yang hadir forum
cuba kita tutup mata, bayangkan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang berhujah bersama Ust Nakhaie.. sure kena maki hamun dengan kata Nista.
Semoga kita bersikap adil sesama Islam sebelum kita boleh adil kepada agama lain
kalau nasha berforum dengan nakhaie sure dia kempen perpaduang punyeeee...
- Aloq Gajah -
1.masalah sosial remaja islam!punca utama sumber makanan!yang menjadi darah daging!last sekali membentuk perlakuan!
2.Study tenguk punca rezeki umat islam dimalaysia!
3.Apa kaitan MLM dengan keruntuhan akhlak remaja islam masa kini!Apa hukum MLM!Berapa % umat melayu dan islam yang terlibat dalam sistem MLM!
4.Apa kaitan rasuah dengan keruntuhan sosial sekarang!hang buat kajian tenguk!Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara bapa yang terima rasuah dengan anak-anak yang terlibat dengan gejala rasuah!
5.Faktor kedua!kegagalan golongan macam hang!puak agama yang dipertanggongjawabkan untuk membentuk sahsiah remaja!Golongan agama dijabatan agama!diagensi agama!buat apa!asyik berforum macam hang!sampai pada golongan sasaran!sampai pada mat rempit!!hangpa jawabla diakhirat nanti!
Catat Ulasan