Melihat Haji Zaid Ibrahim, aku terkenangkan beberapa tokoh sahabat yang hebat, seperti Umar bin al-Khattab, Khalid bin Al-Walid, Usman bin Talhah, Abu Sufyan dan banyak lagi.
Umar di zaman jahiliyyah adalah manusia yang amat dikenali sebagai manusia yang cukup membenci islam, malahan berkali-kali melakukan tindakan mahu membunuh Nabi SAW. namun, setelah memeluk islam, terbukti beliau amat benci kepada kekufuran, malahan terlalu amat menyayangi Nabi sehingga agak tidak boleh menerima berita kewafatan Nabi SAW.
Khalid al-walid pernah berazam, bahawa tidak akan berada ditempat beradanya Rasulullah SAW. Pun begitu, setelah kenal dengan islam dan Rasulullah, beliau menjadi seorang pahlawan islam yang amat mengkagumkan.
Usman bin talhah amat memusuhi manusia yang mengikuti ajaran Nabi. Pantang kedengaran orang memeluk islam, pasti Usman berada di situ untuk dikenakan seksaan ekoran mengikut islam. namun, hatinya lunak menerima islam setelah mengenali keindahan islam.
Abu sufyan pula, tidak asing bagi dalam banyak sejarah perjuangan melawan islam. Boleh dikatakan semua peperangan menyerang muhammad SAW akan dihadiri oleh Abu Sufyan. Berkat dakwah abbas, bapa saudara Nabi, Abu Sufyan memeluk islam dan menjadi mukmin yang kuat dengan pegangan islamnya.
Jika dibaca kisah-kisah mereka ini, pasti kita akan berjumpa satu rahsia yang bernilai; merupakan bukti kukuh, mengapa mereka boleh memeluk islam. Rahsia itu adalah, mereka mempunyai "hati yang baik", waima ketika itu mereka belum lagi memeluk islam, malahan orang yang agak kedepan dalam melawan islam.
Apabila mengenangkan mereka ini, aku merasakan bahawa, apakah Haji Zaid Ibrahim akan mengikut jejak langkah aktivis reformasi yang bernama Syaari Sungip? apakah beliau akan mengikut jejak langkah bekas pemimpin PKR, Haji Anuar Tahir?
orang tua dulu-dulu pernah sebut, "jika kereta kita diketahui umum baik, tanpa diajak pun mereka nak naik kereta kita. Tapi kalau kereta kita tak baik; orang tak jamin selamat jika naik kereta kita, diajak pun orang tak nak naik kereta kita"
cumanya, tugas kita sekarang adalah, jangan membocorkan tayar kereta kita; jangan longgarkan skrew tayar kereta kita dan sebagainya; agar kereta kita sentiasa dilihat terjamin keselamatannya apabila dinaiki. Ketika itu, tidak mustahil Haji Zaid Ibrahim akan bersama dengan kita berusaha melaksanakan islam di Malaysia.
Sekian
Al-Bakistani
- Bukit Beruntung, hulu Selangor
21 April 2010 * 5:03 petang
5 ulasan:
oooo..rupanya,kalau join PR ataupun Pas,maka terus dikatakan pejuang Islam.
senangnya title "pejuang Islam" tu dijaja.....
asm. mudah2an tn hj zaid ibrahim terus kekal dgn agenda islah diri beliau.
kah! kah! kah!
Melayu Mudah Lupa..KHIR TOYO bg anugerah PENYAPU bg penduduk HUlu Selangor..mari kita bg penyapu kat BN balik..
melayu liPAS memang mudah lupa pun.
Sekiranya PAS dan Harakahdaily telah melupakan apa yang pernah diucapkan oleh Zaid Si Putera Katak Tonggang ini, saya sertakan kembali kata-katanya yang pernah tersiar di lidah rasmi parti berkenaan:
"Islam tidak terancam, pemikiran kolot anda yang terancam. Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)? Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya? Adakah kita memainkan peranan Tuhan? Adakah kita tahu bahawa Tuhan tidak akan mengampunkannya? Adakah kita tahu? Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar. Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya. Tidak perlu kata Islam terancam. Itu kebodohan. Tidakkah kita memberi agama kita penghormatan dan pengiktirafan. Tidakkah kita malu dengan kenyataan seperti itu, menunjukkan kita tiada keyakinan terhadap kekuatan nilai-nilai dalam agama kita? Tiada ahli politik mahu menerangkan tentang isu agama kerana ada risiko politik, adalah mudah untuk mendapat sokongan apabila anda bangkitkan isu agama dan perkauman."
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=4287:zaid-dan-hujah-dangkalnya-tentang-kes-lina-joy-dikecam-hebat&catid=1:utama&Itemid=50
oleh calon katak Zaid Ibrahim.
Catat Ulasan