Selasa, 13 April 2010

HASAN AL-BANNA MENDENGAR RINTIHAN BAWAHAN

HASAN AL-BANNA MENDENGAR RINTIHAN BAWAHAN

Setelah Ikhwan Muslimin berijtihad untuk terlibat dengan Demokrasi dalam negara mesir, menyebabkan pihak British merasakan seperti terancam. Ekoran itu, British telah menghantar menteri hal ehwal urusan British di Timur Tengah untuk berjumpa dengan Imam Hasan Al-Banna.

Dalam pertemuan tersebut, pihak british menawarkan bantuan kewangan dan dana yang besar kepada Ikhwan dalam menumpukan aktiviti dakwah, disamping menjauhkan diri daripada bidang politik dan pemerintahan.

Tawaran itu ditolak mentah oleh Imam hasan Al-Banna dengan katanya, "seluruh projek Ikhwan dilaksanakan berdasarkan prinsip Sunduquna Juyubuna (tabung kami adalah dari poket-poket kami) dengan izin Allah. Kami tidak menerima bantuan apa pun daripada sesiapa pun, termasuk mana-mana pemerintah dan juga mana-mana Negara".

PILIHANRAYA

Ikhwan telah menetapkan keputusan untuk terlibat dalam demokrasi. Keputusan itu, menyebabkan London telah mengarahkan kedutaan British di kaherah agar mendesak kerajaan mesir supaya mengenakan tekanan kepada Ikhwan.

Ketika itu, perdana Menteri mesir adalah Raf'at Nahhas Pasha. Beliau mendesak agar Ikhwan tidak melibatkan dalam pilihanraya, tetapi Ikhwan tetap berkeras untuk terlibat juga dalam Pilihanraya.

Pun begitu, dalam satu pertemuan yang melibatkan pimpinan Ikhwan dengan Imam Hasan Al-Banna, semua pimpinan tertinggi Ikhwan sepakat menghantar Imam hasan Al-Banna untuk bertanding dalam Pilihanraya. Namun, memandangkan risiko yang besar kerana ancaman pemerintah, menyebabkan sebilangan pimpinan Ikhwan menyerahkan kepada diri Imam hasan Al-Banna untuk bertanding dalam Pilihanraya atau tidak.

Memandangkan pimpinan Ikhwan menyerahkan keputusan itu kepada Imam Hasan Al-banna, menyebabkan Imam Hasan Al-banna mengambil sikap mengundur diri.

Keputusan yang dibuat oleh Imam Hasan Al-banna itu, rupa-rupanya menyebabkan berlaku keretakan dalaman Ikhwan. Ini kerana, sebilangan besar ahli-ahli ikhwan tidak bersetuju dengan keputusan Imam hasan Al-banna itu.

Keretakkan itu semakin ketara, menyebabkan Imam hasan Al-banna telah menugaskan Abdul hakim Abidin ke setiap kawasan untuk memberi penerangan terhadap penarikan diri Imam hasan Al-banna dari terlibat dalam pilihanraya tersebut.

Ketika Abdul hakim sampai di Bandar Asyut, Abdul hakim terpaksa berhadapan dengan seorang ulama yang mewakili suara rakyat. Tokoh ulama itu adalah Muhammad Hamid bin Abu Nasr, yang kemudiannya menjadi Mursyidul Am Ikhwan yang keempat.

Dalam pertemuan itu, Muhammad Hamid bin Abu nasr mempertikaikan keputusan Imam Hasan Al-banna yang tidak mahu bertanding dalam Pilihanraya, bahkan selayaknya Imam hasan Al-banna perlu meraikan keputusan majoriti yang meminta beliau bertanding dalam Pilihanraya.

Makanya, dalam pertemuan tersebut, berlaku sedikit pertembungan antara Muhammad hamid dengan wakil Imam hasan Al-banna, iaitu Abdul hakim Abidin sehingga Abdul Hakim menyebut bahawa Muhammad Hamid tidak layak bertindak sedemikian kerana tindakannya itu mempertikai Mursyidul Am Ikhwan, bahkan menganggap perbuatannya itu sebagai menyimpang dari prinsip-prinsip berjemaah.

Muhammad hamid Abu Nasr tetap bertegas dengan hujjah-hujjahnya bahawa Imam hasan Al-banna perlu meraikan pandangan majority yang meminta agar beliau masuk bertanding dalam Pilihanraya pada tahun tersebut. Sehinggakan, dalam pertemuan tersebut, Muhammad Hamid Abu nasr telah bertindak keluar dari majlis sebagai tanda protes terhadap keputusan Imam hasan Al-banna yang dipertahankan oleh Abdul hakim Abidin.

SURAT

Pada malamnya, Muhammad hamid bin Abu Nasr telah menulis surat kepada Imam hasan Al-banna. Dalam surat itu, Muhammad Hamid telah menyertakan hujjah-hujjah yang panjang dan jelas terhadap ketidak-benarnya tindakan Imam hasan Al-banna yang menarik diri dari bertanding dalam Pilihanraya.

Setelah surat itu sampai ke tangan Imam hasan Al-banna, dengan berjiwa besar Imam hasan Al-banna telah menelefon Muhammad Hamid Abu nasr dari kaherah menyatakan permohonan maaf terhadap kelakuan wakil beliau, Abdul hakim Abidin.

Imam hasan Al-Banna juga berjanji akan mengikut saranan dan syor yang terkandung dalam surat Muhammad hamid bin Abu nasr tersebut, disamping merakamkan kekaguman beliau terhadap pendirian dan hujjah-hujjah Muhammad Hamid bin Abu Nasr yang berani dalam menyatakan pendapatnya, waima terhadap Mursyidul Am Ikhwan sekalipun.

Sekian

p/s : nukilan dari buku "tokoh-tokoh besar gerakan Islam dalam sejarah".

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- bulatan pahang
14 April 2010 * 1:43 pagi

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Imam Hassan Al-banna bertanding atau tidak selepas tu ustaz?

Boleh ustaz sertakan sumber kisah ini?

UstWanGeram berkata...

Salam Ustaz,
Bila ana tengok gambar Yasir Arafat memberikan minum pada Sheikh Ahmad Yasin (dijadikan contoh perbandingan), ustaz seolah2 berburuk sangka dgn arwah seolah2nya beliau tidak ikhlas (Buat baik sebab nak ajak 'PAS' gabung dengan 'UMNO')....
Ustaz Wan Ji ni kena banyak istigfar dan zikir2.... bila tak muhasabah diri, syaitan pun mainkan peranan supaya ustaz jadi riak dan takabbur .....

Anjung UmmuAmirah berkata...

tang 'utus surat' tu yg ostad kene tengok dan perhatikan....ade point penting di situ yg perlu diinsafi bersama...

p/s: klau surat dalam blog xaci la no0..abes laa org duk pakat bace XD

Tanpa Nama berkata...

ustaz.. hang lupa tulis kot...

Hasan albanna kata - kenapa muhammad hamid tak wala'.


Nik Aziz dah sekeh nasha. apa jadi?

Tanpa Nama berkata...

ustazwangeram..

ko nak kata haji hadi tak ikhlas ka???