Ahad, 25 April 2010

JAIS : JAGA AGAMA ATAU JAGA UMNO/BN?


Dalam kitab Al-Imamah Al-Uzma 'Inda Ahl As-Sunnah wa al-jamaah, dinyatakan tugas pemerintah adalah menjaga agama. Dinyatakan juga, tugas-tugas yang perlu dilakukan dalam menjaga agama adalah seperti berikut;

1- menyebarkan dakwah

Dakwah yang hendak dilakukan adalah dengan menyebar-luaskan Islam dalam apa jua bentuk, juga dengan apa jua cara sekalipun, sama ada menerusi lisan, mahupun tulisan.

(P) Khutbah, kuliah dan ceramah merupakan wadah dakwah yang perlu digunakan dalam menyeru Islam. sama ada di dalam, mahupun diluar masjid.

2- menolak sebarang keraguan agama

Perkara yang melahirkan keraguan agama, wajib ditegah oleh pemerintah.

(P) di Malaysia, pemikiran yang meragukan agama adalah pemikiran yang berasaskan kepada Inggeris, penjajah - pemikiran yang mengatakan agama suku, politik suku; pemikiran yang mengatakan bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk politik.

3- menjaga keamanan negara dari sebarang serangan musuh. ekoran itu, sebagai sebuah pemerintah islam, wajib menubuhkan angkatan tentera; bagi menjaga keamanan negara dari dalam, juga dari luar.

(P) di malaysia pula, berbaik-baik dengan APCO (Yahudi). ini bukan jaga keamanan, ini nak melingkupkan negara namanya.

sekian

p/s : apa pula tugas JAIS yang menjaga agama? jawab JAIS, kawal khutbah, kawal ceramah, kawal Kuliah dan yang paling penting, jadi Barua UMNO/BN.. orang nak berzina, orang nak kata agama suku-politik suku, orang nak buang anak, orang nak halang orang masuk masjid Kuala kubu Bharu ke dll, itu bukan tugas JAIS yang menjaga agama.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


Batang kali
25 April 2010 * 4:55 petang

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jaga Anak Iblis dan Syaitan

Tanpa Nama berkata...

Jaga Anak Iblis dan Syaitan

Tanpa Nama berkata...

Apabila penguasa agama dalam sesebuah pemerintahan yang majoritinya penganut agama Islam tidak berfungsi,maka mereka lebih dilihat berperanan " tukar akhirat untuk lelazatan duniawi ", maka kamu tunggulah azab Allah azzawajalla ke atas bumi bernama malaysia ini.... rentetan satu bala
ke satu bala telah lama muncul, cuma kamu telah dibutakan mata hati
lantaran teruknya kemungkaran dalam negara kamu itu... apakah kamu semua akan menginsafi jika kejadian seumpama Acheh atau Pariaman Sumatera seketika dulu menjadi bala di bumi kamu pula....
Sesungguhnya kebanyakan manusia di tempat kamu telah sekian lama melupakan Allah dan RasulNya...
Kamu semua tunggu azab yang bakal mendatang... Moga Allah jua mengasihani kamu. Siksaan untuk muslim kebakaan yang bertukar topeng menjadi munafiqin atau murtadin, balasan neraka di alam akhiroh adalah pada lapisan neraka yang ketujuh, mengatasi dan melampaui siksaan untuk gulungan yahudi maupun nasoro. Bertaubatlah nasuha lah kamu semua muslimin keboborokan maksiat dan mungkar, jika mahu keselamatan duniya wal akhiroh...