Di alam jahiliyyah, agak sukar meninggalkan arak. Tetapi, setelah meninggalkan jahiliyyah, arak mudah ditinggalkan. (gambar hiasan)
SELEPAS JAHILIYYAH, SAHABAT BERHENTI MINUM ARAK
Di zaman Jahiliyyah, arak merupakan minuman harian bagi kaum Quraish. Di awal islam, Allah SWT tidak terus mengharamkan arak, sehingga Umar, Muaz dan sebilangan sahabat berjumpa dengan Nabi SAW.
Mereka berkata, “Wahai Rasulullah, keadaan kami dalam fitnah dengan sebab arak, kerana arak itu boleh menghilangkan akal dan boleh menghabiskan duit”
Ekoran laporan Umar itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya;
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Maksudnya;
“Mereka bertanya kepada kamu berkenaan arak dan judi. Katakanlah (Wahai Muhammad), pada kedua-duanya adalah dosa yang besar, dan memberi manfaat kepada manusia. dosa kedua-duanya lebih besar berbanding manfaat kedua-duanya”
(Surah Al-Baqarah : 219)
Waima telah diturunkan ayat ini, masih ada sebilangan dari kalangan sahabat yang masih kekal meminum arak, tetapi tidak dinafikan sebilangan dari kalangan mereka yang berhenti dari minum arak.
Satu hari, seorang sahabat besar bernama Abdur Rahman bin Auf telah menjemput sebilangan sahabat untuk hadir dalam satu majlis. Dalam majlis tersebut, ada arak, lalu mereka minum arak dan mabuk.
Kemudian, dalam keadaan mabuk, ada dari kalangan mereka menunaikan solat. Sedang menunaikan solat, mereka membaca surah al-kafirun dalam bentuk yang salah sehingga bertukar maksud, menyebabkan Allah SWT turunkan firman-Nya;
لاَ تَقْرَبُواْ الصلاة وَأَنتُمْ سكارى
Maksudnya;
“Jangan kamu hampiri solat dalam keadaan kamu sedang mabuk”
(Surah An-Nisa’ : 43)
Ayat ini melarang hampiri solat ketika sedang mabuk, bukannya mengharamkan arak lagi, menyebabkan sebilangan ansar telah berhimpun dalam satu majlis. Antara yang hadir adalah seorang sahabat yang hebat dalam sejarah perjuangannya, iaitu Saad bin Abi Waqas.
Dalam majlis tersebut mereka mabuk, mereka mengungkap syair-syair. Saad telah mengungkapkan syair yang boleh melahirkan penghinaan terhadap ansar menyebabkan dalam keadaan mabuk itu, berlaku perbalahan sesame mereka sehingga Saad dipukul.
Kejadian itu sampai kepada pengetahuan Rasulullah SAW, menyebabkan Umar bin Al-Khattab berkata;
اللهم بين لنا في الخمر بياناً شافياً
Maksudnya;
“Ya Allah, nyatakan kepada kami tentang arak dengan keterangan yang sempurna”
Permintaan Umar itu menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ * إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ
Maksudnya;
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala-hala dan tenung nasib merupakan najis; ia daripada amalan-amalan syairtan, maka hendaklah kamu jauhkan diri, mudah-mudahan kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu mahu bahawa berlaku permusuhan sesame kamu dan kemarahan yang berpunca daripada arak dan judi. Syaitan mencecah kamu daripada mengingati Allah dan dari solat, apakah kamu adalah orang yang akan berhenti?”
(Surah Al-Maidah : 90-91)
Sekian
P/s : bagaimana pula keadaan di zaman jahiliyyah BN dengan zaman keadilan PR?
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
- Kuala Kubu Bharu
18 April 2010 * 4:45 petang

3 ulasan:
belajar le lebih sikit. nanti anda diketawakan orang. itu ribena le. ia dah menjadi protokol antara bangsa bila keajaan barat berurusan dengan kerajaan islam. apalah.
gambar ds Najib yg masih dlm jahiliyyahnya (bila la nak clear kan isu scorpene, razak baginda+altantayu dll), kalau ngaku silap then taubat kan selesai.
Ribena ke encik arif?? aku rasa bukann la, itu air epal ahaha
Ye la...ribena kepala hotak kau...yang berdiri kat belakang najib bini rosmah tu, kau ke? kalau dah taksub dan masyuk ni, semua kejadah kau sokong... bila orag cakap gambar hiasan kau masih x faham, terasa la konon...boleh la tu, boleh belah...tak dak akai..huhuhu
Catat Ulasan