Khamis, 15 April 2010

HENTAM PENDAPAT TULANG BESI


HENTAM PENDAPAT TULANG BESI

Hari ini, Tulang Besi menulis satu article yang bertajuk ”benarkah jentera PAS di Hulu Selangor Perlahan?” (sila Klik). Artikle itu, lebih kepada mengulas berita dari Malaysianinsider.

Dalam artikle itu, Tulang Besi menyatakan bahawa antara punca slow pergerakan jentera PAS untuk PRK Hulu Selangor adalah, faktor yang didakwa team-team Kerajaan perpaduan dan faktor timbalan Presiden PAS.

Membaca berita ini, aku agak tidak bersetuju dengan pendapat Tulang besi, waima aku tidak menafikan bahawa sudah kedengaran ’bisik-bisik’ dari perawi melalui saluran pemuda, bahawa ada sebilangan yang terlalu kecil dari kalangan pimpinan tertinggi pemuda PAS Pusat (Bukan Ustaz Din Tantawi) yang sedang ’membisikkan kepada ramai pemuda’ untuk melemahkan semangat pemuda dari membantu PRK Hulu Selangor dengan mendakwa bahawa calonya, iaitu Dato’ Zaid Ibrahim pernah melawan hudud.

LAWAN HUDUD?

Padaku, Dato’ Zaid Ibrahim sudah menjawab dakwaan itu, bahkan wawancara itu telah termaktub dalam lamanweb harakahdaily. Juga, mungkin kita perlu membedakan antara dua zaman beliau, iaitu di zaman Zaid Ibrahim dalam UMNO dan setelah keluar dari UMNO.

Semasa pelancaran buku ”saya Pun melayu”, aku turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut. Dalam majlis pelancaran yang disempurnakan di Tropicana, Zaid Ibrahim berkali-kali memuji Tuan Guru Nik Abdul Aziz, malahan beliau terlalu mengkagumi Tuan Guru sehingga mencalonkan sebagai ”pemimpin kerohanian” dalam gabungan pakatan rakyat.

Perubahan yang berlaku ini, perlu diraikan. Ini kerana, ia adalah permulaan bagi perubahan pada diri insan yang bernama Zaid Ibrahim, seterusnya di masa akan datang, pendekatan demi pendekatan yang berhemah perlu dilakukan terhadap Zaid Ibrahim.

Padaku, hubungan antara kita dengan Zaid Ibrahim di kala ini, hendaklah dilihat sepertimana hubungan Nabi SAW lakukan terhadap Abu Sufyan di awal sejarah pembukaan Kota Makkah. Jika kita fahami dari hubungan itu, pasti kita tidak mudah bertindak membangkitkan ’dosa-dosa lama’ yang telah dilakukannya, lebih-lebih lagi membangkitkan itu memberi keuntungan kepada UMNO/BN yang mempunyai kemudharatan yang teramat sangat dalam dunia politik di Malaysia.

Sabda Nabi SAW;

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ

Maksudnya;
”Setiap Umatku dimaafkan, melainkan mereka yang membangkitkan balik
[1]

Ulama telah membahagikan makna mujahirin ini dengan beberapa tafsiran. Ada dari kalangan mereka menyebut, makna mujahirin adalah membangkitkan dosa yang dilakukan sendiri. Ada pendapat lain menyebut, termasuk maksud mujahirin adalah membangkitkan ’dosa-dosa lama’ orang lain.

BARU BERMULA

Jika didapati bahawa jentera PAS agak slow di kala ini, padaku ia adalah perkara lumrah, kerana ’baru nak panas injen’. Adapun jentera PKR dilihat agak kedepan, ia sudah pasti jadi begitu, kerana yang bertanding itu adalah calon mereka.

Aku berkeyakinan, jika calon itu adalah calon PAS, sudah pasti jentera PAS sudah bergerak dengan gagah; tidak kira calon itu, mereka yang dilebelkan sebagai erdogan ataupun UG.

Pun begitu, sebagai parti yang bersama-sama Pakatan Rakyat; sebagai parti yang wajib menunjukkan imej setia-kawan, tindakan sebilangan kecil pemimpin tertinggi pemuda PAS itu tidak layak berlaku. Bahkan, sekiranya wujud ’slow’, wajib bagi pihak PAS membuat penjelasan dan memberi kefahaman kepada ahli, agar jentera PAS bangkit dengan agresif dalam memberi bantuan demi melihat kekalahan musuh islam yang paling besar di Malaysia, iaitu UMNO/BN dalam PRK Hulu Selangor.

Sekian

P/S : “Ingat UMNO/BN, Ingat APCO. Ingat APCO, Ingat Zionis. Ingat zionis, Ingat kezaliman terhadap umat Islam Palestine” + “UMNO musuh Islam terbesar di Malaysia”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 april 2010 * 4:15 petang



[1] Al-BUkhari : 5608.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adil dah jwpn syeikh tu..kami di serdang ni pun dh buat susunan jadual petugas2 pemuda yg nak turun bantu di HS

Tanpa Nama berkata...

Tak payahlah cuba nak tolong Zaid. Susah payah pula nak bandingkan Zaid dengan Abu Sufian. Abu Sufian tu dari kafir masuk Islam. Macam mana sikap Zaid tentang hudud masa dia dalam UMNO dan masa dia dalam PKR?Cuba tanya dia betul betul samada dia masih menentang hudud atau tidak?

Nampak sangat Pas tak malu nak tukar fatwa tentang Zaid kerana kepentingan politik. Sebab tu ramai ulamak yang masuk politik susah kita nak percaya. Fatwa ulamak politik ni benar-benar kerana Allah atau kerana nak meraih undi nak menang pilihanraya?

UstWanGeram berkata...

Salam .... dah nampak trend ustaz2 yg muda2 dlm pas ni dah besar kepala macam banyak sangat ilmu ... tak tau hormat langsung ustaz yg lebih lama ... bahasa yg guna ikut suka macam rockers dan mat rempit ... kalau ustaz pun dah macam ni budi bahasanya... cam mana nak tarbiah pengikut ... kalau Saidina Omar ada silap2 haribulan kena libas ... tak dak sabar dan berhemah dlm berdakwah ... nak ikut stail musuah ...

UstWanGeram berkata...

Salam Ustaz,
Oleh ustaz ni fanatik sangat dgn TG Nik Aziz, sila baca:

Tuan Guru Nik Aziz & Haji

Dengan Wang Hadiah

lawati dan baca ulasan bernas dan ilmiah ... oleh Ust Zaharuddin

http://www.zaharuddin.net/content/view/890/72/

UstWanGeram berkata...

Blog ini bukan media PAS, atau mana-mana parti pun. Sebaliknya, ia adalah inisiatif sendiri Al-Bakistani. Justeru, segala artikle dalam blog ini tidak mewakili mana-mana parti, tetapi sekadar cetusan rasa dan pandangan peribadi Al-Bakistani"

Tapi macamna dgn pengumuman ni:


MAKLUMAN
16 April 2010 (jumaat)
Himpunan Jentera Pilihanraya Parlimen Hulu Selangor

Tempat:
Dewan Abdul Hamid, Batang Kali

Pukul:
5 petang

kehadiran adalah wajib bagi ahli-ahli PAS yang berada di Hulu Selangor dan kawasan sekitarnya...



Nota: pening tengok perangai Ustaz ni .... sekejap itu sekejap ini 9dah terjerat le tu)

Anjung UmmuAmirah berkata...

bahaya laa klau duk main2 dengar bisik-bisik nih wan G oyy, takut2 terkena bisikan syaitan jee...
anyway, selamat bertugas utk pemuda2
اللهم ... نعوذ بالله من همزات الشياطين الجن والانس ووسوستهما

Tanpa Nama berkata...

aku kena dakyah dek kamaruzzaman dan Azman Syafawi jangan serius tolong PRK Hulu Selangor.

Tanpa Nama berkata...

orang belum ke sana memang la kata PAS slow... Kalau d Bkt Beruntung/Bkt Sentosa semua yg bergerak jentera PAS... Dtg tgk baru cakap