ORANG BERTAUBAT ITU LEBIH BAIK
Semasa dalam UMNO, banyak dosa besar yang dilakukan oleh Haji Zaid Ibrahim. Setelah meninggalkan UMNO, persahabatan beliau dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz semakin intim, menyebabkan banyak perkara berkaitan Islam semakin diketahui.
Banyak perubahan berlaku pada dirinya. Perubahan yang bermula dengan meninggalkan parti APCO – UMNO – Jahiliyyah Melayu, dengan mengiltizamkan diri dengan parti Keadilan Rakyat (PKR). Semenjak itu, banyak amalan-amalan jahiliyyah ditinggalkan, bahkan sudah mula dengan kehidupan baru, dengan memenuhkan kehidupan dengan perkara yang tidak bercanggah dengan Islam.
Beliau ke Makkah untuk menunaikan haji, seterusnya amat serius dalam usaha melakukan perubahan dalam merealisasikan keadilan sejagat di Malaysia atas wadah PKR bersama Anwar Ibrahim, juga sahabat-sahabat dalam Pakatan Rakyat.
Namun, apabila beliau dinobatkan sebagai calon PRK bagi Parlimen Hulu Selangor, sudah mula dengar desas-desus dari sebilangan pihak yang jumud dengan Islam (pemikiran islam aliran UMNO) yang membangkitkan isu saman beliau terhadap hudud di kala beliau dalam UMNO dahulu (semua berpunca dari pengisian dalam ‘usrah’ jumud oleh team yang suka mewangikan kentut pemimpin yang busuk – asobiyyah jahiliyyah). Begitujuga, pihak UMNO – BN – APCO membangkitkan dosa-dosa besar yang dilakukan dahulu, seperti minum arak dan sebagainya.
Tindakan ini, sama maksud dengan apa yang disabdakan oleh Nabi SAW;
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ
Maksudnya;
“Setiap Umatku akan dimaafkan kecuali orang yang muhajirin[1]”
Ulama telah membahagikan makna ‘mujahirin’ ini dengan beberapa tafsiran. Ada dari kalangan mereka menyebut, makna mujahirin adalah membangkitkan dosa yang dilakukan sendiri. Ada pendapat lain menyebut, termasuk maksud mujahirin adalah membangkitkan ’dosa-dosa lama’ orang lain.
Jika direnung dalam hadis-hadis Nabi SAW, antara yang disabdakan oleh Nabi SAW adalah;
كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
Maksudnya;
“Setiap Anak adam itu pasti akan melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah, mereka yang bertaubat[2]”
Juga diceritakan di zaman nabi SAW bahawa ada seorang muslimat bernama Al-Ghamiziyyah yang bertaubat dengan merelakan dirinya dihukum ekoran zina yang dilakukannya, menyebabkan baginda SAW sendiri menjadi Imam untuk solat jenazahnya.
Inilah sikap Nabi SAW dalam berhadapan dengan orang yang bertaubat, tidak seperti yang dilakukan oleh puak-puak ‘usrah’ jumud dan UMNO – BN - APCO.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah (B), Sg Buloh
20 April 2010 * 12:38 pagi
[1] Al-Bukhari : 5608.
[2] At-Tarmizi : 2423.

4 ulasan:
sangat menarik ulasan saudara...
Salam Ust Wan Ji,
Nampak gayanya ustaz juga boleh menulis dan mengulas dgn berilmu/berhemah. cuma "sayangnya" ia dlm bentuk berpilih2 ... bila kena puak yg pas sokong, ustaz cuba cari ayat quran, kisah2 sahabat yg ada kaitan dgnnya ...
Sebab itu lah saya tengok pemimpin pas ini lebih menyibok menyalahkan lawan dari mentarbiah pengikut sendiri dan menjalankan agenda Islam secara lembut dan berhemah ...
Bila keluar dari mulut ustaz2 pas ni, semuanya tiada unsur didikan ... sibok jaga part laian, anak buah part sendiri pun malas nak berjemaah dan hadir majlis ilmu... kalau dengar ceramah politik ramai lak turun (...seronok dengar celoteh dan kelentong pemimpin)...
Qiyadah tak boleh tutup pintu muhasabah. Ahli wajib awasi pimpinan supaya mereka lurus. Ahli lalai muhasabah pimpinan adalah dosa kerana abai suruhan Allah. Qiyadah perlu suruh ahli muhasabah mereka, dan tidak boleh pisahkan hal peribadi dan tanzim. Masalah peribadi pimpinan adalah masalah jamaah. Qiyadah mesti muhasabah kepada Qa'id dan sesama sendiri"
- As-Syaikh Said Hawa, Jundullah
Pertanyaan pada Ust Wan Ji:
Banyak berlaku dosa pimpinan PAS termasuk Ustaz yg tidak tarbiyah
pengikut kerana asyik dengan agenda menghentam UMNO ... Jadi pengikut rasa diri mereka sempurna dan dah ikut syariat Allah walaupun hanya pada "percakapan" bukan "perbuatan"....
sorang setan tegar yg dah nak 'bertaubat'....
sorang lagi tak sedar-sedar dah terikut kemahuan setan...
elok la tu...
Catat Ulasan